15 November 2010

.::.~TaHniaH~.::.


masih belum terlambat rasanya untuk ana mengucapkan tahniah dan syabas kepada adik-adik yang berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam UPSR baru-baru ini..
peratusan pelajar yang memperoleh gred A dalam semua matapelajaran meningkat dalam peratusan yang amat membanggakan..
tidak lupa juga ana mengucapkan tahniah kepada sepupu ana,Fatin Syafiqah atas kejayaan 5A..alhmdulillah...Rezeki dari ALLAH..berkat doa,usaha,ikhtiar dan tawaqqal akhirnya membuahkan hasil..
melihat reaksi ibubapa sangat berbangga dengan kejayaan si anak,air mata gembira kerana kejayaan..
ana sedih dan terharu bila melihat seorang pelajar dari Kedah yang tidak dapat berkongsi kejayaan bersama ibunya kerana ALLAH terlebih dahulu menjemput ibunya pergi..
si anak tidak dapat menahan sebak bila menceritakan bahawa ibunya pergi sewaktu dia sedang berperang dengan peperiksaan akibat penyakit kanser..
sungguh pun begitu,si anak tetap cekal menerima dugaan ini..semoga dirimu tabah..

No comments:

Post a Comment