16 February 2011

.::.~ da ThRiLLer noVeL~.::.


Assalamualaikum.....

Alhamdulillah,akhirnya novel Labyrinth telah selamat ana baca dengan jayanya..syabas untuk diri sendiri kerana sudah lama tidak study novel yang agak tebal-tebal sehingga ratusan muka surat.. novel hasil pinjaman daripada seorang teman kepada ana..terima kasih untuk cik arina.. novel Labyrinth memang labyrinth habis..tajuk macam ala-ala english gitu..ana tegok cover page novel tu macam tak berapa semangat jer nak baca,tapi kawan ana cakap novel tu sangat bagus dan penuh dengan tanda tanya..maklum la,novel berkisar pembunuhan..ana sangat suka bab-bab pembunuhan nie..erkk..cerita jer..kalau novel cinta-cintun ni ana kurang layan sikit,tapi baca jugak laa..tapi kalau novel jenis islamik lagi-lagi-lagi-lagi-lagi ana baca.

untuk pengetahuan sahabat semua,novel Labyrinth nie dah lama dah..bukan sebuah novel yang baru,tapi biasa la,ana selalu jer slow bab-bab nie...tengok ajer tebal,rasa malas jer nak start,tapi bila dah start study orang kata,haa mula la payah nak stop..seolah-olah tak nak bagi sape-sape yang ganggu..disebalik kisah pembunuhan nie,cerita-cerita cinta islamik turut diketengahkan,tidak lupa juga nasihat-nasihat yang bernas turut diselitkan..bukan sekadar kisah pembunuhan semata-mata..novel ni jugak turut diselitkan lawak-lawak yang slumber dan boleh membuat para pembaca sengeh semacam(sape-sape yang tegok mesti terfikir,budak nie ok ker ko)..secara tidak langsung dapat menghilangkan stress..hebat betul panahan novel nie..kalau nak tahu,try la baca :) cerita ni best,happy ending..kisah thriller dalam novel ni tak busan dan bosan..

jom,kita terjah sinopsis belakang kulit buku ::
tajuk: Labyrinth
pengarang: Imaen
terbitan: Jemari seni publisher.

Dunia Kamal dan Dani berbeza. Namun takdir telah mempertemukan mereka. Pembunuhan bersiri adalah ‘lantai’ untuk mereka saling mengenali; mencari jalan keluar dari labyrinth yang membelenggu mereka!
Kamal
Cinta dan rindu seperti kopi... pahit! Setia pula adalah gulanya. Kopi dan gula adalah kepahitan yang manis. Kenapakah cintanya sudah tidak bergula lagi?
Dani
Kadang-kadang dalam riuh di luar, di dalam begitu sepi. Seperti ada tembok yang memisahkan. Seperti gagalnya laut menakluki sungai dengan masinnya. Riuh itu laut dan Dani itu sungai...dan Maira? MairaCintaku kepada-Mu adalah laut tanpa pantai... hujan tanpa awan. Rinduku kepada-Mu adalah mabuk tanpa anggur... makan tanpa kenyang!

Bahasa diamlah bahasa yang paling sukar. Dalam diam ada seribu pengertian. Dalam diam ada seribu soalan. Dalam diam ada seribu jawapan. Dan dalam diam ada seribu tafsiran. Dengan diam orang boleh berkata, aku cinta padamu. Dan dalam diam juga orang boleh berkata, kita tidak lagi sehaluan.lalu diam yang bagaimanakah aku dan Maira?lalu diam yang bagaimanakah aku dan Natasya?
Seorang diri dia memasuki labyrinth... berjalan dan terus berjalan: jalan yang berselirat. Dia harus memilih, namun setiap pilihan adalah halangan, lalu dia mencipta jalannya sendiri. Dia tahu, pembunuh itu berada dekat dengannya. Siapa?

untuk lebih lanjut sila dapatkan novel Labyrinh sekarang bagi yang belum mendapatkannya..sekadar promote jer nie..jadi promoter tak bertauliah kejap..harap maaf,kesulitan amat dikesali..

~wallahu'alam~

No comments:

Post a Comment