30 October 2010

.::.~biCara Hatiku~.::.


semakin dekat final,semakin hati tak keruan...ada saja cubaan yang datang..maka kesabaran dan kekuatan itu penting..bangkit dan bangkitlah wahai pemilik hati ini..semoga diri menjadi lebih tabah dan matang..hanya kpd ALLAH tempat mengadu..kegusaran dan ketakutan itu kenapa harus kalian datang disaat ini...pergilah main jauh-jauh dari hidupku..aku tak perlukan kalian dan aku tak pernah memanggil kalian..sedih yang teramat bila memikirkan next sem...bagaimanakah perjalanan hidupku nanti...ALLAHUAKBAR,bantulah aku...aku hambaMU yang sangat-sangat lemah..adakah aku akan bertahan???mampukah???

.::.~sEkadaR CoretaN~.::.


sabda Nabi,

"sesungguhnya hati manusia itu berkarat.sahabat bertanya bagaimana untuk menghilangkan karat itu..Lalu Nabi menjawab dengan mengingati mati dan membaca AL-Quran."

:: bila gelisah AL-Quran menjadi penenang,bila sakit AL-Quran menjadi penyembuh,bila takut AL-Quran menjadi senjata,bila gagal AL-Quran menjadi motivasi,bila berjaya AL-Quran menjadi sumbernya,bila disisih AL-Quran menjadi teman,bila bersahabat AL-Quran menjadi restunya ::


ALLAHUAKBAR,betapa pentingnya peranan AL-Quran dalam diri kita,betapa selamatnya hidup kita andai setiap gerak yang kita buat berlandaskan AL-QURAN dan HADIS..nescaya hati kita sentiasa tenang dan tenteram..


YA ALLAH,tetapkanlah hati kami dalam jagaan rahmat kasih dan sayangMu,tenteram kan lah hati-hati ini Ya ALLAH..tunjukkanlah hati-hati ini akan jalanMU ..hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat tentangMU..jika Engkau mentakdirkan mati,maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada' dalam perjuangan agamaMU..Engkau lah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong...Ameen Ya Rabbal Aalamiin



ALLAH yang mempersatukan hati mereka yang beriman,walaupun kamu membelanjakan semua kekayaan yang berada di bumi,nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka,akaN tetapi ALLAH lah yang mempersatukannya ::
(surah AL-ANFAL : 63)


~wallahu'alam~

23 October 2010

.::.~peLanGi iTu canTik~.::.

..pelangi itu cantik..

subhanallah...indah nyer pelangi itu...amat-amat teruja...
petang tadi lepas penat study,maka badan dan mata meminta untuk berehat...masuk bilik duk baring2 terlelap kejap..10 minit terlelap,rumate pom ketuk pintu bilik dan mengajak untuk membeli makanan..dengan perasaan malas dan mengantuk maka bangunlah makcik ini..selepas bersiap,ana pom pakai la selipar...pandang ke atas(langit)..perasaan mengantuk tiba-tiba hilang..Allahuakbar,,,,pelangi...sangat-sangat cantik dan tak terkata..subhanallah,itu yang mampu keluar dari mulut...rumate ana pom cakap ambik la gambar pelangi 2...huhuhu...telefon kamera tak bawak,terbawak yang xde kamera plak...memang,sungguh,amat,benar-benar teruja tadi...perasaan yang sukar digambarkan :-)

ana tergamam melihat keindahan itu,juga orang lain yang mungkin melihat sama petang tadi turut merasai perasaan ini...cantikkan???melihat betapa Maha Indahnya seni yang diciptakan oleh ALLAH swt dengan berbagai proses dan supaya dapat diterima oleh akal fikiran manusia..sangat unik kan...tapi itulah kuasa ALLAH..

ALLAH swt menciptakan hujan,angin,matahari dan bentuk-bentuk lain sebagai tools dan beberapa proses untuk terciptanya pelangi..pelangi tidak serta-merta ada,tidak dengan tiba-tiba ada di udara dan menghiasi birunya langit Ilahi.,pelangi tidak pernah berubah warna dan kedudukannya..dari sekolah rendah lagi kita diajar untuk menghafal dan mengingat warna-warni pelangi,,bermula daripada warna merah sehinggalah ke warna unggu..
pelangi selalu konsisten sejak dahulu kala..waktu sekolah rendah dulu ana sangat suka subjek sains..amat-amat seronok..belajar sains bermakna belajar tentang diri kita...betul tak??

~wallahu'alam~

.::.~untUkmu waNiTa~.::.


