31 July 2011

.::.~SaLam RAMADHAN~.::.


Assalamualaikum...
Bismillahirrahmanirrahim.


Sabda Rasulullah saw.:

"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam.

Nabi Muhammad saw pernah bersabda:

"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"


Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri sendiri.

ameen :)


Sabda Rasulullah saw:

"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."




ayuh sahabat semua,kita rebut peluang yang ada ini dengan usaha yang bersungguh-sungguh dalam meraih cintaNYA...


salam ramadhan untuk semua.. :)


~wallahu'alam~






28 July 2011






berusaha dalam ketaatan demi mencapai Mardhatillah.



halawatul iman dapat dirasai bagi jiwa-jiwa yang tunduk dan patuh pada ALLAH dan taat dalam setiap suruhanNYA.. cintailah DIA kerana pasti cinta kita akan berbalas. persiapkanlah diri untuk menuju gerbang cinta yang hakiki.. insyaALLAH :)



hidup dan matiku hanya untukMU ya Rabb.






.::.~Mati daLam KetaaTan~.::.




Assalamualaikum...
Bismillahirrahmanirrahim.




sedar tak sedar hanya beberapa hari lagi kita bakal menyambut kedatangan bulan yang mulia,bulan ramadhan..sedar dan tak sedar juga kita bakal berpuasa dan menyambut hari raya. boleh bayang tak sekiranya sebelum kedatangan ramadhan kita telah dijemput terlebih dahulu oleh Yang Maha Esa untuk bertemu NYA.. amalan kita entah ke mana. sedangkan dosa bergunung tinggi,titik-titik noda menguasai diri..ALLAHUAKBAR,takut bukan sekiranya kita meninggal dalam keadaan su'ul khatimah dan tak sempat untuk bertaubat..moga ALLAH mengampuni kita semua,insyaALLAH..

"Sesungguhnya amalan itu (tergantung) dengan penutupnya.”
(HR. Bukhari)

moga jiwa yang ada dalam diri kita adalah jiwa-jiwa yang sihat. mana taknya,jiwa yang sihat senantiasa memberi perhatian untuk terus memperbaiki amal,melebihi perhatian terhadap amal itu sendiri. terus bersemangat untuk meningkatkan keikhlasan dalam beramal,menghargai nasihat,mutaba'ah dan ihsan. disamping sentiasa memperhatikan pemberiaan dan nikmat dari ALLAH serta kekurangan diri di dalam memenuhi hak-hak NYA.


"Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan janganlah kalian mati melainkan dalam keadaan muslim (berserah diri).”


“Apabila Allah menghendaki kebaikan pada hambanya, maka Allah memanfaatkannya”. Para sahabat bertanya, “bagaimana Allah akan memanfaatkannya?” Rasulullah s.a.w menjawab, “Allah akan memberikannya taufik untuk beramal solih sebelum dia meninggal.”



"Barangsiapa yang suka bertemu Allah, maka Allah pun suka untuk bertemu dengannya. Dan barangsiapa tidak suka bertemu dengan Allah, maka Allah pun benci untuk bertemu dengannya”. ‘Aisyah bertanya, “Wahai Nabi Allah! Apakah (yang dimaksud) adalah benci kematian? kita semua benci kematian?” Rasulullah s.a.w menjawab, “Bukan seperti itu. Akan tetapi, seorang mukmin, apabila diberi kabar gembira tentang rahmat dan ridha Allah serta Surga-Nya, maka ia akan suka bertemu Allah. Dan sesungguhnya, orang kafir, apabila diberi kabar tentang adzab Allah dan kemurkaan-Nya, maka ia akan benci untuk bertemu Allah dan Allah pun membenci bertemu dengannya.”




ayuh sahabat,kita pertingkatkan amal kebajikan kita berlipat ganda pada bulan ramadhan yang bakal kunjung tiba dan semoga kita terus istiqamah dalam berbuat kebajikan terutama pada diri kita sendiri.. biar pun sedikit,tetapi istiqamah. insyaALLAH.





moga kesihatan tubuh badan yang baik ini menjadi bonus untuk kita terus mengabdikan diri kepadaNYA.. mati adalah suatu perkara yang paling dekat dengan kita..carilah akhirat seolah-olah kita akan mati esok pagi..ingatlah,kita beruntung kerana menjadi umat Nabi Muhammad s.a.w..





Ya ALLAH,


aku adalah hamba Mu yang lemah,


miskin dan memerlukanMu,


aku hambaMu yang fakir,lemah tidak berdaya.
Engkau adalah Rabbku Yang Maha Mulia dan Maha Penyayang.


aku tidak mampu untuk bersabar jika Engkau tidak menolongku untuk bersabar,


tidak ada kekuatan bagiku jika Engkau tidak membantuku dan memberiku kekuatan.


tidak ada tempat bersandar bagiku kecuali hanya padaMU,


tidak ada yang dapat memberikan pertolongan kepadaku kecuali


hanya Engkau.


tidak ada tempat bergantung bagiku dari pintuMu,


dan tidak ada tempat untuk lariku dariMU.








