Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum..
Sudah lama menyepi daripada berblog..blog pun sudah
berdebu..kekangan masa dan keadaan tidak mengizinkan untuk terus menulis
menyebabkan hati meronta-ronta untuk terus menulis walaupun sedar sebenarnya
telah mencuri waktu untuk belajar..peperiksaan akhir semester hanya tinggal
beberapa hari sahaja lagi..subhanallah,cepatnya masa berlalu..tanpa kita sedar
tanpa kita pinta..betul kata pepatah arab,”masa ibarat pedang,jika kita tidak
memotongnya,ia akan memotong kita.”
Kejadian pada hari ini memberi suatu pengajaran yang
bermakna dalam hidup ana..indahnya ujian ALLAH,terasa nikmat..sukar digambar
dengan kata-kata..hanya lafaz syukur yang dapat diterjemah.. terima kasih YA
ALLAH kerana permudahkan urusan hamba.
Usai berbincang perihal mini projek untuk subjek
Microcontroller di Kampus Ulu Pauh ana dan beberapa orang rakan kelas merancang untuk ke perpustakaan yang terletak
di Kangar. Bukannya di Ulu Puah tak ada library Cuma lebih memilih di
Kangar,dekat dengan kolej kediaman dan senang untuk balik kolej nanti.
Alhamdulillah,sampai sahaja di kangar kami terus mengisi perut yang dah
berbunyi daripada tadi meminta supaya diisi..selesai menjamu selera kami segera
bergerak ke perpustakaan.. jadual terisi dengan mengulangkaji subjek Anatomy
and Physiology..ana suka belajar subjek ini sebabnya menceritakan perihal diri
kita..menyebabkan kita lebih menyedari akan hebatnya penciptaan pencipta kita
yang satu itu.. badan kita sangat unik,terlalu unik..alhamdulillah,ana berkesempatan untuk belajarnya walaupun tidak
secara mendalam seperti pelajar-pelajar perubatan. Kata pensyarah ana,”kita
pelajar engineering dan harus belajar sebagai pelajar engineering bukan seperti
pelajar medic yang harus menghafal dengan teliti”..insyaALLAH,ana cuba aplikasi
dalam kehidupan harian.
Terasa diri begitu rindu pada pencipta,lantas ana
mengeluarkan surat cinta untuk dibaca..alhamdulillah,terasa tenang..terima
kasih YA Allah..ana meneruskan dengan membuat nota mana yang berkenaan.selesai
solat zohor,ana masih meneruskan perkara yang sama iaitu menyiapkan nota
anatomy.. sekita jam 3.50 petang handset ana bergetar menunjukkan ada panggilan
masuk. Lantas ana cuba melihat siapa pemanggil tetapi sekadar number yang
tertera pada screen. Teragak –agak untuk menjawab tetapi bimbang kiranya ada urusan penting. Dengan
lafaz bismillah ana menjawab panggilan tersebut.. “hello,may I speak to ...........,
im your lecturer for subject EUW 212..do you attend for my class ………(blab la bla….)
ana terkejut dengan panggilan tersebut. Mana taknya ana tak pernah mendaftarkan
diri untuk subjek tersebut tetapi nama ana ada pada pendaftaran subjek
tersebut.. ana segera menerangkan kedudukan yang sebenar kepada cik pensyarah
tersebut untuk penjelasan. Kata cik tersebut hari ni adalah due date untuk
menarik diri daripada mengambil subjek itu untuk dibawa ke final exam atau nama
ana akan di”bar” kan atau ana akan gagal untuk subjek tersebut. Ana beristigfar,insyaALLAH DIA akan permudah.
YA ALLAH,bantulah aku..berikan yang terbaik untuk penyelesaian masalah
ini..hanya itu yang mampu hati ana terdetik. Cik tersebut berbicara dengan
lembut dan dia cuba untuk menolong ana,dan katanya ana harus segera ke pejabat
PPK Mekatronik untuk selesaikan masalah ini.. Alhamdulillah,ALLAH menghantar
seorang teman untuk membantu ana. Kami segera bergerak ke Kampus Ulu Pauh,jam
waktu itu menunjukkan pukul 4 petang..hati ana terdetik,sempat ke lagi..sungguh,ana
benar-benar bertawakkal pada ALLAH..hujan turun dengan lebatnya,menyebabkan
perjalanan kami terganggu dengan jalan yang licin. Tak henti-henti ana memohon
pada ALLAH agar diberi jalan dan kemudahan.. Rabii yasiir,wala tua’ssir,bantulah
hambaMU ya RAbb,,berikan yang terbaik untuk aku..sesungguhnya Engkau lebih
mengetahui..aku serah segalanya padaMU..