1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah
dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal
daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati
anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan
oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan
berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala
seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16 Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan
dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun),
maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika
wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

23. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki
syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun
ibadat.

25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai
purdah di dunia ini dengan istiqamah.

18 October 2010

.::.~FYP oh FYP~.::.


ni laa litar fyp kami yang amat-amat pemusingkan kepala n men stress kan minda..tinggal tak sampai sebulan jer lagi kena submit...harap-harap presentation after final..dan kami dapat siapkan dengan cepat..tapi bulan November nanti ada pertandingan plak..halamak kena stdy la litar-litar ini...doakan kami yer...

17 October 2010

.::.~joM stuDy~.::.



musim untuk menyibukkan diri dengan final exam yang bakal menjelma tidak lama lagi..
dan musim jugak untuk mengabaikan perasaan hati yang kacau bilau setelah berperang dengan perasaan yang tak patut difikirkan...amat-amat sengsara bila nafsu menguasai...ALLAHUAKBAR..
terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sentiasa memberi semangat dan dorongan..

"enti dah dikhitbah"....tanya sahabat ana beberapa hari lepas...hah???? soalan apakah itu....tak bernafas ana buat seketika...nak rasa tergelak pom ada...ish3x!!!!aku budak ag nie...baru 20 tahun..."kenapa tiba-tiba tanya camtu?nampak gaya macam dah ker?" soal ana balik..."erk...tak la sekadar bertanya".. "ana milik ALLAH,hati ana pom milik DIA,biarlah DIA Yang Mengetahui"...amat sukar diterjemahkan...biarlah,aku akan rasa bahagia bila ALLAH ada bersamaku dan aku mesti menjaga cintaku...cukuplah dan cukuplah...aku tak mahu sengsara...

mengapa ramai sangat yang tanya soalan yang sama...kekadang rasa blurrrr..mungkin antunna nak suh ana kawen awal nie..hahaha....doakan lah yer moga cepat jodoh pertemuan ana...memang niat nak kawen awal untuk menjaga hati..kan lebih baik daripada berkapel..(aku dah mengarut tahap melampau nie)..sebelum lebih mengarut,lebih baik ana stop menulis...masa untuk stdy dah...jom2!!fighting 4 da final...aja2x!!! ;-)

~wallahu'alam~

16 October 2010

.:.~kaMi anaK waTan~.:.

...selamanya tetap dehearty...

untuk geng2 watan..penghargaan gmbar nie untuk anda...ada sahabat kter suh ana letak lam blog,dan sekarang ana dah tunaikan..kenangan indah bersama tak akan dilupakan,tersemat indah dalam memory dan tak akan di delete...rindu sangat masa-masa dulu,espsly tyme p darul quran...sesangat seronok...alhmdulillah diberi kesempatan..

to:
mat leng,jah,along,nurul,adilin,waniey,imah,kinah,ijat,amalina,husna,suhaila,aisyah sakri,aisyah MN,mira,tiehah,cikin,mok nik kalian memang bez..;-)

Indahnya suasana kita dihari ini
Ceria bersama bermesra
Erat silaturrahim saling hormat menghormati
Tuntutan agama yang muliaAlign Center

Ooh! Mari bersama kita jalinkan
Kasih sayang sesama insan
Di hari ini kita mulakan
Moga kekal untuk selamanya

Indahnya jika kita dapat bersama
Hidup selalu gembira di dunia ini
Lagi indahnya jika kita dapat bersama
Hidup di dalam gembira di akhirat sana

Erat Silaturrahim saling hormat menghormati
Tuntutan agama yang mulia
Yang tua dihormati
Yang muda disayangi
Cetuskan suasana harmoni

Ooh! Mari bersama kita jalinkan
Kasih sayang sesama insan
Di hari ini kita mulakan
Moga kekal untuk selamanya

Kita jalinkan
Kasih sayang

_U.N.I.C_

.::.~peRkongsiaN~.::.


Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka bersifat yang demikian ialah orang-orang yang berjaya.

( surah Ali Imran : 104 )

Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul kami (Muhammad s.a.w) yang menerangkan kepada kamu (akan syariat Islam) ketika terputusnya (kedatangan) Rasul-rasul (yang diutus), supaya kamu tidak (berdalih) dengan berkata (pada hari kiamat): Tidak datang kepada kami seorang pun pembawa berita gembira dan juga pembawa amaran (yang mengingatkan kami). Kerana sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang pembawa berita gembira dan juga pembawa amaran dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

( Surah Al Maidah : 19 )

15 October 2010

.::.~kisaH Rabiatul Adawiyah~.::.


