31 August 2010

.::.~sinaR RamaDhaN: mencaRi lailatul QadaR~.::.


alhamdulillah wa syukrillah...

Ya ALLAH, sesungguhnya kami memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kerana masih lagi meminjamkan nikmat2 yang tidak terhingga nilainya..alhamdulillah... ramadhan kali ini mungkin juga ramadhan terakhir buat kami, sesungguhnya hanya Engkau lebih mengetahui Ya ALLAH.. berikanlah kejayaan dunia dan akhirat buat kami Ya Rabb.. kurniakanlah kami nikmat manisnya iman... dan kuatkan lah iman kami yang lemah ini.. sesungguhnya kami tak terdaya Ya ALLAH... maka,Kau pimpinlah kami ke jalan yang Engkau redhai... tuntunilah kami menggapai redha Mu.. rimbunan kasihMu kami berteduh, berikanlah kami hidayah Ya ALLAH.. berkatikanlah hidup kami menuju bahagia yang kekal abadi.. aminn..

sedar ataupun tidak kita sebenarnya sedang menghitung hari menjelang syawal...adakah kita sedih dengan ramahdan yang bakal kita tinggalkan tidak kurang sepuluh hari saja lagi...detik-detik terakhir ramadhan merupakan saat-saat yang kita nanti-nantikan..kemunculan malam seribu bulan,malam lailatul qadar akan muncul bila-bila masa sahaja..jadi persiapkan lah diri kita dengan melakukan amal kebaikan ,dan pohonlah pertolongan daripada ALLAH dengan khusuknya..

Malam Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat.
Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3.

Maksudnya:

" Malam Lailatul - Qadar lebih baik daripada seribu malam "


Ertinya menghidupkan malam Lailatul-Qadardengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar seperti sabda Nabi s.a.w.:

" Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta

mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada

dosa-dosa yang telah lalu "



Diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. apabila tiba 10 hari terakhir bulan ramadhan, Baginda menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya. Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan

" Rasulullah s.a.w. berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh

akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam lain. "


Malam Lailatul-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w. bersabda:

" Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadhan

dalam malam ganjil. "


~wallahu'alam~