19 June 2011




Jangan berputus asa jika ALLAH s.w.t melewatkan penerimaan doa sekalipun



kamu sudah bersungguh-sungguh berdoa kerana ALLAH menjamin penerimaan



semua doa menurut yang DIA tentukan untukmu bukannya menurut



kehendakmu dan akan dikabulkan pada waktu yang ditentukanNYA bukan



pada waktu yang ditentukan olehmu.









18 June 2011




dalam sakit ada penawarnya,


dalam keresahan ada ketenangannya,


dalam duka ada tawanya,


dalam kesedihan ada riangnya,


dalam masamnya tercalit juga sedikit manis.



andai hati keresahan,


tiada yang dapat diganti selain Al-Quran menawarnya..



usah kesedihan menjadi punca



bila keriangan berpihak kepadanya,



kerana dalam kemanisan itu



tersimpan kenangan yang menguntum senyuman..



jadi hargailah masa yang pernah berlalu dalam hidup kita,



kerana sesungguhnya ia tak mungkin berulang lagi.








17 June 2011

.::.~kUNci SYURGA~.::.



Assalamualaikum..

Bismillahirrahmanirrahim...



syukur alhamdulillah kerana ALLAH masih lagi meminjamkan nikmat kesihatan yang sempurna kepada kita..lupakah kita untuk bersyukur dengani nikmat percuma ALLAH itu??apa khabar iman??insyaALLAH moga semuanya sihat sejahtera.. cuti yang panjang tidak sah sekiranya tidak khatam membaca beberapa buah buku berunsur ilmiah untuk menambahkan lagi pengetahuan kan..daripada membuang masa,lebih baik kita menyelongkar dan cuba mencari bahan yang dapat memberi manfaat kepada kita. sekurang-kurangnya kita dapat berkongsi ilmu dengan orang lain walaupun sedikit,tetapi hasilnya cukup baik. insyaALLAH.



ana tertarik dengan kandungan sebuah buku yang bertajuk "Malam Pertama di Syurga". hasil tulisan Adil Akhyar.. antara kandungan yang sangat-sangat menarik perhatian ana adalah "Kunci Syurga".. subhanallah,indahnya perkataan itu..kunci sebuah tempat yang indah yang tidak dapat dibayangkan betapa sempurnanya tempat itu. rumah atau istana di syurga tentunya tidak akan dapat ditandingi oleh mana-mana istana di dunia. keindahan dan kemewahan syurga tidak dapat dibayangkan.



perjalanan ke syurga dilingkungi dengan duri dan onak. manakala perjalanan ke neraka dikelilingi dengan keinginan syahwat. demikian ditegaskan oleh Nabi Muhammad SAW mengenai dua jalan yang ditempuhi oleh manusia. syurga ialah tempat kenikmatan dan kebahagiaan di akhirat yang dikurniakan kepada hamba-hamba ALLAH yang beramal soleh. neraka pula tempat azab keseksaan disediakan untuk mereka yang beramal tholeh ( kejahatan).



sudah tentu untuk mengerjakan solat,puasa,haji dan amal kebajikan lain amat payah kecuali bagi mereka yang beriman. sebab itulah Nabi mengatakan jalan ke syurga penuh dengan kesusahan. bukan mudah untuk masuk ke syurga. kita kena bermujahadah atau berjuang melawan nafsu untuk melakukan kabaikan. syaitan dan nafsu memang menyuruh kita berbuat kejahatan dan tidak menggalakkan kita melakukan kebajikan.



jalan ke neraka amat nudah kerana dikelilingi dengan kehendak nafsu dan syahwat. semua manusia memang cenderung mengikut kehendak nafsu dan syahwat. syaitan pula sentiasa mendorong manusia mengikut hawa nafsu. amat mudah untuk melakukan kejahatan. nah,di depan kita terbentang dua jalan. terpulang kepada kita jalan mana untuk diikuti. tepuk dada dan tanya iman.(bukan tanya selera yang memang suka kepada nafsu)



kebahagiaan di dunia belum menjadi pasport untuk ke syurga. malahan adalah menjadi kesalahan jika kekayaan yang didapati tidak diperolehi dan dibelanjakan secara islamik. semua manusia inginkan hidup senang. kesenangan di dunia hanya sementara manakala kesenangan akhirat kekal abadi. hanya orang yang cetek akal saja memilih kesenangan dunia dan mengetepikan kesenangan akhirat.



