27 October 2011

.::.~Menghias Solat deNgan sifaT maLu~.::.






Sesungguhnya apabila seseorang itu menyedari betapa lemahnya hendak mendirikan ibadah dengan cara yang paling sempurna, sehingga tidak terdaya untuk memenuhi masa sepanjang solat itu dengan betul-betul mengingati Allah swt, maka wajarlah ia merasa malu terhadap Allah SWT.

Mengapa seseorang itu perlu merasa malu? Mengapa tidak, jika dilihat dari persediaan yang dibuat ketika hendak mendirikan solat dimulai dengan mengambil wudhuk diikuti pula dengan persiapan pakaian yang baik-baik dan dilengkapi dengan memakai serban, bersugi dan sebagainya. Malangnya lebih banyak masa yang digunakan untuk persiapan daripada masa yang digunakan utk mengingati ALLAH SWT di dalam solatnya.

Oleh itu wajarlah seseorang itu merasa malu terhadap ALLAH SWT sebaik sahaja ia selesai memunaikan solat. Kerana mendirikan solat itu adalah untuk mengingatiNYA semata-mata, sedangkan ketika solat kira -kira 10 minit ,sayangnya hanya satu dua minit sahaja yang ia ingat kepada ALLAH SWT,selebih ingatannya melayang mengikut kemahuan hati, khayal dan lalai.

Jika ia tidak merasa malu dengan ibadah solat yang sedemikian rupa, malah mendakwa bahawa ia telah melakukan semua fardhu yang hendak dibawa sebagai bekalan akhirat , maka sudah tentulah orang itu akan merasa malu, Ia malu Ibarat " Orang yang hendak menyerahkan hadiah kepada seorang raja ,sayangnya apabila dibuka ,hadiahnya itu cacat. Maka sudah tentulah ia merasa malu di majlis tersebut kerana bukan sahaja tidak diperkenankan malah dimurkai raja.

Kesibukan ibadah solat yang hanya bersifat fizikal itu tidak memberi erti apa-apa disisi ALLAH SWT kerana yang dikehendaki dengan ibadah solat itu ialah sejauh mana ingatan seseorang itu terhadap ALLAH, kerana tujuan solat itu ialah untuk mengingati ALLAH SWT

Malu itu hanya akan lahir apabila seseorang mengetahui keaiban diri dan segala kelemahan dirinya, disamping mengingati kebesaran ALLAH SWT. Perasaan malu itu akan bertambah kuat apabila kesedaran semakin mendalam terhadap keaiban diri , kurangnya ingatan kita terhadapa ALLAH SWT, serta dangkalnya rasa ikhlas, disamping keiginan terhadap kesenangan hidup yang segera telah mengatasi keinsafan dirinya dari mengingati dan merasai betapa besarnya kerja serta amal yang dikehendaki oleh ALLAH SWT.

Patut benar orang itu merasa malu memandangkan bahawa begitu indahnya persiapan lahiriah yang telah dilakukan untuk ibadat solat itu ,tetapi malangnya tidak pula seindah itu persiapan rohaniah yang disertakan. Ibarat "seseorang yang bersiap sedia menghadapi ketibaan pembesar yang hendak datang ke rumahnya, semua dinding luar rumahnya dicat begitu cantik, halaman rumah pun sudah dihias , Namun apabila sampai ke dalam rumah didapati penuh denagn sarang labah-labah serta berselerak dengan sampah sarap. Sudah tentu ini amat MEMALUKAN ...

MUHASABAH DIRI..

APABILA HATI LALAI ,IA AKAN MENJADI HIJAB YANG MENGHALANG UNTUK HAMPIR KEPADA ALLAH SWT..

BUKU KHUSYUK DALAM SOLAT

TUAN GURU DATO' NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

.

.::.~teNtanG mEreka~.::.



