30 April 2011

.::..~La Takhof wala Tahzan~.::.




Jangan Bersedih...Cinta ALLAH dan Rasulullah Menjamin Kebahagiaan
Jangan Bersedih...Redha Dengan Anugerah Allah Membuat Anda kaya di Dunia

Jangan Bersedih...Allah Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat serta Rahmatnya yang Maha Luas

Jangan Bersedih...Semata-mata disebabkan Anda Berbeza dengan Orang lain kerana setiap kejadian Allah itu ada kelebihan tersendiri

Jangan Bersedih...Bila Disakiti, Dicela, Direndahkan atau Dizalimi kerana setiap perkara yang berlaku adalah dugaan dari Yang Maha Esa

Jangan Bersedih Sesungguhnya Setelah Kesusahan Akan Ada Kemudahan

Jangan Bersedih...Kerana Kesedihan Anda akan Membuat Musuh Anda Gembira

Jangan Bersedih...Atas Perilaku Manusia Terhadapmu Tetapi Perhatikanlah Perilaku Mereka Terhadap Allah

Jangan Bersedih...Allah Tidak Akan Mensia-siakan Pengorbananmu dan setiap perkara yang baik mahupun buruk ada hikmahnya

Jangan Bersedih, Dunia ini Terlalu Hina Untuk Ditangisi

(^_^ )

.::.~keRana waNiTa iTu.....~.::.

Allah berfirman:





“Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan.”





“Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya.”





“Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.”








“Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan,bahkan




ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya.”








“Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya.”








“Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah sakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu.”








“Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.”








“Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya,kerana itulah hatinya,tempat dimana cinta itu ada.”




~wallahu'alam~

27 April 2011










"Dalam menyukai seseorang, ingatlah segala
perbuatan yang melalaikan dan menjauhkan hati dari Allah,






selagi belum berkahwin, ianya adalah haram.






Tapi, yang haram itu sekejap cuma. Lepas kahwin, halallah...



jadi kena kuat dan sabar.."






(teringat akan kata-kata ini,syukran ukhti)






put your trust in ALLAH. DIA lah sebaik-baik perancang..




26 April 2011

.::.~Indahnya Epal itu~.::.









ukhwah doesn't always need togetheress,




doesn't need everyday conversation,



as long as the friendship live in the du'aa,




it remains abadan abada..








ALLAH yang mempersatukan hati mereka yang beriman,





walaupun kamu membelanjakan semua kekayaan




yang berada di bumi,nescaya kamu tidak dapat mempersatukan





hati mereka, akan tetapi ALLAH lah yang mempersatukannya.




(surah Al-Anfal :63)









syukur alhamdulillah,segala kerja dan urusan dipermudahkan ALLAH. walaupun penat,tapi hati sangat senang dan gembira. terima kasih kepada mereka yang terlibat dalam menjayakan majlis tadi. terima kasih untuk segala kebaikan dan pertolongan kalian,hanya ALLAH yang mampu membalasnya.





selesai majlis,keluar dating pula dengan sahabat..dari Kubang Kerian ke Kuala Krai..selepas itu dari Kuala Krai pula ke Kubang Kerian dan ke Kadok. badan terasa sangat penat,tapi perasaan melebihi segala-galanya. terima kasih sahabat untuk hari ini :)




mempunyai sahabat macam dia sentiasa membuat ana gelak,tak kira la tyme rasa sedih,tapi boleh ajer tersenyum.. bak katanya " tolonglah utamakan kepentingan diri dulu sebelum nak mengutamakan kepentingan orang lain,jangan terlalu baik sehingga orang mudah untuk menindas." terima kasih atas peringatan itu sahabat.. terfikir 'aku pernah ditindas ker??'




sampai di rumah, kami bersembang dengan puan bonda.. masa duk makan-makan tu,sahabat ana mencelah, "ma,tie boleh kahwin doh ni. tgok ko ma pun tok sabar doh nak dapat cucu," ana tersentap tiba-tiba.terus berhenti makan..apa kena lah sahabat aku sorang nie,agak-agak la nak cakap pun.depan mama aku tuu.. takut denn. nasib baik puan bonda sengeh jer. terima kasih ma sebab tak ambik kisah apa yang dia cakap.. mungkin sebab tyme tu puan bonda duk pegang baby makcik ana. dan ayat tu secara tiba-tiba keluar daripada mulut sahabat. nikah kahwin kita tak usah bicarakan lagi yer,belum sampai masanya lagi. noktah untuk itu.





