26 February 2010

.::.~saLaM maULiDuR RASUL~.::.
















Rasulullah dalam mengenangmu

Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela

_______________________________________________________________

Ibunya Bernama Aminah
Ayahnya Bernama Abdullah
Dilahirkan Di Makkah Mukarramah
Ibu Susunya Halimatus Saadiah

Ayahnya Meninggal Dunia
Tika Nabi Di Dalam Kandungan
Alangkah Sedih Pilunya
Ibunya Menjaga Baginda
Muhammad Mustafa

Semasa Di Dalam Perjalanan
Pulang Dari Maqam Suaminya
Aminah Jatuh Sakit Di Abwa
Kembali Ke Alam Baqa

Tinggallah Nabi Seorang Diri
Hilanglah Insan Yang Dikasihi
Tinggallah Nabi Seorang Diri
Mengajarnya Hidup Berdikari

Anak Yatim Anak Yang Mulia
Dilindungi Allah Setiap Masa

Terpadam Api Di Biara Majusi
Runtuhlah Istana Kisra Parsi
Mekah Diterangi Cahya Putih
Tanda Lahir Nabi Anak Yatim

Anka Yatim Anak Yang Mulia
Dilindungi Allah Setiap Masa

Hidupnya Yatim
Yatim Piatu
Tiada Ayah Tiada Ibu
Namun Dialah Manusia Agung


sesungguhnya apa yang ada pada Rasulullah s.a.w adalah ikutan yang baik. baginda adalah insan yang sangat istimewa dan insan yang satu-satunya tiada yang dua atau ketiga.

seorang pemimpim yang begitu hebat dan sangat menyanyangi umatnya. saat Nabi Muhammad s.a.w dibangkitkan baginda tidak bertanya di mana isteri2ku..di mana sahabat2 ku...

malah baginda Rasulullah s.a.w bertnya kpd malaikat Jibril,"aina ummati??" seterusnya malaikat Jibril menjawb,"Ya Rasulullah,sesungguhnya Engkau lah manusia pertama yg ALLAH hidupkan..umat2mu mahupun umat2 terdahulu darimu belum dihidupkan lagi".

tidakkah kita terfikir betapa mulianya seorng pemimpim yang begitu menyanygi umatnya sehinggakan soalan pertama yg keluar dari mulut nabi adalah "di mana umatku". betapa nabi sangat menyayangi umutnya.

tapi mengapa kita sering lupa akan baginda???tidakkah kita cinta kpd baginda??tanamlah sikap sayang,kasih dan cintakan nabi kita ini..sama2 kita perjuangkan amanah nabi,insyaALLAH...

seandainya kita betul2 cintakan ALLAH,kita haruslah ikut apa yang ALLAH suruh dan rahsia kecintaan ALLAH ada pada RASULULLAH..

sesungguhnya kami merindui mu Ya RASULULLAH..

~wallahu'alam~

.::.~kEwaJiPaN kiTa SebaGai rEmaJa ISLAM~.::.


ASSALAMUALAIKUM…

Salam mahabbah…

Syukur alhmdllah,masih dikurniakan nikmat islam,nikmat iman,nikmat kesihatan yang baik..

Sesungguhnya nikmat ini adalah suatu nikmat yang sangat besar ertinya..alhmdulillah..masya ALLAH, sudah terlalu lama rasa nyer diri ini menyepi…sibuk barangkali..tapi benarkah sesibuk yang sewajarnya???

Ana pom kompius..tapi yang pasti keje2 byk yg perlu disiapkan..tarasa diri ini amat rindu untuk menulis biar pom hnye sebesar zarah..tapi biarlah rasa rindu itu hilang…

sahabat sekalian,,

adakah kau lupa yg sebenarnya kita adalah makhluk ciptaan ALLAH yang paling beruntung kerana dikurniakan akal fikiran yang waras..alhmdllah…syukur pada Mu ya Rabb..sudah jauh sebenarnya kita melengkah,melangkah meninggalkan masa silam yang pasti tak akan kembali..yer,masa telah memotong kita dengan laju nyer sepantas kilat tanpa kita sedar…sekarang kita dah menjadi seorang remaja..

tapi adakah kita mengamalkan cara hidup islam yang sebenarnya???wahai remaja islam…bangkitlah anda….sedarlah akan hakikat hidup ini,akan putaran dunia..sedarlah,kita x selamanya akan muda,x selamanya akan tua…kecil,besar,tua,muda,kaya,miskin kematian akan datang menjemput kita bila2 masa sahaja…tapi adakah kita telah bersedia???

