
Assalamualaikum.. cerita pnuh pengertian buat kter semua...dan cubalah
untuk memahami hati seorng ibu...hargailah ibu kter smntara beliau masih hidup..
jngn mysal di kemudian hari...
jom layan dis story...
Hari ini semua adik beradik pulang beraya di Kuala Lumpur setelah
beraya di kampung mertua. Ibu yang di KL agak kesunyian, tetapi
setelah mendengar abang dan kakak-kakak hendak datang beraya ,ibu
gagahi juga bangun pagi menggoreng nasi buat santapan pagi mereka yang
akan datang nanti. Aku yang bongsu tinggal dirumah sambil menolong apa
yang patut memerhati kegagahan ibu yang sememangnya aku tahu sakit dan
bengkak kakinya semakin menjadi-jadi semenjak bulan puasa tempohari.
Aku minta untuk membantu ,"tak payah" katanya "biar mak yang buat
nanti lain rasanya".. Aku biarkan sahaja walau dalam hati terasa pedih
dan sayu melihat kegagahan mak nak juga sediakan nasi goreng untuk
anak-anaknya yang baru nak merayakan aidilfitri bersamanya.
Aku tahu disudut hati mak ada rasa sedih dan sayu kerana anak
lelakinya tak beraya bersama di pagi raya..tetapi langsung tidak
ditunjuk malah ingin pula menjamu anaknya. Terhinjut-hinjut mak kesana
ke mari mengambil bahan-bahan nasi goreng. bukan main khusyuk dan
bersungguh cuba menyediakan juadah yang semampunya. Bila semuanya dah
sampai aku mula hidangkan nasi yang digoreng mak untuk abang dan kakak
yang tiba dengan anak-anak mereka
Semuanya pakat menjamu selera..memang berselera semua sukakan nasi
goreng mak..mak tahu anak-anaknya sukakan nasi goreng air
tangannya..Dalam tak sedar nasi dah hampir habis.
Terdetik dihatiku.... " ahhh mak belum makan apa-apa semenjak pagi
kerana sibuk sediakan nasi tu"... seraya tu abang ku bertanya 'siapa
tak makan lagi nasi ni'.
Aku menjawab ' mak belum makan apa lagi tu' Mak dengan bersungguh
menjawab " Ehh mak tak mau... tak lalulah nasi goreng, nak makan roti
ja sat lagi'... dua tiga kali kami pelawa begitu juga jawabnya. Kata
ku dalam hati." oohh mungkin juga mak nak makan roti sebab nak kawal
penyakit diebetisnya" ..
Bila semua dah pulang..aku lihat mak
terhinjut-hinjut kedapur..lantas aku tanya 'mak nak apa..nak
ambilkan.'.' takpa nak rasa ni sikit'.
Sayu sedih dan terguris sungguh hati aku..bila kulihat mak rupanya
sedang mengikis kerak-kerak nasi goreng yang masih berbaki dalam kuali
untuk dimakan.
Itulah kasih seorang ibu pada anak-anaknya.
..zaman sekarang pun masih ada ibu yang sanggup berlapar dan
mendahulukan anak-anaknya asal mereka semua kenyang. Kami benar-benar
kalah dengan apa yang kami saksikan.." YA RABB Engkau peliharalah Ibu
kami, Ampunilah Dosanya, Berilah kekuatan pd anak-anaknya untuk
membalas jasa ibu yang tak terhingga " . AMINN
Subhanallah, Walhamdullillah Wallahuakbar
ma...ore syang ma sgt2X!!rindu nk jmpe ma dan x sbr nk jmpe ma gn abah..
ya ALLAH,AKU pohon pada Mu..berikan lah keberkatan hidup untuk kedua ibubapaku
sesungguhnya merekalah harta ku yang sgt berharga dan
x dpt dignti dgn nilai apa2 pom..
aku pohon padaMU ya Rabb,kasihanilah kedua orang tuaku
sbgmana mereka mencurahkan kasih syg y x pnh kurang walau sdkit pom
sjak aku kcil hngga lah skrg..lindungilah mereka ya ALLAH...
jadikan lah aku seorang ank y solehah diantara yang solehah ya ALLAH...
jgn biarkan ibubapaku menangis kerana kegagalanku,
dan biarkan mreka menangis dgn kejayaanku...
insya ALLAH
_~miz my mum and dad~_
~wallahu'alam~
No comments:
Post a Comment