12 January 2013

Masanya akan tiba,tapi kapan?


Assalamualaikum..


setelah sekian lama membiarkan blog berdebu,terasa rindu untuk menulis. selama ni keinginan untuk terus menulis terpaksa dibiarkan sepi tanpa sebab..rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan pelangi. terima kasih YA RABB. otak berputar,minda terus mencari idea yang melayakkan pena terus menajamkan matanya..Alhamdulillah,terpanggil untuk kembali menceriakan blog..ana bukan seorang yang belajar sastera yang tahu dan reti bermain dengan ayat-ayat puitis,bukan jua novelis yang pandai bermain dengan ayat-ayat berbunga..cukuplah ana seorang pelajar jurusan kejuruteraan yang kerdil mencari sekuat kekuatan untuk berjuang di medan dakwah..tidak perlu menggunakan ayat puitis atau ayat yang berjiwang untuk menarik minat pembaca..cukuplah merungkai pengalaman dan berkongsi cerita.moga bermanfaat untuk semua,insyaALLAH.

Alhamdulillah,detik dan saat ini ALLAH memberi ruang dan peluang untuk terus bernafas.moga peluang yang ALLAH berikan ini dapat digunakan sebaiknya.. pengakhiran tahun 2012 adalah suatu detik yang tidak dapat dilupakan. sebuah detik yang akan dikenang oleh setiap sahabat yang merasai pemergian seorang sahabat yang cukup istimewa. perginya seorang pejuang ALLAH bertemu RABB nya dalam keadaan tersenyum..ALLAH lebih sayangkan nya berbanding sayang daripada keluarga dan sahabat..moga rohmu di tempatkan bersama golongan yang beriman.moga kita berjumpa lagi.teringat kata-kata sababat,moga kita akan terus bersatu dan akan berpimpin tangan menuju ke syurga kelak..insyaALLAH...

sedang berperah otak berjuang di medan imtihan,puan mama call..cukup tenang bicara seorang ibu, "adik,ma nak g rumah tok wan meta lagi,tunggu abah balik dulu ni"..dapp..dada ana berdebar.

"bakpo ma,ado gapo..tok wan sakit ko"?

"tak dok gapo,urmm mok nik yam tak doh doh."

ana terdiam..otak ligat berfikir...tak percaya..

Arwah meninggal dalam keadaan tidur,puan mama kata mayatnya cantik sangat macam orang tengah tidur..subhanallah,indahnya pemergiaannya..tidak percaya,macam-macam ada. hanya dapat sedekah kan ayat-ayat Quran untuknya..moga ALLAH sampaikan padanya. mati itu pasti,tidak kira kita bersedia ataupun tidak..bila-bila masa sahaja akan datang..sebagai persediaannya,cuba persiapkan diri kita untuk bertemu Tuhan kita dalam keadaan DIA redha pada kita.


cerita tentang saat kematian.

Dikisahkan ketika Allah mencipta Al-Maut (kematian) dan menyerahkan kepada Izrail, maka berkata malaikat Izrail, “Wahai Tuhanku, apakah Al-Maut itu?”. Maka Allah menyingkap rahsia Al-Maut itu dan memerintah seluruh malaikat menyaksikannya. Setelah seluruh malaikat menyaksikannya Al-Maut itu, maka tersungkurlah semuanya dalam keadaan pengsan selama seribu tahun. Setelah para malaikat sedar kembali, bertanyalah mereka, “Ya Tuhan kami, adakah makhluk yang lebih besar dari ini?” Kemudian Allah SWT berfirman: “Akulah yang menciptakannya dan Akulah yang lebih agung daripadanya. Seluruh makhluk akan merasakan Al-Maut itu”.
Kemudian Allah memerintahkan Izrail mengambil Al-Maut. Walau bagaimanapun, Izrail khuatir jika tidak terdaya untuk mengambilnya sedangkan Al-Maut lebih agung daripadanya. Kemudian Allah memberikannya kekuatan, sehinggalah Al-Maut itu menetap di tangannya. Malaikat Izrail diberi kemampuan yang luar biasa oleh Allah hingga barat dan timur dapat dijangkau dengan mudah olehnya.
  • 100 hari sebelum kematian – Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. 
  • 40 hari sebelum kematian – Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika. 
  • 7 hari sebelum kematian – Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan. 
  • 3 hari sebelum kematian – Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan. 
  • 1 hari sebelum kematian – Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya. 
  • Hari kematian – Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Baginda Rasullullah S.A.W bersabda, “Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu”.
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi, “Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail. Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya”.