perlu kita ketahui sebelum kita melakukan sebarang kataatan,ALLAH sudah terlebih dahulu mendahului dan mengingatkan kita. kalau ALLAH tak gerakkan kita untuk beramal,kita tidak akan beramal. ini bermakna ALLAH mendahului kita jangan sangka kita yang beramal,sebenarnya ALLAH menggerakkan kita beramal. sepatutnya kita bersyukur kerana ALLAH gerakkan kita beramal. oleh itu kita terpaksa mengharung kesusahan mencari ilmu akhirat serta mengamalkannya. kesusahan dalam hal akhirat adalah rahmat. dengan kesusahan ini ALLAH mengampun dan meninggikan darjat kita.



----> LULUS UJIAN <----


Firman ALLAH SWT yang bermaksud :

" Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga,padahal belum sampai kepada kamu ujian dan cubaan seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? mereka telah ditimpa kepapaan,kemusnahan harta benda dan serangan penyakit,serta digoncangkan oleh ancaman bahaya musuh,sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya : " Bilakah datangnya pertolongan ALLAH?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan ALLAH itu dekat asal kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama ALLAH."


(Al-Baqarah:214)


~mendapat kemenangan berupa Syurga~


Apabila hati mereka dapat berdiri teguh menghadapi ujian yang menggoncangkan ini,maka itulah terlaksananya keputusan ALLAH dan tiba pertolongan dari ALLAH.


Sayid Qutub berkata :


" kemenangan berupa syurga itu adalah disimpan untuk mereka yang wajar menerimanya dan tiada yang wajar menerimanya melainkan orang-orang yang sanggup berdiri teguh sehingga akhir. mereka sanggup teguh menghadapi kesusahan dan penderitaan,sanggup teguh menghadapi goncangan-goncangan dan mereka sanggup menghadapi rempuhan ribut badai."


mereka yakin bahawa tiada kemenangan melainkan kemenangan dari ALLAH dan sesuai dengan kehendak ALLAH. Apabila kesusahan dan penderitaan itu sampai ke puncaknya,maka mereka hanya mengharapkan pertolongan dari ALLAH sahaja bukannya mengharapkan sesuatu penyelesaian yang lain. bukan pula mengharapkan mana-mana pertolongan yang bukan datang dari ALLAH,kerana pertolongan yang sebenar itu datang dari ALLAH.


~sabar dab redha~


Ibnu al-Jauzi berkata :

"sesungguhnya dari kesukaran hidup yang terkena kepada ummah terdahulu membawa kepada terlewatnya kemenangan di samping tribulasi yang begitu mencabar dan sesungguhnya telah dinyatakan bahawa jalan ke syurga itu hanya dengan kesabaran yang tinggi dan kental."


----> MEMPERBANYAKKAN ZIKRULLAH <----


Firman ALLAH bermaksud :


"iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan zikrullah. ketahuilah,dengan zikrullah itu tenang tenteramlah hati manusia."


(ar-Ra'ad:28)


~melembutkan hati~


ingatkan ALLAH akan datang kepada seseorang ketika masa lapangnya. alangkah banyaknya masa lapang yang kita gunakan untuk berseorang diri apa lagi pada waktu akhir maam yang sunyi sepi. apabila kita ingatkan ALLAH,mengambil pengajaran dan iktibar daripada apa yang terjadi di sekeliling akan menjadi lembut hati dan dengan tidak disedari mengalir air mata membasahi pipi,semoga ALLAH mengampunkan segala dosa kesalahannya. ia kerana termasuk dalam golongan orang yang bakal mendapat bayangan teduh ALLAH pada hari kiamat nanti seperti disebut dalam hadis,


"...seorang yang mengingati ALLAH ketika sunyi lalu mengalir air matanya..."


perasaan sedih dan takut boleh menggoncangkan hati siapa saja di dunia ini,tetapi kita boleh mengubat kesedihan dan mengawal ketakutan itu jika kita masih hidup. bagaimana jika kita sudah mati??siapa yang akan menolong kita daripada seksaan perasaan sebegitu??




hanya amal mampu menjadi teman ketika takut dan sedih. mata yang membaca al-Quran,lidah yang berzikir,tangan yang bekerja kerana ALLAH dan kaki tegak kerana iman. semuanya menjadi cahaya di kegelapan kubur. di dalamnya ada pemandangan syurga ataupun neraka.



