25 April 2011

.::.~seDeTik cUma~.::.

ASSALAMUALAIKUM..

Bismillahirrahmanirrahim...



alhamdulillah,akhirnya berjaya juga ana menghabiskan masa selama 16 minggu bekerja di USM,Kubang Kerian..bekerja dalam bergelar seorang pelajar adalah sangat seronok..


syukur alhamdulillah kerana sepanjang berpraktikal di sini segala urusan berjalan dengan lancar.


segala kerja buat dapat disempurnakan dengan jayanya..cewahhh,mentang-mentang laa dah habis... :)


minggu nie adalah minggu terakhir ana di sini,di bumi USM..padahal minggu nie dah habis,tapi disebabkan ada sedikit masalah,maka ana harus settle kan sebelum meninggalkan tempat ini. sepanjang berada di sini,pelbagai suka duka yang dilalui.termasuk kemalangan..hurm,padah apabila tidak berhati-hati..sendiri mau ingat laa.




Alhamdulillah,di sini ana berkenalan dengan ramai orang yang mempunyai pelbagai watak. hehhe..watak manusia di pentas lakonan dunia. dan di sini jugak ukhwah antara kami bertaut.. antara ana dan si dia-dia..ish,pelik jer bunyi.. antara kami,kan senang.




kisah antara ana,arina,nafisah,kak ema,kak ros dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung..antara watak utama dan watak sampingan.. mereka adalah saudara yang sangat baik dan penyanyang..terima kasih Ya ALLAH kerana mempertemukan hati-hati kami di sini walaupun hanya sebentar cuma,tapi kenangan antara kami akan menjadi sejarah selamanya. insyaALLAH.. kak ema dan kak ros adalah staf di Jabatan Pembangunan. rina dan ewpi adalah pelajar macam ana.. sepanjang berada di sini,mereka bukan sekadar teman,tetapi lebih daripada itu. segala masalah kami cuba untuk menyelesaikan bersama. dan benar,sakit mereka adalah sakit ana juga,luka mereka adalah luka ana juga..




pelbagai kenangan yang kami lakarkan sepanjang tempoh 4 bulan bersama. baik sedih mahupun duka. kenangan yang tak mungkin kita lupakan..teringat pula pada lagu BINGKISAN RINDU. ALLAHUAKBAR,sayu nya rasa hati untuk berpisah dengan mereka ini. tapi setiap pertemuan,ada perpisahannya..insyaALLAH,perpisahan ini bukan bererti kami terputus hubungan..kerana kami punyai satu hati yang bertaut pada cintaNYA.




(kenangan antara aku dan kamu)



(kak ros,kak ema,ewpi dan rina)


Perjalanan kita masih jauh
Jalanan berliku akan kita tempuh
Imbaslah kenangan semalam jadi azimat
Penguat semangat menempuh masa hadapan
Harapan ku kau kan bahagia selalu



No comments:

Post a Comment