teringat pula mesej yang ana terima daripada seorang sahabat watan,








"wanita ibarat epal. epal yang tidak berkualiti amat mudah





diperolehi kerana ia berguguran di tanah.




tapi epal yang tidak mampu dibeli berada di puncak.







susah dipetik,susah digapai.





kadang-kadang epal itu risau,kenapa diriku belu dipetik.





lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri






menyembah tanah. sedang ia sebenarnya telah ALLAH





jadikan begitu tinggi martabatnya sehingga tiada sesiapa






yang berani memetiknya.






hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu.






mungkin bukan di dunia tapi di akhirat.





biarlah jodoh bukan di dunia





asal cinta Ilahi mengiringi"






subhanallah,sungguh mendalam maksud yang tersirat itu dan penuh dengan pengertian..










takut untuk meletakkan harapan yang tinggi andai suatu saat nanti bisa melukakan hati. dan jangan pernah menaruh apa-apa pengharapan jika diri malas berusaha. kerana usaha itu asas kejayaan..hehhe



nota:



terima kasih kepada dia kerana sudi berdating secara halal dengan ana. semoga ukhwah yang terbina ini akan terus mekar selamanya dihearty. lurve dis moment :)






nurfaten asilalatin ghazali,



26 April.









when ALLAH takes something away from your hands. HE is not punishing you,



bur merely emptying your hand for you to receive something better.









~wallahu'alam~






25 April 2011

.::.~seDeTik cUma~.::.

ASSALAMUALAIKUM..

Bismillahirrahmanirrahim...



alhamdulillah,akhirnya berjaya juga ana menghabiskan masa selama 16 minggu bekerja di USM,Kubang Kerian..bekerja dalam bergelar seorang pelajar adalah sangat seronok..


syukur alhamdulillah kerana sepanjang berpraktikal di sini segala urusan berjalan dengan lancar.


segala kerja buat dapat disempurnakan dengan jayanya..cewahhh,mentang-mentang laa dah habis... :)


minggu nie adalah minggu terakhir ana di sini,di bumi USM..padahal minggu nie dah habis,tapi disebabkan ada sedikit masalah,maka ana harus settle kan sebelum meninggalkan tempat ini. sepanjang berada di sini,pelbagai suka duka yang dilalui.termasuk kemalangan..hurm,padah apabila tidak berhati-hati..sendiri mau ingat laa.




Alhamdulillah,di sini ana berkenalan dengan ramai orang yang mempunyai pelbagai watak. hehhe..watak manusia di pentas lakonan dunia. dan di sini jugak ukhwah antara kami bertaut.. antara ana dan si dia-dia..ish,pelik jer bunyi.. antara kami,kan senang.




kisah antara ana,arina,nafisah,kak ema,kak ros dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung..antara watak utama dan watak sampingan.. mereka adalah saudara yang sangat baik dan penyanyang..terima kasih Ya ALLAH kerana mempertemukan hati-hati kami di sini walaupun hanya sebentar cuma,tapi kenangan antara kami akan menjadi sejarah selamanya. insyaALLAH.. kak ema dan kak ros adalah staf di Jabatan Pembangunan. rina dan ewpi adalah pelajar macam ana.. sepanjang berada di sini,mereka bukan sekadar teman,tetapi lebih daripada itu. segala masalah kami cuba untuk menyelesaikan bersama. dan benar,sakit mereka adalah sakit ana juga,luka mereka adalah luka ana juga..




pelbagai kenangan yang kami lakarkan sepanjang tempoh 4 bulan bersama. baik sedih mahupun duka. kenangan yang tak mungkin kita lupakan..teringat pula pada lagu BINGKISAN RINDU. ALLAHUAKBAR,sayu nya rasa hati untuk berpisah dengan mereka ini. tapi setiap pertemuan,ada perpisahannya..insyaALLAH,perpisahan ini bukan bererti kami terputus hubungan..kerana kami punyai satu hati yang bertaut pada cintaNYA.




