27 March 2011




Wahai bakal mujahidku


Tika ini, saat ini


Aku masih di sini


Masih setia menanti


Menantimu menyunting diri ini


Sebagai suri hidupmu


Sebagai sayap kiri dalam jihad dan mujahadahmu


Sebagai bidadari penghapus sepimu


Sebagai pelengkap kekurangan dirimu




Wahai bakal mujahidku


Tahukah kau siapa aku?


Aku cumalah gadis biasa yang penuh noda


Diriku dilumuri kotornya dosa


Diriku dibayangi kelemahan dan kekurangan


Kerana apa?


Kerana terciptanya aku dari tulang rusuk kirimu yang bengkok


Mana mungkin tulang yang bengkok melahirkan insan yang sempurna


Maka kerana itu wahai mujahidku


Hanya engkaulah satu-satunya insan yang mampu meluruskannya


Luruskanlah aku dengan iman dan taqwamu padaNYA


Kerana itu yang membuat aku turut mencintaimu keranaNYA


Luruskanlah aku dengan kasih, cinta dan rindumu kepadaNYA


Kerana itu akan membuat kau turut mencintaiku keranaNYA


Luruskanlah aku dengan keluhuran budi dan akhlakmu


Kerana itu yang akan membuatku menjadi bidadari terindah buatmu


Dan luruskanlah aku dengan kesungguhan jihadmu


Kerana itu akan menguatkanku sebagai sayap kirimu


Tetapi, berhati-hatilah dan bersabarlah


Jangan sampai yang bengkok menjadi patah


Jangan sampai kau penat, letih dan lelah


Jangan sampai kau tersungkur dan rebah


Jangan sampai aku kehilangan arah


Wahai bakal mujahidku




Seperti yang kau tahu




Aku cumalah wanita biasa




Hari-hariku berlalu sepertimana mereka yang biasa




Jangan pernah kau harapkan keistimewaan yang luar biasa dariku




Janganlah kau dambakan kejutan hebat dari peribadiku




Kerna aku cuma wanita biasa seperti mereka




Kadang-kadang..aku bersikap dingin dan suram saat 'teman setia' bulananku datang bertamu




Mahukah kau setia menemaniku dan merawatiku?




Kadang-kadang..aku keletihan dan kelelahan menjalani rutin seharianku




Sudikah kau walau sebentar memicit kepala dan bahuku buat penghilang lelahku?




Kadang-kadang..ada pelbagai peristiwa yang aku lalui yang ingin aku kongsikan denganmu




Sanggupkah kau meminjamkan telingamu mendengar celoteh yang pastinya tidak sebentar?




Kadang-kadang..aku ingin berjalan-jalan dan membeli-belah bersamamu




Sanggupkah kau meminjamkan seluruh tubuhmu menemaniku sepanjang hari tanpa bosan dan jemu?




Kadang-kadang..aku tidak sempat untuk membersihkan rumah kita kerana kesibukanku




Mahukah kau meringankan tulangmu membantuku di hujung minggu?




Lihatlah wahai mujahidku




Betapa banyaknya kelemahan dan kekuranganku




Selepas aku memberitahumu semua ini




Adakah kau masih sudi menemani hari-hariku?




Adakah kau masih sanggup bersabar dengan kerenahku?


Sanggupkah kau wahai mujahidku?




Wahai bakal mujahidku


Tidak banyak yang aku inginkan darimu


Bukan rupa sekacak Yusuf yang aku dambakan


Bukan tubuh sasa yang aku pinginkan


Bukan harta menimbun yang aku kejarkan


Yang aku mahu darimu adalah sekeping hati


Yang penuh kesabaran dalam mentarbiyahku


Yang penuh kenyamanan dalam mengasihiku


Yang penuh kesetiaan dalam mencintaiku


Yang penuh kekentalan dalam perjuangan dakwahmu

Wahai bakal mujahidku

Aku akan terus setia menunggumu

Aku akan terus menunggu saat itu

Saat kau menyuntingku sebagai suri hidupmu

Saat kau bukan lagi bakal mujahidku

Tetapi KAULAH MUJAHIDKU

20 March 2011

.::.~tanpa tajuk~.::.


