01 January 2010

.:.~eMpaT taRikaN OLeH waNiTa???~.:.


~Pertama:- Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah
tidak memperdulikan anak-anak
perempuannya di dunia. Dia tidak
memberikan segala keperluan agama
seperti mengajar solat, mengaji dan
sebagainya. Dia membiarkan anak-anak
perempuannya tidak menutup aurat..
tidak cukup kalau dengan hanya memberi
kemewahan dunia sahaja maka dia akan
ditarik oleh anaknya.


~Kedua:- Suaminya
Apabila seorang suami tidak
memperdulikan tindak tanduk
isterinya.Bergaul bebas di pejabat,
memperhiaskan diri bukan untuk suami
tapi untuk pandangan kaum lelaki yang
bukan mahram, apabila suami mendiam
diri.. walaupun dia seorang alim
(solat tidak tangguh, puasa tidak
tinggal) maka dia akan ditarik oleh
isterinya.


~Ketiga:- Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada,
tanggungjawab menjaga maruah wanita
jatuh kepala abang-abangnya.. jikalau
mereka hanya mementing keluarganya
sahaja dan adik perempuannya dibiar
melencong dari ajaran ISLAM..
tunggulah tarikan adiknya di akhirat.


~Keempat:- Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati
seorang ibu perihal kelakuan yang
haram dari islam, maka anak itu akan
disoal dan dipertangungjawabkan di
akhirat kelak.. nantikan tarikan
ibunya. Maka kita lihat betapa
hebatnya tarikan wanita bukan sahaja
di dunia malah di akhirat pun
tarikannya begitu hebat...maka kaum
lelaki yang bergelar ayah / suami /
abang atau anak harus memainkan
peranan mereka yang sebenar tidak
silap firman ALLAH S.W.T.:- "Hai anak
adam peliharakanlah diri kamu serta
ahli kamu dari api neraka, di mana
bahan pembakarnya ialah manusia dan
batu-batu.."

Hai wanita, kasihankan ayah anda,
suami anda, abang-abang anda serta
anak-anak lelaki anda...kesiankanlah
mereka dan diri kamu sendiri..
jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan
bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas..

Akhir kata, marilah kita berdoa agar
kita semua terselamat dari ditarik dan
tertarik.. oleh mana-mana pihak. Harga
seseorang muslim adalah sangat
berharga. ALLAH S.W.T. nilaikan
seseorang muslim dengan SYURGA.. semua
kaum muslim masuk syurga.. janganlah
kita membuang atau tidak mengendah
janji ALLAH S.W.T.

Semoga kita semua tergolong dari ahli
syurga yang memasukinya tanpa hisab.
AMIN..... YA RABBALALAMIN

No comments:

Post a Comment