14 April 2011

.::.~keRana sakit iTu NikMaT~.::.


Assalamualaikum...


Bismillahirrahmanirrahim..


agak lama tidak menulis diruangan ini..keadaan yang terbatas dan juga faktor kesihatan yang semakin lemah...insyaALLAH,moga kelemahan akan diganti dengan ketabahan.ameen.. dua hari dapat MC kerana tak larat untuk ke tempat praktikal,alhamdulillah ada puan bonda disisi. encik abah ke Besut mengikuti kursus..


semalam sakit kepala yang teramat,sehingga tak sedar air mata mengalir..mungkin sangat tak tahan.seolah-olah macam nak hentak kepala ke dinding..alhamdulillah,bagun subuh pagi tadi rasa lega..biasa tak tidur lepas subuh dan kalut untuk ke tempat praktikal,tapi pagi tadi minta kebenaran dengan puan bonda nak tido sekejap..sekejap la sangat...agak lama la jugak.. tersedar dengan bunyi msg masuk dari sahabat.. nadzimah nadzimuddin... tergelak pun ada bila sahabat ana merajuk kerana tak dapat nak buka blog ana..maaf untuk itu,ana private untuk beberapa ketika..


tengah hari tadi dapat mesej pulak daripada hosmate terchenta,tuan sofia syarmimi.. "awop...awop sy sayang awop"... sangat lucu pulak rasanyer.. terhibur :) saya pun sayang awak jugak.. dalam keadaan badan yang tak sihat,rasa sangat dihargai bila ada yang mengingati..terima kasih jugak kepada adik ana,ewpi dan rina kerana concerned perihal diri ini.


antara petikan yang dapat ana ambil menerusi buku solusi,


sesungguhnya mensyukuri nikmat itu suatu kewajipan ke atas orang yang beriman. manakala kesihatan merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan ALLAH kepada seorang hamba. namun kenikmatan itu hanya dapat diukur oleh orang yang sedang sakit. manusia dapat manilai erti kesihatan hanya apabila nikmat tersebut hilang. bilamana sakit menimpa,maka sakali gus ia telah melenyapkan kebahagiaan.



Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud,


"ada dua nikmat yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia iaitu kesihatan dan masa lapang."


orang yang beriman apabila ditimpa musibah penyakit ia akan tetap berzikir kepada ALLAH,bersyukur,bersabar dan mengharapkan ganjaran pahala.


Rasulullah s.a.w ada bersabda lagi yang bermaksud,


"sungguh ajaib keadaan orang Mukmin. seluruh keadaan pasti menjadi baik. dan ia tidak dimiliki oleh sesiapa pun melainkan orang beriman. apabila ia memperoleh kenikmatan,ia akan bersyukur,maka kesenangan itu akan menjadi kebaikan buat dirinya. apabila ia menimpa musibah,ia akan bersabar dan musibah itu akan menjadi kebaikan buat dirinya."


selain penyakit dapat dapat menghapuskan dosa-dosa,ia juga dapat mengangkat darjat seseorang di sisi ALLAH.


"SESUNGGUHNYA BALASAN PAHALA YANG BESAR DIPEROLEH MELALUI UJIAN YANG BESAR. KALAU ALLAH MENCINTAI SESEORANG,PASTI ALLAH AKAN MEMBERIKAN UJIAN KEPADANYA. SESIAPA YANG REDHA MENERIMA UJIAN ALLAH,MAKA BAGINYA KEREDHAAN-NYA. DAN SESIAPA YANG KECEWA MENERIMANYA,NESCAYA IA AKAN MENERIMA KEMURKAAN-NYA."


~wallahu'alam~

No comments:

Post a Comment