16 July 2010

.::.~ciNta aDaLaH jiHaD~.::.


cinta adalah dimensi tidak bersempadan,,

pengorbanan tanpa batas yang akhirnya

benih cinta bakal menghasilkan buah-buahan

segar yang bakal dipetik di akhirat kelak..

**********************************************
BEKERJA KERANA ALLAH
bersama dgn baginda disertakan suruhan untuk berjihad menyampaikan ajaran islam y syumul. maka seluruh kehidupan baginda,para sahabat, dan pejuang2 islam zaman berzaman silih berganti dilatari oleh roh jihad.. tanpa roh jihad,entah di mana kita ketika ini. dada y kering kontang berubah apabila disirami nur iman dan islam.. inilah jihad para pejuang islam y akhirnya membantu mengubah persepsi perjalanan kita di atas muka bumi ini.. jihad makna mudahnya adalah bekerja kuat untuk islam.. seluruh kehidupan,diri dan keluarga diarahkan kpd ALLAH. letaklah di mana sahaja,tugas dan fungsinya adalah sama bekerja kerana ALLAH..


KERANA CINTA

orang islam bekerja kerana cinta. kerana cinta mereka terkorban.. kerana cinta mereka sanggup merentas lautan,daratan dan halangan bagi merealisasikan cinta.. dari cinta tumbuhnya ladang akhirat y menyala warna pelangi di dada kehidupan. orang mabuk cinta sanggup melakukan apa sahaja. begitulah cinta adalah dimensi tidak bersempadan,pengorbanan tanpa batas y akhirnya benih cinta bakal menghasilkan buah-buahan segar y bakal dipetik di akhirat kelak. cinta adalah jihad. cinta jihad asmara di syurga y luas segala isi langit dan bumi.
FIRMAN ALLAH SWT:
"....berlumba-lumbalah kamu mengerjakan amalan yang baik untuk mendapat keampunan dpd Tuhan kami,dan mendapat syurga y bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang y beriman kepada ALLAH dan para rasul-NYa." (al-Hadid:21)

api cinta adalah api jihad. sayang kini api cinta semakin malap. api cinta x semarak geloranya lagi. jihad semakin terpinggir.... manusia semakin kufur,semakin mendekatkan diri kpd kemugkaran ALLAh.. manusia tertipu..cinta dunia memadamkan api jihad.. manusia menjadi rakus,tamak dan haloba.. manusia tenggelam dalam api cinta dunia y menggoda. yang pasti setiap amal kebajikan bakal mendapat pahala berlipat kali ganda.sebaliknya jika engkar,juga balasannya disisi ALLAH ttp menunggu di akhirat kelak..
~wallahu'alam~

2 comments:

  1. hebatnya kuasa cintakan Allah..

    ReplyDelete
  2. melawan nafsu juga adalah jihad..
    jangan mudah mengalah dengan tekanan dan cabaran..
    jangan sesekali rebah dari jalan perjuangan menegakkan agama Allah..

    selamat berjuang kerana Allah.

    ReplyDelete