27 October 2011

.::.~Menghias Solat deNgan sifaT maLu~.::.






Sesungguhnya apabila seseorang itu menyedari betapa lemahnya hendak mendirikan ibadah dengan cara yang paling sempurna, sehingga tidak terdaya untuk memenuhi masa sepanjang solat itu dengan betul-betul mengingati Allah swt, maka wajarlah ia merasa malu terhadap Allah SWT.

Mengapa seseorang itu perlu merasa malu? Mengapa tidak, jika dilihat dari persediaan yang dibuat ketika hendak mendirikan solat dimulai dengan mengambil wudhuk diikuti pula dengan persiapan pakaian yang baik-baik dan dilengkapi dengan memakai serban, bersugi dan sebagainya. Malangnya lebih banyak masa yang digunakan untuk persiapan daripada masa yang digunakan utk mengingati ALLAH SWT di dalam solatnya.

Oleh itu wajarlah seseorang itu merasa malu terhadap ALLAH SWT sebaik sahaja ia selesai memunaikan solat. Kerana mendirikan solat itu adalah untuk mengingatiNYA semata-mata, sedangkan ketika solat kira -kira 10 minit ,sayangnya hanya satu dua minit sahaja yang ia ingat kepada ALLAH SWT,selebih ingatannya melayang mengikut kemahuan hati, khayal dan lalai.

Jika ia tidak merasa malu dengan ibadah solat yang sedemikian rupa, malah mendakwa bahawa ia telah melakukan semua fardhu yang hendak dibawa sebagai bekalan akhirat , maka sudah tentulah orang itu akan merasa malu, Ia malu Ibarat " Orang yang hendak menyerahkan hadiah kepada seorang raja ,sayangnya apabila dibuka ,hadiahnya itu cacat. Maka sudah tentulah ia merasa malu di majlis tersebut kerana bukan sahaja tidak diperkenankan malah dimurkai raja.

Kesibukan ibadah solat yang hanya bersifat fizikal itu tidak memberi erti apa-apa disisi ALLAH SWT kerana yang dikehendaki dengan ibadah solat itu ialah sejauh mana ingatan seseorang itu terhadap ALLAH, kerana tujuan solat itu ialah untuk mengingati ALLAH SWT

Malu itu hanya akan lahir apabila seseorang mengetahui keaiban diri dan segala kelemahan dirinya, disamping mengingati kebesaran ALLAH SWT. Perasaan malu itu akan bertambah kuat apabila kesedaran semakin mendalam terhadap keaiban diri , kurangnya ingatan kita terhadapa ALLAH SWT, serta dangkalnya rasa ikhlas, disamping keiginan terhadap kesenangan hidup yang segera telah mengatasi keinsafan dirinya dari mengingati dan merasai betapa besarnya kerja serta amal yang dikehendaki oleh ALLAH SWT.

Patut benar orang itu merasa malu memandangkan bahawa begitu indahnya persiapan lahiriah yang telah dilakukan untuk ibadat solat itu ,tetapi malangnya tidak pula seindah itu persiapan rohaniah yang disertakan. Ibarat "seseorang yang bersiap sedia menghadapi ketibaan pembesar yang hendak datang ke rumahnya, semua dinding luar rumahnya dicat begitu cantik, halaman rumah pun sudah dihias , Namun apabila sampai ke dalam rumah didapati penuh denagn sarang labah-labah serta berselerak dengan sampah sarap. Sudah tentu ini amat MEMALUKAN ...

MUHASABAH DIRI..

APABILA HATI LALAI ,IA AKAN MENJADI HIJAB YANG MENGHALANG UNTUK HAMPIR KEPADA ALLAH SWT..

BUKU KHUSYUK DALAM SOLAT

TUAN GURU DATO' NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

.

No comments:

Post a Comment