02 January 2010

.:.~aDakaH kiTa sEdaR haKiKaT iNi~.:.


~10 pEringaTaN BuMi~

Assalamualaikum...

salam ukhwah kpd semua.tangan meminta untuk menari-nari melakar lakaran indah yang bersulam seribu pengertian buat semua,insyaALLAH..pelangi petang tak selalunya indah,tapi alagkah indahnya bila kita bersatu dalam menegakkan kalimah ALLAH di muka bumi ini..yer sahabat,kita sememangnya telah ALLAH jadikan sbg khalifah,baik untuk diri sendiri mahupun orang lain.Ana ingin berkongsi sedikit ilmu sebagai peringatan kpd kita semua,mudah-mudahan..insyaALLAH..adakah kalian sedar bahawa kita sebenarnya telah diberi peringatan oleh bumi ketika mendiami dikediamannya??? Berkata Anas bin Malik r.a; sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara:-

1. Hai anak Adam!Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah!Engkau akan masuk ke dalamnya kelak.

2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah!Engkau akan diazab di dalam perutku.


3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah!Engkau akan menangis di dalam perutku.

4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah!Engkau akan kecewa di dalam perutku.

5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku,tetapi ingatlah!Engkau akan menyesal di dalam perutku.

6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah!Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku.

7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah!Engkau akan dihina di dalam perutku.

8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah!Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.

10. Engkau hidup di atas belakang beramai-ramai, tetapi ingatlah!Engkau akan keseorangan di dalam perutku.

~Wallahu'alam~

No comments:

Post a Comment