Yusteru,adakah kita sedari dan ketahui bahawa hakikat ini merupakan suatu tempoh kekuatan dan tempoh pengislaman serta turning point dalam kehidupan.kita yang menentukan corak reality kehidupan kita,sama ada kita memilih untuk mnjadi pejuang keadilan mahupun pendokong kezaliman..pilihan ditangan anda…masih banyak kewajipan dan tanggugjawab yg harus kita laksanakan dan tunaikan..tapi,masa yang ada ini belum tentu cukup untuk kita laksanakan semua amanah ini


Dr.Yusof Al-Qardawi meng highlight kan 4 kewajipan yang ana rasakan amat penting untk menjamin keutuhan ummah pada masa hadapan.

Pertamanya adalah kewajipan memahami islam secara sahih

masakan kita dapat mempraktikkan apa yang diperintahkan oleh Islam sekiranya tanpa ilmu..Justeru perlunya mengetahui hakikat islam yang syumul serta jelas apa yang ingin disampaikan oleh Islam serta pelaksanaannya dalam kehidupan.

Kedua pula adalah kewajipan beramal dengan islam

justeru ilmu sahaja tidak memadai andai amal tidak menuruti.Islam menginginkan ilmu yang membuahkan amal. Saidina umar pernah meminta perlindungan dengan Allah dari org munafik yang alim. Kemudian beliau ditanya "Wahai Amirul Mukminin, bolehkah seseorang itu menjadi munafik dan alim?," kemudian beliau menjawab "Ya boleh.Seseorang yang alim pada lidahnya dan jahil pada hatinya". Lidahnya pantas berkata namun ibarat yg berterbangan amalnya hilang tanpa bayangan.

Ketiga pula ialah kewajipan berdakwah kpd islam.

Inilah rentetan dari perjuangan para anbiyak..tugas menegakkan yang makruf dan cegah yang mungkar terletak dibahu kita selaku generasi pada masa kini. Kalau bukan kita siapa lagi?? Biar pun nampak berat tapi jika ada kesatuan insyaAllah dipermudahkan. Setidak-tidaknya khudwah yg baik sudah menjadi titik tolak dalam permulaan dakwah. Firman Allah dalam surah fussilat:33

"Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amal soleh, sambil berkata: Sesunguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah).

Dan yang keempat adalah kewajipan bersatu atas jalan islam

Sesungguhnya tiada di sana gerakan kerja dalam Islam secara solo ataupun bersendirian. Sesungguhnya gerakan secara bersendirian tidak cukup dan tidak memadai. Malah bakal tersangkut dipertengahan jalan atau tiada pewarisan dalam meneruskan kerja dakwah. Islam mementingkan semangat kesatuan & ukhwah serta gerakan kerja secara berjemaah. Sedangkan Rasulullah ditemani sahabatnya.. maka alangkah indahnya sekiranya jalan kebaikan disulami kasih sayang atas dasar keterikatan akidah yang satu. InsyaAllah dakwah tersebar dengan penuh kehangatan ukhwah Islamiyah.

Sayang nyer kita dengan islam,jadi…

Ayuhlah kita bersama2 berjuang menegakkan agama ISLAM yang tercinta ini dalam landasan yang benar..kita mengaku cintakan ALLAH,tapi adakah kita laksanakan perintah ALLAH dengan ikhlas dan baik?? Kita juga mengaku cintakan Rasul..Tapi adakah kita mengamalkan sunnah baginda Muhammad s.a.w???marilah kita baiki diri dan akhlak supaya kita x lalai dan x trgelincir dari landasan islam..insya ALLAH…Moga kasih dan rahmat ALLAH sentiasa bersama kita..insya Allah..AMIN..


~wallahua'lam~

06 February 2010

.::.~maSa UmpaMa peDang~.::.



