30 July 2010

.::.~ketiKa ALLAH memiliHmu UnTUkkU~.::.


Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..
Ingin ku beri tahu padamu..
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia..
Orang tua yg begitu sempurna..
Dengan cinta yg begitu membuncah..
Aku dibesarkan dgn limpahan kasih yang tak terhingga..
Maka, padamu ku katakan..
Saat Allah memilihmu dalam hidupku,
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku..
Memperlakukanku dgn sayang yang begitu indah..


Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan..
Maka, ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dgn keberadaanmu.
Dan aku tahu, Kaupun bukanlah laki-laki yang sempurna..
Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..
Karena kelak kita akan satu..
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,
Kau dan aku akan menjadi 'kita'..


Padamu yg Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dgn ilmu dan tarbiyah,
Membentukku menjadi wanita yg mencintai Rabbnya..
Maka ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Allah mengetahui bahwa kaupun telah menempa dirimu dgn ilmuNya.. Maka gandeng tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita..
Itulah visi pernikahan kita..
Ibadah pada-Nya ta'ala..


Padamu yg Allah tetapkan sebagai nahkodaku..
Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok..
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah..
Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,
Sungguh hatiku tetaplah wanita yg lemah pada kelembutan..
Namun jangan kau coba meluruskanku, karena aku akan patah..
Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, karena akan selamanya aku salah..
Namun tatap mataku, tersenyumlah..
Tenangkan aku dgn genggaman tanganmu..
Dan nasihati aku dgn bijak dan hikmah..
Niscaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu..
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..


Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap hunianku..
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan..
Maka dimataku kau adalah yang terindah,
Kata2mu adalah titah untukku,
Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..
Maka kalau kau berkenan ku meminta..
Jadilah hunian yg indah, yang kokoh…
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..


Padamu yang Allah pilih menjadi penopang hidupku…
Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita..
Maka didiklah mereka menjadi generasi yg dirindukan syurga..
Yang di pundaknya akan diisi dgn amanah-amanah dakwah,
Yang ruh dan jiwanya selalu merindukan jihad..
Yang darahnya mengalir darah syuhada..
Dan ku yakin dari tanganmu yg penuh berkah, kau mampu membentuk mereka..
Dengan hatimu yg penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka..
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..


Padamu yang Allah pilih sebagai imamku…
Ku memohon padamu.. Ridholah padaku,
Sungguh Ridhomu adalah Ridho Ilahi Rabbi..
Mudahkanlah jalanku ke Surga-Nya..
Karena bagiku kau adalah kunci Surgaku..

19 July 2010

.::.~ciRi-ciRi waNiTa soLeHaH~.::.


Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.

Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :

1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami

Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut :

1. Taat kepada Allah dan RasulNya

Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya. - Wajib menutup aurat - Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah - Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya - Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa - Berbuat baik kepada ibu & bapa - Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang - Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa - Bersikap baik terhadap tetangga

2. Taat kepada suami

- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga

FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA

Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.

Faktor-faktor tersebut ialah:

1) Lupa mengingat Allah

Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingat Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:

” Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya.”

Sabda Rasulullah s.a.w.: ertinya:
“Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan.” (Riwayat Tarmizi)

Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.

2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia.

Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An’am: ertinya:

” Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir.”

3) Mudah terpedaya dengan syahwat.

4) Lemah iman.

5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk.

Dunia adalah perhiasan, perhiasan dunia yang terbaik adalah Wanita yang solehah.


~wallahu'alam~

18 July 2010

.::.~diaLog syaiTaN gemuK dan syaiTan kuRus~.::.


diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa pd suatu ketika bertemulah syaitan orang mukmin dgn syaitan orang kafir.
keadaan syaitan orang kafir ketika itu berminyak,
gemuk,dan berpakaian.. manakala syaitan orang mukmin kurus,kotor dan bertelanjang..

lantas syaitan si kafir bertanya
: "hai syaitan org mukmin, mengapa engkau kurus?".

jawab syaitan orang mukmin :
"aku bersama orang sedang makan yang sering menyebut nama ALLAH,hingga aku selalu kelaparan.
kalau minum dia juga menyebut nama ALLAH sehingga aku selalu kehausan..
kalau dia berpakaian selalu menyebut nama ALLAH sehingga
aku tetap bertelanjang dan sewaktu dia bersolek dia selalu menyebut nama ALLAH sehingga
aku
tetap kusut dan masai."

lantas berkata syaitan orang kafir :
"aku tidak begitu, aku hidup bersama orang yang tidak menyebut nama ALLAH dalam semua
perbuatannya.
itulah sebabnya aku dapat menyertai orang itu sewaktu makan,minum dan berpakaian."

dalam hal ini jelas membayangkan hati orang bertakwa sentiasa terhindar
dpd hawa nafsu dan sifat tercela.
jika syaitan datang kpd seseorang,bukan disebabkan syahwat tetapi kerana terlupa berzikir kpd ALLAH. Apabila hati ingat kmbali kpd ALLAH,maka mundurlah syaitan laknat itu.