Rabiatul Adawiyah adalah seorang wali Allah yang mengabdikan dirinya kepada Allah. Kesabaran dan perjuangan harus dicontohi oleh wanita islam hari ini. Walaupun sejarah hidupnya bermula dari seorang wanita yang tidak mentaati Allah, akhirnya di memilih jalan sufi dalam mencari ketenangan hidup.

Kisah bermula pada zaman dahulu di mana kejahilan menyelebungi masyarakat arab kebanyakan sekolah agama telah ditutup. Ayah Rabiatul Adawiyah adalah guru agama tapi terpaksa menjadi pendayung sampan. Untuk menarik minat orang menaiki sampannya dia akan mendendangkan lagu yang merdu ketika mendayung sampan. Rabiatul Adawiyah sentiasa disamping ayahnya hinggalah dia dewasa, apabila ayahnya meninggal dunia. Dia menggantikan tempat ayah sebagai pendayung sampan dan mendendangkan lagu yang merdu. Mendengarkan suaranya yang merdu itu menarik hati seorang lelaki untuk membawanya untuk dipersembahkan kepada raja dan dia terpaksa berkhidmat untuk raja. Setiap hari dia menyanyi dan menuang arak kepada raja dan tetamu raja.

Suatu hari timbul kesedaran di hatinya merasa insaf dengan segala perbuatannya kerana kejahilannya itu sedangkan bapanya adalah seorang guru agama. Dari hari itu Rabiatul Adawiyah tidak mahu lagi menyanyi dan menuang arak. Dia sering duduk bersendirian berzikir kepada Allah. Dia juga diseksa oleh raja dengan kerja yang berat. Pernah suatu hari pengawal raja disuruh melepaskan ular dan kala jengking ke dalam bilik Rabiatul Adawiyah kerana raja tidak senang melihat dia sentiasa berzikir. Tetapi akhirnya ular tersebut menerkam pengawal raja. Rabiatul Adawiyah tetap tenang, walaupun dia tidak diberi makan dia tetap mampu menjalankan ibadat kepada Allah. Apabila raja mengintainya di dalam bilik, kelihatan dia sedang munajat memohn doa kepada Allah. di dalam kegelapan biliknya kelihatan cahaya yang menyuluh ke arahnya. Pada suatu malam raja bermimpi seorang tua datang dan mengatakan supaya melepaskan Rabiatul Adawiyah dan jangan lagi menyiksanya kemudia raja melihat Rabiatul Adawiyah berpakaian serba putih naik ke atas langit. Beliau terus ke bilik Rabiatul Adawiyah untuk melihat sama ada Rabiatul Adawiyah masih ada atau sudah pergi. Kelihatan Rabiatul Adawiyah masih berzikir dan berdoa.

Sampai habis tempoh masa Rabiatul berkhidmat dengan raja, akhirnya dia dilepaskan oleh raja. Rabiatul Adawiyah berterima kasih kepada raja dan tidak meminta apa-apa daripada raja walaupun raja memberi peluang kepadanya untuk meminta apa saja sebelum dia pergi. Apabila dia pulang ke kampungnya, rumah telah roboh dan penduduk kampungnya juga ramai yang telah berpindah. Dia meminta orang menyediakan sebuah pondok kecil untuknya. Pada suatu malam, seorang pencuri terpandang pondok Rabiatul Adawiyah lalu dia ingin pergi mencuri di situ. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang solat. Dia tidak menjumpai apa-apa di dalam rumah Rabiatul Adawiyah melainkan sebiji tempayan. Lalu dia merasa kecewa dan ingin bunuh Rabiatul Adawiyah. Apabila dia mengeluarkan pisan dan ingin menikanm Rabiatul Adawiyah tiba-tiba dia menjadi keras dan pisaunya terjatuh. Rabiatul Adawiyah terkejut. Rabiatul mengatakan pada pencuri itu ambillah apa yang dia inginkan jika dia seorang pencuri tetapi mengapa ingin membunuhnya. Lalu dia menyuruh pencuri itu mengambil wudhuk dan bersolat serta memohon pada Allah apa yang dia inginkan. Lalu pencuri itu bersolat dan meinta pada Allah agar mendapat rezeki yang banyak supaya dia tidak perlu menjadi pencuri lagi.