Bismillahirrahmanirrahim..




kolej kediaman dah sunyi sebabnya ramai penghuni dah balik kampung.hanya tinggal beberapa kerat jer..satu kerat tu ana la orangnya..rumah ana hanya tinggal ana dan rumate,hosmate yang lain semua dah balik..rasa sunyi lar jugak,biasanya ada geng nak buat bising..rumate 2 orang lagi pun dah balik..biasa berempat,sekarang berdua. tak kisah lar,janji semua bahagia kan..




semalam ana tido rumah isteri kedua (bak kata kak syira salah seorang rumate ana)macam lar ana nie seorang lelaki kan..salah tu,ana seorang muslimat okey..sebabnya kalau ana tak balik rumah,semestinya wang ulu menjadi mangsa kedua ana.. (= berkumpul dan berdiskusi bersama sahabat adalah suatu perkara yang amat menyenangkan dan menggembirakan ana. mana taknya,setiap masalah pasti ada solusinya..dan sahabat adalah antara rujukan terbaik. pagi tadi ana cuba untuk sampai awal ke rumah sebelum jam 8 pagi sebab dah janji dengan kak syira nak jumpa dia sebelum dia bertolak ke Lumut. bus kak syira pukul 10.30 pagi.. alhamdulillah,sampai tepat pada masa yang direncanakan.. sampai je rumah tengok kak syira duk ber 0n9 dan baru settle basuh dan jemur baju.. boleh pulak kak syira suruh ana tidur dulu,katanya muka ana muka mengantuk..ana cuba sibukkan diri supaya muka mengantuk tu bertukar wajah.. (= kak syira suka wat ayat macam nie, "akak tengok tie nie hyper active la,tak penat ke?balik dari kelas bukan boleh duk diam,ada jer kerja dia nak buat.orang lain balik dari kelas terus jer cari katil. dia macam tak ada perasaan penat pun"...(ayat yang akan keluar dari mulut kak syira bila ana balik dari kelas) sebenarnya ana pantang tidur petang,dan bila berlagak sibuk walaupun kita sebenarnya amat penat dapat melupakan kepenatan itu..





baru start buka buku beberapa saat kak syira dah ajak turun bawah cari sarapan..malangnya kedai air(gerai) jer yang buka..dua kedai lagi masih belum beroperasi..minum milo ais yang kak syira belanja sambil borak-borak. seorang mak cik guard lalu kat depan kami dan tegur,lepas tu mak cik guard berikan kami beberapa biji kueh..katanya kueh tu dia yang buat..alhamdulillah,rezeki kami..borak punya borak,mak cik guard tu nak buat ana dan kak syira sebagai anak angkat.kami sekadar senyum jer la..tak kan nak tolak,kan apa pulak kata mak cik tu..nasib baik mak cik guard kat kawasan kolej kediaman kami ok jer sume..nak pinjam motor pun dia bagi..tu penting menjaga hubungan baik antara manusia,dan jangan pernah cuba mencari gaduh dengan sesiapa..cuba untuk bersangka baik dalam hidup..insyaALLAH aman.


rasa sedih bila bersalam dengan kak syira,maknanya 5 hari lagi kami akan berjumpa dengan izin ALLAH.insyaALLAH..



petang tadi ke wang ulu sekali lagi. kali ni ana merempit pulak dengan sahabat baik ana cik faten asilalatin..geng lepak ada buat diskusi sesama sahabat.alhamdulillah,input dan output bergiat aktif mencurah dan menambahkan ilmu..syukran untuk semua sahabat. semoga ALLAH meredhai dan merahmati majlis ilmu tersebut..ameen..


malam nie cik faten asilalatin bertolak balik ke Kelantan..rasa sayu dan hiba bila berpelukan tadi. mana taknya,selalu jer bersama..buat bising dalam bilik,memasak (moga geng2 mpkk tak tahu),ke sana ke mari,berjaga malam untuk study...seolah-olah macam adik beradik..tak heran lar dia panggil ana kak long (rasa lucu pulak,padahal ana bukan ana sulung)..katanya sebab ana sesuai jadi kak long dan cara ana macam kakak dia..heee,boleh pulak macam tu..tak pe lar panggil apa pun asal kita selesa.. dan panggilan "teyh" untuk dia..biasa lar orang dah ada anak saudara,berbeza dengan ana.. rasa kehilangan,walhal baru beberapa jam berpisah..itulah ukhwah,sentiasa dihati dan diingati walaupun tanpa bayangan..terasa rindu bila berjauhan.. moga perjalananmu selamat wahai sahabatku..cepat-cepat kembali ke sini kerana kita masih ada urusan yang belum selesai..masih banyak misi antara "aku dan kamu" yang belum jelas..hehe..sampaikan salam rindu untuk bumi kelantan tanah tumpah darahku!!





