19 January 2013

.::.~kita ada ALLAH~.::.

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum...




Jika semalam jalan yang kita tempuh terasa sukar, namun kita berjaya melaluinya dengan pertolongan dariNya.
 Jika kita rasakan jalan hari ini terlalu sukar ditempuh, yakinlah Allah bersama-sama kita ketika ini. 
Jika esok kita lihat lorong-lorong jalan penuh duri, percayalah Allah dan pertolonganNya juga akan bersama-sama dengan kita esok.. 
Bersabarlah atas segala ujian, yakinlah selepas kepayahan, ada kemudahan yang menanti di hadapan .


sahabat,
teruskan perjuangan dakwah ini,
biar rebah asal kita tidak berubah.
biar sakit melawan nafsu asal redha ALLAH tetap bersama.
perjuangan ini sangat pahit,tapi ingat syurga itu manis.
mahar untuk ke sana bukan percuma,
kerana ia suatu kelazatan yang tidak bisa kita gambar.




~jom bersatu hati bergerak dalam medan dakwah~
kerana kita adalah pemimpin,


~wallahu'alam~


13 January 2013

~untuk kita~

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum..

disaat jari riang menari diatas key board..minda masih melayang pada persoalan dan solusi yang bakal dilakarkan pada medan dakwah..moga semua mencerminkan ibrah buat santapan semua,insyaALLAH.. 

Alhamdulillah,selepas asar tadi keluar ke Kuala Perlis untuk mencari makan bersama geng rumah atau lebih sedap lagi dalam bahasa orang puteh dipanggil housemate.. macam biasa la,ana jenis suka memerhati gelagat sang manusia..usai membeli makanan,kami singgah sekejap di Masjid Terapung Kuala Perlis untuk melihat suasana alam yang beransur malam..kelibat manusia di situ bermacam ragam,sangsi terhadap pasangan yang begitu mesra dan sedang enak dibuai asmara petang..insyaALLAH harapnya mereka adalah pasangan yang halal..moga ALLAH redha.
jika tidak,betapa ruginya mereka..rugi kenapa?
sebab senang-senang sahaja terpedaya dengan helah dan asyikan syaitan yang suka akan menyesatkan anak cucu cicit adam..


ana terfikir,mungkin melihat dari reaki semasa dan perkembangan demi perkembangan semasa..terfikir,mengapa ramai yang suka  "mengepost" sesuatu tentang bakal imamku,bakal mujahidku,bakal suamiku dan bla bla.. sangat suka dan memang tak dinafikan banyak status di muka buku berkaitan itu. ana menyokong,tapi jika sekadar benda tu adalah reaksi luaran dan tidak dipamerkan pada tindakan apa gunanya. di mana persiapan kita untuk menjadi suri kepada sang adam? sekadar bersedia dalam muka buku tanpa usaha tidak ke mana. tapi jika diselitkan dengan tindakan sangat beruntung bukan.. 
ramai sang wanita di luar sana yang mengimpikan pendamping yang soleh,tapi tidak mempersiapkan diri untuk menjadi solehah..kita mengimpikan insan yang soleh,pendamping yang beriman,suami yang penyejuk mata.tapi sekiranya kita gagal untuk menjadi solehah,mana mungkin kita berjaya untuk mendapatkan sang soleh itu. kita selalu membahaskan mahukan seorang imam yang menjaga solat jemaahnya,tapi solat jemaah kita lintang pukang. pendapat ana,tidak adil begitu..sekiranya kita mahukan yang begitu,kita pun kenalah berusaha untuk menjadi begitu..didik diri kita untuk menjadi yang terbaik diantara yang terbaik,percayalah kita sesekali tidak akan rugi..

Allah akan permudahkan urusan kita bila masa dan keadaan berlaku tepat pada masanya. untuk itu,persiapan harus dilakukan. berusahalah untuk menjadi suri yang terbaik dan solehah buat sang adam dan menjadi ibu yang mithali buat sang penyejuk mata,insyaALLAH. sekiranya jodoh kita telah sampai,insyaALLAH Dia akan permudahkan segalanya. banyakkan berdoa moga ALLAH kurniakan insan yang tepat dan sesuai pada masanya.



~Ya Rabb,permudahkan urusan kami dalam meraih redhaMU~
..moga segalanya menjadi indah pada masanya..


~wallahu'alam~



12 January 2013

Masanya akan tiba,tapi kapan?