Pada masa yang sama diluar kelihatan kereta kuda yang membawa banyak harta yang menuju ke arah pondok Rabiatul Adawiyah. Raja menghantar orang untuk memberi Rabiatul Adawiyah harta yang banyak. Apabila orang itu datang menemui Rabiatul Adawiyah kerana ingin menyerahkan harta itu, Rabiatul Adawiyah mengatakan dia tidak pernah meminta harta dari Allah tetapi orang disebelahnya yang memohon kepada Allah jadi berikanlah harta itu kepada orang yang memintanya. Pencuri itu gembira kerana mendapat harta dan dia membuat sebuah mahligai yang indah. Pada suatu hari ada seorang lelaki menemui pencuri itu dan bertanya bagaimana dia mendapat harta yang begitu banyak dalam sekelip mata. Dia pun menceritakan kisahnya kepada lelaki itu. Lelaki itu menjelaskan kepadanya bahawa wanita yang ditenuinya itu adalah wali Allah. Dia berasa terkejut dan menyesal kerana tidak berterima kasih kepada Rabiatul Adawiyah lalu dia ke pondok rabiatul Adawiyah untuk menemuinya. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang nazak. Akhirnya Rabiatul Adawiyah pergi menemui kekasihnya.

14 October 2010

.::.~sEmua iTu~.::.

hidup tanpa sahabat amat-amatlah kosong...sepi...rasa rindu...dan tadi baru lepas berborak pendek dengan sahabat ana,nik nursyamimi bt zakaria..walaupun sekejap sekadar bertanya khabar,tapi amat-amat bermakna..kamoo jauh di nun sana..bumi UK menjadi saksi..sekejap la kerana dan sebab tyme tu ana duk dalam lab microC..curi-curi untuk on9...adoi...sungguh-sungguh la tidak baik perangai ini..maaf yer en.lecturer..lain kali mgkin buat pulak..
ana tak boleh hidup tanpa sahabat disisi kerana mereka lah penguat semangat ana..dan ana boleh hidup tanpa kawan kerana kawan dan sahabat adalah makna yang berbeza..kawan bukan sama taraf macam sahabat,sahabat yang baik akan mendorong kita ke jalan ALLAH..dan kawan yang buruk tingkah lakunya akan mendorong kita kearah kemungkaran..

dan bagi ana,kawan akan hilang begitu sahaja..tetapi sahabat,hilang nya akan dirindui kerana kasih sayang yang bertaut kerana ALLAH amat-amat lah kuat ikatannya...kerana kawan yang jahat akan bermuka-muka baik dihadapan kita dan berbicara manis..tetapi dibelakang lain pulak cerita...macam-macam karenah dan pelbagai ragam...wallahu'alam..hidup dalam kondisi yang bukan kondisi agama benar-benar menguji kesabar..mana tak nya,bila dan di mana berlagak macam orang berilmu agama yang tinggi,tapi sebenarnya jahil(fuh,ayat ana nie benar-benar dasyat)..melahirkan rasa tak puas hati dan terkilan dengan perangai manusia ni yang sukar menerima kebenaran...ALLAHUAKBAR...

ana rasa sangat-sangat merindui zaman-zaman sekolah dulu...dengan biah dan iklim dini cukup buat hati rasa tenang...melihat muka cikgu2,ustaz ustazah hati rasa gembira,,berbicara dan berkongsi pendapat....rindu sangat-sangat...kadang-kadang hati kecil mahu sahaja lari dari sini..nak lari ke mana entah...lari balik umah..hhehe..

~inilah masjid sekolah ana~(eX)


~perkarangan masjid sekolah~

~bas sekolah~


.::.~bErsyuKurLaH~.::.


aku mahu menjadi wanita yang solehah,mampukah aku??
duhai ALLAH,bantulah aku,peliharalah imanku..

hati melagukan rentak ketenangan dan kelapangan..

lidah bermain irama muzik zikrullah sebagai penyejuk hati

mata memandang segala pergerakan dan keunikan ciptaan ILAHI,

betapa beruntungnya diri menjadi penduduk bumi..

bibir menguntum senyuman manis bila ada yang menghiburkan hati dan telatah mencuit diri..


alhmdulillha..beruntungnya kita kerana nikmat itu masih lagi diberi pinjam oleh ALLAH..dan mungkin sekejap lagi nikmat itu akan ditarik balik,siapa tahu..bersyukurlah kita dengan apa yang kita ada sekarang dan jangan pernah kita sesali bila nikmat itu sudah jauh dari kita..maka,berusahalah kita untuk menjadi makhluk yang bersyukur...jom sama-sama kita tingkatkan prestasi diri ke arah yang lebih mantap lagi..insyaALLAH..sama-sama berusaha!!!