~wallahu'alam~

16 July 2010

.::.~ciNta aDaLaH jiHaD~.::.


cinta adalah dimensi tidak bersempadan,,

pengorbanan tanpa batas yang akhirnya

benih cinta bakal menghasilkan buah-buahan

segar yang bakal dipetik di akhirat kelak..

**********************************************
BEKERJA KERANA ALLAH
bersama dgn baginda disertakan suruhan untuk berjihad menyampaikan ajaran islam y syumul. maka seluruh kehidupan baginda,para sahabat, dan pejuang2 islam zaman berzaman silih berganti dilatari oleh roh jihad.. tanpa roh jihad,entah di mana kita ketika ini. dada y kering kontang berubah apabila disirami nur iman dan islam.. inilah jihad para pejuang islam y akhirnya membantu mengubah persepsi perjalanan kita di atas muka bumi ini.. jihad makna mudahnya adalah bekerja kuat untuk islam.. seluruh kehidupan,diri dan keluarga diarahkan kpd ALLAH. letaklah di mana sahaja,tugas dan fungsinya adalah sama bekerja kerana ALLAH..


KERANA CINTA

orang islam bekerja kerana cinta. kerana cinta mereka terkorban.. kerana cinta mereka sanggup merentas lautan,daratan dan halangan bagi merealisasikan cinta.. dari cinta tumbuhnya ladang akhirat y menyala warna pelangi di dada kehidupan. orang mabuk cinta sanggup melakukan apa sahaja. begitulah cinta adalah dimensi tidak bersempadan,pengorbanan tanpa batas y akhirnya benih cinta bakal menghasilkan buah-buahan segar y bakal dipetik di akhirat kelak. cinta adalah jihad. cinta jihad asmara di syurga y luas segala isi langit dan bumi.
FIRMAN ALLAH SWT:
"....berlumba-lumbalah kamu mengerjakan amalan yang baik untuk mendapat keampunan dpd Tuhan kami,dan mendapat syurga y bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang y beriman kepada ALLAH dan para rasul-NYa." (al-Hadid:21)

api cinta adalah api jihad. sayang kini api cinta semakin malap. api cinta x semarak geloranya lagi. jihad semakin terpinggir.... manusia semakin kufur,semakin mendekatkan diri kpd kemugkaran ALLAh.. manusia tertipu..cinta dunia memadamkan api jihad.. manusia menjadi rakus,tamak dan haloba.. manusia tenggelam dalam api cinta dunia y menggoda. yang pasti setiap amal kebajikan bakal mendapat pahala berlipat kali ganda.sebaliknya jika engkar,juga balasannya disisi ALLAH ttp menunggu di akhirat kelak..
~wallahu'alam~

15 July 2010

.::.~seMuaNya soaL haTi~.::.



untuk memastikan segala perkara lain baik, terlebih dahulu baikkan hati..

firman ALLAH:

"wahai jiwa yang tenang pulanglah kpd Tuhanmu dlm keadaan redha-meredhai,masuklah kamu dlm kelompok hamba-Ku,masuklah kamu ke dalam syurga-Ku". (al-Fajar:27-30)


dalam mencari ketenangan manusia sanggup mendaki gunung tinggi,merentasi laut lepas atau mengembara ke kutub beku,sedang hakikatnya ketenangan bersembunyi disebalik lipatan hati.. namun...... tahukah kita daerah hati itu sangat luas sehingga kita mungkin tersesat dalam pencarian.. ada manusia menemuinya beroleh kerenangan,sebaliknya ramai y tersesat di jalan pencarian,lalu hidup menghela keluh mendengus kesah.. apa yg lbh penting bagaimana alur keluar bagi persoalan ini untuk menjadi dambaan setiap hari...???