~wallahu'alam~

.::.~FADILAT berpuasa paDA BulaN RejaB~.::.



Bismillahirrahmanirrahim...


suka sekiranya ilmu yang kita perolehi dikongsi bersama. semoga kita semua mendapat rahmat dan kasih sayang daripada ALLAH. sama-samalah kita menjaga iman agar sentiasa tetap dijalanNya. berusaha mencapai sesuatu yang baik dan berfaedah,insyaALLAH..





* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).
* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
*Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.
*Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.
* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.
* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.
* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.
* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.
* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.
* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).

Berkata Saidina Ali:

* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.

Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.

Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti.

Sasiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.

Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali. Bulan Rejab bulan Allah.

Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka!

Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi danpetang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:

"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dan kebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau".(dari kitab Raudatul Ifkar)

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemulia! an bulan Rejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya. Demikianlah keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.





~~wallahu'alam

16 June 2011

.::.~ keLeBiHan Bulan RejaB ~.::.

Bismillahirrahmanirrahim

Sabda Rasulullah saw :
“Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya ALLAH memuliakankan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.”

Kehadiran bulan Rejab sebenarnya mengundang hikmah yang sungguh besar. Sebagai insane yang beriman kepada ALLAH SWT,seharusnya kita menyambutnya dengan penuh nada kesyukuran. Ini kerana kedatangan Rejab bermakna Ramadhan semakin hampir. Justeru itu, Rejab dianggap sebagai bulan menabur benih. Sya’aban pula sebagai bulan menyiram tanaman,manakala Ramadhan sebagai bulan untuk menuai hasil. insyaALLAH..



Sekiranya kemuliaan Ramadhan kerana Lailatul Qadar,Sya’aban dengan Nisfu Sya’aban namun keistimewaan bulan Rejab pula terserlah dengan peristiwa Israk dan Mikraj.



Kerana keagungan,kebesaran dan kemuliaan bulan Rejab itu,maka ALLAH melimpahkan rahmatNya,kemurahanNya dan kebajikanNya terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh pada bulan Rejab dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya. Demikianlah keistimewaan dan keagungan bulan Rejab yang juga dinamakan sebagai bulan ALLAH.



Semoga kita tidak mempersiakan bulan yang penuh barakah dam maghrifah ini..insyaALLAH..




~wallahu'alam~


15 June 2011

.::.~unTuK mujaHidkU~.::.



AKU CINTA ALLAH..



Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya…

Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya

Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa…

Tolong nasihati si dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa…

Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa…

Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan kedua ibu bapanya…

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga…

Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya…

Tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa…

Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta…

Tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerana santunnya…

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia…

Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya…

Tolong tegur si dia, bila nafsu mengawal fikirannya…

Tolong sedarkan si dia, aku milik Yang Esa…

Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga…

Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya…

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita belum terlaksana…

Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta…

Tolong sabarkan si dia, bina jarak menjadi penyebab bertambah rindunya…

Tolong pesan kepadanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya…

Tolong pesan kepadanya, aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya…

Tolong pesan kepadanya, aku membiarkan Yang Maha Esa menjaga dirinya…

Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakan dia…

Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya…

Tolong khabarkan pada si dia, aku sentiasa mendoakan kejayaannya…

Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga…

Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya…

Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa…

Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri






ps: tersentuh dengan setiap bait ayat-ayat tersebut. ana copy dan paste moga kita semua peroleh manfaat,insyaALLAH..






14 June 2011




Jangan dicampakkan kaca yang kau sangka tidak berharga, kerana

permata yang kau cari belum tentu bernilai buatmu.

Sesungguhnya engkau tidak mengetahui dan Allah lebih mengetahui segalanya.

Jalani hidup dengan penuh kesederhanaan, kerana tiada yang abadi melainkanNYA.

Muhasabah diri dan menerima ketentuanNya, kerana hanya ALLAH yang mengetahui apa yang terbaik buatmu.♥ ♥ ♥


11 June 2011

.::.~Nailah Al-Farafishah~.::.