Assalamualaikum...
apa khabar iman??semoga kita sentiasa dalam rahmat dan pengawasan ALLAH....

insyaALLAH blog ini akan dibiarkan berdebu untuk beberapa waktu dan ketika..sehingga bila ana sendiri pun tak tahu..insyaALLAH,akan tiba masanya nanti ana akan menulis kembali.. pesanan ana pada sahabat semua,teruskan menyebarkan dakwah islam walau dimana kalian berada..islam datang dalam keadaan dagang,dan akan pulang dalam keadaan dagang..teruskan mencari ilmu dan teruskan menyebar ilmu..salam sekencang dakwah untuk semua :)

nota 1: kalau diberi pilihan dan kalau boleh diberi pilihan ana mahu jawab yang ana tak nak jadi orang dewasa..mahu jadi macam kanak-kanak diatas :) mustahil untuk semua itu berlaku kan..

nota 2:ada sahabat yang silap faham rupanya,maaf untuk itu..ana masih lagi bergelar seorang pelajar dan sekarang sedang berpraktikal di usm,kampus kesihatan kubang kerian..

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yg dusta."

(Surah Al-Ankabut 29: Ayat 2-3)


17 March 2011

.::.~rama-rama~.::.


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

"Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita" (Hadis riwayat Bukhari)

Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya: Aku berkata, "Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?" Baginda menjawab, "Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin."Aku berkata, "Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu? Baginda menjawab, "Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning..." (Hadis Riwayat al-Tabrani)





16 March 2011

.::.~kiaMat SudaH deKat~.::.

Assalamualaikum...

terasa agak lama tidak menulis diruangan ini.mungkin kekangan masa yang terbatas dan mungkin juga kesibukan diri yang bergelar pekerja,anak dan hamba..bekerja adalah status yang tidak tetap.noktah untuk itu..sahabat yang dirahmati ALLAH,macam mana iman hari ni??ok atau sebaliknya??moga kita semua terus meningkatkan usaha dalam mengejar keredhaan ALLAH..insyaALLAH..

bumi sudah tua..kiamat sudah dekat..kenyataan yang harus kita terima.perjalanan hidup mesti diteruskan dengan berani dan penuh hikmah.maka,sedarlah kita wahai insan yang bergelar manusia dan hamba..dimana kita sekarang??apa yang kita lakukan dengan hidup kita sejak kecil sehingga kini??dan hari ini di mana jasa kita dah kita taburkan..berapa banyak dosa yang kita lakukan,berapa banyak kemaksiatan yang kita lakukan??ALLAHUAKBAR,betapa banyaknya khilaf yang kita lakukan..sebelum pintu taubat ditutup,ayuh sahabat sekalian kita muhasabah diri kita balik,carilah jalan pulang yang lurus..insyaALLAH kita akan selamat dalam perjalanan pulang ke tempat yang abadi kelak..

sedarkah kita,masih butakah mata kita yang boleh celik nie dengan pengkhabaran dari ALLAH..masih enakkah kita diulik mimpi indah yang hanya sementara waktu ini..kalau begitu,cepat-cepat la kita bangun dan sedar dari khayalan dunia..punyalah pelik ayat nie..cikgu bahasa malayu,ana mintak maaf sangat-sangat..

seperti yang kita tahu dunia telah digemparkan dengan bencana gempa bumi yang berlaku di Tokyo, Jepun pada 10 Mac 2011 yang lepas. Susulan dari gempa bumi yang bermagnitud 8.9 skala Ritcher itu menyebabkan gelombang tsunami setinggi 10 meter telah membinasakan bandar-bandar di persisiran pantai Tokyo.Kesan gelombang tsunami telah merebak sehingga Hawaii dan pantai barat Amerika Syarikat. Ekonomi Jepun dan matawang yen telah jatuh secara mendadak akibat bencana ini. mari kita renungkan gambar yang ana perolehi hasil google..terima kasih pakcik google atas kerjasama anda.. :) moga dengan peringatan ini akan lebih membawa kita menuju kepada cintaNYA..


rumah-rumah yang hangus terbakar dibawa oleh arus tsunami.

pusat penapisan minyak di Ichihara selepas gempa bumi berlaku.


pusaran air sebelum berlaku tsunami di pantai Ibaraki selepas bandar Tokyo digegarkan oleh gempa bumi

keadaan selepas berlaku tsunami di Natori.

dari kejauhan rumah-rumah ini menunggu giliran hentaman tsunami.

kapal terbang,kereta dan runtuhan bangunan dari Lapangan Terbang Sendai.

