15 July 2010

.::.~seMuaNya soaL haTi~.::.



untuk memastikan segala perkara lain baik, terlebih dahulu baikkan hati..

firman ALLAH:

"wahai jiwa yang tenang pulanglah kpd Tuhanmu dlm keadaan redha-meredhai,masuklah kamu dlm kelompok hamba-Ku,masuklah kamu ke dalam syurga-Ku". (al-Fajar:27-30)


dalam mencari ketenangan manusia sanggup mendaki gunung tinggi,merentasi laut lepas atau mengembara ke kutub beku,sedang hakikatnya ketenangan bersembunyi disebalik lipatan hati.. namun...... tahukah kita daerah hati itu sangat luas sehingga kita mungkin tersesat dalam pencarian.. ada manusia menemuinya beroleh kerenangan,sebaliknya ramai y tersesat di jalan pencarian,lalu hidup menghela keluh mendengus kesah.. apa yg lbh penting bagaimana alur keluar bagi persoalan ini untuk menjadi dambaan setiap hari...???


POSITIF ATAU NEGATIF????
orang yang jiwa nya tenang boleh mengubah segala rangsangan tersebut kpd respons y positif. sebaliknya jiwa y kacau bertindak balas terhadap rangsangan dengan respons y negatif.. pemilik jiwa kacau,apabila menerima nikmat lupa bersyukur. nikmat tersebut direnggut dgn rasa terkilan dan jengkel di hati kerana melihat nikmat y tidak dimilikinya atau milik org lain. syukurnya sempit dan puas nya tawar... sebaliknya orang yang jiwanya tenang akan sentiasa bersyukur dgn nikmat walaupun di mata orang lain nikmat tersebut kecil atau rendah nilainya.. dia sentiasa merasa kebaikan Tuhan sehingga tidak nampak kekurangan apa2 pada nikmat itu.. dia dapat mengutamakn prinsip dlm memburu impian..tiada y terkorban dlm mengejar cita2nya..
3 PERKARA UNTUK MENDAPAT KETENANGAN HATI
  • yakin dan berpegang dengan prinsip kebenaran...
"sesungguhnya kebenaran itu ketenangan dan dusta itu keraguan..."

  • hati yang aman...
sejahtera dpd perasaan takut dan dukacita..
"sesungguhnya jangan kamu takut dan jangan berdukacita
dan berilah khabar gembira dengan syurga".
(al-Fushilat:30)

  • berzikir kpd ALLAH...
zikir adalah penyebab paling puncak dlm soal ketenangan hati.
ALLAH berfirman :
"ketahuilah dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang".
(ar-Ra'd:28)..

zikir adalah kerja bibir,hati termasuk anggota tubuh..


"PELAJARILAH ILMU PENGETAHUAN KERANA MEMPELAJARINYA

MERUPAKAN SUATU KEBAIKAN,MENGKAJINYA ADALAH TASBIH,

MEMBAHASKANNYA MERUPAKAN JIHAD,

MENCARINYA LAKSANA IBADAH,

MENGAJARNYA BERERTI SEDEKAH,

MEMBERIKANNYA DENGAN KEMURAHAN HATI

DIANGGAP MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH S.W.T,

BERFIKIR TENTANGNYA DIANGGAP

SEBANDING DENGAN BERPUASA DAN

MUZAKARAH MENGENAINYA ADALAH LAKSANA

MELAKUKAN IBADAH SOLAT".



No comments:

Post a Comment