08 December 2010

.::.~BuLaN MuharraM~.::.


Muharram adalah salah satu bulan dalam Islam. Muharram merupakan bulan pertama mengikut kiraan tahun Hijrah. nama-nama bulan dalam Islam wujud sesudah hijrah Rasulullah s.a.w. ke Madinah, kerana sebelum hijrah kiraan bulan atau nama bulan mengikut nama bulan dan tahun Masihi, yang dikira dari lahirnya Nabi Isa a.s. oleh pengikut-pengikut Yahudi dan Nasrani.

Dalam bulan Muharam terdapat kelebihan yang dimasyhurkan dengan hari Asyura. Asyura bererti hari kesepuluh daripada bulan Muharam, sementara hari kesembilan dikenal dengan hari Tasu'a. Barang siapa yang berpuasa sunat di kedua-kedua hari tersebut, diberi pahala yang banyak oleh Allah s.w.t. di akhirat kelak.Di antara kelebihan hari Asyura, Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa barang siapa yang berpuasa pada hari Asyura, Allah akan memberi pahala — 10,000 haji dan umrah dan 10.000 orang syahid. Sunat pula bagi orang yang berpuasa membanyakkan sedekah kepada anak-anak yatim dan tangannya menyapu kepada anak yatim, nescaya Allah mengangkat darjatnya ke syurga kelak.
Pada hari Asyura, Allah menjadikan tujuh petala langit dan bumi, bukit-bukau, bintang-bintang di tangit, Loh dan Qalam, Bapa manusia Adam a.s. dan ibu Hawa serta me-masukkan keduanya di syurga. Nabi Ibrahim a.s. juga diputerakan dan diselamatkan dari dibakar api kekejaman Raja Namrud pada hari itu. Taubat Nabi Adam a.s. diterima dan dibukakan bala bagi Nabi Ayub serta diampun dosa Nabi Daud a.s.,kerajaan Nabi Allah Sulaiman dikembalikan, tenggelamnya Firaun dan terselamatnya bahtera Nabi Noh a.s.Demikianlah keistimewaan dan kelebihan bulan Muharam dan hari Asyura.

Oleh itu kepada umat Islam sekalian, marilah kita beramal semoga beroleh pahala ganjaran sepertimana yang telah diperoleh oleh para Rasul dan nabi-nabi yang lampau.


~wallahu'alam~

No comments:

Post a Comment