~wallahu'alam~

17 May 2012

.::.~IndaHnya ber huSnu dZon~.::.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum..

Sudah lama menyepi daripada berblog..blog pun sudah berdebu..kekangan masa dan keadaan tidak mengizinkan untuk terus menulis menyebabkan hati meronta-ronta untuk terus menulis walaupun sedar sebenarnya telah mencuri waktu untuk belajar..peperiksaan akhir semester hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi..subhanallah,cepatnya masa berlalu..tanpa kita sedar tanpa kita pinta..betul kata pepatah arab,”masa ibarat pedang,jika kita tidak memotongnya,ia akan memotong kita.”
Kejadian pada hari ini memberi suatu pengajaran yang bermakna dalam hidup ana..indahnya ujian ALLAH,terasa nikmat..sukar digambar dengan kata-kata..hanya lafaz syukur yang dapat diterjemah.. terima kasih YA ALLAH kerana permudahkan urusan hamba.
Usai berbincang perihal mini projek untuk subjek Microcontroller di Kampus Ulu Pauh ana dan beberapa orang rakan kelas  merancang untuk ke perpustakaan yang terletak di Kangar. Bukannya di Ulu Puah tak ada library Cuma lebih memilih di Kangar,dekat dengan kolej kediaman dan senang untuk balik kolej nanti. Alhamdulillah,sampai sahaja di kangar kami terus mengisi perut yang dah berbunyi daripada tadi meminta supaya diisi..selesai menjamu selera kami segera bergerak ke perpustakaan.. jadual terisi dengan mengulangkaji subjek Anatomy and Physiology..ana suka belajar subjek ini sebabnya menceritakan perihal diri kita..menyebabkan kita lebih menyedari akan hebatnya penciptaan pencipta kita yang satu itu.. badan kita sangat unik,terlalu unik..alhamdulillah,ana  berkesempatan untuk belajarnya walaupun tidak secara mendalam seperti pelajar-pelajar perubatan. Kata pensyarah ana,”kita pelajar engineering dan harus belajar sebagai pelajar engineering bukan seperti pelajar medic yang harus menghafal dengan teliti”..insyaALLAH,ana cuba aplikasi dalam kehidupan harian.
Terasa diri begitu rindu pada pencipta,lantas ana mengeluarkan surat cinta untuk dibaca..alhamdulillah,terasa tenang..terima kasih YA Allah..ana meneruskan dengan membuat nota mana yang berkenaan.selesai solat zohor,ana masih meneruskan perkara yang sama iaitu menyiapkan nota anatomy.. sekita jam 3.50 petang handset ana bergetar menunjukkan ada panggilan masuk. Lantas ana cuba melihat siapa pemanggil tetapi sekadar number yang tertera pada screen. Teragak –agak untuk menjawab  tetapi bimbang kiranya ada urusan penting. Dengan lafaz bismillah ana menjawab panggilan tersebut.. “hello,may I speak to ..........., im your lecturer for subject EUW 212..do you attend for my class ………(blab la bla….) ana terkejut dengan panggilan tersebut. Mana taknya ana tak pernah mendaftarkan diri untuk subjek tersebut tetapi nama ana ada pada pendaftaran subjek tersebut.. ana segera menerangkan kedudukan yang sebenar kepada cik pensyarah tersebut untuk penjelasan. Kata cik tersebut hari ni adalah due date untuk menarik diri daripada mengambil subjek itu untuk dibawa ke final exam atau nama ana akan di”bar” kan atau ana akan gagal untuk subjek tersebut.  Ana beristigfar,insyaALLAH DIA akan permudah. YA ALLAH,bantulah aku..berikan yang terbaik untuk penyelesaian masalah ini..hanya itu yang mampu hati ana terdetik. Cik tersebut berbicara dengan lembut dan dia cuba untuk menolong ana,dan katanya ana harus segera ke pejabat PPK Mekatronik untuk selesaikan masalah ini.. Alhamdulillah,ALLAH menghantar seorang teman untuk membantu ana. Kami segera bergerak ke Kampus Ulu Pauh,jam waktu itu menunjukkan pukul 4 petang..hati ana terdetik,sempat ke lagi..sungguh,ana benar-benar bertawakkal pada ALLAH..hujan turun dengan lebatnya,menyebabkan perjalanan kami terganggu dengan jalan yang licin. Tak henti-henti ana memohon pada ALLAH agar diberi jalan dan kemudahan.. Rabii yasiir,wala tua’ssir,bantulah hambaMU ya RAbb,,berikan yang terbaik untuk aku..sesungguhnya Engkau lebih mengetahui..aku serah segalanya padaMU..