POSITIF ATAU NEGATIF????
orang yang jiwa nya tenang boleh mengubah segala rangsangan tersebut kpd respons y positif. sebaliknya jiwa y kacau bertindak balas terhadap rangsangan dengan respons y negatif.. pemilik jiwa kacau,apabila menerima nikmat lupa bersyukur. nikmat tersebut direnggut dgn rasa terkilan dan jengkel di hati kerana melihat nikmat y tidak dimilikinya atau milik org lain. syukurnya sempit dan puas nya tawar... sebaliknya orang yang jiwanya tenang akan sentiasa bersyukur dgn nikmat walaupun di mata orang lain nikmat tersebut kecil atau rendah nilainya.. dia sentiasa merasa kebaikan Tuhan sehingga tidak nampak kekurangan apa2 pada nikmat itu.. dia dapat mengutamakn prinsip dlm memburu impian..tiada y terkorban dlm mengejar cita2nya..
3 PERKARA UNTUK MENDAPAT KETENANGAN HATI
  • yakin dan berpegang dengan prinsip kebenaran...
"sesungguhnya kebenaran itu ketenangan dan dusta itu keraguan..."

  • hati yang aman...
sejahtera dpd perasaan takut dan dukacita..
"sesungguhnya jangan kamu takut dan jangan berdukacita
dan berilah khabar gembira dengan syurga".
(al-Fushilat:30)

  • berzikir kpd ALLAH...
zikir adalah penyebab paling puncak dlm soal ketenangan hati.
ALLAH berfirman :
"ketahuilah dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang".
(ar-Ra'd:28)..

zikir adalah kerja bibir,hati termasuk anggota tubuh..


"PELAJARILAH ILMU PENGETAHUAN KERANA MEMPELAJARINYA

MERUPAKAN SUATU KEBAIKAN,MENGKAJINYA ADALAH TASBIH,

MEMBAHASKANNYA MERUPAKAN JIHAD,

MENCARINYA LAKSANA IBADAH,

MENGAJARNYA BERERTI SEDEKAH,

MEMBERIKANNYA DENGAN KEMURAHAN HATI

DIANGGAP MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH S.W.T,

BERFIKIR TENTANGNYA DIANGGAP

SEBANDING DENGAN BERPUASA DAN

MUZAKARAH MENGENAINYA ADALAH LAKSANA

MELAKUKAN IBADAH SOLAT".



.::.~pEtUA.........~.::.

PETUA MENGELAKKAN SELESEMA

selesema adalah penyakit y berjangkit dan menimbulkan rasa tidak selesa.
untuk mengatasinya,mandi dengan air suam pd waktu
petang,amalkan meminum air halai seminggu sekali
dan cuci hidung setiap kali mandi.

SAKIT KEPALA

cuba ambil bawang putih,hiris nipis dan dan tampal pada kiri dan kakan pelipis.
biarkan semalaman.hirisan bawang tadi akan tanggal sendiri
apabila mengering dan sakit
akan beransur hilang.pelipis akan berwarna merah kehitaman tetapi
akan menggelupas dlm
sehari dua.

14 July 2010

.::.~tahukaH kiTa~.::.

1-Cinta dan kasih sayang seorang ibu tak pernah padam !?
2-Sembilan bulan ibu mengandung kita dengan susah payah !?
3-kematian ia lihat didepan matanya saat melahirkan kita !?
4-setiap malam hari…… ia mengganti popok kita yang basah, memberikan kita air susu ketika kita lapar!?
5-ketika hari pertama kita masuk sekolah,pagi hari ia selalu memandikan kita,………menyuapi kita………mengantar kita dan menunggui kita…… !?
6-Sudah dewasa pun ibu masih menyempatkan diri untuk mencarikan pendamping untuk kita yang soleh dan solehah.



.::~bEtULkaN NiaT~.::.


