30 December 2011

.::.~persaudaraan,bukan permusuhan~.::.


(tolong pujuk hati saya,jangan sekadar memandang...:) _baby




Mengapa tidak untuk berhusnuzon, sedangkan itu lebih mulia.
Mengapa tidak memahami, sedangkan kita bersaudara.
Mengapa tidak bersikap positif, sedangkan ikhtilaf hati itu padah jawabnya.
Mengapa tidak bersama dalam perjuangan ini,sedangkan tanggungjawab kita adalah sama.
Mengapa tidak meluangkan masa bersama sedangkan, kita semua adalah dai'e.

Allah s.w.t. berfirman "Tiadalah terjadi sesuatu bencana itu melainkan dengan kehendak Allah, dan siapa yang percaya kepada Allah nescaya dipimpin Allah hatinya"






(Surah At-Taghabun:11)



26 December 2011

.::.~selamaT berusaHa!!!~.::.


Bismillahirrahmanirrahim...


sedar ataupun tak tahun 2011 bakal meninggalkan kita..umur semakin hari semakin TUA..opsss,MENINGKAT.. tapi keadaan masih tak berubah,masih di tahap yang sama..orang kata mendatar..tak turun,tak naik..constant.. jom kita upgrade lagi dalam semua aspek kehidupan kita,baik dunia ataupun akhirat..jangan sekadar mengejar dunia jer,akhirat kita tinggalkan.. cuba dan cuba bersikap adil pada diri..

semester nie dah nak habis,hanya tinggal nak final jer...pejam celik,pejam celik dah nak final kan..cepatnya masa berlalu..ana terfikir,mengapa tiap kali tiba musim peperiksaan semua pakat duk pulun struggle sampai ada yang tak tidur..biasa la,kehidupan bergelar seorang pelajar.lumrah..time nak test,time nak final semua pakat duk study..kalau final lambat lagi,maka tak study lar kan..juga lumrah.. aduh,semua lumrah nie..macam mana??

bila niat bulat-bulat semata-mata kerana ALLAH,perkara yang sukar menjadi mudah.. tapi masalahnya betapa sukar untuk betul-betul ikhlas dalam menuntut ilmu..mulut diungkap ikhlas,hati kata niat kerana ALLAH,tapi hakikatnya,tak dapat merasai perasaan itu..di mana silapnya?apa yang tak betul?? mesti ada yang tak clean and clear kan?jom sahabat kita pakat cuci dan bersihkan hati kita tu..semoga ilmu yang kita belajar mendapat berkat dari ALLAH,walaupun sedikit tetapi hasilnya subhanallah....

jom kita gunakan masa yang ada ni dengan sebaik mungkin,jagalah hubungan dengan ALLAH,nescaya ALLAH akan menjagamu..yang paling penting,carilah keredhaan kedua ibubapa,barulah ALLAH meredhainya..

untuk sahabat yang ana kasihi,maaf semaafnya..ana dah deactive facebook ana buat beberapa ketika,sampai bila ana tak pasti..sekiranya ada hal penting boleh la hubungi ana menerusi telefon yang sentiasa 0n9 24 jam/7hari seminggu.. insyaALLAH,telefon ana tak pernah off9..hehe..

selamat menempuh peperiksaan dunia buat semua sahabat.. bittaufiq wannajah fil imtihan :)

Berusahalah segigihnya kerana ALLAH s.w.t.
Kerana di setiap USAHA itu pasti akan dinilai barakahnya di sisi Tuhanmu Yang Maha Mengetahui andai niatmu semua keranaNya.
Berdoalah agar ALLAH s.w.t bisa menghadiahkan kita segala yang terbaik untuk kita di Dunia & Akhirat. InsyaALLAH
Man Jadda Wa Jada
~wallahu'alam~



23 December 2011

.::.~JOm cover auRat!!!!~.::.


Assalamualaikum...
Bismillahirrahmanirrahim...

" wahai anak cucu Adam! sesungguhnya Kami telah menyediakan pakaian untuk menutupi auratmu dan untuk perhiasan bagimu. tetapi pakaian takwa itulah yang lebih baik. demikianlah sebagian tanda-tanda kekuasaan ALLAH,mudah-mudahan mereka ingat.

(Surah Al-A'raf :26)


Pakaian lambang peribadi. Luaran yang diri sendiri perlihatkan adalah salah satu penyebab bagaimana ‘first impression’ manusia terhadap diri kita. Persekitaran mungkin mendesak ana berbicara tentang ini. Luaran terkadang tidak seiring dengan dalaman..dunia akhir zaman,makin banyak fesyen yang keluar mengikut peredaran masa..di mana rasa tanggungjawab pada diri sendiri?tanggungjawab sebagai khalifah di bumi ini...kalau tak dapat menjadi pemimpin kepada orang lain,cuba untuk menjadi pemimipin kepada diri sendiri.itu yang terbaik.. sedih dengan dunia sekarang terpanggil untuk ana menulis pada blog yang usang dan dibiarkan sepi ini..bukan tidak berminat lagi untuk berkongsi,tetapi kekangan masa itu yang menjadi faktor. terkadang bila bersendirian terfikir banyak benda untuk dikongsi,tapi terbatas..secara jujur ana seorang yang suka memerhati dan tidak suka diperhati.. memerhati dunia persekitaran adalah hobi ana masa lapang,biasalah orang yang suka berangan macam ana nie selalu jer menjadi pemerhati dan penilai yang tajam lepas tu mulalah berfikir itu dan ini..bagaimana nak buat kalau jadi itu,bagaimana nak selesai kalau jadi ini..




sedih bila melihat masih ada lagi kaum hawa yang tidak menutup aurat. susah ker untuk menutup aurat?perlu dibayar ker? beragama islam hanya pada kad pengenalan,tapi corak kehidupan tidak melambangkan beragama islam.. ana terfikir,bagaimana seseorang itu mampu menjadi isteri atau ibu yang solehah kepada sang anak andai kehidupannya sendiri terumbang ambing tiada penyelesaian.. semua orang mengimpikan untuk menjadi isteri yang solehah,isteri yang sempurna pada mata suami,menjadi penawar kepada sang anak dan menjadi pertiwi seisi buana. tapi bagaimana permulaan kita?sedarkah kita dengan permulaan yang hebat maka akan terbentuk keluarga yang hebat nanti. jangan disalah kepada sang anak andai mereka tidak mendengar teguran kita nanti,salah kepada diri kita mengapa mereka menjadi anak yang kurang ajar sebegitu.




memerhati dan menilai tanpa ada bukti adalah suatu alasan yang tak kukuh dan tak jelas. tapi apabila memerhati dan menjadi penilai yang adil maka keadilan adalah wujud dengan sumber yang benar..kalau dari kecil didik dengan didikan yang begitu,tidak hairanlah bila besar menjadi begitu..begitu yang bagaimana???




kalau didik dengan ilmu agama yang cukup,maka insyaALLAH perjalanan hidup itu akan selamat.. kalau didik dengan cara yang salah,tak tahu di mana islam maka rosaklah seisinya.. jika seseorang itu mempunyai ilmu agama dan mengaplikasikannya dalam kehidupan,nescaya dia tidak akan mendedahkan aurat sewenang-wenangnya..kerana dia tahu erti MALU itu..


sahabat muslimat,jom kita cover aurat kita..wanita yang solehah itu tidak suka dipandang dan tidak suka memandang,tidak suka disebut namanya dan tidak suka dikenali...



.“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”




~wallahu'alam~

06 December 2011

.::.~maTA hearty~.::.




Indahnya mencintai dalam diam..kerana hanya ALLAH yang tahu betapa indahnya perasaan itu.. memendam bukan bermakna penakut tapi demi menjaga dan supaya terjaga.. susahnya bermain dengan perasaan dan hati..tapi benar,nikmat ALLAH itu tidak terperi bagi mereka yang sabar..insyaALLAH..







Bukan mudah bernafas dalam jiwa hamba..sangat sukar,terlalu sukar..diuji bukan bermakna benci,tetapi tanda kasih dan sayang DIA kepada kita..nikmatnya bila diuji,terasa semakin dekat dengan sang Pencipta..menangis mengadu padaNYA membuat kita tenang,tenteram…permainan hati itu sangat unik. Moga keunikan itu dapat dirasai bila dua hati bersatu dalam satu cinta yang halal nanti..insyaALLAH..







