
" dan dikatakan kepada mereka : " pada hari ini Kami melupakan kamu sebagaimana
kamu telah melupakan pertemuan dengan harimu ini dan tempat tinggalmu
ialah neraka dan kamu sekali-kali tidak memperoleh penolong."
(al-Jaatsiyah : 34)
sebak dan sedih apabila membaca tafsiran al Quran surah al Jaatsiyah ayat 34. mungkin fahaman yang berlainan,tapi apa yang ana faham bila ALLAH melupakan kita pada hari akhirat kelak dan membiarkan kita terkontang-kanting tanpa sebarang pertolongan daripada sesiapa pun. ingatlah,bila kita melupakan ALLAH,ALLAH juga akan melupakan kita.. dan sedarlah,tiada suatu pun yang lebih penting melainkan pertolongan dan rahmat dari ALLAH.. usah menyombongkan diri kerana kita tak punya apa-apa pun.
semua manusia dikumpulkan ke hadapan mahkamah ALLAH Yang Maha Tinggi yang memberi keputusan terhadap segala perbuatan yang telah kita lakukan di dunia.pada hari itu semua manusia berlutut di hadapan ALLAH.. lihat,betapa hinanya diri kita,betapa kerdilnya kita dihadapan DIA..tapi mengapa masih lagi kita bermegah-megah dengan kesenangan dunia yang hanya sementara???
mengapa masih ramai yang tidak mengikut hukum ALLAH dan membuat hukum sendirian berhad. masih ramai lagi yang menzalimi dan menjatuhkan saudara seislam sendiri.. masih ramai lagi menayangkan badan dan berpakaian seolah-olah mereka tidak berpakaian..ALLAHUAKBAR,sedih dan pilunya melihat dunia hari ini yang semakin teruk.. jujurnya ana takut dan gerun untuk melalui dunia hari ini. dan melalui hari-hari berikutnya.. moga kita yang sedar ini sama-sama berjuang dan sama-sama menegakkan hukum ALLAH. sama-sama menolong dan membantu saudara seagama kita..
" Barang siapa yang mengerjakan amal yang soleh maka itu
adalah untuk dirinya sendiri, dan barang siapa mengerjakan
kejahatan, maka itu akan menimpa dirinya sendiri,kemudian kepada
Tuhanmulah kamu akan dikembalikan."
"sesungguhnya perjalanan seorang pejuang itu
sangat panjang dan melelahkan.
ketika itu orang yang lalai akan hairan melihat
pejuang itu menyengsarakan diri dalam
kelelahan dan bertanya :
"sampai bila kau akan melelahkan diri?"
dijawab pejuang dengan pasti :
"sebenarnya aku mengharapkan
peristirehatan di syurga."
nah,betapa hebatnya jawapan yang diberikan itu.. tidakkah sedetik pun kita cemburu dengan jawapan itu?? biarlah kita lelah didunia,dan insya ALLAH kita akan dapat berehat sepuas-puasnya kelak.
yakinlah dengan sepenuh pengharapan kepada ALLAH,pertolongan ALLAH sangat dekat..jangan sesekali kita meninggalkan ALLAH kerana DIA tak pernah meninggalkan kita. ingatlah ALLAH ketika senang ataupun susah dan carilah ALLAH setiap detik,nescaya hati kita akan sentiasa tenang..
~wallahu'alam~
No comments:
Post a Comment