28 January 2010

.::.~saKiT iTu KiFaRaH~.::.


Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan :

"Tuhan kami ialah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka,

maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan:

"Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih

dan gembirakanlah mereka dengan jannah (syurga)

yang telah dijanjikan Allah kepadamu."
(Surah 41, Al-Fussilat : Ayat 30)



Kadang-kadang ujian datang melanda. Kita harus sabar. Mungkin ada dosa yg Allah belum ampunkan. Maka kita akan menerima kifarahnya. Sakit itu kifarah dosa. Tak kira la demam ke, atau apa saja. Sudah beberapa hari ana x sihat.segala kerja buat macam xrasa apa2 jer.Alhmdulillah,kuliah berjalan seperti biasa dan ana kena kuatkan semangat,xboley nk layan sakit nie..selesema nie macam taw2 jer yang dah lama ana x demam dan x kena selesema..malam tadi ana rasa sgt2 terharu..knape????

Hurm…sbb sahabat ana datang bawak nasi air kt ana..Ya ALLAH,terharu nya…kepada sahabat ana,syukran sbb tolong ana dan ambik berat sal ana..maaf sbb ana menyusahkan kalian…kepada farhana dan syuhada terima ksh ana ucapkan…

Kalian adalah sahabat terbaik ana…moga ukhwah yg terbina ini akan sentiasa mekar berkembang dan mewangi…ana saying kalian kerana ALLAH..paling bez,diorng sndiri yg buat nasi air 2..heheheh..

Bez btol,tapi deria rasa ana x kuat sgt..x rasa apa2..maen agak jer,,tp ana yakin yg nasik air 2 mmg sedap..dlm keadaan x sht begini,ana rindu sgt2 dgn pelukan mama ana..ma,,rindu nyer kat ma…kesian betol kt mama ana,yer la waktu ma ana col suara ana semacam jer..nak cakap xde pape kang takut ma ana makin risau lak..cakap la demam ckit,selalu jer sihat…hehhe..tiap detik ma col tnye dah mkn ubt blom,ana jwb blom..ana nie fobia sbnrnya gn ubat,,bkan nak jual mhal.tapi ubat nie yg xnak kwan gan ana..insyaALLAH,2 3 hari lagi sembuh la..



“Tidaklah orang Muslim ditimpa cubaan berupa penyakit atau lainnya, melainkan Allah menggugurkan keburukannya, sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya.”

(HR. Bukhari-Muslim)



SETIAP orang pasti pernah mengalami sakit. Rasulullah SAW sendiri mengalami sakit demam berat. Namun begitu Nabi tetap sabar dan tabah. Beliau mengatakan kepada Ibnu Mas’ud ra, bahwa penyakit yang datang ke dalam tubuh seorang Muslim itu dapat menggugurkan dosa sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya.

Dalam waktu lain, Rasulullah menjenguk Salman al-Fahrisi yang tengah berbaring sakit. Rasulullah bersabda. “Sesungguhnya ada tiga pahala yang menjadi kepunyaanmu dikala sakit. Engkau sedang mendapat peringatan dari Allah SWT, doamu dikabulkan-Nya, dan penyakit yang menimpamu akan menghapuskan dosa-dosamu.”

Rasulullah pun melarang untuk mencela penyakit. Ketika Ummu Saib sakit demam dan mencela penyakit yang menimpanya, Nabi bersabda. “Janganlah kamu mencela demam. Karena sesungguhnya demam itu menikis kesalahan anak cucu Adam sebagaimana bara api mengikis keburukan besi.”


~wallahu'alam~

No comments:

Post a Comment