Ana cuba untuk menghubungi RPS ana,3,4 kali mencuba nasib tetapi
malangnya panggilan ana berlalu sepi..sungguh,dengan mengingati ALLAH hati
menjadi tenang..sampai di Pauh ana menaiki tangga untuk menuju ke
pejabat..sebelum itu ana cuba mencari RPS ana di biliknya,tetapi kata seorang
pensyarah,RPS ana bercuti hari ni..ana yakin ALLAH sentiasa ada untuk menolong
hamba-hambanya..DIA kan sentiasa dekat dengan kita..
Tiba di pejabat,ana berjumpa dengan Encik Mustaza..ana
ceritakan apa yang berlaku dari awal hingga akhir..alhamdulillah segala
penjelasan telah ana berikan panjang lebar..ALLAH permudah urusan
ana..alhamdulillah.. pihak atasan cuba untuk menolong ana daripada mendapat
status “tarik diri” atau di “bar” kan dari menduduki exam.. insyaALLAH..
katanya bukan salah ana,memang betul bukan salah ana..mungkin RPS lupa untuk
melakukan tugas itu.. pihak atasan meminta supaya ana membuat surat dan
serahkan pada mereka pada hari Jumaat nanti..ana kesuntukan masa sebenarnya
memandangkan hari Khamis Perlis bercuti hari keputeraan.. perasaan syukur pada
ALLAH tak dapat digambarkan,betapa hebatnya pertolongan ALLAH itu..DIA memberi kemudahan
dalam penyelesaian masalah ini..subhanallah,walhamdulillah,wallahuakbar..
Encik Mustaza juga minta supaya ana berjumpa dengan lecturer
EUW 212 untuk mendapatkan pengesahan daripada beliau. insyaALLAH,ana cuba
lakukan sesegera mungkin.. semasa perjalanan balik dari Pauh ke Kolej kediaman,ana
cuba menghubungi lecturer EUW 212 dan memberitahu beliau apa yang perlu beliau
lakukan.. ana kesuntukan masa kerana jam ditangan telah menunjukkan 10 minit
untuk ke pukul 5 petang..katanya Jumaat ni beliau bercuti,jadi maknanya ana
harus segera berjumpa dengannya hari ni jugak…entah mengapa hati ana terasa
macam sesuatu yang sukar digambarkan,perasaan tenang walaupun sisa-sisa masalah
masih berbaki .. kami menuju ke pejabat yang terletak di Jejawi
1..alhamdulillah,turun sahaja daripada kereta seseorang menegur
ana..rupa-rupanya beliau adalah lecturer tersebut,cik masturah yang baru sahaja
keluar daripada pejabat pengurusan. Mungkin berbincang perihal masalah ana
barangkali…ana mengekori langkahnya dari belakang..setibanya di bilik cik
masturah,kami berbincang dan beliau telah menulis sepucuk surat mengatakan bahawa
ana tak pernah hadir ke kelas berkenaan sepanjang semester ini untuk dijadikan
bukti dan dihantar kepada Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekatronik melalui
Pengerusi Rancangan Biomedical Electronic Eng. Cik masturah sangat baik dan
layanan yang diberikan sangat baik..beliau cuba untuk menolong mana yang
boleh..hanya ucapan terima kasih yang mampu ana berikan kepada mereka yang
terlibat..jasa kalian hanya ALLAH yang mampu membalasnya.. masa sejam terasa begitu lama…Alhamdulillah,seolah-olah
terasa putaran jam berhenti untuk melambatkan waktu. Kami mengambil masa lebih
kurang sejam untuk settle kan masalah tersebut..syukur yang tidak terhingga..terima
kasih YA ALLAH,Engkau telah permudahkan urusan ku pada hari ni..sesungguhnya ditanganMU
segala kebaikan..menitis air mata kerana terasa ALLAH sangat dekat denganku,DIA
mendengar apa yang aku pinta..segala urusan berlalu dengan lancar..subhanallah…hebatnya
pertolongan ALLAH…
ketenangan jiwa menjadikan hidup kita bahagia.. jika kita
bersyukur,ALLAH akan menambah lagi kebahagian kita,insyaALLAH..
“barang siapa memperbanykkan istighfar maka ALLAH SWT akan
menghapuskan segala kedukaannya,menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya
rezeki dari arah yang tidak disangka”
Ya muqollibal Qulub, thabbit qulubana a'la diinik waa'la thoa'tik...
"Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati, tetapkanlah hati kami dalam ketaatan kepadaMu"
"Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati, tetapkanlah hati kami dalam ketaatan kepadaMu"
~wallahu'alam~
No comments:
Post a Comment