09 December 2010

.::.~TeRima kAsiH saHabaT~.::.


balik dari Pauh tadi dekat pukul 5.15 petang baru sampai ke kolej kediaman.. padahal presentation settle dalam pukul 1.30 petang,,masalah bus ke Ulu Pauh adalah perkara yang utama..penat dan letih satu hal,bus pulak tak nak pergi ambik..bila call pakcik bus tu cakap,tunggu pagi esok la,8 pagi esok baru ada bus dan terus pakcik tu letak telefon..di manakah nilai-nilai kemanusiaan anda??
alhmdulillah,ALLAH permudahkan urusan kami di mana salah seorang rakan ana,yang kebetulan mak dia datang ke utara untuk mengambil rakan ana 2( akhir sem barang-barang banyak yang nak kena bawak balik) datang ambik kami..kami berempat(geng perempuan) semuanya sebab budak-budak laki semua balik dengan kenderaan masing-masing..otw balik,parent kawan ana tu bawak kami pergi makan dulu,seharian kami duk berlapar sebab semua kafe kat Pauh tutup..terima kasih acik sebab belanja kami ;)

sampai ke rumah,terus menunaikan solat asar yang dah agak lewat..selepas solat badan meminta untuk berehat,minda juga..tiba-tiba dapat mesej daripada sahabat,ajak pergi dengar kuliah magrib dan ana reply ok..sedar-sedar pukul 7.30 malam,subhanallah..sejak bila aku tertido nie??monolog dalaman mula berlaku..Ya ALLAH,dah janji dengan sahabat..agak lewat untuk pergi seorang diri..selepas ready semuanya dan solat magrib,mengaji kejap sementara menunggu waktu isyak..selepas selesai menunaikan kewajipan,barulah bersemangat untuk mengemas barang-barang..

nada mesej daripada handset berlagu,mesej daripada sahabat..
"salam..jom keluar jap,ada makan-makan cikit..bersiap2 la"..

selepas bersiap terus pergi ke tempat yang dijanjikan..sampai tu tengok sahabat-sahabat ana duk menanti kedatanagn kami..bahagianya,sudah lama tak jumpa kalian..diri ini terlalu sibuk dengan projek,maafkan ana sahabat ;(
dapat surprise lagi rupa-rupanya sahabat meraikan kami (sahabat-sahabat yang akan pergi LI)..
sangat terharu..untuk semua sahabat, ana ucapkan ribuan terima kasih untuk kalian,untuk kakak-kakak tersayang terima kasih untuk segalanya..ana betul-betul gembira,penat yang tadi bersarang dalam diri tiba-tiba hilang..ikatan yang kuat membuatkan perasaan tiba-tiba sebak..
"walaupun di mana kita di campakkan,tegaklah islam di situ " terima kasih kak atas peringatan itu..ana pasti akan merindui kalian bila ber LI nanti,walaupun jarak yang memisahkan, insyaALLAH ukuwah yang terbina kerana ALLAH tak akan terpadam dengan mudahnya.. ana sayang kalian kerana ALLAH dan semoga kasih sayang kita akan terus mekar mewangi selamanya DIHATI.. ;)


~sedetik hati kita bersama,terjalin selamanya~

~wallahu'alam~


No comments:

Post a Comment