Lapangan Terbang Sendai yang telah ditenggelami air selepas berlaku tsunami.

perumahan di Natoru ditelan oleh keganasan tsunami yang melanda.

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: "Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: "Apa yang kamu perbincangkan?". Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari qiamat". Lalu Nabi saw. bersabda: "Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya". Kemudian beliau menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma'juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka".
(H.R Muslimi)

Keterangan
Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah:

  1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
  2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
  3. Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
  4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.
  5. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
  6. Keluarnya bangsa Ya'juj dan Ma'juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
  7. Gempa bumi di Timur.
  8. Gempa bumi di Barat.
  9. Gempa bumi di Semenanjung Arab.
  10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.
jika kita menolong agama ALLAH,ALLAH pasti akan menolong kita juga..yakinlah..letakkan pengharapan kepada ALLAH,pasti kita tidak akan berasa kecewa..carilah duniamu seolah-olah engkau akan hidup selama-lamanya dan carilah akhiratmu seolah-olah engkau akan mati esok pagi..selamat mengejar keredhaan ALLAH,kerana itu matlamat kita..

~wallahu'alam~

09 March 2011

.::.~keTika iTu~.::.

Assalamualaikum...

pembukaan entry dengan merakamkan ucapan terima kasih untuk sahabat terchenta,nur fatin asilalatin bt ghazali kerana menziarahi usm..terima kasih jugak kerana meluangkan masa bersama ana yang sememangnya sangat la banyak karenah dan ragam..terima kasih kerana sudi menjadi penghibur..terima kasih untuk segalanya..benar-benar menghargai..orang akan menilai apa yang mereka lihat,apa yang mereka dengar,apa yang mereka fikirkan..tapi tak pernah memikirkan apa yang akan dirasai oleh si mangsa..(ayat yang ana sendiri pun tak faham)..tapi kenapa tidak pernah ditanya dan sekadar mengagak..sangat kompius dengan situasi ini..perlukan penjelasan segera...ewah2..manyak santek muka..sori...tapi benar,kondisi yang merumitkan telah bermula...bila mahu berakhir..(sedih) Ya ALLAH,kuatkanlah langkah ku pada jalanMu..

Kekuatan itu bukan pada gagahnya sebatang tubuh manusia, kelemahan manusia juga bukan pada kekurangan pada jasadnya tetapi hebatnya seorang manusia itu adalah kerana punya hati yang mempunyai ikatan kuat dengan Allah. Yang menjadikan manusia kuat dan rapuh hanyalah pada sekeping hati, yang mencacatkan dan memuliakan akhlaq seorang manusia juga berpunca dari hati. Maka, haruslah sentiasa berhati-hati menjaga hati supaya hati tidak mati dan akhirnya mengalah dengan duri-duri yang melekat di kaki dalam kembara menuju Rabbi.

terkadang perasaan sukar dikawal,nafsu menguasai..dan disebabkan itu hati seolah-olah sakit bernanah dan minta segera diubati..bermula episod baru,kehidupan perlu diteruskan..bak kata sahabat ana,pilihan tak semestinya betul,tapi cuba untuk membetulkannya..dan pilihan itu adalah yang akan mengubah kita nanti..
Sesuatu kepahitan itu jangan terus diluahkan kerana setiap kepahitan itu bukan semuanya merosakkan bahkan ia menjadi penawar. Sesuatu kemanisan itu jangan terus ditelan kerana bukan semua kemanisan itu kenikmatan tetapi akan menjadi racun yang membunuh. Sesungguhnya tawakkal itu adalah satu 'magic' yang sangat hebat apabila kamu menyerahkan sepenuh pergantungan dan kepercayaan kepada Allah.

