18 July 2010

.::.~diaLog syaiTaN gemuK dan syaiTan kuRus~.::.


diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa pd suatu ketika bertemulah syaitan orang mukmin dgn syaitan orang kafir.
keadaan syaitan orang kafir ketika itu berminyak,
gemuk,dan berpakaian.. manakala syaitan orang mukmin kurus,kotor dan bertelanjang..

lantas syaitan si kafir bertanya
: "hai syaitan org mukmin, mengapa engkau kurus?".

jawab syaitan orang mukmin :
"aku bersama orang sedang makan yang sering menyebut nama ALLAH,hingga aku selalu kelaparan.
kalau minum dia juga menyebut nama ALLAH sehingga aku selalu kehausan..
kalau dia berpakaian selalu menyebut nama ALLAH sehingga
aku tetap bertelanjang dan sewaktu dia bersolek dia selalu menyebut nama ALLAH sehingga
aku
tetap kusut dan masai."

lantas berkata syaitan orang kafir :
"aku tidak begitu, aku hidup bersama orang yang tidak menyebut nama ALLAH dalam semua
perbuatannya.
itulah sebabnya aku dapat menyertai orang itu sewaktu makan,minum dan berpakaian."

dalam hal ini jelas membayangkan hati orang bertakwa sentiasa terhindar
dpd hawa nafsu dan sifat tercela.
jika syaitan datang kpd seseorang,bukan disebabkan syahwat tetapi kerana terlupa berzikir kpd ALLAH. Apabila hati ingat kmbali kpd ALLAH,maka mundurlah syaitan laknat itu.


~wallahu'alam~

No comments:

Post a Comment