- Cinta Seorang Isteri -




Dia seorang wanita yang cantik dan akhlaknya,isteri Khlifah Uthman bin Affan.Seorang isteri yang ikhlas,setia dan taat pada suami. Meskipun Nailah bukannya dari golongan wanita Quraisy,mempunyai ayah penganut agama nasrani namun dia tetap menonjol dari kalangan muslimah ketika itu.Ini disebabkan kelebihan kecantikkan,kebijaksanaan,kefasihan lidahnya serta kematangan fikirannya. Nailah hidup di rumah Khalifah Uthman dengan penuh penghormatan.Ketika pengepungan selama 50 hari,rumah Khalifah Uthman,org yg tidak berengang daripada Khalifah Uthman ialah Nailah.




Kaum pemberontak tidak henti-henti melempar rumah Khalifah dengan batu-batu dan panah.Tiga orang telah terbunuh.Meskipun Abdullah telah membuat perjanjian bertulis kepada orang ramai supaya jangan berbuat sesuatu terhadap Khalifah,namun masih ada dua orang yg melanggar perintah itu.Muhammad bin Abu Bakar yg mengetuai pembelotan itu. Ketika Muhammad dan seorang temannya melepaskan tali pagar rumah Khalifah dan memanjat dengan tali itu,Nailah menjenguk di tingkap sehingga terurai rambutnya yg ikal.Khalifah menegurnya"Nailah,tutuplah rambutmu itu dengan kain tudung,sesungguhnya rambutmu itu lebih besar nilainya padaku daripada nyawaku".Nailah sudah tidak mendengar kata-kata Khalifah,yg penting baginya ketika itu adalah melindungi suaminya. Kedua lelaki tersebut telah berada dihadapannya.



Lelaki pertama menghayunkan pedangnya pada Khalifah tetapi dengan pantas Nailah menahan dengan tangannya sehingga terputus jari-jari halusnya.Nailah menjerit kesakitan dan memanggil Rabah yang akhirnya membunuh lelaki tersebut.Kemudian datang Muhammad bin Abu Bakar,dia menghayun pedangnya dan Nailah menahannya lagi sehingga terhiris jari-jari tangan yang lain. Muhammad mencabut janggut Khalifah,memukul kepala dan menikamnya.Dia menyelar tubuh Khalifah dengan pedang sedangkan sewaktu itu beliau masih hidup. Apabila Muhammad Hendak memotong kepala Khalifah,badan Nailah sendiri yang menahannya bersama puteri Syibah.Mereka berdua ditolak lalu di pijak-pijak.



Sesudah pembunuhan itu,tidak seorg pun yang berani datang untuk memandi dan mengebumikan jenazah beliau.sehingga Nailah mengahntar utusan kepada Jubair bin Hizam dan Huwaitib bin Abd Uzza.mereka tidak berani mengebumikannya di waktu siang.Akhirnya mereka keluar antara Maghrib dan Isyak untuk menanam jenazah Khalifah.Nailah mendahului dengan membawa lampu kecil untuk menerangi malam. Berita kematian Khalifah tersebar luas. Dan peristiwa inilah yang membawa perselisihan antara Saidina Ali dan Muawiyah yang telah mengorbankan ratusan ribu nyawa umat islam. Nailah telah menghantar sepucuk surat kepada Muawiyah yang berbunyi "Jika dua golongan dari kaum itu berperang, hendaklah kamu damaikan antara keduanya. Dan jika yang satu dari keduanya melanggar perjanjian kepada yang lain, maka perangilah yang melanggarperjanjian itu sehingga mereka kembali kepada Allah". Nailah menghantar surat itu bersama pakaian Khalifah Uthman yang telah koyak dan berlumuran darah. Pada butang bajunya diikat segumpal janggut yang dicabut oleh Muhammad Bin Abu Bakar. Dia turut mengirimkan lima jari yang terpotong.



