30 May 2011





tak usahlah bimbang jika matahari tidak muncul untuk seketika.



kemudian turun hujan disertakan dengan kilat dan guruh. di situ



kau akan lihat warna-warna pelangi yang begitu indah.



ketika itu bagaikan permulaan satu kehidupan yang baru



dan semangat baru. kau lihat burung-burung berterbanga


dan berkicauan memuji ALLAH.


sesungguhnya semua itu dapat diperhatikan




bagi orang-orang yang hidup hatinya kepada ALLAH





.::.~sama-sama muHasabaH~.::.




" dan dikatakan kepada mereka : " pada hari ini Kami melupakan kamu sebagaimana








kamu telah melupakan pertemuan dengan harimu ini dan tempat tinggalmu








ialah neraka dan kamu sekali-kali tidak memperoleh penolong."








(al-Jaatsiyah : 34)











sebak dan sedih apabila membaca tafsiran al Quran surah al Jaatsiyah ayat 34. mungkin fahaman yang berlainan,tapi apa yang ana faham bila ALLAH melupakan kita pada hari akhirat kelak dan membiarkan kita terkontang-kanting tanpa sebarang pertolongan daripada sesiapa pun. ingatlah,bila kita melupakan ALLAH,ALLAH juga akan melupakan kita.. dan sedarlah,tiada suatu pun yang lebih penting melainkan pertolongan dan rahmat dari ALLAH.. usah menyombongkan diri kerana kita tak punya apa-apa pun.



semua manusia dikumpulkan ke hadapan mahkamah ALLAH Yang Maha Tinggi yang memberi keputusan terhadap segala perbuatan yang telah kita lakukan di dunia.pada hari itu semua manusia berlutut di hadapan ALLAH.. lihat,betapa hinanya diri kita,betapa kerdilnya kita dihadapan DIA..tapi mengapa masih lagi kita bermegah-megah dengan kesenangan dunia yang hanya sementara???



mengapa masih ramai yang tidak mengikut hukum ALLAH dan membuat hukum sendirian berhad. masih ramai lagi yang menzalimi dan menjatuhkan saudara seislam sendiri.. masih ramai lagi menayangkan badan dan berpakaian seolah-olah mereka tidak berpakaian..ALLAHUAKBAR,sedih dan pilunya melihat dunia hari ini yang semakin teruk.. jujurnya ana takut dan gerun untuk melalui dunia hari ini. dan melalui hari-hari berikutnya.. moga kita yang sedar ini sama-sama berjuang dan sama-sama menegakkan hukum ALLAH. sama-sama menolong dan membantu saudara seagama kita..




" Barang siapa yang mengerjakan amal yang soleh maka itu








adalah untuk dirinya sendiri, dan barang siapa mengerjakan








kejahatan, maka itu akan menimpa dirinya sendiri,kemudian kepada








Tuhanmulah kamu akan dikembalikan."
















"sesungguhnya perjalanan seorang pejuang itu








sangat panjang dan melelahkan.








ketika itu orang yang lalai akan hairan melihat








pejuang itu menyengsarakan diri dalam








kelelahan dan bertanya :








"sampai bila kau akan melelahkan diri?"








dijawab pejuang dengan pasti :








"sebenarnya aku mengharapkan








peristirehatan di syurga."





nah,betapa hebatnya jawapan yang diberikan itu.. tidakkah sedetik pun kita cemburu dengan jawapan itu?? biarlah kita lelah didunia,dan insya ALLAH kita akan dapat berehat sepuas-puasnya kelak.



yakinlah dengan sepenuh pengharapan kepada ALLAH,pertolongan ALLAH sangat dekat..jangan sesekali kita meninggalkan ALLAH kerana DIA tak pernah meninggalkan kita. ingatlah ALLAH ketika senang ataupun susah dan carilah ALLAH setiap detik,nescaya hati kita akan sentiasa tenang..








~wallahu'alam~




24 May 2011

.::.~datiNg bErsama mEREka ❤ ❤ ❤~.::.

Bismillahirrahmanirrahim...

syukur alhamdulillah,dah lama tak bersua akhirnya kami telah keluar dating bersama..terima kasih buat kalian,terima kasih sahabat :)

22 Mei,

dating ke tempat pertama kalinya ukhwah antara kita terbina..di sini lah,di bumi wataniah yang menyimpan sejuta memori yang akan kekal terpahat selamanya dihati..di sinilah detik antara kalian dan aku bermula,melakar memori suka duka bersama meniti usia remaja yang masih mentah lagi ketika itu.

bumi wataniah menyimpan sejuta rahsia antara kita :)







masih ana ingat lagi,dan kenangan ini tak kan sesekali pudar dalam ingatan. gerbang yang menghubung antara sekolah dan asrama. setiap hari berulang alik menggunakan jalan ini.. laluan berteduh jarang sangat digunakan sebabnya berhampiran dengan asrama muslimin.. takut lar diorang terkantoi pulak nanti..harus diingat,jaga pandangan itu yang utama..kan kan..hehhe.