Wahai Tuhan yang Maha Pemurah
Terangilahku dengan Nur Iman-Mu
Hanya Engkau tempat aku berserah
Mohon maghfirah di dalam syahdu

Wahai Tuhan yang Maha Pengasih
Ampunilah segala dosaku
Laksana buih di laut memutih
Hanyut ditelan gelombang nafsu

Hari-hari yang telah aku lalui
Ingin kutinggalkan terus bersemadi

Ingin aku kembali kepada fitrah insani
Tak sanggupku jelajahi rimba duniawi
Bebaskanlah diriku dari dibelenggu
Dosa noda nafsu durjana

Terimalah taubatku Ya Allah
Pimpinlah daku ke jalan redha-Mu
Moga sinar-Mu terangi hidupku
Di dalam kegelapan

Akukan kembali pada-Mu Rabbi
Mengadap-Mu Ya Rabbul Izzati
Segala ketentuanku pasrahkan
Di hujung penghayatan

(far East-kembali)


13 October 2010

.::.~YA ALLAH,seLamaTkanLaH dia~.::.


untuk mu sahabat...

kami doakan semoga anda tabah dan sabar menerima ujian ALLAH ini..

kuatkan semangat,cekalkan hati..ingatlah ALLAH sentiasa bersama kita..

ukhti,kami semua sayang ukhti,penderitaan ukhti adalah penderitaan kami juga..

sahabat2,sama2 kita doakan moga sahabat kita ini akan selamat dan tabah menerima ujian..

~la takhof wala tahzan innallaha ma'ana~

05 October 2010

.::.~dia saHaBatKu~.::.

(insan yang bergelar sahabat)

entah mengapa malam nie susah sangat nak lelapkan mata..Allahuakbar...kenapa dengan diri ini??baru jer lepas berborak panjang dengan seorang sahabat yang amat2 ana sayang..kamoo,terima kasih sebab menjadi pendengar yang setia..setia nya diri kamoo mendengar masalah hati ana..rasa beban semakin berkurang,beban ker??? tidakkkkk...

ini hanya lah dugaan daripada ALLAH..ana sedar,ALLAH tak akan membebankan seorang hambaNya melainkan hambaNya itu mampu menanggung...jadi point nya,kita hendaklah yakin dengan pertolongan ALLAH..dan teruskan berdoa dan meminta..



YA Allah,tenangkanlah hati ku ini,jangan biarkan aku hanyut dibuai nafsu dunia...peliharalah diriku dalam jagaan dan rahmat kasihMu..permudahkanlah setiap urusan yang rumit bagiku,agar aku mampu melaksanakannya,jangan Kau biarkan aku sendirian di dunia ini,kerana aku tak mampu mengharunginya walaupun hanya sekelip mata atau lebih singkat daripada itu,,hanya kepadaMu tempat aku mengadu,kerana Kau Maha Mendengar lagi Mengetahui..

ameen...

gambar kat atas 2 diambil tyme hang out dengan sahabat kat RFC..tyme hujung minggu tyme untuk kami bersama kerana sebelum tu masing-masing sibuk dengan FYP..sahabatku,moga dirimu sentiasa cekal dan tabah dalam mengharungi hidup ini..jadilah dirimu sebagai mawar berduri..




02 October 2010

.::.~doa sEbaGai sEnjaTa~.::.


(seindah hiasan adalah wanita yang solehah)

"ya ALLAH, Ampunkanlah dosa2 kami dan perbuatan kami yang melampau dalam urusan kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami (dalam perjuangan); dan tolonglah kami mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir."
('Aali-Imran : 147)

"ya ALLAH, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah bulat2 kepadaMu)".
(Al-A'raaf : 126)

"ya ALLAH, jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. ya ALLAH, perkenankanlah doa permohonanku."
(Ibrahim : 40)

"ya ALLAH, kurniakanlah rahmat kepada mereka berdua (ibubapa) sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."
(Al-Israa': 24 )

"ya ALLAH, Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. ya ALLAH, Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang2 yang terdahulu daripada kami. ya ALLAH, Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum2 yang kafir".
(Al-Baqarah : 286)

(martabat dan maruah seorang wanita itu tinggi nilainya,jadi peliharalah ia)

"ya ALLAH, Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah2 pemberianNya."
('Aali-Imran : 8)

"ya ALLAH, Ampunkanlah dosa2 kami dan perbuatan kami yang melampau dalam urusan kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami (dalam perjuangan); dan tolonglah kami mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir."
('Aali-Imran : 147)

Bersahabat kerana Allah,

Jihadku kerana Allah,

Belajarku kerana Allah,

Air mataku hanya untukMu Allah....

OLEH ITU, CINTAKU HANYA UNTUKMU YA ALLAH!!!!!

Kerana diriku adalah milikMU....