Walaupun telah beberapa lama kematian suami, kesedihan tetap menyelubungi hatinya. Kesedihan Nailah tidak pernah putus sehinggalah Muawiyah meminangnya. Nailah menolak dan mematah-matahkan giginya sehingga orang lain bertanya, "Mengapakah kamu mematah- matahkan gigi mu yang cantik itu?". Lalu Nailah menjawab, "Aku tidak mahu kesedihanku pada Uthman menjadi pudar sebagaimana pudarnya kain-kain buruk dan aku tidak mahu lelaki lain mengetahui apa yang ada pada diriku, sebagaimana diketahui oleh Uthman". Sebagai seorang sasterawan dan penyair, Dialah banyak mengubah sajah dan syair yang diabadikan buat suaminya. Dia menolak perkahwinan selepas perginya Saidina Uthman. Dia tetap setia meskipun selepas kematian Khalifah. Dialah wanita yang sanggup mengorbankan apa sahaja untuk perjuangan suaminya.





09 June 2011



Jika sendiri janganlah merasa sepi,ada ALLAH yang sedang mengawasi.


Jika sedih janganlah dipendam di hati, ada ALLAH tempat berbagi.


Jika susah janganlah merasa pilu, ada ALLAH tempat mengadu.


Jika gagal jangan berputus asa, ada ALLAH tempat meminta.


Jika bahagia janganlah menjadi lupa, ada ALLAH tempat memuja. Ingatlah ALLAH selalu,Serta ukirlah NamaNya dihatimu. ~ ♥ ~




06 June 2011

.::.~sanaH HelwaH~.::.



sahabat yang baik dapat menolong kita,bukan membinasakan kita.



kenangan 8 tahun lalu masih segar dalam lipatan sejarah dia. di situ dia mula mengenal manusia yang bernama sahabat. sekolah itu juga memberi banyak pengalaman buat dirinya. pengalaman berurusan dengan masyarakat dan orang sekeliling. dia seorang budak yang periang dan mudah tersenyum. tidak hairanlah dia mempunyai ramai teman. suatu malam di atas masjid, ada satu pengumuman. " kepada nama-nama yang disebutkan ini sila berkumpul di Anjung Bestari dan di minta mencari naqib dan naqibah masing-masing."...bla-bla dan satu persatu nama disebut.. dia mencari teman yang satu "usrah" dengannya.


di situ lah dia mula berkenalan dan mengenali sahabatnya itu dengan lebih dekat lagi. selesa dipanggil kak mah oleh teman seangkatan..kakak naqibah itu sangat baik dan mereka memanggilnya kak sarah. kak sarah merupakan pelajar Form 5 dan juga setiausaha BADAR pada tahun itu. mereka bersahabat dan selalu berusrah bersama. masa berganti masa tahun bertukar tahun..mereka masih lagi bersahabat dan merupakan satu "geng". tapi geng mereka adalah geng yang ramai. walau bagaimanapun,dia tetap bersahabat dengan kak mah,tetapi tak berapa rapat. mungkin kerana dorm,kelas yang berlainan menyebabkan mereka jarang bersama.. tetapi geng ini akan mula bersatu bila terdapat majlis-majlis yang melibatkan acara di dalam dewan. di situ terserlah geng-geng budak anti lelaki.


di kalangan mereka ada yang menjadi timbalan ketua pengawas,penolong ketua pengawas,pengawas-pengawas asrama,MT pengawas dan juga MT badar tak lupa jugak MT PSS. semestinya geng ini tak berapa nak di sukai oleh budak-budak yang bermasalah.. mungkin geng mereka diboikot terus.. kak mah berkawan baik dengan seorang pengawas asrama,nik nur syamimi dan disebabkan itu kak mah sering tidur dan lepak di dorm pengawas. dan di situ persahabatan antara dia dan kak mah mula mesra. selepas habis peperiksaan SPM,dan malam terakhir di asrama mereka berbual sehingga lewat malam.. keesokan paginya,kak mah menolong dia mengangkut barang-barang dari dorm untuk diletakkan di hadapan masjid. sejak itu hubungan antara mereka sangat rapat sampai sekarang.. setiap masalah dikongsi bersama,diluah bersama. moga hubungan persahabatan antara mereka akan terus berkekalan sehingga ke jannah..insya ALLAH.. ameen..





untuk kamu yang bernama sahabat, " SANAH HELWAH UKHTI NURNADZIMAH BT NADZIMUDDIN "


moga dirimu sentiasa memberi keceriaan kepada orang lain dan memberi manfaat kepada penduduk bumi serta seisinya.






04 June 2011

.::.~Tak ajaib tak juga peLik~.::.

Assalamualaikum...
Bismillahirrahmanirrahim...




