28 February 2012

.::.~susah ker menjadi imam??~.::.




Bismillahirrahmanirrahim.


tak handsome ataupun tak good looking pun tak kisah sebab lelaki bukan memimpin dengan ketampanannya...betul tak??



Tak jutawan tak apa, sebab kekayaan bukan asbab hebatnya kepimpinan seseorang lelaki itu..

Ada lelaki rupanya tidak kacak, kulitnya gelap tetapi penampilannya kemas dan kefahaman agamanya cukup baik.

Namun ada ramai juga lelaki yang kacak, tetapi rambutnya panjang tidak terurus, pakaiannya selekeh dan tidak langsung menggambarkan ciri-ciri seorang pemuda Islam. Kefahaman agama dianggap perkara remeh.

hurm...maaf,ana sebutkan ini kerana ana fikir, memilih seorang imam tidak mudah.

Mungkin ramai wanita akan bertanya, bagaimana mahu memastikan dia seorang imam yang baik?

Ada yang merasakan lelaki kaki masjid itu terbaik sebagai imam.

Ada yang merasakan lelaki pandai bertazkirah agama itu terbaik sebagai imam.

Ada juga yang merasakan lelaki ‘berpengajian agama’ itu paling baik sebagai imam.

perlu ker berfikiran sebegitu??yer,tak dinafikan...ramai diluar sana yang berpendapat sedemikian.

Sungguh. Ia susah kerana sebagai manusia, kita hanya penilai zahiriah sedangkan batiniahnya, hanya Allah yang tahu.

Sebagai wanita, anda diberi satu tempoh yang istimewa sebelum anda sah bergelar isteri kepada seorang lelaki. Tempoh itu dinamakan tempoh ‘suai-kenal’ atau istilah rasminya , bertunang.

Ramai orang tidak menggunakan tempoh ini sebaik mungkin. Ada yang belum apa-apa, sudah meletakkan ‘sepenuh ketaatan’ kepada si tunang. Ada yang melayan borak siang malam sampailah kepada bertemu di taman dan tengok wayang.

Jangan tiru tabiat-tabiat seperti itu. Bukan sahaja agama mengatakan ia sebagai tidak baik, bahkan akal juga mengatakan demikian.
jadi kenapa menuruti hawa nafsu??

Bukankah dirimu mahukan perkahwinan itu sampai ke syurga? Bagaimana mungkin seorang lelaki yang tidak tahu jalan ke syurga boleh membimbingmu untuk sampai ke sana?

Buatlah pilihan dengan bijak.

Carilah untuk dirimu seorang IMAM, bukan semata-mata seorang jejaka..



~wallahu'alam~



.::.~maaf.....~.::.



Assalamualaikum...






sungguh ana terharu menerima mesej daripada seorang adik yang boleh dianggap rapat. walaupun baru mengenalinya,tapi terasa sudah lama bersahabat..sungguh,ukhwah kerana ALLAH itu hebat nilainya.





"kak,sayang akak kerana ALLAH"




ana terkedu,hampir menitiskan air mata..sungguh,benar-benar ana menghargai..segera ana membalas...






"akak sayang adik akak jugak kerana ALLAH,jaga diri baik-baik"



terfikir,sudah lama ana menyepi darinya..menyepi daripada sahabat-sahabat ana..sibuk sangatkah diri ini sehingga tak menjaga ukhwah..subhanallah,ana terasa bena-benar bersalah..duhai sahabat maafkan diri ini yang serba kekurangan...insyaALLAH,ana segera mencari kekuatan itu.








...raysha batrisha...


si budak cute,alhamdulillah dah 2 bln lebih..moga menjadi anak yang solehah,insyaALLAH..