17 June 2011

.::.~kUNci SYURGA~.::.



Assalamualaikum..

Bismillahirrahmanirrahim...



syukur alhamdulillah kerana ALLAH masih lagi meminjamkan nikmat kesihatan yang sempurna kepada kita..lupakah kita untuk bersyukur dengani nikmat percuma ALLAH itu??apa khabar iman??insyaALLAH moga semuanya sihat sejahtera.. cuti yang panjang tidak sah sekiranya tidak khatam membaca beberapa buah buku berunsur ilmiah untuk menambahkan lagi pengetahuan kan..daripada membuang masa,lebih baik kita menyelongkar dan cuba mencari bahan yang dapat memberi manfaat kepada kita. sekurang-kurangnya kita dapat berkongsi ilmu dengan orang lain walaupun sedikit,tetapi hasilnya cukup baik. insyaALLAH.



ana tertarik dengan kandungan sebuah buku yang bertajuk "Malam Pertama di Syurga". hasil tulisan Adil Akhyar.. antara kandungan yang sangat-sangat menarik perhatian ana adalah "Kunci Syurga".. subhanallah,indahnya perkataan itu..kunci sebuah tempat yang indah yang tidak dapat dibayangkan betapa sempurnanya tempat itu. rumah atau istana di syurga tentunya tidak akan dapat ditandingi oleh mana-mana istana di dunia. keindahan dan kemewahan syurga tidak dapat dibayangkan.



perjalanan ke syurga dilingkungi dengan duri dan onak. manakala perjalanan ke neraka dikelilingi dengan keinginan syahwat. demikian ditegaskan oleh Nabi Muhammad SAW mengenai dua jalan yang ditempuhi oleh manusia. syurga ialah tempat kenikmatan dan kebahagiaan di akhirat yang dikurniakan kepada hamba-hamba ALLAH yang beramal soleh. neraka pula tempat azab keseksaan disediakan untuk mereka yang beramal tholeh ( kejahatan).



sudah tentu untuk mengerjakan solat,puasa,haji dan amal kebajikan lain amat payah kecuali bagi mereka yang beriman. sebab itulah Nabi mengatakan jalan ke syurga penuh dengan kesusahan. bukan mudah untuk masuk ke syurga. kita kena bermujahadah atau berjuang melawan nafsu untuk melakukan kabaikan. syaitan dan nafsu memang menyuruh kita berbuat kejahatan dan tidak menggalakkan kita melakukan kebajikan.



jalan ke neraka amat nudah kerana dikelilingi dengan kehendak nafsu dan syahwat. semua manusia memang cenderung mengikut kehendak nafsu dan syahwat. syaitan pula sentiasa mendorong manusia mengikut hawa nafsu. amat mudah untuk melakukan kejahatan. nah,di depan kita terbentang dua jalan. terpulang kepada kita jalan mana untuk diikuti. tepuk dada dan tanya iman.(bukan tanya selera yang memang suka kepada nafsu)



kebahagiaan di dunia belum menjadi pasport untuk ke syurga. malahan adalah menjadi kesalahan jika kekayaan yang didapati tidak diperolehi dan dibelanjakan secara islamik. semua manusia inginkan hidup senang. kesenangan di dunia hanya sementara manakala kesenangan akhirat kekal abadi. hanya orang yang cetek akal saja memilih kesenangan dunia dan mengetepikan kesenangan akhirat.



perlu kita ketahui sebelum kita melakukan sebarang kataatan,ALLAH sudah terlebih dahulu mendahului dan mengingatkan kita. kalau ALLAH tak gerakkan kita untuk beramal,kita tidak akan beramal. ini bermakna ALLAH mendahului kita jangan sangka kita yang beramal,sebenarnya ALLAH menggerakkan kita beramal. sepatutnya kita bersyukur kerana ALLAH gerakkan kita beramal. oleh itu kita terpaksa mengharung kesusahan mencari ilmu akhirat serta mengamalkannya. kesusahan dalam hal akhirat adalah rahmat. dengan kesusahan ini ALLAH mengampun dan meninggikan darjat kita.