Tidaklah kita dapat mengenal oranglain melainkan dengan 3 waktu.Tidak dapat diketahui adakan seorang itu pemaaf melainkan ketika dia marah. Tidak dapat dikenal seorang itu berani melainkan pada waktu berjuang. Tidak dapat dikenal sahabat melainkan waktu kesusahan.

Seorang sahabat adalah yang dapat mendengarkan lagu didalam hatimu dan akan menyanyikan kembali tatkala kau lupa akan bait-baitnya..





p/s : syukran untuk yani selaku rumate sorang lagi yang setia bersama menemani ana..bez jugak tak ada orang,boleh buat bising sesuka hati..layan nasyid sekuat hati pun mesti tak ada yang kisah. (=




geng biomedik jom pakat study..3 test menanti lepas cuti deepavali..jom struggle sahabat!!be smart (= (signal n system,analog,eng.mechanic menanti kita) heeee.. gud luX ..




24 October 2011

.::.~dia yang dicintai~.::.

-kecintaanku-


Assalamualaikum...





Bismillahirrahmanirrahim..






tangan ini cuba untuk menulis tentang kisah seorang lelaki yang amat ana sayangi,kasihi,cintai sepenuh hati..setiap detik dan saat ana ingin bersamanya,kalau boleh tak nak berpisah dengannya walaupun sesaat cuma... dia lah kekasih hati ana selamanya dan tiada pengganti. dialah abah ana,seorang insan yang amat ana sayangi melebihi segalanya.






orang kata ana banyak persamaan dengan abah,tang mana ana pun tak tahu.. mungkin garang macam abah..hahaha..yer betul,ana seorang yang garang dan "bekeng".. ana ingat lagi,masa form five ada orang panggil ana singa betina..huhuhu..kurang asam punya orang,suka hati jer panggil macam tu..dan satu lagi anti lelaki..hahaha..teruk jugak perangai masa tu..bukan anti pun sebenarnya,cuma tak bergaul sangat jer..dan di cop geng anti lelaki.. ok la,zaman budak-budak..






berbalik kepada topik asal..






semua orang sayang pada abah/ayah/abi/baba/daddy/papa masing-masing kan??? kalau yang tak sayang tu,ada yang tak kena tu..maka check balik,di mana silap..






usia kanak-kanak ana banyak dihabiskan berulang alik ke hospital untuk melawat abah. setiap kali tiba hari perayaan,ana lah antara kanak-kanak yang seolah-olah tak beraya walhal baju raya banyak pasang. 16 tahun dulu adalah detik kehidupan yang sangat menyedihkan. masa tu arwah atok ada lagi,arwah lah yang selalu manjakan ana,hantar dan ambik dari pasti..belikan itu,belikan ini hanya semata-mata untuk memujuk ana agar tidak manangis.. abah ana di rawat di hospital USM,Kubang Kerian. pada masa tu kanak-kanak tidak dibenarkan melawat pesakit kecuali dengan kebenaran guard dan disertai surat kebenaran. setiap kali nak datang melawat abah,ana akan isikan baju-baju ana dalan beg plastik..beg plastik tahu kan macam mana bentuk dan rupanya?haa..macam tu lah..lawak kan ana nie,macam lar tak ada beg lain. tapi memang tak ada beg pun,tu jer yang ana jumpa..budak-budak mana nak tahu apa-apa..pakai main sembat jer.ana letak baju-baju ana dalam tu sebabnya nak jaga abah kat hospital. ana tahu,mama penat.. sampai kat hospital,mama akan bawak abah turun melalui lif..abah duk atas kerusi roda,tangan abah penuh dengan wayar-wayar..ana peluk abah dan menangis,rutin tiap kali pergi lawat abah. abah akan tanya,sekolah macam mana..pergi ker tak,sapa hantar..







