26 February 2010

.::.~kEwaJiPaN kiTa SebaGai rEmaJa ISLAM~.::.


ASSALAMUALAIKUM…

Salam mahabbah…

Syukur alhmdllah,masih dikurniakan nikmat islam,nikmat iman,nikmat kesihatan yang baik..

Sesungguhnya nikmat ini adalah suatu nikmat yang sangat besar ertinya..alhmdulillah..masya ALLAH, sudah terlalu lama rasa nyer diri ini menyepi…sibuk barangkali..tapi benarkah sesibuk yang sewajarnya???

Ana pom kompius..tapi yang pasti keje2 byk yg perlu disiapkan..tarasa diri ini amat rindu untuk menulis biar pom hnye sebesar zarah..tapi biarlah rasa rindu itu hilang…

sahabat sekalian,,

adakah kau lupa yg sebenarnya kita adalah makhluk ciptaan ALLAH yang paling beruntung kerana dikurniakan akal fikiran yang waras..alhmdllah…syukur pada Mu ya Rabb..sudah jauh sebenarnya kita melengkah,melangkah meninggalkan masa silam yang pasti tak akan kembali..yer,masa telah memotong kita dengan laju nyer sepantas kilat tanpa kita sedar…sekarang kita dah menjadi seorang remaja..

tapi adakah kita mengamalkan cara hidup islam yang sebenarnya???wahai remaja islam…bangkitlah anda….sedarlah akan hakikat hidup ini,akan putaran dunia..sedarlah,kita x selamanya akan muda,x selamanya akan tua…kecil,besar,tua,muda,kaya,miskin kematian akan datang menjemput kita bila2 masa sahaja…tapi adakah kita telah bersedia???

Yusteru,adakah kita sedari dan ketahui bahawa hakikat ini merupakan suatu tempoh kekuatan dan tempoh pengislaman serta turning point dalam kehidupan.kita yang menentukan corak reality kehidupan kita,sama ada kita memilih untuk mnjadi pejuang keadilan mahupun pendokong kezaliman..pilihan ditangan anda…masih banyak kewajipan dan tanggugjawab yg harus kita laksanakan dan tunaikan..tapi,masa yang ada ini belum tentu cukup untuk kita laksanakan semua amanah ini


Dr.Yusof Al-Qardawi meng highlight kan 4 kewajipan yang ana rasakan amat penting untk menjamin keutuhan ummah pada masa hadapan.

Pertamanya adalah kewajipan memahami islam secara sahih

masakan kita dapat mempraktikkan apa yang diperintahkan oleh Islam sekiranya tanpa ilmu..Justeru perlunya mengetahui hakikat islam yang syumul serta jelas apa yang ingin disampaikan oleh Islam serta pelaksanaannya dalam kehidupan.

Kedua pula adalah kewajipan beramal dengan islam

justeru ilmu sahaja tidak memadai andai amal tidak menuruti.Islam menginginkan ilmu yang membuahkan amal. Saidina umar pernah meminta perlindungan dengan Allah dari org munafik yang alim. Kemudian beliau ditanya "Wahai Amirul Mukminin, bolehkah seseorang itu menjadi munafik dan alim?," kemudian beliau menjawab "Ya boleh.Seseorang yang alim pada lidahnya dan jahil pada hatinya". Lidahnya pantas berkata namun ibarat yg berterbangan amalnya hilang tanpa bayangan.

Ketiga pula ialah kewajipan berdakwah kpd islam.

Inilah rentetan dari perjuangan para anbiyak..tugas menegakkan yang makruf dan cegah yang mungkar terletak dibahu kita selaku generasi pada masa kini. Kalau bukan kita siapa lagi?? Biar pun nampak berat tapi jika ada kesatuan insyaAllah dipermudahkan. Setidak-tidaknya khudwah yg baik sudah menjadi titik tolak dalam permulaan dakwah. Firman Allah dalam surah fussilat:33

"Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amal soleh, sambil berkata: Sesunguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah).

Dan yang keempat adalah kewajipan bersatu atas jalan islam

Sesungguhnya tiada di sana gerakan kerja dalam Islam secara solo ataupun bersendirian. Sesungguhnya gerakan secara bersendirian tidak cukup dan tidak memadai. Malah bakal tersangkut dipertengahan jalan atau tiada pewarisan dalam meneruskan kerja dakwah. Islam mementingkan semangat kesatuan & ukhwah serta gerakan kerja secara berjemaah. Sedangkan Rasulullah ditemani sahabatnya.. maka alangkah indahnya sekiranya jalan kebaikan disulami kasih sayang atas dasar keterikatan akidah yang satu. InsyaAllah dakwah tersebar dengan penuh kehangatan ukhwah Islamiyah.

Sayang nyer kita dengan islam,jadi…

Ayuhlah kita bersama2 berjuang menegakkan agama ISLAM yang tercinta ini dalam landasan yang benar..kita mengaku cintakan ALLAH,tapi adakah kita laksanakan perintah ALLAH dengan ikhlas dan baik?? Kita juga mengaku cintakan Rasul..Tapi adakah kita mengamalkan sunnah baginda Muhammad s.a.w???marilah kita baiki diri dan akhlak supaya kita x lalai dan x trgelincir dari landasan islam..insya ALLAH…Moga kasih dan rahmat ALLAH sentiasa bersama kita..insya Allah..AMIN..


~wallahua'lam~

No comments:

Post a Comment