Carilah hikmah dalam setiap ketentuan TUHAN, supaya timbul KESABARAN dan KESYUKURAN, setiap yang payah pasti ada KESENANGAN, setiap kesabaran pasti ada GANJARAN. Jika sesuatu itu ditakdirkan untuk kita, tiada siapa yang boleh memberi HALANGAN. Namun, jika ia ditakdirkan bukan untuk kita pasti takkan dimiliki walaupun sudah berada dalam GENGGAMAN.

Hanya manusia yang sukakan Allah akan menyukai manusia lain yang juga sukakan Allah. Cinta yang satu akan menyatukan manusia. Cintailah Allah seikhlas hatimu, insya Allah pasti akan bertemu dengan insan yang juga menyintai Nya. Sentiasalah betulkan niat kita dalam berbuat apa jua perkara. Jangan mudah lupa dan lalai dengan permainan hati dan perasaan :)

Apa yang ALLAH berikan, kita rasa ia milik kita tapi hakikatnya semuanya milik DIA. Pinjaman yang DIA berikan supaya kita menjadi manusia yang bersyukur tetapi selalu pula kita kufur, merasa ia adalah milik kita sedangkan kita tak punya apa-apa. Hati kita ALLAH ciptakan hanya satu tetapi kita penuhi dengan pelbagai perkara lalu lupa kepada DIA yang menciptakan segala. Astaghfirullah hal azhim..

moga ALLAH permudah segala urusan nanti..insyaALLAH..



08 March 2011

.::.~hang Out~.::.

..masjid kristal,Taman Tamadun..

Assalamualaikum...

alhamdulillah,dengan izinNYA kami sekeluarga dapat merehatkan minda dengan mencuci mata melihat pemandangan yang begitu indah..terima kasih Ya ALLAH..semalam ana dipaksa oleh keluarga untuk mengambil MC secara mengejut,dan disebabkan itu ana tak hadirkan diri disekitar USM..bagun pagi tu,sekitar jam 6..selepas solat subuh dan nak bersiap,puan bonda pun cakap suruh ambik cuti,nak pergi ke Kuala Terengganu..perasaan berbelah bagi,nak ker tak..nak ker tak..nak ker tak...lantas ana mengiyakan jer..bertolak dari rumah sekitar jam 10 pagi,,otw ke sana sempat berhenti di jeti kuala Besut..terpegun dengan suasana persekitaran yang bersih dan udara yang nyaman..alhamdulillah,terima kasih ya ALLAH..selepas tu,bertolak ke Kuala Terengganu pulak,ana tak pasti bpe lama perjalanan tu sebabnya otw ke sana ana dah sampai ke bulan..sampai di Pasar Payang,tinjau-tinjau dan mencuci mata dengan melihat kain batik yang ratusan ringgit..encik abah duk kalut tanya yang mana satu berkenan..ana jenis allergit kain yang mahal-mahal..jadi ana cakap la tak berkenan..cukup la yang sederhana..puan bonda suruh pilih satu sempana hadiah hari lahir,tergelak pulak ana..sebabnya ana memang tak minat kain jenis macam tu..tak suka kain batik..keputusannya tak beli la,sebab ana tak nak pakai..

usai pusing memusing Pasar Payang,bertolak pula ke Masjid Kristal,Taman Tamadun.Masjid Kristal merupakan sebuah masjid yang terletak dalam kawasan pelancongan Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Terengganu.alhamdulillah,usai solat kami ber photo snap..cuba merakam detik indah saat dan ketika itu..encik abah yang tak suka bergambar berbeza pula dengan puan bonda yang suka bergambar macam ana..like mother like daughter..;) terima kasih ma,terima kasih abah..

otw balik kami singgah di gerai keropok Losong..ana sempat membeli keropok untuk dibawa ke tempat kerja nanti..settle semuanya kami bergerak menuju ke Pantai Rhu Sepuluh..sampai di sana,terus ana bertindak sebagai photographer tak bertauliah..subhanallah,keindahan pantai benar-benar mententeramkan jiwa ana yang agak kusut dan serabut kebelakangan ini..Allahuakbar,besarnya zat kebesaranMu Ya Rabb..