satu hari tu,abah dah dibenarkan keluar dari hospital..ana lah manusia yang paling bahagia ketika itu. pada malam tu,abah sesak nafas dan tak boleh bernafas. ana dan abang terus menerpa ke pintu,padahal waktu tu pintu berkunci..tapi dengan izin ALLAH kami dapat membuka pintu tersebut selepas beberapa kali duk main tarik tolak. kami terus berlari ke rumah arwah atok dalam keadaan menangis. alhamdulillah,abah pulih beberapa ketika lepas tu. kawan-kawan abah yang sama wad dengan abah semua dah meninggal..alhamdulillah abah beransur pulih.masa ana form five sekali lagi penyakit abah menyerang..saat tu ana duk kat hostel. ana terus balik bila tahu abah jatuh sakit. bila orang tanya antara ibu dan ayah yang mana paling ana rapat. ana akan jawab dua-dua ana rapat..bila ana col mama,ana akan pastikan yang ana jugak akan dapat bercakap dengan abah..baru adil,ana takut sangat kalau mereka terasa hati..ana tak akan biarkan mama dan abah menangis sebab ada anak yang degil macam ana,biarlah mereka menitiskan air mata kerana kejayaan ana..bukan kerana kegagalan ana. insyaALLAH.. masa balik rumah,ana ada terjumpa satu helaian kertas lirik lagu nasyid kumpulan Rabbani,pergi takkan kembali lagi..ana menangis saat tu,terus ana pergi peluk abah.. ana tak bersedia untuk segala kemungkinan yang bakal berlaku. petang sabtu tu,ayah long yang hantar ana balik ke hostel. saat bersalam ana peluk dan cium abah..ana dapat tengok abah juga menitiskan air mata..tapi cepat-cepat abah kesat..alhamdullah,beberapa minggu lepas tu abah semakin pulih dan start bekerja..











doktor ramai yang kagum dengan prestasi kesihatan abah. ramai yang bertanya ubat apa yang abah makan sehingga dapat bertahan dan tak perlukan rawatan susulan seperti dulu-dulu. abah hanya terseyum,kuasa ALLAH tak dapat kita tandingi dan kuasa doa paling mujarab selepas kita berikhtiar dengan pelbagai cara.. hanya tawakkal kepada DIA..walaubagaimana pun,abah masih menjaga pemakanan dan masih berpantang pada sesetengah masakan dan pemakanan.. kalau makan sesuka hati akan nampak perubahan pada diri abah..alhamdulillah,abah dikurniakan seorang wanita yang tabah dan cekal dan setia di sisinya..dialah mama ana yang tersayang.seorang wanita yang sentiasa tabah dan sentiasa ada bersama abah saat suka dan duka,seorang motivator untuk abah dan anak-anak..abah selalu cakap,dia beruntung punyai isteri,anak-anak yang soleh dan solehah..ana bukan anak yang solehah untuk abah,tapi ana akan berusaha untuk menjadi anak yang solehah untuk abah dan mama..cuba untuk membahagia mereka semampu ana..sekarang ana dah besar,dan ana makin mengerti akan hakikat hidup ini.. kepada sahabat di luar sana,hargailah ayah dan ibu kita sebelum terlambat..ingatlah kasih mereka yang akan membawa kita ke syurga..sekali kita menitiskan air mata mereka kerana sikap biadab nya kita,maka hidup kita tak akan pernah berkat baik di dunia ataupun akhirat..










Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)





(surah Lukman : 14)





~wallahu'alam~





17 October 2011

.::.~mencari jalan pulang~.::.



Bismillahirrahmanirrahim.


Aku tersasar di jalan sana,
Mencari arah untuk kembali pulang.


Setiap detik yang aku lalui penuh liku-liku dan ranjau,
Seolah kebahagiaan itu menghilang dariku.


Namun aku cepat-cepat menoleh ke belakang
Dan mengharap agar arah yang aku lalui nanti tidak tersesat.


Hanya satu yang aku pegang ALLAH sentiasa bersama denganku.
Biar satu dunia menyumpah dan membenciku..tapi aku akan tenang
Bila DIA tidak meninggalkan aku.

Kini aku bertambah yakin bahawa jalan yang bakal aku teruskan ini
Dapat menolongku mencari insan-insan yang dapat membimbing ku pada jalan keredhaan..
Kembali pulang pada prinsip hidup yang sebenar. INNALLAHA MA’ANA.







~wallahu'alam~