28 February 2011

.::.~mEmbawa paDaH~.::.


Assalamualaikum...

perasaan marah,sakit hati dan bermacam-macam lagi perasaan yang negatif hadir dalam diri tanpa dipaksa-paksa.sungguh,ana benar-benar sedih..pada hari sabtu lepas,ana keluar ke bandar Kota Bharu dengan encik abah dan puan bonda,biasa la hari cuti adalah masa yang sesuai untuk membeli barang dan jugak memborong barang..nak dijadi cerita,semasa puan bonda duk pilih-pilih barang,ana terpandang surat khabar Metro..surat khabar pun menarik ka??erk...bukan tu yang ana nak ceritakan...tapi isi didalam tu membuatkan ana nak baca dan berminat untuk membaca kandungannya..tajuk kenyataan akhbar ialah "Tujuh Siswa Iblis"..tengok-tengok area utara..hurm,budak u aku ker??tiba-tiba hati ana terdetik..baca sampai habis dan settle pembacaan dengan jayanya..balik ke rumah dengan perasaan letih kerana berjalan ke sana ke mari. tiba-tiba telefon ber ringing menandakan mesej masuk..msg dari seorang teman,bertanyakan soalan.. otak dan minda dah macam tak berfungsi..membiarkan mesej itu tanpa jawapan..sekejap lagi aku reply la,hati berkata-kata..selepas beberapa ketika,ana cuba forward kan mesej tersebut dan meminta pendapat daripada sahabat..alhamdulillah..pendapat yang cukup bernas ana dapat,syukran untuk mu sahabat.. dan mesej berikutnya sahabat ana tanya,dah baca ke belum surat khabar Utusan hari ni??ana jawab la belum lagi,tak sempat..ana tanya la,kenapa?ada apa yang menarik...sahabat ana pun jawab,dah tahu ke budak sekolah kita diburu polis kerana merogol.Subhanallah,perasaan ana ketika itu hanya Allah yang tahu,sedih..amat-amat sedih..Allahuakbar,mengapa berlaku sedemikian...tanya punya tanya budak u mana,sahabat ana pun cakap,budak u ant..sekolah kita..hah,u ana??sekolah ana??kelu untuk berbicara..otak dan minda ligat berfikir,mengapa duhai adik kamu melakukan itu...kalau dulu ana kenal budak tu sebagai budak pertengahan,tak berapa nak nakal,sederhana sahaja..tapi kalau la betul budak tu...ana tak berapa nak kenal adik-adik lelaki,kalau yang kenal tu geng-geng pengawas,badar,geng-geng nakal...golongan pertengahan tu tak berapa nak kenal..entah betul ke tak budak tu...tegok dalam fb batch SPM07 memang ramai yang duk marah dan melahirkan rasa kesal..entah la,ana tak berani nak buat kesimpulan..mengapa perkara ni boleh terjadi.yang ana tahu,ramai cikgu sekolah kami yang sebak dan menangis dengan kejadian ni..bila nafsu tak dapat dikawal,maka kesan buruk dan membinasakan percuma berlaku..20 tahun penjara dan 1 sebatan,hurmm...fikir-fikirkan lah wahai insan yang bergelar manusia..perjalanan hidup benar-benar singkat,jadi hargailah..

~wallahu'alam~

21 February 2011

.::.~MaTi iTu PASti~.::.

Assalamualaikum...

yang hidup pasti akan meninggal jua..salam takziah buat keluarga mok teh..semoga tabah meneruskan hidup yang bakal dilalui..usia yang muda tak pernah menjanji apa-apa,semuanya telah tertulis diLoh Mahfuz di atas sana..perasan ana masih lagi bersedih begitu juga dengan keluarga.tapi masing-masing cuba untuk mem buzy kan diri..doa kami moga roh saudara kami itu di tempatkan bersama golongan-golongan yang beriman...

Rasulullah s.a.w bersabda:
daripada Abu Hurairah r.a mengatakan bahawa apabila matinya anak Adam maka putus hubungannya dengan dunia KECUALI 3 PERKARA,iaitu sedekah jariah,ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh..