‎♥ ''Life is not a problem to be solved but a mystery to be experienced" ♥




petang tadi ana dan seorang sahabat pergi ke majlis kenduri perkahwinan kakak kepada teman baik kami di kampus. perjalanan dari rumah menuju ke sana mengambil masa kira-kira 1 jam lebih dari Kota Bharu menuju ke Kemahang,Tanah Merah. sebelum sampai ke rumah pengantin,kami singgah di kedai untuk membeli hadiah untuk pengantin.




ana berasa tak selesa bila ada manusia yang memandang kami seakan pelik dan ajaib. mungkin kerana kami berjubah dan bertudung labuh. benar-benar tak selesa bila mengalami situasi ini. adakah orang yang bertudung labuh atau berjubah dianggap pelik?? situasi yang selalu berlaku apabila keluar ke tempat awam. bukan ana sahaja,malah mereka yang bertudung labuh sering di pandang pelik oleh mereka-mereka di luar sana. ada yang berkata bertudung labuh nie tak semestinya baik. anda di luar sana,kami juga makhluk yang sama macam kalian,yang mempunyai iman naik dan turun.ada masa kami juga khilaf dan kami juga tidak sempurna macam kalian. tapi percayalah, bukan pakaian luaran yang dapat menilai segalanya. baik luaran tak semestinya dalaman juga baik,tapi bukankah kita sedang mencuba untuk menyeimbangkan antara dalaman dan juga luaran supaya kedua-duanya kelihatan sempurna di sisi ALLAH. insyaALLAH..




mereka yang berpakaian menutup aurat dianggap pelik sedangkan mereka yang mendedahkan aurat dianggap biasa..ALLAHUKBAR,dunia penuh dengan tipu daya muslihat durjana..pernah seorang teman mengadu kepada ana tentang permasalahan pakaiannya. katanya dia cuba untuk berubah dan mahu mengubah keterampilannya. tak mahu lagi berpakaian ketat dan singkat. Alhamdulillah ana bersyukur kerana ALLAH telah memberinya hidayah. dan dia cuba berubah secara perlahan demi perlahan. nah,betapa hebatnya kuasa ALLAH,DIA yang berhak memberi hidayah kepada setiap hambaNya. bila ALLAH memberikan kita hidayah,jangan cuba untuk menolaknya,kerana hidayah itu milik ALLAH.




ana sangat berharap agar mereka yang satu kaum dengan ana,kaum hawa jagalah perhiasan diri kita kerana seindah hiasan adalah wanita yang solehah,yang sentiasa punyai sifat malu dalam diri bukan secara senang-senangnya mempamerkan dan mempertontonkan bentuk badan pada yang tidak selayaknya.






Ya Allah, aku bersyukur pada-Mu
Bersyukur atas nikmat yang Kau berikan padaku
Kau pelihara diriku,imanku dan agamaku
Ketika diriku sedang leka dengan dosa pada-Mu
Ketika diriku leka dengan keindahan yang sementara itu.



Ameen.





~wallahu'alam~




02 June 2011





Sigma : Istikharah Cinta





Bersaksi Cinta Diatas Cinta
Dalam Alunan Tasbih Ku Ini
Menerka Hati Yang Tersembunyi
Berteman Di Malam Sunyi Penuh Do'a


Sebut Nama Mu Terukir Merdu
Tertulis Dalam Sajadah Cinta
Tetapkan Pilihan Sebagai Teman
Kekal Abadi Hingga Akhir Zaman


Istikharah Cinta Memanggilku
Memohon Petunjuk-Mu
Satu Nama Teman Setia
Naluriku Berkata


Dipenantian Luahan Rasa
Teguh Satu Pilihan
Pemenuh Separuh Nafasku
Dalam Mahabbah Rindu


Di Istikharah Cinta..




01 June 2011


‎"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu. Bukan juga yg paling soleh dlm kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sedikilah orang yang akan memberi peringatan.

(imam Hassan al-Basri)



" sesiapa yang ALLAH ingin kurniakan kebaikan



kepadanya nescaya ALLAH mengurniakan



kepadanya seorang teman setia yang salih,


jika sekiranya ia terlupa atau lalai



ia menolong memberi peringatan



dan apabila temannya itu memperingatkannya



ia akan menolongnya"