nie dia asrama kami..aspuri kami yang semakin ceria..sangat rindu untuk melalui detik-detik berlalu suatu saat ketika dulu.. detik menulis nama pelajar yang lewat ke kelas,detik di mana memeriksa dorm pelajar yang ponteng prep...dan semua yang pernah berlaku sepanjang 5 tahun di sana.. begitu banyak kenangan,dan kami merindui kenangan itu.



pondok telefon yang sentiasa menemani ana sepanjang 5 tahun di sana. telefon ini lah yang menjadi mangsa ana setiap hari untuk menghubungi puan bonda dan encik abah..tak sah kalau tak dapat berbual dengan puan bonda dan encik abah setiap hari.tak kira lar orang cakap anak manja ker,janji kita bahagia...yer dok..hehe.. teringat lagi,malam lepas habis prep bercadang untuk col puan bonda,sekitar jam 11 malam..sampai di pondok telefon,tengok-tengok telefon tak dapat digunakan..sangat sedih sebab tak dapat ucap selamat malam..fikir-fikir balik macam lawak pulak,macam budak-budak.. tapi betul lar,tyme tu masih budak-budak lagi..insyaALLAH sekarang dah mature..



sahabat-sahabat ana yang sentiasa dihati.. pertemuan setelah beberapa tahun tak jumpa. sibuk dengan kehidupan masing-masing..fiezah,suhaila dan fatin... imah bertapa sama tempat dengan ana,jadi seringkali bersua.





pertemuan antara budak medik,budak law,budak dentistry,dan budak engineering memang gempak..gempak dengan cerita,gempak dengan tawa, gempak dengan kenangan lalu. senyuman kalian yang membuat aku rindu :)



alhamdulillah,cikgu-cikgu masih lagi mengenali kami.. tapi terasa sedikit kehilangan bila teacher Rohani dah berpindah ke smka Falahiah. beliau seorang teacher yang terbaik..guru tingkatan ana 5 Jurjani..




sue dan imah menghadap makanan kesukaan kami suatu ketika dulu,mee dan kuew tiaw sup mak cik non kat pondok kantin sekolah. mereka sangat berselera...hehe...merindui sup itu. tyme tak makan kat dewan makan asrama,mee sup lar yang menjadi hidangan kami,makan bersama keropok lekor..sangat sedappp.





kenangan antara aku dan kamu.. :)
sue jiran ana,jiran sebelah katil... kami sentiasa berebut dengan masa..kejar masa untuk ke kelas tambahan.. detik study menggunakan lampu koridor dan membuka pintu dorm tak pernah dilupakan apabila pak guard melaung dan menyuruh tutup lampu dorm masing-masing..lawak betul..

imahh..terima kasih sebab tolong angkat barang tyme last kat asrama dulu. bantuanmu benar-benar dihargai :)


bez frend ana,fizah @ jah...budak law...suka tersenyum dan murah dengan senyuman.. terima kasih jah coz banyak nasihat yang telah diberikan suatu masa dulu. sentiasa menadah telinga mendengar cerita dan masalah daku..hehehe..






sahabat,terima kasih untuk semuanya... moga ketemu lagi.❤ ❤ ❤


_UNIC_


Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan?
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina


Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman

.::.~hanya kerana DIA~.::.

(suka gambar nie ;) )

Assalamualaikum…



Bismillahirrahmanirrahim...

Dekat sebulan membiarkan blog menyepi tanpa berita. Maka dekat sebulan jugak lah tak “ber online”.. sangat merindui blog pink ni..ALLAH


tempoh yang berlalu merupakan masa yang tak akan pernah kembali lagi.. pelbagai kenangan yang ana lalui pada detik itu. Sukar diceritakan,sukar juga diri yang mengalami.. subhanallah,sungguh hebat ujian ALLAH ini..




“ALLAH tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya “
(al- Baqarah : 286)




kadang-kadang terfikir tentang satu hal,mengapa manusia sanggup melakukan apa sahaja asalkan keinginan mereka tercapai…betul tak ayat ana?? Meskipun jalan mudah diambil dengan bersekutu dengan syaitan laknatullah.. ALLAHUAKBAR,di mana letaknya iman dalam diri??? Di mana letaknya kepercayaan dan pengharapan sepenuhnya pada ALLAH??? Kenapa syaitan jugak menjadi pilihan??




Wahai manusia,sedarlah tentang hakikat kejadian dirimu..tidak selamanya kamu akan hidup dengan kesenangan dunia.. dunia adalah syurga bagi orang kafir,dan dunia merupakan bekalan untuk orang beriman bagi menuju ke destinasi syurga yang kekal abadi..






~wallahu'alam~