----> LULUS UJIAN <----


Firman ALLAH SWT yang bermaksud :

" Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga,padahal belum sampai kepada kamu ujian dan cubaan seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? mereka telah ditimpa kepapaan,kemusnahan harta benda dan serangan penyakit,serta digoncangkan oleh ancaman bahaya musuh,sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya : " Bilakah datangnya pertolongan ALLAH?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan ALLAH itu dekat asal kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama ALLAH."


(Al-Baqarah:214)


~mendapat kemenangan berupa Syurga~


Apabila hati mereka dapat berdiri teguh menghadapi ujian yang menggoncangkan ini,maka itulah terlaksananya keputusan ALLAH dan tiba pertolongan dari ALLAH.


Sayid Qutub berkata :


" kemenangan berupa syurga itu adalah disimpan untuk mereka yang wajar menerimanya dan tiada yang wajar menerimanya melainkan orang-orang yang sanggup berdiri teguh sehingga akhir. mereka sanggup teguh menghadapi kesusahan dan penderitaan,sanggup teguh menghadapi goncangan-goncangan dan mereka sanggup menghadapi rempuhan ribut badai."


mereka yakin bahawa tiada kemenangan melainkan kemenangan dari ALLAH dan sesuai dengan kehendak ALLAH. Apabila kesusahan dan penderitaan itu sampai ke puncaknya,maka mereka hanya mengharapkan pertolongan dari ALLAH sahaja bukannya mengharapkan sesuatu penyelesaian yang lain. bukan pula mengharapkan mana-mana pertolongan yang bukan datang dari ALLAH,kerana pertolongan yang sebenar itu datang dari ALLAH.


~sabar dab redha~


Ibnu al-Jauzi berkata :

"sesungguhnya dari kesukaran hidup yang terkena kepada ummah terdahulu membawa kepada terlewatnya kemenangan di samping tribulasi yang begitu mencabar dan sesungguhnya telah dinyatakan bahawa jalan ke syurga itu hanya dengan kesabaran yang tinggi dan kental."


----> MEMPERBANYAKKAN ZIKRULLAH <----


Firman ALLAH bermaksud :


"iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan zikrullah. ketahuilah,dengan zikrullah itu tenang tenteramlah hati manusia."


(ar-Ra'ad:28)


~melembutkan hati~


ingatkan ALLAH akan datang kepada seseorang ketika masa lapangnya. alangkah banyaknya masa lapang yang kita gunakan untuk berseorang diri apa lagi pada waktu akhir maam yang sunyi sepi. apabila kita ingatkan ALLAH,mengambil pengajaran dan iktibar daripada apa yang terjadi di sekeliling akan menjadi lembut hati dan dengan tidak disedari mengalir air mata membasahi pipi,semoga ALLAH mengampunkan segala dosa kesalahannya. ia kerana termasuk dalam golongan orang yang bakal mendapat bayangan teduh ALLAH pada hari kiamat nanti seperti disebut dalam hadis,


"...seorang yang mengingati ALLAH ketika sunyi lalu mengalir air matanya..."


perasaan sedih dan takut boleh menggoncangkan hati siapa saja di dunia ini,tetapi kita boleh mengubat kesedihan dan mengawal ketakutan itu jika kita masih hidup. bagaimana jika kita sudah mati??siapa yang akan menolong kita daripada seksaan perasaan sebegitu??




hanya amal mampu menjadi teman ketika takut dan sedih. mata yang membaca al-Quran,lidah yang berzikir,tangan yang bekerja kerana ALLAH dan kaki tegak kerana iman. semuanya menjadi cahaya di kegelapan kubur. di dalamnya ada pemandangan syurga ataupun neraka.



~wallahu'alam~

No comments:

Post a Comment