Sempurnakan hak ALLAH,ALLAH akan menyempurnakan hak kita nanti..letakkan segala pengharapan hanya kepada ALLAH bukan yang lain,kerana jodoh itu rahsia ALLAH..jodoh itu milik ALLAH..



Perancangan ALLAH itu jauh lebih hebat lagi dari segala apa yang kita rancangkan..


HIJJAZ : PANDANGAN MATA

Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih

Hati kalau terlalu bersih
Pandangannya kan menembusi hijab
Hati jika sudah bersih
Firasatnya tepat kehendak Allah
Tapi hati bila dikotori
Bisikannya bukan lagi kebenaran

Hati tempat jatuhnya pandangan Allah
Jasad lahir tumpuan manusia
Utamakanlah pandangan Allah
Daripada pandangan manusia






28 November 2011

.::.~tahun baru,azam baru~.::.





Bismillahirahmanirahim....


sedar atau pun tak kita dah melangkah ke tahun baru,1433 Hijrah..cepat sangat masa berlalu dan terus meninggalkan kita.. usia dah semakin meningkat,tapi amalan kita bagaimana pula?jom periksa iman dan amal bagaimana..stabil atau merudum...



alhamdulillah...sekarang ana dah ada Raysha Batrisha yang cute dan chomey..moga menjadi anak yang solehah.




terlalu excited bila kak long dah bersalin dan lagi teruja bila bby girl yang lahir.. batrisha lahir pada 20.11.2011..chomey tarikh tu,se chomey tuannya..tak sabar nak balik kampung untuk melihat bby girl tu. boley tak nak jadi cik su..hahahaha(perasan lebih) ana ni.. ..




jom berhijrah ke destinasi yang lebih baik lagi daripada sebelumnya... setiap dugaan ALLAH itu ada hikmahnya,dan ALLAH menguji hambanya sesuai mengikut kemampuannya.ALLAH tak pernah menzalimi hambanya melainkan hambanya sendiri yang bersikap zalim pada dirinya..




dugaan itu sebenarnya dapat mematangkan kita dan memberi kita kemanisan dalam kepahitan.. bersyukurlah sebab ALLAH masih sayang pada kita..


alhamdulillah,sangat bersyukur bila ALLAH mengurniakan sahabat-sahabat yang dapat menunjuk jalan dekatiNYA tika diri dalam kebuntuan..betapa menghargai kejujuran yang mereka beri dan mengajar mengenal erti cinta hakiki..syukran sahabat-sahabat..hanya ALLAH yang mampu membalas jasa kalian :)





jom menjadi hamba yang sentiasa bersyukur ...




03 November 2011

.::.~alamak..sori!!!~.::.





Bismillahirrahmanirrahim





Assalamualaikum..









hari ni ana rasa seolah-olah ana menerima hentaman yang dasyat kat atas kepala. Pagi tadi lepas selesai menjawab test Principle Signal and System ana dan seorang kawan pergi menunggu bus di tempat bus. Tak kan tempat rehat pulak kan. Yang lain semua bergerak ke Kampung Wai(tempat belajar u ana) kerana mereka masih ada kelas Bahasa Inggeris kat sana. Kami berdua tak ambik subjek tu. Jadi kami budget nak lar balik awal kat rumah dan tidur sepuasnya memandangkan semalam kami tak cukup tidur. Tapi agak malang bagi kami kerana hampir 2 jam kami menunggu bus dan bus masih belum muncul. Dah call pakcik bus,dia mintak kami naik bus ke Kampung Wai. Okey lah,kami menurut perintah. Test habis pada pukul 10 pagi,kami sampai ke kolej kediaman dekat pukul 1..ana tak kisah pun,memang adat macam ni.orang lain pun sama. Kalau mengadu kat Puan bonda,mesti puan bonda cakap..”sabarlah,adat belajar memang macam tu..tak ada benda yang mudah.” Jadi,ana sering positifkan diri, “aku tak kisah”.











Kami masih ada satu lagi kelas iaitu Biochemistry pada pukul 3 petang. Part nie yang paling syok,peristiwa yang tak akan ana lupa sampai bila-bila. Nak jadikan ia sebagai suatu peristiwa paling memalukan. Al kisahnya begini……………………………………………………………………….


























Kami berempat (geng biomedik satu rumah) dah kena tinggal dengan bus..kami lewat 5 minit..memang kami yang salah.tapi Alhamdulillah,antara kami berempat tu ada yang bawak kereta. Jadi kami dah terselamat dari TERPONTENG kelas…










sampai-sampai jer kami terus melulu ke bilik kuliah kat Dragon(juga nama tempat belajar). Tengok-tengok semua dah masuk kelas dan pensyarah dah start pun mengajar..jam menunjukkan pukul 2.45..aik,masih awal lagi,tapi dah start kuliah. Kami pakai masuk jer tanpa berfikir panjang..jeng jeng jeng……tiba lah part yang pelik dan aneh. Eh,kenapa semua memandang ke arah kami nie..eh,sejak bila aku satu kelas dengan imah dan sarah..Ya Allah,patut laaaaa….kami dah tersilap masuk kelas..tiba-tiba kelas tu bertukar menjadi bising dan terdengar bunyi gelak ketawa diorang..aduhhhh,malunyaaaa..mana nak sorok muka nie…muka ana secara tiba-tiba panas macam terkena air panas..kawan ana yang 3 orang lagi tu pun dah mula gelabah..kami wat relax dan tahan ketawa dengan lawak yang kami buat sebentar tadi. Apabila kelas diorang dah nak tamat,lecturer tu Tanya “any question??”…budak-budak lelaki yang kat belakang tu boleh jer cakap, “tu pelajar baru yang empat orang ada soalan tak??” yang lain semua ketawa..huhuhuhu….rasa nak jer bagi cili kat pemilik suara tu..tak matang langsung.. imah dan sarah siap panggil lagi nama ana…huwaaaa…maluuuu…






Semoga lepas nie benda macam nie tak berlaku lagi…jadi kena hati-hati dalam setiap tindakan agar tidak memalukan diri sendiri.hehehe…rasa nak tergelak pulak…

























~wallahu'alam~





27 October 2011

.::.~Menghias Solat deNgan sifaT maLu~.::.






Sesungguhnya apabila seseorang itu menyedari betapa lemahnya hendak mendirikan ibadah dengan cara yang paling sempurna, sehingga tidak terdaya untuk memenuhi masa sepanjang solat itu dengan betul-betul mengingati Allah swt, maka wajarlah ia merasa malu terhadap Allah SWT.

Mengapa seseorang itu perlu merasa malu? Mengapa tidak, jika dilihat dari persediaan yang dibuat ketika hendak mendirikan solat dimulai dengan mengambil wudhuk diikuti pula dengan persiapan pakaian yang baik-baik dan dilengkapi dengan memakai serban, bersugi dan sebagainya. Malangnya lebih banyak masa yang digunakan untuk persiapan daripada masa yang digunakan utk mengingati ALLAH SWT di dalam solatnya.

Oleh itu wajarlah seseorang itu merasa malu terhadap ALLAH SWT sebaik sahaja ia selesai memunaikan solat. Kerana mendirikan solat itu adalah untuk mengingatiNYA semata-mata, sedangkan ketika solat kira -kira 10 minit ,sayangnya hanya satu dua minit sahaja yang ia ingat kepada ALLAH SWT,selebih ingatannya melayang mengikut kemahuan hati, khayal dan lalai.

Jika ia tidak merasa malu dengan ibadah solat yang sedemikian rupa, malah mendakwa bahawa ia telah melakukan semua fardhu yang hendak dibawa sebagai bekalan akhirat , maka sudah tentulah orang itu akan merasa malu, Ia malu Ibarat " Orang yang hendak menyerahkan hadiah kepada seorang raja ,sayangnya apabila dibuka ,hadiahnya itu cacat. Maka sudah tentulah ia merasa malu di majlis tersebut kerana bukan sahaja tidak diperkenankan malah dimurkai raja.

Kesibukan ibadah solat yang hanya bersifat fizikal itu tidak memberi erti apa-apa disisi ALLAH SWT kerana yang dikehendaki dengan ibadah solat itu ialah sejauh mana ingatan seseorang itu terhadap ALLAH, kerana tujuan solat itu ialah untuk mengingati ALLAH SWT

Malu itu hanya akan lahir apabila seseorang mengetahui keaiban diri dan segala kelemahan dirinya, disamping mengingati kebesaran ALLAH SWT. Perasaan malu itu akan bertambah kuat apabila kesedaran semakin mendalam terhadap keaiban diri , kurangnya ingatan kita terhadapa ALLAH SWT, serta dangkalnya rasa ikhlas, disamping keiginan terhadap kesenangan hidup yang segera telah mengatasi keinsafan dirinya dari mengingati dan merasai betapa besarnya kerja serta amal yang dikehendaki oleh ALLAH SWT.