(kenangan antara aku dan kamu)



(kak ros,kak ema,ewpi dan rina)


Perjalanan kita masih jauh
Jalanan berliku akan kita tempuh
Imbaslah kenangan semalam jadi azimat
Penguat semangat menempuh masa hadapan
Harapan ku kau kan bahagia selalu



23 April 2011

.::.~hadirku keranaNYA~.::.

" Hai manusia,sesungguhnya janji ALLAH adalah benar,maka sekali-kali janganlah kehidupan dunia memperdayakan kamu dan sekali-kali janganlah orang yang pandai menipu,memperdayakan kamu tentang ALLAH."

(surah Faathir : 5)


" maka bersabarlah kamu,kerana sesungguhnya janji ALLAH itu benar,dan mohonlah ampunan untuk dosamu dan bertasbihlah serta memuji Tuhanmu pada waktu pagi dan petang."

(surah al-Mu'min : 55 )


MANUSIA KAYA DENGAN

KELEMAHAN,SEBAGAIMANA

KAYA JUGA DENGAN

KEINGINAN DAN KEMAHUAN.


mohon maaf kepada semua yang terlibat atas segala kekhilafan diri. terlalu banyak penyampaian yang begitu mengelirukan dan mengundang fitnah. ana tahu kalian mahukan yang terbaik buat diri ini,tapi tolong lah untuk memahami. apa pun ana mengharapkan doa daripada sahabat untuk segala kebaikan. insyaALLAH,suatu saat nanti pengkhabaran yang gembira akan ana sampaikan jika ia berlaku atas izin ALLAH..



nota hati:

diamku bukan membisu,bukan jua membenarkan dengan setiap apa yang berlaku. cuma diamku untuk menjaga hati dan perasaan mereka yang terlibat. usah dibenarkan apa yang silap kerana ia boleh menyiksa batinku.. hati menangis,meraung tapi hati tetap tidak keseorangan kerana DIA sentiasa ada.DIA Maha Mengetahui segalanya.


~wallahu'alam~

22 April 2011

.::.~mOga bErLaLu pErgi~.::.



Assalamualaikum...



Bismillahirrahmanirrahim...






Dengan nama ALLAH yang tiada Tuhan melainkan Dia yang pemurah lagi penyayang.



Ya ALLAH,hapuskanlah daripada aku akan kesusahan dan kedukaan..






Ampunilah dosa-dosa yang telah aku dahulukan dan yang aku kemudiankan dan yang aku rahsiakan dan yang aku lahirkan dan dosa keterlaluanku.



Dan juga apa yang telah Engkau lebih mengetahuinya daripadaku,Engkaulah yang dahulu dan Engkau juga yang kemudian,Tiada Tuhan melainkan Engkau.






Ya ALLAH,aku berlindung denganMu dari azab Neraka Jahanam dan dari azab kubur dan dari fitnah hidup dan fitnah mati dan dari fitnah Masih Dajjal.






Ya ALLAH,sesungguhnya aku telah melakukan kezaliman ke atas diriku sebagai kezaliman yang banyak. dan tidak ada orang yang dapat mengampunkan dosa-dosa melainkan Engkau,maka ampunilah bagiku sebagai keampunan dari sisiMu dan kasihanilah akan daku,sesungguhnya Engkau pengampun lagi penyayang.






20 April 2011

.::.~boLehKAh???~.::.




mahu menggapai pelangi itu!!!!

mahu menerjah awan!!!!






mahu kembali ke masa silam!!!





mahu berada di bulan!!!







mahu menuju ke masa depan!!!




tapi,,,bolehkah semua itu dicapai????... yang tersirat sukar ditafsirkan,yang tersurat ada didepan mata tapi tak tercapai... hanya kepada DIA tempat bergantung harap.. DIA mengetahui segala isi hatiku dan aku tidak memerlukan yang lain,cukuplah ALLAH bagiku..






" kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu,dan kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu. ALLAH mengetahu sedang tidak kamu ketahui."