Anas bin Malik r.a meriwayatkan, Rasulullah s.a.w bersabda :yang mengikut mayatitu ke kubur tiga perkara. dua diantaranya kembali pulang.sedang yang tetap bersamanya itu ialah amalannya..

perasaan sedih apabila melihat seorang kanak-kanak perempuan yang berumur 3 tahun tak berganjak dari duduknya melihat jenazah bapa yang tersayang..si kecil yang tidak tahu apa-apa dan tidak mengerti akan suasana dan kepiluan yang berlaku.sungguh,hati ana benar-benar tersentuh dan secara tak sedar titik-titik jernih akhirnya mengalir tanpa sedar.. si kecil chomey berbaju kurung itu,tak henti-henti memanggil "bah....bah"..kerana tiada sahutan pun dari si ayah..ALLAHUAKBAR..berkatikanlah mereka,lindungilah mereka YA Allah..

sabda Rasulullah s.a.w :
membacakan surah Yassinbacakanlah surah Yassin atas orang yang mati di antara kamu. hadith Riwayat Abu Daud : itu akan memudahkan roh keluar dari jasad. sebab mati itu didahului dengan kesulitan dan sakarat.

(Surah An-Nisa' :78)
di mana pun kamu berada namun kamu pasti mati sekalipun di dalam benteng yang tinggi.

Ya Allah,ampunilah dosa kedua-dua orang tuaku. Rahmatilah mereka dan kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihani aku sewaktu kecil dahulu. Ya Allah,selamatkanlah mereka di dunia dan Akhirat. berikanlah mereka kebaikan di dunia dan akhirat dan lindungilah mereka dari azab kubur dan azab api neraka. Amin Ya Allah.

16 February 2011

.::.~ da ThRiLLer noVeL~.::.


Assalamualaikum.....

Alhamdulillah,akhirnya novel Labyrinth telah selamat ana baca dengan jayanya..syabas untuk diri sendiri kerana sudah lama tidak study novel yang agak tebal-tebal sehingga ratusan muka surat.. novel hasil pinjaman daripada seorang teman kepada ana..terima kasih untuk cik arina.. novel Labyrinth memang labyrinth habis..tajuk macam ala-ala english gitu..ana tegok cover page novel tu macam tak berapa semangat jer nak baca,tapi kawan ana cakap novel tu sangat bagus dan penuh dengan tanda tanya..maklum la,novel berkisar pembunuhan..ana sangat suka bab-bab pembunuhan nie..erkk..cerita jer..kalau novel cinta-cintun ni ana kurang layan sikit,tapi baca jugak laa..tapi kalau novel jenis islamik lagi-lagi-lagi-lagi-lagi ana baca.

untuk pengetahuan sahabat semua,novel Labyrinth nie dah lama dah..bukan sebuah novel yang baru,tapi biasa la,ana selalu jer slow bab-bab nie...tengok ajer tebal,rasa malas jer nak start,tapi bila dah start study orang kata,haa mula la payah nak stop..seolah-olah tak nak bagi sape-sape yang ganggu..disebalik kisah pembunuhan nie,cerita-cerita cinta islamik turut diketengahkan,tidak lupa juga nasihat-nasihat yang bernas turut diselitkan..bukan sekadar kisah pembunuhan semata-mata..novel ni jugak turut diselitkan lawak-lawak yang slumber dan boleh membuat para pembaca sengeh semacam(sape-sape yang tegok mesti terfikir,budak nie ok ker ko)..secara tidak langsung dapat menghilangkan stress..hebat betul panahan novel nie..kalau nak tahu,try la baca :) cerita ni best,happy ending..kisah thriller dalam novel ni tak busan dan bosan..

jom,kita terjah sinopsis belakang kulit buku ::
tajuk: Labyrinth
pengarang: Imaen
terbitan: Jemari seni publisher.