Patut benar orang itu merasa malu memandangkan bahawa begitu indahnya persiapan lahiriah yang telah dilakukan untuk ibadat solat itu ,tetapi malangnya tidak pula seindah itu persiapan rohaniah yang disertakan. Ibarat "seseorang yang bersiap sedia menghadapi ketibaan pembesar yang hendak datang ke rumahnya, semua dinding luar rumahnya dicat begitu cantik, halaman rumah pun sudah dihias , Namun apabila sampai ke dalam rumah didapati penuh denagn sarang labah-labah serta berselerak dengan sampah sarap. Sudah tentu ini amat MEMALUKAN ...

MUHASABAH DIRI..

APABILA HATI LALAI ,IA AKAN MENJADI HIJAB YANG MENGHALANG UNTUK HAMPIR KEPADA ALLAH SWT..

BUKU KHUSYUK DALAM SOLAT

TUAN GURU DATO' NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

.

.::.~teNtanG mEreka~.::.



Bismillahirrahmanirrahim..




kolej kediaman dah sunyi sebabnya ramai penghuni dah balik kampung.hanya tinggal beberapa kerat jer..satu kerat tu ana la orangnya..rumah ana hanya tinggal ana dan rumate,hosmate yang lain semua dah balik..rasa sunyi lar jugak,biasanya ada geng nak buat bising..rumate 2 orang lagi pun dah balik..biasa berempat,sekarang berdua. tak kisah lar,janji semua bahagia kan..




semalam ana tido rumah isteri kedua (bak kata kak syira salah seorang rumate ana)macam lar ana nie seorang lelaki kan..salah tu,ana seorang muslimat okey..sebabnya kalau ana tak balik rumah,semestinya wang ulu menjadi mangsa kedua ana.. (= berkumpul dan berdiskusi bersama sahabat adalah suatu perkara yang amat menyenangkan dan menggembirakan ana. mana taknya,setiap masalah pasti ada solusinya..dan sahabat adalah antara rujukan terbaik. pagi tadi ana cuba untuk sampai awal ke rumah sebelum jam 8 pagi sebab dah janji dengan kak syira nak jumpa dia sebelum dia bertolak ke Lumut. bus kak syira pukul 10.30 pagi.. alhamdulillah,sampai tepat pada masa yang direncanakan.. sampai je rumah tengok kak syira duk ber 0n9 dan baru settle basuh dan jemur baju.. boleh pulak kak syira suruh ana tidur dulu,katanya muka ana muka mengantuk..ana cuba sibukkan diri supaya muka mengantuk tu bertukar wajah.. (= kak syira suka wat ayat macam nie, "akak tengok tie nie hyper active la,tak penat ke?balik dari kelas bukan boleh duk diam,ada jer kerja dia nak buat.orang lain balik dari kelas terus jer cari katil. dia macam tak ada perasaan penat pun"...(ayat yang akan keluar dari mulut kak syira bila ana balik dari kelas) sebenarnya ana pantang tidur petang,dan bila berlagak sibuk walaupun kita sebenarnya amat penat dapat melupakan kepenatan itu..





baru start buka buku beberapa saat kak syira dah ajak turun bawah cari sarapan..malangnya kedai air(gerai) jer yang buka..dua kedai lagi masih belum beroperasi..minum milo ais yang kak syira belanja sambil borak-borak. seorang mak cik guard lalu kat depan kami dan tegur,lepas tu mak cik guard berikan kami beberapa biji kueh..katanya kueh tu dia yang buat..alhamdulillah,rezeki kami..borak punya borak,mak cik guard tu nak buat ana dan kak syira sebagai anak angkat.kami sekadar senyum jer la..tak kan nak tolak,kan apa pulak kata mak cik tu..nasib baik mak cik guard kat kawasan kolej kediaman kami ok jer sume..nak pinjam motor pun dia bagi..tu penting menjaga hubungan baik antara manusia,dan jangan pernah cuba mencari gaduh dengan sesiapa..cuba untuk bersangka baik dalam hidup..insyaALLAH aman.


rasa sedih bila bersalam dengan kak syira,maknanya 5 hari lagi kami akan berjumpa dengan izin ALLAH.insyaALLAH..



petang tadi ke wang ulu sekali lagi. kali ni ana merempit pulak dengan sahabat baik ana cik faten asilalatin..geng lepak ada buat diskusi sesama sahabat.alhamdulillah,input dan output bergiat aktif mencurah dan menambahkan ilmu..syukran untuk semua sahabat. semoga ALLAH meredhai dan merahmati majlis ilmu tersebut..ameen..


malam nie cik faten asilalatin bertolak balik ke Kelantan..rasa sayu dan hiba bila berpelukan tadi. mana taknya,selalu jer bersama..buat bising dalam bilik,memasak (moga geng2 mpkk tak tahu),ke sana ke mari,berjaga malam untuk study...seolah-olah macam adik beradik..tak heran lar dia panggil ana kak long (rasa lucu pulak,padahal ana bukan ana sulung)..katanya sebab ana sesuai jadi kak long dan cara ana macam kakak dia..heee,boleh pulak macam tu..tak pe lar panggil apa pun asal kita selesa.. dan panggilan "teyh" untuk dia..biasa lar orang dah ada anak saudara,berbeza dengan ana.. rasa kehilangan,walhal baru beberapa jam berpisah..itulah ukhwah,sentiasa dihati dan diingati walaupun tanpa bayangan..terasa rindu bila berjauhan.. moga perjalananmu selamat wahai sahabatku..cepat-cepat kembali ke sini kerana kita masih ada urusan yang belum selesai..masih banyak misi antara "aku dan kamu" yang belum jelas..hehe..sampaikan salam rindu untuk bumi kelantan tanah tumpah darahku!!





Tidaklah kita dapat mengenal oranglain melainkan dengan 3 waktu.Tidak dapat diketahui adakan seorang itu pemaaf melainkan ketika dia marah. Tidak dapat dikenal seorang itu berani melainkan pada waktu berjuang. Tidak dapat dikenal sahabat melainkan waktu kesusahan.

Seorang sahabat adalah yang dapat mendengarkan lagu didalam hatimu dan akan menyanyikan kembali tatkala kau lupa akan bait-baitnya..





p/s : syukran untuk yani selaku rumate sorang lagi yang setia bersama menemani ana..bez jugak tak ada orang,boleh buat bising sesuka hati..layan nasyid sekuat hati pun mesti tak ada yang kisah. (=




geng biomedik jom pakat study..3 test menanti lepas cuti deepavali..jom struggle sahabat!!be smart (= (signal n system,analog,eng.mechanic menanti kita) heeee.. gud luX ..




24 October 2011

.::.~dia yang dicintai~.::.

-kecintaanku-


Assalamualaikum...





Bismillahirrahmanirrahim..






tangan ini cuba untuk menulis tentang kisah seorang lelaki yang amat ana sayangi,kasihi,cintai sepenuh hati..setiap detik dan saat ana ingin bersamanya,kalau boleh tak nak berpisah dengannya walaupun sesaat cuma... dia lah kekasih hati ana selamanya dan tiada pengganti. dialah abah ana,seorang insan yang amat ana sayangi melebihi segalanya.






orang kata ana banyak persamaan dengan abah,tang mana ana pun tak tahu.. mungkin garang macam abah..hahaha..yer betul,ana seorang yang garang dan "bekeng".. ana ingat lagi,masa form five ada orang panggil ana singa betina..huhuhu..kurang asam punya orang,suka hati jer panggil macam tu..dan satu lagi anti lelaki..hahaha..teruk jugak perangai masa tu..bukan anti pun sebenarnya,cuma tak bergaul sangat jer..dan di cop geng anti lelaki.. ok la,zaman budak-budak..






berbalik kepada topik asal..






semua orang sayang pada abah/ayah/abi/baba/daddy/papa masing-masing kan??? kalau yang tak sayang tu,ada yang tak kena tu..maka check balik,di mana silap..