Ana cuba untuk menghubungi RPS ana,3,4 kali mencuba nasib tetapi malangnya panggilan ana berlalu sepi..sungguh,dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang..sampai di Pauh ana menaiki tangga untuk menuju ke pejabat..sebelum itu ana cuba mencari RPS ana di biliknya,tetapi kata seorang pensyarah,RPS ana bercuti hari ni..ana yakin ALLAH sentiasa ada untuk menolong hamba-hambanya..DIA kan sentiasa dekat dengan kita..
Tiba di pejabat,ana berjumpa dengan Encik Mustaza..ana ceritakan apa yang berlaku dari awal hingga akhir..alhamdulillah segala penjelasan telah ana berikan panjang lebar..ALLAH permudah urusan ana..alhamdulillah.. pihak atasan cuba untuk menolong ana daripada mendapat status “tarik diri” atau di “bar” kan dari menduduki exam.. insyaALLAH.. katanya bukan salah ana,memang betul bukan salah ana..mungkin RPS lupa untuk melakukan tugas itu.. pihak atasan meminta supaya ana membuat surat dan serahkan pada mereka pada hari Jumaat nanti..ana kesuntukan masa sebenarnya memandangkan hari Khamis Perlis bercuti hari keputeraan.. perasaan syukur pada ALLAH tak dapat digambarkan,betapa hebatnya pertolongan ALLAH itu..DIA memberi kemudahan dalam penyelesaian masalah ini..subhanallah,walhamdulillah,wallahuakbar..
Encik Mustaza juga minta supaya ana berjumpa dengan lecturer EUW 212 untuk mendapatkan pengesahan daripada beliau. insyaALLAH,ana cuba lakukan sesegera mungkin.. semasa perjalanan balik dari Pauh ke Kolej kediaman,ana cuba menghubungi lecturer EUW 212 dan memberitahu beliau apa yang perlu beliau lakukan.. ana kesuntukan masa kerana jam ditangan telah menunjukkan 10 minit untuk ke pukul 5 petang..katanya Jumaat ni beliau bercuti,jadi maknanya ana harus segera berjumpa dengannya hari ni jugak…entah mengapa hati ana terasa macam sesuatu yang sukar digambarkan,perasaan tenang walaupun sisa-sisa masalah masih berbaki .. kami menuju ke pejabat yang terletak di Jejawi 1..alhamdulillah,turun sahaja daripada kereta seseorang menegur ana..rupa-rupanya beliau adalah lecturer tersebut,cik masturah yang baru sahaja keluar daripada pejabat pengurusan. Mungkin berbincang perihal masalah ana barangkali…ana mengekori langkahnya dari belakang..setibanya di bilik cik masturah,kami berbincang dan beliau telah menulis sepucuk surat mengatakan bahawa ana tak pernah hadir ke kelas berkenaan sepanjang semester ini untuk dijadikan bukti dan dihantar kepada Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekatronik melalui Pengerusi Rancangan Biomedical Electronic Eng. Cik masturah sangat baik dan layanan yang diberikan sangat baik..beliau cuba untuk menolong mana yang boleh..hanya ucapan terima kasih yang mampu ana berikan kepada mereka yang terlibat..jasa kalian hanya ALLAH yang mampu membalasnya.. masa sejam  terasa begitu lama…Alhamdulillah,seolah-olah terasa putaran jam berhenti untuk melambatkan waktu. Kami mengambil masa lebih kurang sejam untuk settle kan masalah tersebut..syukur yang tidak terhingga..terima kasih YA ALLAH,Engkau telah permudahkan urusan ku pada hari ni..sesungguhnya ditanganMU segala kebaikan..menitis air mata kerana terasa ALLAH sangat dekat denganku,DIA mendengar apa yang aku pinta..segala urusan berlalu dengan lancar..subhanallah…hebatnya pertolongan ALLAH…
ketenangan jiwa menjadikan hidup kita bahagia.. jika kita bersyukur,ALLAH akan menambah lagi kebahagian kita,insyaALLAH..
“barang siapa memperbanykkan istighfar maka ALLAH SWT akan menghapuskan segala kedukaannya,menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka”
Ya muqollibal Qulub, thabbit qulubana a'la diinik waa'la thoa'tik...
"Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati, tetapkanlah hati kami dalam ketaatan kepadaMu"