Assalamualaikum...
alhamdulillah syukur kehadrat ilahi krna ana bkesemptan
untk menulis blog..selawat dan salam keatas junjungan besar nabi Muhammad saw serta kaum kerabat dan para sahabat baginda sekalian... minggu yang amat memenatkan dan membuat jiwa bercelaru.. kesibukan dalam pelajaran dan kesibukan untuk menyiapkan mini projek bengkel amat terasa..tapi alhamdulillah syukr kpd ALLAH kerana ana dan kumplan dpt myiapkan mini projek kami..wlupan ada kecacatan dlm myiapkan projek ini spti besi yg 'diwelding' tidak berapa kmas.. biasalah first tyme buat... baru bljr..tapi terasa seronok la jgk apabila tgok projek yg dah siap nie..lau sblm nie asyk duk pk smpt x nk siapkn.. dis week,tyme so full wif da mxterm test..subhanallah, hati terasa amat2 rindukan fmly di kampung..Ya ALLAH,dugaan btol.. nak test tapi rumah duk pnggil balik,hati lagi la duk berbisik.. ble la nk hbs test.. kuatkan lah hati hambaMu YaALLAH, moga kejayaan di dunia dan akhiratMu akan aku perolehi.. bantulah hambaMu ini untuk mencari keredhaan dunia dan akhirat supaya aku x pnah lalai akan adanya Engkau Ya Allah.. tyme kcik2 dlu slalu jer duk pk,ble la nk jd org besar.. xnak jd kanak2 dah..nak cpt2 msuk u dan dpt keje bgus.. tp ble dah mningkt usia remaja nie,rindu nyer zaman knak2 rebina dlu.. rindunyer saat riang ria zman knak.. tp,masa xkn dpt diputarkan blik..kenangan lalu akan tinggal sbg kenangan smpai ble2..skrg masa untuk fokus pd stdy..kter sbg khalifah di muka bumi ALLAH ini haruslah sdar akan tanggungjwb dan amanah yg tlh Allah berikan kpd kter.. usahlah mempertikaikannyer..laksanakan lah dgn hati y ikhlas dan pnuh kesabaran..nscaya nikmat yang akan kter perolehi akan terasa kemanisannyer nnti.. insyaALLAH...bjihadlah pd jalan ALLAH..bljr bsnggh2.. tegakkan kalimah ALLAH di muka bumi ini..marilah wahai sahabat2 kita bejuang...ayuh,bangunlah!!!.. kita adalah pewaris generasi yg silam..kalau bukan kita siapa lagi????
"jika mereka berpaling dari keimanan,maka katakanlah: .."cukuplah ALLAH bagiku,tidak ada Tuhan selain DIA. hanya kepadaNya aku bertawakkal dan DIA adalah Tuhan y memiliki Arsy yang Agung.." ~at-Taubah:129~
apa yang aku dapat dari semua ini????

::~penghargaan ALLAH terhadap para syuhada: sesungguhnya ALLAH telah membeli dari orang2 mukmin diri dan harta mereka dgn memberikan syurga untuk mereka. mereka berperang pd jalan ALLAH,lalu mereka membunuh atau terbunuh. itu telah menjadi janji y benar dr ALLAH di dlm Taurat,Injil,dan al-Quran..dan siapakah y lbh menepati janjinya selain ALLAH???? maka bergembiralah dgn jual beli y kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan y besar~:: ~at-Taubah:111~

~wallahu'alam~

05 February 2010

.::.~naK miNtaK tOLoNg sikit...~.::.

















TOLONG INGATKAN ANA

andai ana terlupakan tuhan
dalam kelapangan dan kesibukan
dalam kesenangan dan kesusahan.
TOLONG INGATKAN ANA
jangan jadi anak derhaka
mak ayah dilupakan jangan
usah dilukai hati dan perasaan.
TOLONG INGATKAN ANA
dengarlah dan bacalah Al-Quran
tika radio penuh hiburan
tika TV penuh warna-warni.
TOLONG INGATKAN ANA
di mana ISLAM zahir ana
jika aurat didedahkan disingkat,diketat dan dijarangkan.
TOLONG INGATKAN ANA
jadilah sahabat yang baik
sentiasa menerima teguran

sentiasa memberi peringatan.

TOLONG INGATKAN ANA
kalau bercinta biarlah keranaNYA
dalam memilih utamakan iman
kelak ikatan dihindari syaitan.

TOLONG INGATKAN ANA
hidup ini satu kembara
kutiplah mutiara dalam perjalanan

moga di sana menjadi bekalan.




"kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. tetepi adakalanya lebih
berguna daripada kesenangan yang terus-menerus"

~wallahu'alam~

01 February 2010

.::.~kiTa HaRus kUat!!!~.::.