usia kanak-kanak ana banyak dihabiskan berulang alik ke hospital untuk melawat abah. setiap kali tiba hari perayaan,ana lah antara kanak-kanak yang seolah-olah tak beraya walhal baju raya banyak pasang. 16 tahun dulu adalah detik kehidupan yang sangat menyedihkan. masa tu arwah atok ada lagi,arwah lah yang selalu manjakan ana,hantar dan ambik dari pasti..belikan itu,belikan ini hanya semata-mata untuk memujuk ana agar tidak manangis.. abah ana di rawat di hospital USM,Kubang Kerian. pada masa tu kanak-kanak tidak dibenarkan melawat pesakit kecuali dengan kebenaran guard dan disertai surat kebenaran. setiap kali nak datang melawat abah,ana akan isikan baju-baju ana dalan beg plastik..beg plastik tahu kan macam mana bentuk dan rupanya?haa..macam tu lah..lawak kan ana nie,macam lar tak ada beg lain. tapi memang tak ada beg pun,tu jer yang ana jumpa..budak-budak mana nak tahu apa-apa..pakai main sembat jer.ana letak baju-baju ana dalam tu sebabnya nak jaga abah kat hospital. ana tahu,mama penat.. sampai kat hospital,mama akan bawak abah turun melalui lif..abah duk atas kerusi roda,tangan abah penuh dengan wayar-wayar..ana peluk abah dan menangis,rutin tiap kali pergi lawat abah. abah akan tanya,sekolah macam mana..pergi ker tak,sapa hantar..







satu hari tu,abah dah dibenarkan keluar dari hospital..ana lah manusia yang paling bahagia ketika itu. pada malam tu,abah sesak nafas dan tak boleh bernafas. ana dan abang terus menerpa ke pintu,padahal waktu tu pintu berkunci..tapi dengan izin ALLAH kami dapat membuka pintu tersebut selepas beberapa kali duk main tarik tolak. kami terus berlari ke rumah arwah atok dalam keadaan menangis. alhamdulillah,abah pulih beberapa ketika lepas tu. kawan-kawan abah yang sama wad dengan abah semua dah meninggal..alhamdulillah abah beransur pulih.masa ana form five sekali lagi penyakit abah menyerang..saat tu ana duk kat hostel. ana terus balik bila tahu abah jatuh sakit. bila orang tanya antara ibu dan ayah yang mana paling ana rapat. ana akan jawab dua-dua ana rapat..bila ana col mama,ana akan pastikan yang ana jugak akan dapat bercakap dengan abah..baru adil,ana takut sangat kalau mereka terasa hati..ana tak akan biarkan mama dan abah menangis sebab ada anak yang degil macam ana,biarlah mereka menitiskan air mata kerana kejayaan ana..bukan kerana kegagalan ana. insyaALLAH.. masa balik rumah,ana ada terjumpa satu helaian kertas lirik lagu nasyid kumpulan Rabbani,pergi takkan kembali lagi..ana menangis saat tu,terus ana pergi peluk abah.. ana tak bersedia untuk segala kemungkinan yang bakal berlaku. petang sabtu tu,ayah long yang hantar ana balik ke hostel. saat bersalam ana peluk dan cium abah..ana dapat tengok abah juga menitiskan air mata..tapi cepat-cepat abah kesat..alhamdullah,beberapa minggu lepas tu abah semakin pulih dan start bekerja..











doktor ramai yang kagum dengan prestasi kesihatan abah. ramai yang bertanya ubat apa yang abah makan sehingga dapat bertahan dan tak perlukan rawatan susulan seperti dulu-dulu. abah hanya terseyum,kuasa ALLAH tak dapat kita tandingi dan kuasa doa paling mujarab selepas kita berikhtiar dengan pelbagai cara.. hanya tawakkal kepada DIA..walaubagaimana pun,abah masih menjaga pemakanan dan masih berpantang pada sesetengah masakan dan pemakanan.. kalau makan sesuka hati akan nampak perubahan pada diri abah..alhamdulillah,abah dikurniakan seorang wanita yang tabah dan cekal dan setia di sisinya..dialah mama ana yang tersayang.seorang wanita yang sentiasa tabah dan sentiasa ada bersama abah saat suka dan duka,seorang motivator untuk abah dan anak-anak..abah selalu cakap,dia beruntung punyai isteri,anak-anak yang soleh dan solehah..ana bukan anak yang solehah untuk abah,tapi ana akan berusaha untuk menjadi anak yang solehah untuk abah dan mama..cuba untuk membahagia mereka semampu ana..sekarang ana dah besar,dan ana makin mengerti akan hakikat hidup ini.. kepada sahabat di luar sana,hargailah ayah dan ibu kita sebelum terlambat..ingatlah kasih mereka yang akan membawa kita ke syurga..sekali kita menitiskan air mata mereka kerana sikap biadab nya kita,maka hidup kita tak akan pernah berkat baik di dunia ataupun akhirat..










Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)





(surah Lukman : 14)





~wallahu'alam~





17 October 2011

.::.~mencari jalan pulang~.::.



Bismillahirrahmanirrahim.


Aku tersasar di jalan sana,
Mencari arah untuk kembali pulang.


Setiap detik yang aku lalui penuh liku-liku dan ranjau,
Seolah kebahagiaan itu menghilang dariku.


Namun aku cepat-cepat menoleh ke belakang
Dan mengharap agar arah yang aku lalui nanti tidak tersesat.


Hanya satu yang aku pegang ALLAH sentiasa bersama denganku.
Biar satu dunia menyumpah dan membenciku..tapi aku akan tenang
Bila DIA tidak meninggalkan aku.

Kini aku bertambah yakin bahawa jalan yang bakal aku teruskan ini
Dapat menolongku mencari insan-insan yang dapat membimbing ku pada jalan keredhaan..
Kembali pulang pada prinsip hidup yang sebenar. INNALLAHA MA’ANA.







~wallahu'alam~

25 September 2011

.::.~sem Baru~.::.



Bismillahirrahmanirrahim..



akhirnya bergelar pelajar kejuruteraan balik selepas berbulan syok dengan cuti free.. dan disebabkan itu dengan sedaya upaya cuba menerima proses pembelajaran yang baru.. sangat kelam-kabut dan kepala dah naik pusing pada kuliah pertama..orang yang menjadi sasaran untuk mengadu nasib semestinya puan bonda...alhamdulillah,terima kasih mama atas segala nasihat mama tu..sekurang-kurangnya semangat dah kembali..


alhamdulillha,ALLAH dah permudahkan urusan..dapat sebilik dengan sahabat baik pulak tu..syukur (=
moga semangat baru ini dapat memenuhi azam yang direncanakan nanti insyaALLAH..



kepada sahabat-sahabat yang berada di tahun akhir,selamat berusaha dan selamat menyiapakan projek kalian.moga urusan tu dapat disempurnakan dengan baik dengan izin ALLAH..





nota kaki: rindu pada seisi rumah di kampung..:(

13 September 2011

.::~Renungkan :


Apabila bangun tidur, tanya kepada diri sendiri:
"Kenapa ALLAH masih hidupkan aku pada hari ini?"
Jawapan yang dicadangkan Imam Al-Ghazali:
"Kerana dosaku terlalu banyak. ALLAH masih izinkan (beri masa) aku untuk bertaubat."

12 September 2011

.::.~TeriMa kasih~.::.


Assalamualaikum..
Bismillahirrahmanirrahim.

gembira bila dapat panggilan daripada sahabat..sahabat yang sekepala pulak tuu. terima kasih kerana mengambil berat tentang ana..tunggu kedatangan hamba nanti yer,insyaALLAH kita jumpa nanti (=

dah lama tak on9,tak sempat..masa sentiasa ada cuma cara pembahagian masa tu tak berapa sistematik.. terharu dan sebak bila terbaca blog seorang sahabat yang bercerita tentang ana. penulisan yang penuh nostalgia. betul kan,bila sahabat yang baik dan bersahabat dengan kita lillah taala akan sentiasa bersama kita. bila ada yang memfitnah kita,dia sentiasa membela dan bersama kita.. dia sentiasa ada untuk memberi sokongan. sahabat,ucapan terima kasih sahaja yang mampu ku ucup untukmu. moga ALLAH membalas segala kebaikanmu.
ana bukan seorang yang sempurna,tetapi ana cuba belajar untuk mencari kesempurnaan itu..

kata sahabat ana,"kena hargai orang yang ambil berat pasal kita,tu menunjukkan kita sentiasa disayangi..."yer,ana sangat menghargai kalian...syukran teman,syukran sahabat (=






~wallahu'alam~





03 September 2011

.::.~ciNta afteR NIKAH~.::.