Tak ada manusia yang kuat dengan ujian, tetapi bila ditarbiyyah dengan ujian dan kita bersabar menghadapinya, menyerahkan pergantungan kepada Allah dan menggantung harapan kepada Allah insya Allah kita akan menjadi kuat dengan tarbiyyah Allah.

06 March 2011

.::.~saNah HeLwaH~.::.


Assalamualaikum..

4.mac
sanah helwah ukhti husnina khatijah bt khalid..moga dirahmati,teruskan perjuangan ;)

5.mac
selamat hari lahir untuk abang tercinta,muhammad hazrin hisham bin muhamad zamani..moga sentiasa dalam rahmat dan berkat ALLAH..

6.mac
selamat hari tua untuk kak long tersayang,nurul fazila binti sidek..moga dirimu terhias sebaik-baik wanita muslimah sejati dan menjadi penawar kepada racun..

selamat hari lahir untuk rumate terchinta,tuan sofea sharmimi bt tuan noeman..moga dipermudahkan segala urusan,insyaALLAH..

01 March 2011

.::.~you'll NEVER be ALONE~.::.


Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)Ku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. (Surah al-Baqara: 186)

Hablumminallah

Jika kita merasa kesunyian, berzikirlah atau bersolatlah kerana disitu adalah hubungan utama kita dengan Allah Swt. Hubungan dengan Allah Swt lebih bersifat kerohanian kerana ia adalah berkaitan dengan ruh dan hati.

Tatkala kita merasa sunyi tanpa hubungan dengan manusia, sunyi itu membawa kita lebih mengingati Allah Swt. Barangkali rasa sunyi itu petanda untuk kita lebih tunduk dan khusyuk kepada Allah Swt. Ketika itu, mintalah bantuan Allah Swt, pengampunanNya, RahmatNya, Kasih SayangNya, HidayahNya untuk memenuhi ruang hati kita sehingga kita benar-benar cinta kepada Allah Swt.

"Iaitu orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau di dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi lalu berkata: ya Tuhan kami sesungguhnya tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharakanlah kami dari siksa neraka". (Surah Ali-Imran ayat 191)

"Iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah sahajalah hati akan menjadi tenteram".(Surah Ar-Ra'd ayat 28)

Hablumminannas

Adakah zaman ini kita masih merasa tidak cukup berhubungan sesama manusia untuk mengajak manusia ke arah kebaikan? Di zaman IT ini tiada alasan untuk mengatakan tiada orang untuk kita dakwahkan atau untuk kita ajak kepada kebaikan. Medium facebook, blog dan emel akan cukup membuatkan kita teramat sibuk dari merasai kesunyian itu.

Islam bukan sekadar iman dalam jiwa, malah hendaklah diamalkan dalam kehidupan keluarga dan masyarakat, bersesuaian dengan maksud Islam sebenar, iaitu selamat, sejahtera, aman, dan damai. Jika dilihat konsepnya dalam Islam, ada satu prinsip yang Allah tetapkan bagaimana sepatutnya umat manusia berhbungan antara satu dengan yang lain.

Allah berfirman yang bermaksud:"Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan perlanggaran." (Surah Al-Maaidah Ayat 2)

Ayat tersebut menggesa agar kita tolong-menolong atas kebaikan dan ketakwaan dan Allah s.w.t tegas melarang perkara yang boleh membawa kepada dosa atau permusuhan mahupun dengan ibu bapa, anak-anak, jiran tetangga, masyarakat, majikan dengan pekerja, pemimpin dengan rakyat dan sebagainya.

Hakikatnya kita tak pernah keseorangan

Alone? Lonely? Keseorangan? Jangan biarkan Syaitan dan Iblis merajai hati kita apabila kita terlalu memikirkan keseorangan diri. Ingatlah ada malaikat yang sentiasa bersama kita, sel-sel tubuh badan, dan pelbagai lagi makhluk yang sentiasa ada bersama kita. Dan tentunya Allah Swt sentiasa Maha Mendengar dan Maha Mengetahui tentang kita.