~wallahu'alam~

16 July 2011

.::.~mencari apa yang di cari ~.::.






TIDAKKAH ENGKAU MEMERHATIKAN BAHAWA SESUNGGUHNYA KAPAL ITU BERLAYAR DI LAUT DENGAN NIKMAT ALLAH,AGAR DIPERHATIKANNYA KEPADA KAMU SEBAHAGIAAN DARI TANDA-TANDA KEBESARANNYA. SUNGGUH, PADA YANG DEMIKIAN ITU TERDAPAT TANDA-TANDA KEBESARANNYA BAGI SETIAP ORANG YANG SANGAT SABAR DAN BANYAK BERSYUKUR.



(surah Lukman : 31)











Allahuakbar,DIA mengetahui sebaik-baik perancangan kerana perancangan NYA Maha Hebat.. kita merancang apa yang kita mahu dan apa yang kita ingini,sedarkah kita DIA telah merancang suatu perancangan yang lebih baik untuk kita dan diluar jangkaan..





memang benar,kita menangis bila apa yang kita rancangkan tidak kita perolehi.. tetapi masihkah kita berfikir bahawa ALLAH tidak akan mensia-siakan hambaNYA begitu sahaja.





sabarlah duhai hati,dugaan ini hanya kecil sahaja jika dibandingkan dengan umat terdahulu.. 2 perkara yang berlaku serentak menyebabkan fikiran teramat kacau.. ALLAH sedang menguji ku,ALLAH sedang menguji imanku.. Ya ALLAH,aku pohon padaMU,tetapkanlah hatiku pada jalanMU,jangan biarkan aku berputus asa dan berhenti berharap pada pertolonganMU.. kerana aku tahu dan aku benar-benar tahu bahawa pengaturanMU itu Maha Hebat.. jangan Kau pernah biarkan aku berhenti berharap pada pertolonganMU sesaaat atau lebih singkat daripada itu. aku benar-benar tak berdaya duhai ALLAH Pemilik hatiku.. jangan pernah biarkan syaitan menguasai hatiku kerana aku benar-benar berharap pada keredhaanMU.








berulang kali menatap surah al Baqarah ayat 216,boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu,padahal itu amat baik bagimu,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu,padahal itu tidak baik bagimu. ALLAH mengetahui sedang tidak kamu ketahui..





benar,ALLAH lebih mengetahui.. semalam seorang sahabat menelefon puan bonda,entah apa yang dibicara ana pun tak tahu.. selepas habis bercakap,puan bonda memanggil ana.. benar,hati ana resah dan berdebar.. puan bonda menyampaikan pesan dan menyuruh ana bersabar dengan apa yang berlaku. katanya ALLAH sedang menguji ana dan hanya kecil sahaja dugaan yang ana dapat..betul,mama memang betul..ana dengar lagi penjelasan yang mama cuba sampaikan.. air mata bercucuran lagi entah keberapa kali. mengapa hati tak kuat sangat saat itu,selama ini ana bukan jenis yang mudah beremosi.. mama pesan lagi jangan lepaskan apa yang pernah kita ada demi mencari apa yang kita belum miliki.jangan berharap pada yang belum nyata.. apa yang ada dah terbaik.. naluri seorang ibu amat kuat.. menangis lagi..murahnya air mata. semalam sebutir nasi pun ana tak sentuh,bukan nak diet.. tapi memang tak ada selera.. bila berfikir hari ni nisfu sya'aban,makan jugak bihun beberapa sudu sekadar alas perut.





Alhamdulillah,tadi mendapat panggilan daripada kak ni dan insyaALLAH cuba menolong mana yang mampu..tidak berharap,sekadar berusaha.. ALLAH Maha Adil kan? sedikit demi sedikit DIA dah beri ruang untuk menyempurnakan.. moga ALLAH perkenankan doaku,insyaALLAH..








yakinlah dengan ALLAH,nescaya DIA akan permudahkan urusan kita.. carilah ALLAH dalam senang dan susah kerana DIA tak pernah meninggalkan kita.. moga ALLAH perkuatkan lagi tahap kesabaranku dalam menempuh ujianNYA..














p/s: terima kasih kepada sahabt yang selalu ada bersama dan terima kasih juga sebab masih setia di sisi ana..imah,nurul,farhana,fatin (ucapan terima kasih tak cukup dibandingkan dengan apa yang telah kalian lakukan).





untuk sahabat itu,terima kasih sebab mengambil berat dan terima kasih atas nasihat-nasihat yang diberikan melalui mama..moga ALLAH merahmati kamu.















~wallahu'alam~