Marilah teman kita bersatu
Mara bersama ke medan jihad
Menyahut seruan Tuhan yang Esa
Pergi bersama laungan takbir

Chorus:
Marilah kita bergandingan bahu
Bersatu teguh mara bersama
Usahlah dikau terus terleka
Allah pasti bersama dengan kita
Janganlah takut janganlah gentar
Terhadap musuh-musuh Allah
Tegakkan kema'rufan runtuhkan kemungkaran
Bersama laungkan takbir

Robohkan rangkaian penindasan
Tegakkan Islam agama tercinta
Bersama kita bentukkan ukhuwah
Syahid matlamat kita yang utama


Assalamualaikum....

salam kasih,salam rindu buat sahabat sekalian...alhmdulillah ana bkesempatan untuk mencoretkan lakaran hati dan perkongsian buat kita semua..rasa nyer sudah bberapa hari menyepi,akibat kekangan masa dan jadual keje yg agak padat menybabkan diri ini tidak bkesmpatan untuk mengeluarkan pandangan dan perkongsian..

maklumlah,skrg nie kita semua bz dgn midterm test...perkongsian ini adalah luahan hati ana yang sememangnya sgt2x kecewa dgn keadaan dunia hari ini..Ya Allah,syukur pada Mu krana msh lagi memberi nikmat iman,nikmat islam dan nikmat sihat pada diri ini...sesungguhnya nikmat ini tidak dapat diberikan oleh sesiapa melainkan Kau yg berhak...Kau menerbitkan suatu y hidup dari suatu yang mati,sebagaimana Engkau melahirkan yg mati dari sesuatu yg hidup..Engkau juga brrkuasa memuliakan dan menghina sesiapa sahaja yg Engkau mahu..ditanganMu wahai YaALLAH segala kebaikan dan kekayaan...

pemuda pemudi islam,bangkitlah!!!!!!!!!!!!!!!!!

bangkitlah kita....bangkitlah kita dari lena,dari mimpi yang hanya mimpi..

bangkitlah kita mencari alam realiti...jangan pernah terleka dgan hasutan dunia yg dpt menyesatkan kita..buangkan angan2mu yg xbisa kau gapai...gapailah sesuatu yg harus kau gapai,pegang lah,peluklah seerat-eratnya pada jalan kebenaran...sesungguhnya cahaya itu akan dapat kita lalui apabila kita mencari dan terus mencari dari kegelapan..baik buta mata dari buta hati..buta mata x nampak cahaya,tapi buta hati....Ya Allah,kurniakanlah kami iman y sempurna,hati y khusyuk,ilmu y brguna,keyakinan y bnar2 mantap..YaAllah,kurniakan kami cara hidup y jitu dan unggul,selamat dari segala mara bahaya dan petaka..berikanlah kami yaALLAH iman yg sebenArnya sehingga kami x lagi gentar atau mengharapkan orang lain selain dari Engkau sendiri..

hati ana sedih apabila membaca sebuah laman web yang secara terang benderang tanpa ada sedikit pom ase takut dalam dirinya apabila menghina ajaran islam kita,,menghina ALLAH Yang Maha Esa,menghina nabi yang kita rindui yang kita sayang Nabi MUhammad saw...dasyatnya manusia yang sememangnya mahu memurtadkan umat islam..kita harus bangkit!!kita harus bersatu mara bersama ke medan jihad..

kita umat islam yang boleh...kita punya kuasa tenaga,doa sebagai senjata..gunakan senjata kita itu..

umat islam hari ini mestilah lebih baik dari semalam,jangan buang masa...robohkan rangkaian penindasan,tegakkan islam agama tercinta bersama kita bentukkan ukhwah syahid matlamt kita y utama..

Allah akan sentiasa bersama orang2 y beriman..oleh itu,kita mestilah kuat dan jgn pernah sesekali lemah krana musuh sntiasa ada disekeliling kita..awas!!!kita sedang diperhati...kuatkan iman,suburkan islam dalam diri agar kita sentasa dlm pengawsan ALLAH swt..

"dan siapa y mencari selain ISLAM maka dia termasuk dalam golongan

orang-orang yang rugi di akhirat kelak."

******************

"tidak ada paksaan untuk memasuki agama ISLAM,sesungguhnya telah jelas jalan

yang benar daripada jalan yg salah.kerana itu barangsiapa

yang ingkar kpd Thaghut dan beriman kpd ALLAH,

maka sesungguhnya ia telah memegang tali y amat

kuat y x akan putus. Dan ALLAH Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

~al-Baqarah:256~


~wallahu'alam~