~wallahu'alam~

15 March 2012


Hebatnya kuasa ALLAH...

tak mudah untuk mengungkap kerana semuanya terbina dariNYA yang menggerakkan hati ini.. walau dicampak,dibuang tapi tak akan hilang dek kerana kuasa Maha Besar itu.. persis bagai mutiara yang menyinar pada lautan dalam,seolah memahami gelodak hati..ALLAH,Engkau Maha Hebat,tiada kuasa melainkan Engkau..hanya kepadaMu aku sandar segala impian dan harapan..menurut percaturanMu bukan percaturanku,kerana Engkau lebih mengetahui hakikatnya..aku serah segalanya padaMU...



~put your trust in ALLAH~

yakinlah yakinlah yakinlah pada ALLAH

09 March 2012

.::.~perkuatkan langkahku Ya ALLAH~.::.


" La Tahzan Innallaha ma'ana"
" Janganlah engkau bersedih sesungguhnya Allah bersama kita"

kadang-kadang ana terasa lemah dan terasa ingin lari dari jalan dakwah ini.. Allahuakbar!!!! terasa benar-benar langkah ini semakin perlahan.. ana cuba gagahkan diri untuk mencari kekuatan itu dan untuk terus berjuang bersama sahabat.. insyaALLAH.

surah As- Saff ayat terakhir..

"Wahai orang-orang yang beriman,jadilah kamu penolong-penolong (agama) Allah sebagaimana Isa putra Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia, "siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku untuk menegakkan agama ALLAH ?" pengikut-pengikutnya yang setia berkata ," kami lah penolong-penolong agama ALLAH," lalu segolongan dari bani Israil beriman dan segolongan yang lain kafir,lalu Kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka,sehingga mereka menjadi orang-orang yang menang..


sehingga bila aku ingin meletakkan langkahku diatas jalan ini?

dan ana teringat jawapan Rasulullah s.a.w ketika di tawarkan harta,wanita dan pangkat untuk meninggalkan dakwah ini..

" sungguh, jika diletakkan matahari ditangan kananku dan bulan ditangan kiriku, tidak mungkin akan aku tinggalkan dakwah ini sehingga Allah memenangkannya atau aku mati kerananya.."


Cukuplah ALLAH bagiku,tidak ada Tuhan selain DIA. hanya kepadaNYA aku bertawakal.
"jika Allah menolong kamu,maka tidak ada yang dapat mengalahkanmu,tetapi jika ALLAH membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? kerana itu,kepada ALLAH saja orang-orang mukmin bertawakal...
Ya ALLAH,tetapkanlah hatiku atas jalan ini....


Oh Tuhanku
Tiada indah di malam yang hening
Melainkan dengan bermunajat kepada-Mu
Tiada indah suatu hari yang aku lalui
Kecuali dengan patuh kepada-Mu

Oh Tuhanku
Tiada indah hidup di dunia
Melainkan berzikir dan menyebut nama-Mu
Tiada indah tiba di akhirat yang abadi
Kecuali dengan keampunan-Mu

Ya Allah Tuhanku
Yang merubah kalbu
Tetapkanlah hatiku
Moga sentiasa dalam agama-Mu
Jua taat akan perintah-Mu

Tuhan
Usah bebankan kami
Dengan bebanan yang berat
Seperti yang pernah Kau berikan
Kepada umat yang terdahulu dari kami

Tuhan
Jangan pikulkan kami
Yang tidak kami terdaya
Maafkan salah kesilapan
Ampunkanlah dosa-dosa
Rahmatilah kami
~wallahu'alam~

.::.~Sebarkan CintaMU~.::.


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum...
hanya tinggal beberapa jam saja lagi untuk kembali ke kampung halaman,terasa benar-benar rindu pada mereka yang berada dihati..suatu tempat yang tak boleh dipisah..insyaALLAH.. moga semuanya selamat nanti..
maafkan ana encik k0-k kerana akan ponteng kelas encik nanti..harus segera pulang.. tadi puan bonda dah menyatakan kebimbangan kerana kali ni ana terpaksa balik menaiki bus ke Terengganu.. tiket ke Kota Bharu semua dah habis..balik secara mengejut begini lar jawabnya.. yang penting dapat balik,insyaALLAH...doakan moga ana selamat sampai..
alhamdulillah,,buku yang berjudul "Sebarkan CintaMU" dah dapat ana miliki..tetapi belum sampai kepada tangan ana lagi..insyaALLAH,balik nanti akan ana dapat...terima kasih kepada tuan yang membeli,terima kasih atas hadiah yang berharga itu..moga ALLAH merahmati kamu..
jom sahabat kita dapatkan buku tu...sama-sama ambil manfaat melaluinya..insyaALLAH..