08 January 2012

~.::.YA ALLAH........::.~





Bismillahirrahmanirrahim..






Yakin pada Allah bukanlah mengharapkan terkabulnya segala harapan. Yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada ketentuan-Nya... Rasa bahagia dengan ujian walaupun perit. Di situ air mata menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka. Indahnya tarbiyyah Allah, tersirat rahmat & hikmah. Diuji kita sebagai tanda sayangnya... Bahagianya kekasih Allah dihadiahi ujian yang amat hebat sebagai tanda kasih-Nya. Takkan dibiarkan terlena dalam kenikmatan yang melimpah tetapi dilindungi dengan ujian & cubaan yang tak berkesudahan. Duhai sahabat, panjatkan kesyukuran kerana itu tanda sayang Allah kepada hamba-hambaNya. Allah Maha Tahu apa yang terbaik bagi hambaNya.

Ya Allah, sentuhkanlah hati sahabatku ini...Saat dia jauh dariMu, peluklah hatinya... Saat dia mencintai sesiapa lebih dariMu, peliharalah imannya selalu... Jadikan dia hamba yang banyak berdoa,beristighfar & menangis di depanMu agar diberi kekuatan & kesabaran kerana setiap sesuatu adalah datang dari-Mu..."






put your trust in ALLAH..









~la takhof wala tahzan innAllaha ma'ana~