Dear my future husband,



I need you to make me want to learn about Islam,
I need you to take me to the Mosque when i don't feel like it,
bring me beautiful prayer rugs to make me 'want' to pray,
read me surahs from the Quran so that i can understand this beautiful religion that i feel like that i have been shirking for such a long time...
I need you to do this because i want to be there for you in Jannah waiting by that beautiful gate with my hand reaching for yours...
I want be able to tell our little girls that Islam is extraordinary when you have the right man helping you understand it...
So when our daughters grow up and search for their own husband (figuratively speaking of course, our daughters won't date! Its, HARAM!!) they will ask Allah to find a man like you.. to find their own helpers in this world... because that's what we do in this planet...
We find our spouses that help us better ourselves in every way possible and when we do find that special someone, all we can do is look up to the sky and thank God for this person who we don't deserve but somehow have gotten to share the rest of our blessed lives with...




"Sometimes we just have to accept that people are going to stay in our hearts even when they don't stay in our lives..."


This dedication I dedicate just for you my future husband, if Allah wills it....
Nothing special about me, please remember that...
I hope, you choose me because of Allah...
I'm not beautiful like preity zinta,
I'm not very excellent in Islamic knowledge, like Saidatina 'Aisyah,
I'm not a great woman in Jihad like Sumayyah,
I'm not a good woman like Saidatina Khadijah..
But, I'm only a mere volunteer missionary and only a person who want to be the best woman and the best wife....that's me...and only me...



The last but not least, I want to be a good Muslimah and become your source of inspiration in DAKWAH!


~cinta after NIKAH (=


02 September 2011



Bismillahirrahmanirrahim.


"Aku Percaya Setiap Kesusahan Dan Ujian itu adalah Jambatan Untkku Lebih Mendapatkan jutaan rahmat dan Kasih SayangNya........"

“Ya Allah….segalanya kuserahkan kepada-Mu. Aku hanya hamba-Mu yang kerdil yang tidak bisa berbuat banyak. Biarlah Engkau yang memilih cinta dan memilih kehidupan untukku. Aku tidak ingin memaksa Engkau memberikan apa yang aku mahu…berikanlah apa yang terbaik menurut ilmu-Mu itu padaku. Kerana seluruh hidupku..cintaku..dan nyawaku adalah milik-Mu yang mutlak dan hakiki!!!!”

Syurga Allah itu bukan murah harganya

“Ya Allah........kuatkanlah hati daku untuk selalu ingat kepada-Mu dan jadikanlah kesusahan yang kualami ini sebagai cara untuk aku mendekatiMu”


31 August 2011

.::.~SELAMAT HARI RAYA~.::.


Let’s write all the mistakes down in the sand
And let the wind of forgiveness erase it away
Happy Idul Fitri!

28 August 2011

untukmu bakal zauji ku nanti,




Namamukah yang tertulis di luh mahfuz sana?
Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju syurga?
Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?
Adakah kau yang tercipta untukku?

Kau takkan pernah dapat memberi jawapan
Kerana jawapannya bukan di tanganmu
Tetapi di tanganNya.
Di tangan Tuhan kita, Allah
Tuhanku dan Tuhanmu

Gelisahku memikirkan dirimu
Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku
Maafkan aku.
Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu

Jadilah dirimu kumbang yang hebat
Dan doakan aku agar menjadi bunga yang mekar

"i've leave him for the sake of Allah"

Dan sesungguhnya hari kemudian
itu lebih baik bagimu
daripada yang sekarang (permulaan).
Dan kelak Tuhanmu
pasti memberikan karunia-Nya kepadamu ,
lalu (hati) kamu menjadi puas.
[Ad dhuha: 4 & 5]

Untuk itu
Aku tinggalkan dirimu padaNya

Sesungguhnya
aku bertawakkal
kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu.
Tidak ada suatu binatang melata
melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya.
Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.
(Allah Maha Adil)
[Hud: 56]

Yakinlah pada janji Allah!

maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya
sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu
dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya
[ As Syams: 8-10]

Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan:
"Tuhan kami ialah Allah"
kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka,
maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan:
"Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih;
dan gembirakanlah mereka
dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu
[Fussilat:30]


Dan tika kamu merasa lemah
Mohonlah kekuatan dariNya
Allah itu dekat
yakin pasti

Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan,
maka mohonlah perlindungan kepada Allah.
Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
[Fussilat:36]






~wallahu'alam~

26 August 2011

.::.~jawapaN dariNYA~.::.




Bismillahirrahmanirrahim..



fikiran aku melayang entah ke mana..betul ker jawapan yang aku buat ni. adakah aku terlalu ego dengan keadaan. yer,istikharah itu jawapannya. gerak hati aku sangat kuat tentang itu.
Adakah ALLAH dah membuka ruang dan peluang untuk itu. harapanku hanya satu,jika benar apa yang gerak hatiku bersuara moga ALLAH permudahkan..


aku dah cuba untuk menerima. aku dah cuba untuk memberi ruang.. teringat kata-kata mama,kalau ALLAH dah tetapkan itu milik kita,pergi sejauh mana pun ia akan menjadi milik kita juga..redah lautan sekali pun,ujian sekali pun akan tetap menjadi milik kita juga. lega..


aku harus lupakan apa yang pernah berlaku dan aku akan cuba untuk membaikinya.


sekali aku rebah,bukan bermakna aku akan terus rebah. kerana aku ada ALLAH yang Maha Pelindung.. pengalaman mengajar aku untuk lebih matang dalam menempuh hidup..segala-galanya aku serahkan pada NYA...insyaALLAH.


moga-moga aku tidak lagi melukai mana-mana hati yang pernah berkaitan dengan ku..menyukai tak bermakna mencintai. dan dalam mencintai,tak semestinya memiliki.


rahsia yang tersimpan hanya ALLAH yang tahu..kerana hati ini milik ALLAH,rahsia itu juga milik ALLAH..Ya Rabb,berikanlah aku ketabahan dalam setiap ujian dariMU..rahsia itu hanya Engkau yang tahu.







25 August 2011

.::.~hati seorang waNita~.::.







Assalamualaikum...




Bismillahirrahmanirrahim ..

alhamdulillah hari ni ana menerima kunjungan daripada sahabat kampus. cik imah,cik fiza dan cik kak arh.. gembira kerana menerima kunjungan tetamu yang akrab dengan kita dan lagi seronok bila dapat iftar bersama.



petang tadi ana,puan bonda dan fiza ke bazar ramadhan ketereh. pertama kali fiza mengunjungi pekan ketereh kerana sebenarnya fiza bukan orang Kelantan. asalnya nak teman puan bonda beli barang,lepas tu ana tertengok sepasang jubah tergantung kat dalam kedai yang menjual jubah. mungkin jubah tu nampak simple,tapi manik-manik yang melekat kat sekitar jubah tu menarik perhatian ana. terus ana tanya pendapat puan bonda dan fiza..mereka on,ana pun apa lagi,on jer la..syukran mama sebab tolong bayar. akhir-akhir ni suka sangat pakai jubah berbanding baju kurung. bak kata encik abah,anak abah ni dah nak buka butik ker..heee..tergelak sakan ana.. Ya Allah,kurniakanlah aku akhlak yang baik sebagaimana Engkau memperelokkan rupa kejadian diriku..ameen..




bila keluar ke tempat awam semestinya mata kita akan dihidangkan dengan pelbagai macam fesyen yang bermacam-macam bentuk. hati ana terdetik,ALLAH....sayunya bila melihat kaum hawa yang berpakaian,tapi seolah-olah tidak berpakaian.sedih sebab mereka adalah kaum yang sama macam ana. pakai tudung,tapi seolah-olah tidak bertudung..

diri kita ibarat intan berlian,lagi dijaga dan disimpan rapi,lagi tinggi nilainya dan lagi mahal harganya. jangan biarkan diri kita seperti makanan yang dijual di tepi-tepi jalan.terdedah dan dipegang-pegang,akhirnya menjadi rosak dan basi.. muslimah sejati,peliharalah aurat dan maruah dirimu kerana dirimu adalah sebaik-baik ciptaanNYA.. berikan pada yang selayaknya dan yang halal buatmu.