Assalamualaikum..


setelah sekian lama membiarkan blog berdebu,terasa rindu untuk menulis. selama ni keinginan untuk terus menulis terpaksa dibiarkan sepi tanpa sebab..rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan pelangi. terima kasih YA RABB. otak berputar,minda terus mencari idea yang melayakkan pena terus menajamkan matanya..Alhamdulillah,terpanggil untuk kembali menceriakan blog..ana bukan seorang yang belajar sastera yang tahu dan reti bermain dengan ayat-ayat puitis,bukan jua novelis yang pandai bermain dengan ayat-ayat berbunga..cukuplah ana seorang pelajar jurusan kejuruteraan yang kerdil mencari sekuat kekuatan untuk berjuang di medan dakwah..tidak perlu menggunakan ayat puitis atau ayat yang berjiwang untuk menarik minat pembaca..cukuplah merungkai pengalaman dan berkongsi cerita.moga bermanfaat untuk semua,insyaALLAH.

Alhamdulillah,detik dan saat ini ALLAH memberi ruang dan peluang untuk terus bernafas.moga peluang yang ALLAH berikan ini dapat digunakan sebaiknya.. pengakhiran tahun 2012 adalah suatu detik yang tidak dapat dilupakan. sebuah detik yang akan dikenang oleh setiap sahabat yang merasai pemergian seorang sahabat yang cukup istimewa. perginya seorang pejuang ALLAH bertemu RABB nya dalam keadaan tersenyum..ALLAH lebih sayangkan nya berbanding sayang daripada keluarga dan sahabat..moga rohmu di tempatkan bersama golongan yang beriman.moga kita berjumpa lagi.teringat kata-kata sababat,moga kita akan terus bersatu dan akan berpimpin tangan menuju ke syurga kelak..insyaALLAH...

sedang berperah otak berjuang di medan imtihan,puan mama call..cukup tenang bicara seorang ibu, "adik,ma nak g rumah tok wan meta lagi,tunggu abah balik dulu ni"..dapp..dada ana berdebar.

"bakpo ma,ado gapo..tok wan sakit ko"?

"tak dok gapo,urmm mok nik yam tak doh doh."

ana terdiam..otak ligat berfikir...tak percaya..

Arwah meninggal dalam keadaan tidur,puan mama kata mayatnya cantik sangat macam orang tengah tidur..subhanallah,indahnya pemergiaannya..tidak percaya,macam-macam ada. hanya dapat sedekah kan ayat-ayat Quran untuknya..moga ALLAH sampaikan padanya. mati itu pasti,tidak kira kita bersedia ataupun tidak..bila-bila masa sahaja akan datang..sebagai persediaannya,cuba persiapkan diri kita untuk bertemu Tuhan kita dalam keadaan DIA redha pada kita.


cerita tentang saat kematian.

Dikisahkan ketika Allah mencipta Al-Maut (kematian) dan menyerahkan kepada Izrail, maka berkata malaikat Izrail, “Wahai Tuhanku, apakah Al-Maut itu?”. Maka Allah menyingkap rahsia Al-Maut itu dan memerintah seluruh malaikat menyaksikannya. Setelah seluruh malaikat menyaksikannya Al-Maut itu, maka tersungkurlah semuanya dalam keadaan pengsan selama seribu tahun. Setelah para malaikat sedar kembali, bertanyalah mereka, “Ya Tuhan kami, adakah makhluk yang lebih besar dari ini?” Kemudian Allah SWT berfirman: “Akulah yang menciptakannya dan Akulah yang lebih agung daripadanya. Seluruh makhluk akan merasakan Al-Maut itu”.
Kemudian Allah memerintahkan Izrail mengambil Al-Maut. Walau bagaimanapun, Izrail khuatir jika tidak terdaya untuk mengambilnya sedangkan Al-Maut lebih agung daripadanya. Kemudian Allah memberikannya kekuatan, sehinggalah Al-Maut itu menetap di tangannya. Malaikat Izrail diberi kemampuan yang luar biasa oleh Allah hingga barat dan timur dapat dijangkau dengan mudah olehnya.
  • 100 hari sebelum kematian – Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. 
  • 40 hari sebelum kematian – Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika. 
  • 7 hari sebelum kematian – Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan. 
  • 3 hari sebelum kematian – Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan. 
  • 1 hari sebelum kematian – Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya. 
  • Hari kematian – Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Baginda Rasullullah S.A.W bersabda, “Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu”.
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi, “Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail. Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya”.


~wallahu'alam~