Dunia Kamal dan Dani berbeza. Namun takdir telah mempertemukan mereka. Pembunuhan bersiri adalah ‘lantai’ untuk mereka saling mengenali; mencari jalan keluar dari labyrinth yang membelenggu mereka!
Kamal
Cinta dan rindu seperti kopi... pahit! Setia pula adalah gulanya. Kopi dan gula adalah kepahitan yang manis. Kenapakah cintanya sudah tidak bergula lagi?
Dani
Kadang-kadang dalam riuh di luar, di dalam begitu sepi. Seperti ada tembok yang memisahkan. Seperti gagalnya laut menakluki sungai dengan masinnya. Riuh itu laut dan Dani itu sungai...dan Maira? MairaCintaku kepada-Mu adalah laut tanpa pantai... hujan tanpa awan. Rinduku kepada-Mu adalah mabuk tanpa anggur... makan tanpa kenyang!

Bahasa diamlah bahasa yang paling sukar. Dalam diam ada seribu pengertian. Dalam diam ada seribu soalan. Dalam diam ada seribu jawapan. Dan dalam diam ada seribu tafsiran. Dengan diam orang boleh berkata, aku cinta padamu. Dan dalam diam juga orang boleh berkata, kita tidak lagi sehaluan.lalu diam yang bagaimanakah aku dan Maira?lalu diam yang bagaimanakah aku dan Natasya?
Seorang diri dia memasuki labyrinth... berjalan dan terus berjalan: jalan yang berselirat. Dia harus memilih, namun setiap pilihan adalah halangan, lalu dia mencipta jalannya sendiri. Dia tahu, pembunuh itu berada dekat dengannya. Siapa?

untuk lebih lanjut sila dapatkan novel Labyrinh sekarang bagi yang belum mendapatkannya..sekadar promote jer nie..jadi promoter tak bertauliah kejap..harap maaf,kesulitan amat dikesali..

~wallahu'alam~

14 February 2011

.::.~saLaM mauLiduR RASUL~.::.


"UMATKU,UMATKU,UMATKU…."

Begitulah saat-saat akhir manusia agung,jiwanya dipenuhi rasa kasih pada ummatnya. Setiap detik hayatnya adalah untuk ummatnya,setiap kepayahan adalah untuk keselamatan ummatnya..setiap jerit perit kehidupannya adalah untuk cahaya keimanan ini terus tersebar menyinari hidup ummatnya. Sejarah adalah sejarah petunjuk dan kasih saying. Kasih sayang yang tiada ukurannya,untuk kita ummatnya.tapi mengapa kita terus melupakan baginda???tiada selawat meniti dibibir..jom,cepat-cepat kita berubah..hidupkan diri kita,hati kita dengan berselawat..biar bibir kita,hati kita basah dengan menyebut kalimah ALLAH dan selawat ke atas Junjungan Besar,Nabi Muhammad saw..



Tanggal 12 Rabiul Awal bakal menjelang. Umat Islam di seluruh dunia bertungkus lumus mengadakan persiapan bagi menyambut hari kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Selawat memuji baginda bergema di serata pelosok dunia. Pelbagai program diatur bagi memeriahkan kelahiran Nabi Muhammad SAW kekasih ALLAH.. Pelbagai ceramah umum,tazkirah dan marhaban. Tidak kurang juga ada yang mengadakan perarakan sebagai symbol kekuatan islam..teringat pula ana sewaktu zaman sekolah suatu ketika dulu..bila tiba hari maulidur Rasul,semua pelajar dan ahli kelas sibuk dengan segala tugas dan sepanduk..segala persiapan diatur rapi agar berjalan lancar..pengawas-pengawas pula sibuk menghiaskan dewan dan para MT pula kalut mengalahkan menteri..tidak hairanlah pada hari itu warna pelangi menghiasi setiap sudut bangunan sekolah,pelbagai tema baju dipakai semata-mata untuk kelihatan cantik dan kemas..perarakan mengelilingi bandar Machang..amat-amat seronok..setiap kelas mempamerkan hasil kain rentang masing-masing dengan slogan yang ditetapkan..benar-benar kreatif dengan bakat luar biasa ;) memang benar,kenangan membuatkan kita tersenyum sendiri...dan ana sedang mengalaminya..semoga ajaran dan perjuangan baginda benar-benar kita hayati dalam kehidupan...

