10 December 2010

.::.~untuk SahaBat~.::.


sahabat,
terima kasih kerana menceriakan hari-hari daku
dengan lakaran pelangi yang begitu indah..
seriously...sangat-sangat gembira ;)
bisakah kita bertemu lagi seperti hari-hari yang sebelumnya???
bolehkah kita duduk berborak,bercerita,berkongsi masalah seperti sebelumnya lagi???
bolehkah??
dan bisakah juga jugak kau akan mengingati saat-saat indah bersama..
hati ku amat terusik bila dan di mana air matamu mengalir
disebabkan sayangnya dirimu terhadap diriku..
air matamu begitu berharga sahabat,
usah menitiskannya kerana daku,
kerana diriku seringkali keliru dengan keadaan..
daku tahu,engkau seringkali mengharapkan yang terbaik untukku..
apa yang daku pilih,maka itulah hidupku..
engkau sering menyokong tindakanku lantaran daku adalah
sahabat yang paling bahagia bertemu dirimu..
usah kau berdukacita kerana hidup ini penuh cabaran dan pilihan,
kerana suatu saat nanti mungkin kita akan berbahagia menemui jalan
kehidupan masing-masing..
daku pernah mengharapkan sesuatu,dan engkau tahu akan itu..
tapi,,mungkin apa yang pernah daku harapkn itu hanya tinggal harapan
kerana daku pasti,yang daku bukan lawannya..
daku sedih untuk itu,
akan tetapi hadirnya dirimu merawat kesedihanku..
lantaran daku berjanji pada diriku
yang keutamaan bagiku hanyalah mencintai pemilik cinta yang sebenar..
itulah yang dapat mendekatkan diriku denganNYA..
sayu untuk berpisah denganmu nanti,
insyaALLAH
pasti kita akan ketemu lagi nanti..
tak akan sesekali untukku melafazkan
selamat tinggal kerana aku yakin
ALLAH akan menemukan kita lagi nanti
berpisah mati kita kerana ALLAH
kerana ukhwah kita juga bertaut keranNYA..
salam ukhwah fillah abadan abada ;)

No comments:

Post a Comment