02 November 2010

.::.~ciNta Tak sEmesTinYa mEmiLiki~.::.


to all readers,ana nak tanya pendapat antunna semua... betul tak statement ni,
" mencintai tak semestinya memiliki "...???


bagi ana,statement itu betul kerana kita bukan milik sesiapa tetapi hanya milik ALLAH..

Janganlah engkau angkuh melaungkan si dia kepunyaanmu
atau kau kepunyaan si dia..
kerana hakikatnya kita tidak pernah memiliki sesiapa walau sekeping hati seorang insan.. tidakkah kau sedar hukum alam menyatakan
mencintai tak semestinya memiliki..
manusia pandai berpura dan bertopeng menutup rahsia
tetapi hati tidak mampu
berdusta tentang perasaan yang bergolak dalamnya...
tidakkah kau sedar mungkin si dia melafazkan ungkapan cinta padamu
tetapi hati
dan perasaannya tidak pernah berniat begitu..
dia hanya berselindung di sebalik sejuta perasaan dan
kau begitu jujur dan setia menyayangi dirinya
sehingga terlupa hukum alam yang menyatakan

mencintai tak semestinya memiliki..

mengertilah kita sebenarnya kepunyaan
Yang Maha Esa..
tiada sesiapa yang berhak memiliki diri kita kecuali DIA..

kepada pangkuanNya kita akan kembali..

ALLAH maha mengetahui isi hati hambaNya
tanpa sepatah ungkapan pada si Dia jika ALLAH
mengizinkan pertemuan kita dengannya..

tiada siapa mampu menghalangnya.
berdoalah kerana ia senjata orang beriman...


~wallahu'alam~

No comments:

Post a Comment