16 January 2010

.::.~baNguNan yaNg tiDaK rOsaK daN pEmiLik yaNg tiDak bOLeH maTi~.::.


"paradigma tidak berfungsi seperti biasa,

kerana diasak dengan indah dimensi yang membutakan mata,

mencari erti makna kehidupan yang hakiki antara

yang palsu dan kebenaran"



~Diriwayatkan seorang raja berjaya membangunkan kota dengan segala keperluan yang cukup megah. kemudian raja itu mengundang rakyatnya untuk berpesta ria menyaksikan kota itu. pada setiap pintu,penjaga diperintah untuk bertanyakan kepada setiap pengunjung adalah cacat cela dan kekurangan kota yang dibangunkannya itu.


hampir seluruh orang yang ditanyakan mengatakan tiada cacat dan cela kota tersebut. tetapi ada seorang pemuda yang menjawabnya bahawa kota itu mengandungi dua cacat celanya. sesuai dengan perintah raja,dia ditahan untuk dihadapkan kpd raja.


"apa yang cacat celanya kota ini????"tanya raja..

"kota itu akan rosak dan pemiliknya akan mati." jawab pemuda itu. tanya raja,"Apakah ada kota yang tidak akan rosak dan pemiliknya tidak akan mati."


"Ada.Bangunan yang tidak boleh rosak selamanya dan pemiliknya tidak akan mati." jwb pemuda itu.

"segera katakan apakah itu."desak raja..


"SYURGA dan ALLAH pemiliknya," jawabnya tegas..


mendengar cerita tentang syurga dan segala keindahannya itu,raja menjadi tertarik dan merinduinya. Apa lagi ketika mereka menceritakan tentang keadaan neraka dan azabnya bagi manusia yang sombong dan ingin menandingi Tuhan. ketika itu pemuda tersebut mengajak raja kembali ke jalan ALLAH, raja itu pun dengan ikhlas mengikutnya. ditinggalkan segala kemegahan dan kemegahan kerajaannya dan jadilah ia hamba yang taat dan beribadah kpd ALLAH..~


~wallahu'alam~


No comments:

Post a Comment