18 April 2011

.::.~jEnis OranG ISLAM yaNg keJaM~.::.

Assalamualaikum... Bismillahirrahmanirrahim.. ana ingin berkongsi sedikit ilmu dengan sahabat sekalian tentang 10 jenis orang Islam yang kejam..sound macam menarik jer kan...kejam???kejam macam mana tu??diorang membunuh ker??merompakkah??merogolkah?? lebih daripada itu sebenarnya,cuma antara sedar dan tak sedar jer.. sekejam mana mereke itu?? kalau nak tahu,kena baca post ini sampai habis la..


10 jENIs ORANg ISLAM yaNG kEjaM


1) Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri,dan tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukmin.


2) seorang yang pandai baca Al-Quran,tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat.


3) seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat.


4) seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.


5) seorang yang sampai di sebuah kota pada hari Jumaat kemudian tidak sembahyang jemaah.


6) seorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang alim,tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.


7) dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawan itu.


8) seorang yang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang.


9) pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.


10)seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar,tetapi tidak diberi dari makanannya itu.







masya ALLAH,begitu halus kekejaman yang melanda tanpa kita sedar. semoga kita berubah dan sedar akan keadaan ini.. ayuh sahabat,kita cuba untuk saling melengkapi antara satu sama lain,jangan pernah sikap sombong diri dan ego menguasai kita..buang jauh-jauh sikap mementingkan diri itu agar perjalanan kita diredhai ALLAH..



"dan juga orang-orang yang membelanjakan hartanya dengan menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak) dan mereka tidak pula beriman kepada ALLAH dan juga tidak beriman kepada hari akhirat dan sesiapa yang mengambil syaitan menjadi kawannya,maka seburuk-buruk kawan adalah syaitan."


(an-Nisa : 38)

" perbandingan hal mereka (golongan yang munafik itu) samalah seperti orang yang menyalakan api,apabila api itu menerangi sekelilingnya,(tiba-tiba) ALLAH hilangkan cahaya yang menerangi mereka dan dibiarkan mereka dalam gelap-gelita,tidak dapat melihat sesuatu pun."


(al-Baqarah :17)



"barang siapa yang melakukan kebaikan walau sebesar zarah,akan dilihatnya balasan kebaikan itu. tetapi sesiapa melakukan kejahatan meskipun sebesar zarah akan dilihat balasan kejahatannya itu."


(al-Zalzalal :7-8)




~wallahu'alam~

No comments:

Post a Comment