05 December 2010

.::.~maHu puLaNg~.::.

(lakaran tercipta untuk kita)

Alhamdulillah wa syukrilah ;)
paper last 4 hari bulan dah selamat dijawab..tak sabar rasanyer untuk cepat-cepat pulang ke kampung halaman..puan mama dan encik abah asyik bertanyakan soalan yang sama setiap hari,"bila mahu pulang?tiket dah beli ker belum?"
maaf mama,maaf abah...anakmu masih belum lagi membeli tiket untuk pulang..bukan merajuk atau bukan tak mahu pulang,tapi viva untuk last year semesta projek tak settle lagi..dan yang utama jugak pasal pertandingan rekacipta nanti semua persiapan masih belum disempurnakan..hati terasa amat cemas,bimbang,takut,kalut dan resah..semua benda negatif terasa menyerang diri..Ya Allah,permudahkanlah segala kerja buat kami,bantulah kami.. exam baru abis,dan persiapan untuk viva harus segera dilakukan..doakan ana yer sahabat,moga ALLAH permudah segalanya..

semalam keluar pergi ke kangar,ada makan-makan sikit dengan budak-budak rumah..maklumlah,last sem dah kan nie..kalau boleh setiap kenangan terindah yang hadir dalam hidup buat masa ni,nak lakar jer dalam lakaran memori,tak nak delete sampai bila-bila.. bulan disember merupakan bulan yang paling banyak kenangan yang akan tercoret..setiap tahun bulan disemberlah yang menjadi raja untuk melakar memori...heeeee..yer ker??hurm,bagi ana laa..mana takn nyer,dari dulu lagi apa-apa kenangan yang positif dan negatif pom mesti banyak berlaku pada bulan nie..tahun 2010 bakal kita tinggalkan tak sampai sebulan jer lagi..umur pun semakin laa meningkat tapi amalan???? sama-sama muhasabah diri kita balik..

banyak nyer kenangan di sini,mungkin suatu saat nanti ana akan terasa amat-amat rindu dengan apa yang pernah ana lalui di sini nanti...Allahuakbar...aku amat sedih untuk berpisah dengan kalian,duhai sahabat dan teman seperjuanganku..moga kalian akan tabah dengan setiap apa jua yang bakal kalian (kita) tempuh nanti..

setiap yang pernah diucap tidak mungkin dapat ditarik balik kan??dan sesetengah perkara itu ana rasa amat menyesal bila fikir balik,betapa tak matang nyer diri ini..penggunaan "kalau" memang tak boleh digunakan kerana seolah-olah kita menyalahkan takdir ALLAH.. the truth,ana rasa bersalah sangat-sangat pada diri bila ada sesuatu hal yang tak matang pernah ana lakukan..logik akal,"apa yang aku buat nie,macam budak-budak jer..benda simple macam nie pun aku tak boleh handle,buat malu kat hati jer..hati,kau duk elok-elok yer,jangan nak cari pasal..kawal iman,sempurnakan tingkah lakumu agar kau dapat jadi muslimah yang solehah.."

untuk sahabat-sahabat,ana doakan kalian sukses dalam hidup mahupun akhirat,,bawalah bekalan semaksimum mungkin kerana itu penyelamat kita..kalau ada jodoh,panjang umur,murah rezeki pasti akan ketemu lagi...ana pasti akan merindui kalian nanti..(tiba-tiba emo,huhuhuhu...)

selamat bercuti ;)

(kisah antara kita)


(detik terindah,syukran sahabat ;)




No comments:

Post a Comment