iman manusia ada naik,ada turunnya..ada masa kita terasa down dan ada masa kita terlalu yakin. diisebabkan iman naik dan turun kita sepatutnya berusaha untuk sentiasa menjaganya. bayangkan seorang muslimah yang pada asalnya berperwatakan menutup aurat dan sentiasa menjaga maruah dirinya akhirnya kecundang apabila terjebak dalam dunia kapel. sedih bukan. hatinya terdetik untuk berubah ke arah negatif apabila cemburu melihat orang lain kapel di sana sini dan membuatkan dia ingin mencuba. bayangkan sahabat,mengapa hadirnya perasaan seperti itu..syaitan bersorak keriangan.terjebak dengan kapel,maruah diri melayang begitu sahaja,aurat yang dulu dijaga rapi sekarang dibiarkan berbentuk mengikut badan.ALLAHUAKBAR...sedih dan sayu perasaan ini.. tudung yang dahulunya labuh sekarang dibiarkan singkat.. hanya satu pintaku,moga ALLAH membuka hatimu kembali dan menunjukkan dikau jalan yang kau cari selama ini dan bukan jalan yang membawa kau kepada kebinasaan.. pintu ku lagi,moga ALLAH sentiasa bersamamu dan yakinlah dengan janji-janjiNYA..



mat rempit sekali pun,apabila mahu mencari calon isteri mereka mahukan yang terbaik walaupun mereka bukanlah terbaik. apatah lagi lelaki-lelaki yang soleh.



Ya ALLAH,kau lindungilah maruah diriku,lindungilah akhlak diriku..moga aku terus bersama orang-orang yang dapat membimbingku dalam menuju cintaMU. tunjukkanku jalan yang benar agar aku dapat melaluinya dan tunjukkan aku jalan yang salah agar aku dapat menjauhinya..aku mahu bertemu denganNYA dalam keadaan DIA redha padaku..YA Rabb,tabahkanlah diriku dalam apa jua keadaan,teguhkan hatiku padaMU..cekalkan aku,ajarkan aku erti sabar agar aku tidak sesekali bersangka buruk pada musibah yang engkau turunkan padaku.kerana aku tahu setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Engkau lebih Mengetahui..
moga usia yang Kau panjangkan ini dapat aku habiskan dengan mengenal erti cintaMU..ameen.








~wallahu'alam~




24 August 2011

.::.~ SaNah Helwah Nik~.::.


Assalamualaikum...
Bismillahirrahmanirrahim

sanah helwah untuk sahabat yang jauh dimata dekat dihati...pemilik nama Nik Nur Syamimi bt Zakaria seorang teman yang ceria dan telatah yang melucukan..sungguh,daku merindui saat-saat bersamamu sahabat..hampir setahun kamu diperantauan dan tahun ini beraya di sana jauh daripada keluarga..penghubung antara kita hanyalah facebook dan telefon..terima kasih sahabat kerana masih menganggap daku sebagai sahabatmu..

perkenalan yang disemai pada tahun 2003 sehingga sekarang membuat daku gembira dan bersyukur kerana ALLAH mengurniakan seorang sahabat sepertimu...kamu seorang sahabat yang suka bercerita dan bercerita..daku tak pernah bosan dengan setiap cerita yang kamu sampaikan...teringat pula waktu kita form 5,banyak sangat kenangan bersama..terutama dalam dorm pengawas..daku,kak khalilah,along,suhaila dan kamu adalah satu geng yang memang satu kepala..hari tu kami ke sekolah,ziarah cikgu dan adik-adik..kak khalilah asyik sebut nama kamu jer,dan kami mengimbas kembali kenangan lama.paling melucukan bila sampai di dewan makan,beria-ria nak buka pintu dewan makan sebabnyer dalam tu dah ada aircond nik..tapi malangnyer pintu tak dapat kami buka..terpaksalah kami padamkan niat nak usya-usya dewan makan yang nampak semakin chomel dan mantap..kami terjah asrama jer,2 pun area luar..xde perubahan sangat melainkan bangunan asrama yang baru.paling seronok lagi,jah dan imah pun pergi jugak hari tu..nik,kami tunggu kepulanganmu!!!

saat nie daku teringat pula tyme kita form 1,maklum lar tyme tu kita satu kelas dan duduk bersebelahan lagi..budak-budak yang baru mengenal erti hidup di asrama..ingat tak tyme kelas BM kita tertido..cikgu pun panggil nama kita,memang terkejut dan malu pun ada..saat tu rasa macam nak tukar muka jer kejap..lepas peristiwa tu dah tak tido dah tyme BM,dah tak nak memalukan diri dah..nik,seronknyer zaman tu...zaman yang cuba berubah untuk menjadi semakin matang dan mengenal erti hidup..

rindu untuk bertadarus bersama,solat tarawih bersama,bersahur dan berbuka bersama...rindu jugak untuk "cop" meja dengan botol air dan tulis, "meja ini sudah ditanda,budak f5"...ALLAHUAKBAR,,rindunyer... nurul,along,jah,sue,ckin,aishah,aisyah,nik,imah,jiehah,menah,waniey,amalina,izat jalilah ♥♥

sahabatku,moga ALLAH merahmati hidupmu dunia dan akhirat..moga kita terus istiqamah pada jalanNYA..doaku moga ALLAH sentiasa melindungi iman dihatimu.. (=







p/s: nik,moga cepat sembuh..rajin2 lar sapu ubat tu..jaga diri elok-elok kat sana.tolong jangan menangis lagi,kami kat sini tahu nik budak kuat dan tabah..



~wallahu'alam~

14 August 2011



Ya Allah..

Yang membolak-balikkan hati kami.. Selama ini aku tidak pernah

tahu bagaimana rasanya bercinta, namun ku berharap, bila cinta hadir

menyapaku, aku tidak akan kehilangan Engkau..



Ya Allah..

Selama ini aku hanya berharap, semoga dapat mencintai orang

yang memiliki cinta luar biasa pada-Mu..



Ya Allah..

Selama ini aku juga berharap, semoga akan dicintai oleh orang

yang dapat mengarahkanku menuju keredhaan-Mu..



Pintaku Ya Allah..

Izinkan aku memiliki rasa ini hingga ia menjadi indah di dada

kami, tanpa menghilangkan rasa cinta kami pada-Mu..







31 July 2011

.::.~SaLam RAMADHAN~.::.


Assalamualaikum...
Bismillahirrahmanirrahim.


Sabda Rasulullah saw.:

"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam.

Nabi Muhammad saw pernah bersabda:

"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"


Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri sendiri.

ameen :)


Sabda Rasulullah saw:

"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."




ayuh sahabat semua,kita rebut peluang yang ada ini dengan usaha yang bersungguh-sungguh dalam meraih cintaNYA...


salam ramadhan untuk semua.. :)


~wallahu'alam~






28 July 2011






berusaha dalam ketaatan demi mencapai Mardhatillah.



halawatul iman dapat dirasai bagi jiwa-jiwa yang tunduk dan patuh pada ALLAH dan taat dalam setiap suruhanNYA.. cintailah DIA kerana pasti cinta kita akan berbalas. persiapkanlah diri untuk menuju gerbang cinta yang hakiki.. insyaALLAH :)



hidup dan matiku hanya untukMU ya Rabb.






.::.~Mati daLam KetaaTan~.::.




Assalamualaikum...
Bismillahirrahmanirrahim.




sedar tak sedar hanya beberapa hari lagi kita bakal menyambut kedatangan bulan yang mulia,bulan ramadhan..sedar dan tak sedar juga kita bakal berpuasa dan menyambut hari raya. boleh bayang tak sekiranya sebelum kedatangan ramadhan kita telah dijemput terlebih dahulu oleh Yang Maha Esa untuk bertemu NYA.. amalan kita entah ke mana. sedangkan dosa bergunung tinggi,titik-titik noda menguasai diri..ALLAHUAKBAR,takut bukan sekiranya kita meninggal dalam keadaan su'ul khatimah dan tak sempat untuk bertaubat..moga ALLAH mengampuni kita semua,insyaALLAH..

"Sesungguhnya amalan itu (tergantung) dengan penutupnya.”
(HR. Bukhari)

moga jiwa yang ada dalam diri kita adalah jiwa-jiwa yang sihat. mana taknya,jiwa yang sihat senantiasa memberi perhatian untuk terus memperbaiki amal,melebihi perhatian terhadap amal itu sendiri. terus bersemangat untuk meningkatkan keikhlasan dalam beramal,menghargai nasihat,mutaba'ah dan ihsan. disamping sentiasa memperhatikan pemberiaan dan nikmat dari ALLAH serta kekurangan diri di dalam memenuhi hak-hak NYA.


"Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan janganlah kalian mati melainkan dalam keadaan muslim (berserah diri).”


“Apabila Allah menghendaki kebaikan pada hambanya, maka Allah memanfaatkannya”. Para sahabat bertanya, “bagaimana Allah akan memanfaatkannya?” Rasulullah s.a.w menjawab, “Allah akan memberikannya taufik untuk beramal solih sebelum dia meninggal.”



"Barangsiapa yang suka bertemu Allah, maka Allah pun suka untuk bertemu dengannya. Dan barangsiapa tidak suka bertemu dengan Allah, maka Allah pun benci untuk bertemu dengannya”. ‘Aisyah bertanya, “Wahai Nabi Allah! Apakah (yang dimaksud) adalah benci kematian? kita semua benci kematian?” Rasulullah s.a.w menjawab, “Bukan seperti itu. Akan tetapi, seorang mukmin, apabila diberi kabar gembira tentang rahmat dan ridha Allah serta Surga-Nya, maka ia akan suka bertemu Allah. Dan sesungguhnya, orang kafir, apabila diberi kabar tentang adzab Allah dan kemurkaan-Nya, maka ia akan benci untuk bertemu Allah dan Allah pun membenci bertemu dengannya.”




ayuh sahabat,kita pertingkatkan amal kebajikan kita berlipat ganda pada bulan ramadhan yang bakal kunjung tiba dan semoga kita terus istiqamah dalam berbuat kebajikan terutama pada diri kita sendiri.. biar pun sedikit,tetapi istiqamah. insyaALLAH.





moga kesihatan tubuh badan yang baik ini menjadi bonus untuk kita terus mengabdikan diri kepadaNYA.. mati adalah suatu perkara yang paling dekat dengan kita..carilah akhirat seolah-olah kita akan mati esok pagi..ingatlah,kita beruntung kerana menjadi umat Nabi Muhammad s.a.w..





Ya ALLAH,


aku adalah hamba Mu yang lemah,


miskin dan memerlukanMu,


aku hambaMu yang fakir,lemah tidak berdaya.
Engkau adalah Rabbku Yang Maha Mulia dan Maha Penyayang.


aku tidak mampu untuk bersabar jika Engkau tidak menolongku untuk bersabar,


tidak ada kekuatan bagiku jika Engkau tidak membantuku dan memberiku kekuatan.


tidak ada tempat bersandar bagiku kecuali hanya padaMU,


tidak ada yang dapat memberikan pertolongan kepadaku kecuali


hanya Engkau.


tidak ada tempat bergantung bagiku dari pintuMu,


dan tidak ada tempat untuk lariku dariMU.








~wallahu'alam~

16 July 2011

.::.~mencari apa yang di cari ~.::.






TIDAKKAH ENGKAU MEMERHATIKAN BAHAWA SESUNGGUHNYA KAPAL ITU BERLAYAR DI LAUT DENGAN NIKMAT ALLAH,AGAR DIPERHATIKANNYA KEPADA KAMU SEBAHAGIAAN DARI TANDA-TANDA KEBESARANNYA. SUNGGUH, PADA YANG DEMIKIAN ITU TERDAPAT TANDA-TANDA KEBESARANNYA BAGI SETIAP ORANG YANG SANGAT SABAR DAN BANYAK BERSYUKUR.



(surah Lukman : 31)











Allahuakbar,DIA mengetahui sebaik-baik perancangan kerana perancangan NYA Maha Hebat.. kita merancang apa yang kita mahu dan apa yang kita ingini,sedarkah kita DIA telah merancang suatu perancangan yang lebih baik untuk kita dan diluar jangkaan..





memang benar,kita menangis bila apa yang kita rancangkan tidak kita perolehi.. tetapi masihkah kita berfikir bahawa ALLAH tidak akan mensia-siakan hambaNYA begitu sahaja.





sabarlah duhai hati,dugaan ini hanya kecil sahaja jika dibandingkan dengan umat terdahulu.. 2 perkara yang berlaku serentak menyebabkan fikiran teramat kacau.. ALLAH sedang menguji ku,ALLAH sedang menguji imanku.. Ya ALLAH,aku pohon padaMU,tetapkanlah hatiku pada jalanMU,jangan biarkan aku berputus asa dan berhenti berharap pada pertolonganMU.. kerana aku tahu dan aku benar-benar tahu bahawa pengaturanMU itu Maha Hebat.. jangan Kau pernah biarkan aku berhenti berharap pada pertolonganMU sesaaat atau lebih singkat daripada itu. aku benar-benar tak berdaya duhai ALLAH Pemilik hatiku.. jangan pernah biarkan syaitan menguasai hatiku kerana aku benar-benar berharap pada keredhaanMU.








berulang kali menatap surah al Baqarah ayat 216,boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu,padahal itu amat baik bagimu,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu,padahal itu tidak baik bagimu. ALLAH mengetahui sedang tidak kamu ketahui..





benar,ALLAH lebih mengetahui.. semalam seorang sahabat menelefon puan bonda,entah apa yang dibicara ana pun tak tahu.. selepas habis bercakap,puan bonda memanggil ana.. benar,hati ana resah dan berdebar.. puan bonda menyampaikan pesan dan menyuruh ana bersabar dengan apa yang berlaku. katanya ALLAH sedang menguji ana dan hanya kecil sahaja dugaan yang ana dapat..betul,mama memang betul..ana dengar lagi penjelasan yang mama cuba sampaikan.. air mata bercucuran lagi entah keberapa kali. mengapa hati tak kuat sangat saat itu,selama ini ana bukan jenis yang mudah beremosi.. mama pesan lagi jangan lepaskan apa yang pernah kita ada demi mencari apa yang kita belum miliki.jangan berharap pada yang belum nyata.. apa yang ada dah terbaik.. naluri seorang ibu amat kuat.. menangis lagi..murahnya air mata. semalam sebutir nasi pun ana tak sentuh,bukan nak diet.. tapi memang tak ada selera.. bila berfikir hari ni nisfu sya'aban,makan jugak bihun beberapa sudu sekadar alas perut.





Alhamdulillah,tadi mendapat panggilan daripada kak ni dan insyaALLAH cuba menolong mana yang mampu..tidak berharap,sekadar berusaha.. ALLAH Maha Adil kan? sedikit demi sedikit DIA dah beri ruang untuk menyempurnakan.. moga ALLAH perkenankan doaku,insyaALLAH..








yakinlah dengan ALLAH,nescaya DIA akan permudahkan urusan kita.. carilah ALLAH dalam senang dan susah kerana DIA tak pernah meninggalkan kita.. moga ALLAH perkuatkan lagi tahap kesabaranku dalam menempuh ujianNYA..














p/s: terima kasih kepada sahabt yang selalu ada bersama dan terima kasih juga sebab masih setia di sisi ana..imah,nurul,farhana,fatin (ucapan terima kasih tak cukup dibandingkan dengan apa yang telah kalian lakukan).





untuk sahabat itu,terima kasih sebab mengambil berat dan terima kasih atas nasihat-nasihat yang diberikan melalui mama..moga ALLAH merahmati kamu.















~wallahu'alam~





19 June 2011




Jangan berputus asa jika ALLAH s.w.t melewatkan penerimaan doa sekalipun



kamu sudah bersungguh-sungguh berdoa kerana ALLAH menjamin penerimaan



semua doa menurut yang DIA tentukan untukmu bukannya menurut



kehendakmu dan akan dikabulkan pada waktu yang ditentukanNYA bukan



pada waktu yang ditentukan olehmu.









18 June 2011




dalam sakit ada penawarnya,


dalam keresahan ada ketenangannya,


dalam duka ada tawanya,


dalam kesedihan ada riangnya,


dalam masamnya tercalit juga sedikit manis.



andai hati keresahan,


tiada yang dapat diganti selain Al-Quran menawarnya..



usah kesedihan menjadi punca



bila keriangan berpihak kepadanya,



kerana dalam kemanisan itu



tersimpan kenangan yang menguntum senyuman..



jadi hargailah masa yang pernah berlalu dalam hidup kita,



kerana sesungguhnya ia tak mungkin berulang lagi.








17 June 2011

.::.~kUNci SYURGA~.::.



Assalamualaikum..

