12 March 2013

.::.~bertambah usia~.::.

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah ALLAH masih lagi meminjamkan usia untuk terus bernafas di bumi ini..sungguh nikmat ini begitu besar. alhamdulillah..

syukran kepada semua yang mendoakan kebaikan untuk ana,doa itu begitu berharga dan sangat bernilai..terima kasih.. berkongsi sedikit cerita..

detik jam 12 malam 10 mac 2013 mama call.."selamat hari lahir dik,semoga cemerlang dunia dan akhirat". subhanallah,terharu rasa..mama ana orang pertama yang wish befday. terima kasih ma,doakan moga anak ma menjadi anak yang solehah dan cemerlang dunia dan akhirat.. ingatan seorang ibu dan ikatan batin yang begitu kuat..alhamdulillah,terima kasih YA Allah kerana menghadirkan aku seorang ibu yang sangat penyayang dan baik.. teringat lagi pesan mama,"belajar kat u tiada siapa yang peduli pasal kita,tapi ingat ALLAH sentiasa ada dan perhatikan kita..bila rasa malu pada ALLAH,tidak akan lakukan perkara yang ALLAH murka. jadi sentiasalah buat apa yang ALLAH suka. ma abah tak nampak apa yang adik buat,tapi ALLAH nampak." ayat-ayat mama begitu tersentuh dan ana pegang. insyaALLAH sampai bila-bila. pagi tadi abah pula yang wish,tergelak jugak ana..terima kasih bah..anak abah dah dewasa sekarang.

terharu dengan hadiah dan kek daripada sahabat-sahabat,kawan-kawan,geng-geng yang meraikan befday ana. tidak diminta untuk dihargai,cukuplah doa daripada kalian..itu yang penting.sahabat,tanpa kalian ana lemah. tanpa kalian ana keseorangan..terima kasih kerana mewarnai hari-hari ini dengan senyuman. kebaikan kalian hanya ALLAH yang mampu membalasnya.. insyaALLAH.




geng housemate,selaku classmate..mereka yang banyak menolong ana print kan nota-nota kuliah..siap buat jadual lagi untuk ana..kata mereka ana nie kalahkan menteri,sentiasa sibuk..alhamdulillah ALLAH hadirkan teman yang baik hati dan banyak menolong waktu sukar.. terima kasih sahabat :)

(kak nur,yus,wida,ika) 




(a'da,faten)

sahabat baik ana. orang kata kami bertiga macam adik beradik.. macam belangkas. alhamdulillah, mereka pendengar yang setia..penasihat yang mantap..lain-lain course tapi sentiasa ada masa untuk bersama. insyaALLAH moga ukhwah ini sampai ke syurga.. 



wallahu'alam~