~wallahu'alam~

.::.~JANGAN BERPUTUS ASA~.::.


Assalamualaikum...

sahabat sekalian,pernahkah kalian berputus asa bila doa kalian tidak dimakbulkan??usah mengeluh dan bersangka buruk pada Tuhan.

"berdoalah kepadaKu, dan berimanlah agar kamu memperoleh kebenaran."
(surah Al-Baqarah:186)

kita tidak berdoa pun ALLAH sudah sedia mengetahui rahsia hati kita..

"dan Allah mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu lahirkan."
(surah An-Nahl:19)

mengapa kita masih perlu berdoa??

Berdoa sebagai tanda pengabdian diri kita sebagai hamba yang hina lagi dhaif kepada Allah, tidak ada tempat bergantung selainNya..hanya kepada DIA tempat kita bergantung harap..

"cukuplah DIA sebagai tempat manusia bergantung harap dan tawakal."
(surah At-Taubah:129)

tapi mengapa ALLAH masih tidak memakbulkan doa kita??

Pandanglah diri sendiri, adakah kita lebih mencintai Allah daripada kesenangan duniawi? Cepat atau lambat dimakbulkan itu urusan Ilahi, kerana Dia Maha Mengetahui perkara yang terbaik bagi setiap makhluk ciptaan-Nya.usahlah berputus asa kerana akan mensia-siakan.

" dan apabila manusia ditimpa bahaya, Dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, Dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah Dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan."
(surah Yunus:12)

Semakin dekat kita kepada Allah, semakin hebat dugaan. Itu membuktikan Allah sangat kasih kepada sekalian hamba-Nya, agar kita benar-benar ikhlas dalam mencari keredhaan-Nya serta tidak termasuk di dalam golongan yang lalai dan terbiar diabaikan..semakin hebat perjuangan dakwah kita,semakin hebat ujian dari ALLAH,maka saat itu kesabaran adalah yang utama..usah berputus asa sahabat,kerana janji-janji ALLAH itu benar.jika kita menolong agama ALLAH,pasti ALLAH juga akan menolong kita nanti..sabarlah..

Manusia yang diuji sedemikian rupa akan merasa manisnya iman, seolah-olah syurga sudah tersedia di hadapan mata, tapi ingatlah firman Allah dalam (surah Al-Baqarah:214) yang bermaksud:

"Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (dugaan) seperti (yang dialami) orang-orang yang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan digoncang (dengan berbagai cubaan), sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata, "Bilakah datangnya pertolongan Allah?". Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat."

Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, benarlah doa itu senjata orang-orang mukmin. Yakinlah dengan sepenuh hati. Dunia bukan syurga yang dicari, nikmat kesenangan dunia hanya setitis air di lautan sahaja.

~wallahu'alam~

.::.~kiSah peMuda berciTa SYURGA~.::


PETIKAN DARIPADA iluvislam ;)

selamat membaca..

Pernahkah saudara mendengar tentang kisah Ta'labah? Salah seorang daripada para sahabat Nabi S.A.W. Seorang pemuda yang punya misi dan visi yang sangat agung.

Seorang remaja yang begitu hebat di zaman Rasulullah S.A.W. Namanya Tha'labah bin Abdul Rahman, seorang remaja berusia 17 tahun. Setelah memeluk Islam, beliau selalu mengikut Rasulullah S.A.W mengajar. Jika Rasulullah berhajatkan sesuatu, Rasulullah S.A.W akan khabarkan kepada Ta'labah.

Suatu hari Rasulullah menyuruh Tha'labah mencari sesuatu. Ketika dalam perjalanan mencari barang yang Rasulullah hajati itu, Tha'labah telah melalui sebuah rumah yang pintunya terbuka. Angin yang bertiup membuatkan pintu tandas rumah tersebut juga terbuka, dan ketika itu Tha'labah terlihat akan seorang perempuan yang sedang mandi.