JOM,pakat-pakat selawat :)


~wallahu'alam~

.::.~sEmUa iTu nikMat~.::.


Assalamualaikum...

memang benar dan amat-amat soheh lagi bila ujian ALLAH datang dalam pelbagai bentuk secara halus dan terus.. meliputi,kesenangan,kematian dan sebagainya lagi..ujian merupakan tarbiyyah dan melatih kita supaya bersabar..insyaALLAH ganjaran yang baik akan kita perolehi kelak..maka bersabarlah duhai sahabat andai dirimu diuji..
ujian ALLAH boleh datang dalam bentuk kesenangan dan kemewahan hidup..ALLAH menguji keikhlasan hati kita setakat mana kita bersyukur atas segala kemewahan itu,adakah kita menggunakan wang tersebut ke jalan kebaikan atau sebaliknya...fikir-fikirkan dan renung-renungkan..

kebahagiaan,kesenangan dan kesihatan merupakan sebahagian daripada kehidupan kita. Hakikatnya semua itu anugerah daripada ALLAH kepada hambanya yang beriman ataupun tidak..
kekayaan adalah suatu jalan untuk menuju kejayaan..

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasulnya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui. Niscaya Allah mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai, dan ke tempat tinggal yang baik di dalam surga 'Adn. Itulah kemenangan yang agung."

(as-saff:10-12)

seorang muslim yang beriman itu adalah baik,tetapi seorang muslim yang beriman dan menggunakan kekayaan anugerah ALLAH untuk kemaslahatan ummah amat disukaiNYA..

selamat beramal,peringatan untuk semua..moga kita mendapat keredhaan ALLAH..

~wallahu'alam~


::: sanah helwah ukhti hafizah binti shamsuddin :::
tiada apa yang dapatku persembahkan melaikan doa dan semoga kehidupanmu diberkati ALLAH.. jadilah seorang wanita solehah diantara yang solehah..sama-sama kita berjuang untuk menegakkan kalimah ALLAH di muka bumi ini,insyaALLAH..

semoga persahabatan kita akan terus bersemai tanpa penghujungnya..

08 February 2011

.::.~miLikiLah siFat maLu~.::.

sumber iluvislam :)

Zaman mutaakhir telah menampakkan kita akan banyak kepincangan perilaku, merosotnya akhlak dan tersebarnya kemaksiatan.

Sebahagian manusia telah hilang rasa malunya kepada orang lain. Disebabkan hilangnya perasaan malu, pelbagai tingkah laku tidak senonoh telah ditonjolkan ke tengah-tengah masyarakat.

Malu adalah sebahagian daripada iman.

Sifat malu sangat penting untuk dimiliki oleh setiap muslim. Malah Nabi sallAllahu 'alaihi wasallam sendiri merupakan insan yang sangat pemalu.

Diriwayatkan oleh Bukhari bahawa Nabi sallAllahu 'alaihi wasallam lebih malu sifatnya dari seorang gadis yang di dalam pingitannya.

Pentingnya memiliki sifat malu. Ini adalah kerana dengan perasaan malu yang terdapat pada diri, seseorang muslim akan mencegah dirinya dari membuat perkara yang dilarang.

Dia akan malu untuk melakukan perkara tidak senonoh dan bermaksiat. Dia akan malu untuk pergi ke tempat yang tidak sepatutnya. Dia akan malu untuk cuba-cuba sesuatu yang mungkar. Dia akan malu menzahirkan perilaku buruknya. Kerana malu telah menjadi perisai dirinya.

Dari Abu Mas'ud Uqbah bin Amr Al-Anshari Al-Badri rodhiyallohu 'anhu Dia berkata: Rasulullah sallAllahu 'alaihi wasallam pernah bersabda:

"Sesungguhnya sebahagian ajaran yang masih dikenal umat manusia dari perkataan para nabi terdahulu adalah: 'Bila kamu tidak malu, berbuatlah sesukamu." - (HR Bukhari