10 February 2013

.::.~hargailah~.::.





~.::. kenapa masih MALAS?? .::.~

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum...

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W..
alhamdulillah,syukur pada ALLAH diberi nikmat iman,islam dan kesihatan yang baik.

alhamdulillah,hampir 3 minggu lebih berehat dari dunia kampus..insyaALLAH akan kembali ke kampus dalam waktu terdekat. sedar mahupun tak masa kian meninggalkan kita. terasa baru semalam berseronok dan bergelak tawa dalam dunia persekolahan..cepat sungguh masa berlalu.

dihitung,didarab,ditambah,dibahagi dan ditolak umur dah mencecah 20 lebih..termenung,terfikir mencari kekuatan apa yang dah disumbangkan pada islam pada umur sebegini. muhasabah diri,terasa kerdilnya diri ini dibandingkan dengan orang-orang yang berilmu,orang-orang terdahulu.. 
teringat ana akan kisah Sultan Muhamad al Fateh yang berjaya menakluk Konstantinopel pada 29 Mei 1453 ketika baginda berusia 21 tahun. sedangkan kita umur dah pun 20 lebih tapi apa yang dah kita sumbangkan pada islam. rasa sangat takut,apa yang akan dijawab dihadapan ALLAH nanti. mati itu pasti,entah bila masa itu pasti akan tiba jua. 


kadang-kadang kita sentiasa mengeluh,buat kerja dakwah sikit dah mengeluh. penat la,tak sempat la, tak dan la, masa suntuk la...beribu alasan yang kita berikan. sebenarnya tanpa kita sedar ALLAH anugerahkan kita kesibukan untuk kita melupakan waktu-waktu yang tidak berfaedah dan masa yang melalaikan kita. alhamdulillah,dicampaknya kita dalam dunia kesibukan mencari redha ALLAH bukan suatu yang main-main. kepenatan dan keperitan sekarang dapat memotivasikan diri kita agar menyerahkan segala pengharapan kita sebulatnya pada DIA. percayalah,bila niat kita semata-mata kerana ALLAH segalanya berjalan lancar dan kepenatan itu dirasakan suatu yang indah. insyaALLAH.. bekerjalah dengan ikhlas,bukan hanya untuk menjadi terbaik dari yang terbaik.

Ya Rabb …


Jangan Kau buang kenikmatan berda’wah dari hati-hati kami …






Ya Rabb …



Berikanlah kami keistiqomahan di jalan da’wah ini..








~wallahu'alam~