Assalamualaikum...

mood y ceria n y menyeronokkn pg nie...


tapi...
...apa y ALLAH nak buat pada aku hari ni??..

cuba kita fikirkan... semuanya ditangan ALLAH... y mampu hnyalah berdoa,berusaha dan bertawakkal... moga hidup sentiasa dlm pengawasan ALLAH sntiasa... insyaALLAH...

kls stat kul 2-3..
hnya sejam... pas2 boley blik bilik...alhmdulillah... barang2 sume dah kms... hnya tngal buku2 lam kotak jer y x susun ag ats meja... sbr la yer duhai cik n encik buku2 y tersayang.. jp ag kalian akn melihat kmbali bumi utara ini..

ada pepatah arab mengatakn "ilmu tanpa amal ibarat pokok yang tidak berbuah".. jadi perkongsian hari ni ialah:

sentiasa lah kita beramal dgn ilmu y kter ada smada ilmu dunia mahupun ilmu akhirat... sempena sem baru nie, betulkan niat kita utk belajar krana ALLAH bkn untuk lulus cemerlang dalm exam semata2x.. salam perjuangan...

~wallahu'alam~

.::.~renuNgaN~.::.

Align Center

Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya nama-Mu ya Allah

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang slalu bertakwa

Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakan-Mu
Saat Kau limpahkan karunia-Mu
Dalam sunyi aku bersujud

.::.~have no subjecT~.::.


(saling ingat-mengingati)

.::.~sessi baRu~.::.




salam...

udah berbulan lme nyer x berblog.. almaklum sjer la..cuti dihbeskn masa untuk fmly semata2.. alhmdulillah,,cuti ni byk gak la manfaat y diperolehi.. antara nyer ukhti syifa humairah nie udah pandai "nanok nyayur,gulai" bak kata org klate.. walhal dulu xbpe pndai..skrg dah buley la ckit2 2..maklumla persiapn untuk masa dpn.. cita2 untuk jadi suri rmah tngga yg berjya.. insyaALLAH...

masa diisikn jugak dgn mengasuh budak cute, mohd danish akid...hnya satu cita2 nyer untuk bersama ukhti syifa humairah adalah untuk bermain laptop.. allahuakbar,maju btol knak2 di zaman moden ni... kecik2 dah pndai gna laptop...kdg2 ana pasang gak cter saladin,y animasi 2.. bez dye tgok coz lam 2 ade kuda...ckit2 suh psng nk tgok kuda.. cewah,cm nk terapkn nilai2 keberanian suh p berperang lak.. tp ape slh nyer kn...bgs gk 2.. untuk sahabt2ku y tersyg:

nur adilin zainal abidin,,izat jalilah hassan,,nur fadleen nordin,,
siti sakinah sukri,,nurul akmal abd muttalib,,siti nur aisyah mohd nayai

mf byk2 xdpt nk jmpa kalian cuti ari 2... nti ryer insyaALLAH kter ziarah menziarahi la yer.. dear mat leng( fadleen) egt jnji anda!!!nak buat kek untk daku.. kek mesir...balik jauh2x dah pnt menanti anda...pe pom syukur alhmdulillah slmt smpai... simpan semua cter lawak anda,nti bersua kter berstory k.. rindu kaliannnnnn.... moga ukhwah kter terbina dasar akidah krna ALLAH semata2x

ku kenalimu melalui 1 PERJUANGAN,, ku memahamimi melalui 1 TARBIYAH,, ku mengingatimu melalui 1 KENANGAN,, ku menyayangimu melalui 1 UKHWAH....

cik hafizah n miss syarihan ana tnggu kalian balik...
cpt la cti..skmo cti x skali,,nie frust ckit,,tp ALLAH Maha Mengetahui..
nk suh kter makin rindu-merindui..hehehehe...


"ya ALLAH,biarpun jasad ini x bertemu, suburkanlah rasa kasih di antara kami dgn mekarnya.. semuanya untkMu dan keranamu Ya ilahi.. hnya kasih itu y sntiasa bisa menghidupkan erti juang y dihamparkanMU untuk dihadapi.. kami lemah duhai ALLAH pemilik hati,, namun cekalkan,tabahkan jiwa ini untk sntsa hidupbersamaMU Ilahi.. sentuhi jiwa kami...


untuk mu duhai nisa' : dirimu trhias sbgsbaik2 ciptaan.. maka jadiknlah dirimu nisa' y boleh menjadi mujahidah,, jihad di jalan ALLAH.. jadikanlh dirimu antara fatayat y dijulang,, cantik dipandang,,ttpi ssh untuk dipegang,, jadikanlah dirimu gadis manis yg x prnah kalah dgn redup panahan mata adam... biar nafsumu hidup tarbiyyah di jalan dakwah bertintakn darah dan air mata perjuangan,, dititip ats warkah pnuh kemuliaan dan dikirimkan untk mujahadah menuju Tuhan...

~wallahu'alam~