Assalamualaikum...
yang hidup pasti akan meninggal jua..salam takziah buat keluarga mok teh..semoga tabah meneruskan hidup yang bakal dilalui..usia yang muda tak pernah menjanji apa-apa,semuanya telah tertulis diLoh Mahfuz di atas sana..perasan ana masih lagi bersedih begitu juga dengan keluarga.tapi masing-masing cuba untuk mem buzy kan diri..doa kami moga roh saudara kami itu di tempatkan bersama golongan-golongan yang beriman...
Rasulullah s.a.w bersabda:
daripada Abu Hurairah r.a mengatakan bahawa apabila matinya anak Adam maka putus hubungannya dengan dunia KECUALI 3 PERKARA,iaitu sedekah jariah,ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh..
Anas bin Malik r.a meriwayatkan, Rasulullah s.a.w bersabda :yang mengikut mayatitu ke kubur tiga perkara. dua diantaranya kembali pulang.sedang yang tetap bersamanya itu ialah amalannya..
perasaan sedih apabila melihat seorang kanak-kanak perempuan yang berumur 3 tahun tak berganjak dari duduknya melihat jenazah bapa yang tersayang..si kecil yang tidak tahu apa-apa dan tidak mengerti akan suasana dan kepiluan yang berlaku.sungguh,hati ana benar-benar tersentuh dan secara tak sedar titik-titik jernih akhirnya mengalir tanpa sedar.. si kecil chomey berbaju kurung itu,tak henti-henti memanggil "bah....bah"..kerana tiada sahutan pun dari si ayah..ALLAHUAKBAR..berkatikanlah mereka,lindungilah mereka YA Allah..
sabda Rasulullah s.a.w :
membacakan surah Yassinbacakanlah surah Yassin atas orang yang mati di antara kamu. hadith Riwayat Abu Daud : itu akan memudahkan roh keluar dari jasad. sebab mati itu didahului dengan kesulitan dan sakarat.
(Surah An-Nisa' :78)
di mana pun kamu berada namun kamu pasti mati sekalipun di dalam benteng yang tinggi.
Ya Allah,ampunilah dosa kedua-dua orang tuaku. Rahmatilah mereka dan kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihani aku sewaktu kecil dahulu. Ya Allah,selamatkanlah mereka di dunia dan Akhirat. berikanlah mereka kebaikan di dunia dan akhirat dan lindungilah mereka dari azab kubur dan azab api neraka. Amin Ya Allah.
No comments:
Post a Comment