"A'uzubillah! Ya Allah aku takut nanti malaikat Jibril memberitahu kepada Rasulullah S.A.W! Ya Allah, aku takut turunnya ayat quran yang menyenaraikan aku dalam golongan orang yang berbuat dosa! Ya Allah..."

Rintihan Tha'labah

Dia merintih sehingga dia lupa akan barang yang dipesan oleh Rasulullah S.A.W. Dia melarikan diri dan terjumpa satu bukit di pinggir Madinah yang dipuncaknya ada sebuah gua. Tha'labah masuk ke dalam gua tersebut dan asyik menangis. Tha'labah menangis dan menangis, beliau kesal amat dengan dosanya.

Pada masa yang sama, Rasulullah S.A.W menanti kepulangan Tha'labah beberapa hari namun Tha'labah tidak kunjung tiba. Lalu Rasulullah S.A.W mengarahkan Saidina Umar RA untuk mencari Tha'labah dan beliau terjumpa Tha'labah di tempat dia bersembunyi di puncak bukit.

Umar berkata "Tha'labah, Rasulullah mahu berjumpa kamu."

"Kenapa? Sudah turunkah ayat al-Quran tentang dosaku, sudah beritahukah Jibril kepada Rasulullah, aku tidak mahu masuk neraka, aku tidak mahu masuk neraka." Kata Tha'labah dalam ketakutan yang amat sangat.

Oleh sebab Tha'labah sudah tersangat lemah, Saidina Umar RA memimpinnya pulang ke rumah. Apabila Rasulullah SAW menziarah Tha'labah, Tha'labah sedang terlentang lalu Rasulullah SAW meriba kepala Tha'labah.

Tetapi Ta'labah mengetepikan kepalanya. Rasulullah bertanya, "kenapa wahai Tha'labah?"

"Wahai Rasulullah, kepala yang penuh dosa ini tidak layak untuk berada di ribamu," kata Tha'labah.

"Apa yang kamu mahu Tha'labah?"

"Ya Rasulullah, aku mahukan keampunan Allah"

Cita-citanya hanya Syurga

"Apa cita-cita kamu wahai Ta'labah?"

"Cita-cita aku hanya syurga Allah. Tolonglah doakan moga Allah mengampunkan dosa-dosaku."

Lalu Rasulullah s.a.w berkata, "wahai Tha'labah aku menjamin kepadamu apa yang kamu mahu dan cita-citamu. Inilah bukti taubatmu."

Tidak lama selepas itu, Tha'labah menghembuskan nafasnya yang terakhir di riba Rasulullah SAW.

Ketika mayat Tha'labah siap dikafan dan tiba masa untuk dikebumikan, Rasulullah SAW datang agak lewat ketika itu. Para sahabat membuka jalan kepada Rasulullah untuk rapat ke kubur Tha'labah. Tetapi Rasulullah berjalan merapati kubur Tha'labah dalam keadaan berjalan yang perlahan, dan seperti tersekat-sekat.

Sahabat-sahabat bertanya, "wahai Rasulullah, kami telah membuka jalan, mengapa Rasulullah berjalan dengan tidak selesa?"

Rasulullah menjawab, "kamu tidak dapat melihat betapa ramainya malaikat yang hadir menghantar Tha'labah ke kubur."

Itulah kisah hidup seorang remaja hebat bernama Tha'labah. Betapa takutnya beliau dengan azab Allah SWT walaupun beliau tidak sengaja terpandang perempuan yang sedang mandi itu. Begitu malu bertemu Rasulullah, begitu mengharap keampunan Allah SWT, dan akhirnya menhembus nafas yang terakhir di ribaan insan mulia bernama Muhammad bin Abdullah, dan jasadnya diiringi malaikat ke kuburan. Subhanallah!

Lihat diri kita. Apakah kita menyesal dan bertaubat setelah berbuat dosa yang sengaja? Apakah kita sedar, dan menyesal serta bertaubat setelah berbuat dosa yang tidak sengaja?

Tepuk dada, tanya iman. Moga Allah SWT mengampunkan dosa-dosa kita.