Bismillahirrahmanirrahim...



syukur alhamdulillah kerana ALLAH masih lagi meminjamkan nikmat kesihatan yang sempurna kepada kita..lupakah kita untuk bersyukur dengani nikmat percuma ALLAH itu??apa khabar iman??insyaALLAH moga semuanya sihat sejahtera.. cuti yang panjang tidak sah sekiranya tidak khatam membaca beberapa buah buku berunsur ilmiah untuk menambahkan lagi pengetahuan kan..daripada membuang masa,lebih baik kita menyelongkar dan cuba mencari bahan yang dapat memberi manfaat kepada kita. sekurang-kurangnya kita dapat berkongsi ilmu dengan orang lain walaupun sedikit,tetapi hasilnya cukup baik. insyaALLAH.



ana tertarik dengan kandungan sebuah buku yang bertajuk "Malam Pertama di Syurga". hasil tulisan Adil Akhyar.. antara kandungan yang sangat-sangat menarik perhatian ana adalah "Kunci Syurga".. subhanallah,indahnya perkataan itu..kunci sebuah tempat yang indah yang tidak dapat dibayangkan betapa sempurnanya tempat itu. rumah atau istana di syurga tentunya tidak akan dapat ditandingi oleh mana-mana istana di dunia. keindahan dan kemewahan syurga tidak dapat dibayangkan.



perjalanan ke syurga dilingkungi dengan duri dan onak. manakala perjalanan ke neraka dikelilingi dengan keinginan syahwat. demikian ditegaskan oleh Nabi Muhammad SAW mengenai dua jalan yang ditempuhi oleh manusia. syurga ialah tempat kenikmatan dan kebahagiaan di akhirat yang dikurniakan kepada hamba-hamba ALLAH yang beramal soleh. neraka pula tempat azab keseksaan disediakan untuk mereka yang beramal tholeh ( kejahatan).



sudah tentu untuk mengerjakan solat,puasa,haji dan amal kebajikan lain amat payah kecuali bagi mereka yang beriman. sebab itulah Nabi mengatakan jalan ke syurga penuh dengan kesusahan. bukan mudah untuk masuk ke syurga. kita kena bermujahadah atau berjuang melawan nafsu untuk melakukan kabaikan. syaitan dan nafsu memang menyuruh kita berbuat kejahatan dan tidak menggalakkan kita melakukan kebajikan.



jalan ke neraka amat nudah kerana dikelilingi dengan kehendak nafsu dan syahwat. semua manusia memang cenderung mengikut kehendak nafsu dan syahwat. syaitan pula sentiasa mendorong manusia mengikut hawa nafsu. amat mudah untuk melakukan kejahatan. nah,di depan kita terbentang dua jalan. terpulang kepada kita jalan mana untuk diikuti. tepuk dada dan tanya iman.(bukan tanya selera yang memang suka kepada nafsu)



kebahagiaan di dunia belum menjadi pasport untuk ke syurga. malahan adalah menjadi kesalahan jika kekayaan yang didapati tidak diperolehi dan dibelanjakan secara islamik. semua manusia inginkan hidup senang. kesenangan di dunia hanya sementara manakala kesenangan akhirat kekal abadi. hanya orang yang cetek akal saja memilih kesenangan dunia dan mengetepikan kesenangan akhirat.



perlu kita ketahui sebelum kita melakukan sebarang kataatan,ALLAH sudah terlebih dahulu mendahului dan mengingatkan kita. kalau ALLAH tak gerakkan kita untuk beramal,kita tidak akan beramal. ini bermakna ALLAH mendahului kita jangan sangka kita yang beramal,sebenarnya ALLAH menggerakkan kita beramal. sepatutnya kita bersyukur kerana ALLAH gerakkan kita beramal. oleh itu kita terpaksa mengharung kesusahan mencari ilmu akhirat serta mengamalkannya. kesusahan dalam hal akhirat adalah rahmat. dengan kesusahan ini ALLAH mengampun dan meninggikan darjat kita.



----> LULUS UJIAN <----


Firman ALLAH SWT yang bermaksud :

" Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga,padahal belum sampai kepada kamu ujian dan cubaan seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? mereka telah ditimpa kepapaan,kemusnahan harta benda dan serangan penyakit,serta digoncangkan oleh ancaman bahaya musuh,sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya : " Bilakah datangnya pertolongan ALLAH?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan ALLAH itu dekat asal kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama ALLAH."


(Al-Baqarah:214)


~mendapat kemenangan berupa Syurga~


Apabila hati mereka dapat berdiri teguh menghadapi ujian yang menggoncangkan ini,maka itulah terlaksananya keputusan ALLAH dan tiba pertolongan dari ALLAH.


Sayid Qutub berkata :


" kemenangan berupa syurga itu adalah disimpan untuk mereka yang wajar menerimanya dan tiada yang wajar menerimanya melainkan orang-orang yang sanggup berdiri teguh sehingga akhir. mereka sanggup teguh menghadapi kesusahan dan penderitaan,sanggup teguh menghadapi goncangan-goncangan dan mereka sanggup menghadapi rempuhan ribut badai."


mereka yakin bahawa tiada kemenangan melainkan kemenangan dari ALLAH dan sesuai dengan kehendak ALLAH. Apabila kesusahan dan penderitaan itu sampai ke puncaknya,maka mereka hanya mengharapkan pertolongan dari ALLAH sahaja bukannya mengharapkan sesuatu penyelesaian yang lain. bukan pula mengharapkan mana-mana pertolongan yang bukan datang dari ALLAH,kerana pertolongan yang sebenar itu datang dari ALLAH.


~sabar dab redha~


Ibnu al-Jauzi berkata :

"sesungguhnya dari kesukaran hidup yang terkena kepada ummah terdahulu membawa kepada terlewatnya kemenangan di samping tribulasi yang begitu mencabar dan sesungguhnya telah dinyatakan bahawa jalan ke syurga itu hanya dengan kesabaran yang tinggi dan kental."


----> MEMPERBANYAKKAN ZIKRULLAH <----


Firman ALLAH bermaksud :


"iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan zikrullah. ketahuilah,dengan zikrullah itu tenang tenteramlah hati manusia."


(ar-Ra'ad:28)


~melembutkan hati~


ingatkan ALLAH akan datang kepada seseorang ketika masa lapangnya. alangkah banyaknya masa lapang yang kita gunakan untuk berseorang diri apa lagi pada waktu akhir maam yang sunyi sepi. apabila kita ingatkan ALLAH,mengambil pengajaran dan iktibar daripada apa yang terjadi di sekeliling akan menjadi lembut hati dan dengan tidak disedari mengalir air mata membasahi pipi,semoga ALLAH mengampunkan segala dosa kesalahannya. ia kerana termasuk dalam golongan orang yang bakal mendapat bayangan teduh ALLAH pada hari kiamat nanti seperti disebut dalam hadis,


"...seorang yang mengingati ALLAH ketika sunyi lalu mengalir air matanya..."


perasaan sedih dan takut boleh menggoncangkan hati siapa saja di dunia ini,tetapi kita boleh mengubat kesedihan dan mengawal ketakutan itu jika kita masih hidup. bagaimana jika kita sudah mati??siapa yang akan menolong kita daripada seksaan perasaan sebegitu??




hanya amal mampu menjadi teman ketika takut dan sedih. mata yang membaca al-Quran,lidah yang berzikir,tangan yang bekerja kerana ALLAH dan kaki tegak kerana iman. semuanya menjadi cahaya di kegelapan kubur. di dalamnya ada pemandangan syurga ataupun neraka.



~wallahu'alam~

.::.~FADILAT berpuasa paDA BulaN RejaB~.::.



Bismillahirrahmanirrahim...


suka sekiranya ilmu yang kita perolehi dikongsi bersama. semoga kita semua mendapat rahmat dan kasih sayang daripada ALLAH. sama-samalah kita menjaga iman agar sentiasa tetap dijalanNya. berusaha mencapai sesuatu yang baik dan berfaedah,insyaALLAH..





* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).
* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
*Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.
*Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.
* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.
* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.
* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.
* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.
* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.
* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).

Berkata Saidina Ali:

* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.

Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.

Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti.

Sasiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.

Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali. Bulan Rejab bulan Allah.

Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka!

Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi danpetang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:

"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dan kebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau".(dari kitab Raudatul Ifkar)

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemulia! an bulan Rejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya. Demikianlah keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.





~~wallahu'alam