.::.~Selamat hari lahir mama~.::.



Assalamualaikum...






Bismillahirrahmanirrahim..






ALHAMDULILLAH,terima kasih Ya ALLAH kerana Kau masih lagi memberi peluang untuk aku punyai seorang ibu yang sangat menyayangi diri ini.. Kau masih lagi memanjangkan umurnya agar ibuku tetap bersamaku dalam suka dan duka. Kau masih lagi memberi peluang untuk aku menatap wajah ibuku tersayang.sungguh besar nikmat Mu wahai sang Pencipta.














hari ini 20 APRIL,maka genaplah usia 48 tahun buat puan bondaku tersayang.. moga ALLAH sentiasa merahmati hidup mama...moga anak mama yang nakal ini tidak akan melukakan hati mama,tidak akan menjadi anak yang degil lagi... anak mama yang sangat manja ini sangat menyayangi mama dengan sesungguhnya..






I LOVE U MA :)


selamat hari lahir buat puan bonda tercinta < " >










18 April 2011

.::.~jEnis OranG ISLAM yaNg keJaM~.::.

Assalamualaikum... Bismillahirrahmanirrahim.. ana ingin berkongsi sedikit ilmu dengan sahabat sekalian tentang 10 jenis orang Islam yang kejam..sound macam menarik jer kan...kejam???kejam macam mana tu??diorang membunuh ker??merompakkah??merogolkah?? lebih daripada itu sebenarnya,cuma antara sedar dan tak sedar jer.. sekejam mana mereke itu?? kalau nak tahu,kena baca post ini sampai habis la..


10 jENIs ORANg ISLAM yaNG kEjaM


1) Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri,dan tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukmin.


2) seorang yang pandai baca Al-Quran,tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat.


3) seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat.


4) seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.


5) seorang yang sampai di sebuah kota pada hari Jumaat kemudian tidak sembahyang jemaah.


6) seorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang alim,tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.


7) dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawan itu.


8) seorang yang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang.


9) pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.


10)seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar,tetapi tidak diberi dari makanannya itu.







masya ALLAH,begitu halus kekejaman yang melanda tanpa kita sedar. semoga kita berubah dan sedar akan keadaan ini.. ayuh sahabat,kita cuba untuk saling melengkapi antara satu sama lain,jangan pernah sikap sombong diri dan ego menguasai kita..buang jauh-jauh sikap mementingkan diri itu agar perjalanan kita diredhai ALLAH..



"dan juga orang-orang yang membelanjakan hartanya dengan menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak) dan mereka tidak pula beriman kepada ALLAH dan juga tidak beriman kepada hari akhirat dan sesiapa yang mengambil syaitan menjadi kawannya,maka seburuk-buruk kawan adalah syaitan."


(an-Nisa : 38)

" perbandingan hal mereka (golongan yang munafik itu) samalah seperti orang yang menyalakan api,apabila api itu menerangi sekelilingnya,(tiba-tiba) ALLAH hilangkan cahaya yang menerangi mereka dan dibiarkan mereka dalam gelap-gelita,tidak dapat melihat sesuatu pun."


(al-Baqarah :17)



"barang siapa yang melakukan kebaikan walau sebesar zarah,akan dilihatnya balasan kebaikan itu. tetapi sesiapa melakukan kejahatan meskipun sebesar zarah akan dilihat balasan kejahatannya itu."


(al-Zalzalal :7-8)




~wallahu'alam~

.::.~The names oF ALLAH~.::.


Dengan nama ALLAH yang Maha Menyembuhkan,

Dengan nama ALLAH yang Maha Sempurna,

Dengan nama ALLAH yang Maha Menyihatkan,

Dengan nama ALLAH yang Maha Menyempurnakan,

Dengan nama ALLAH yang memiliki langit dan bumi,

Dengan nama ALLAH yang tidak memberi mudarat sesuatu di bumi juga di langit

dan DIA Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.


16 April 2011

.::.~kErana aku seOrang haMba~.::.

ALLAH tidak pernah berjanji bahawa langit selamanya akan berwarna biru,

bunga selamanya akan mekar kepada satu arah tertentu,matahari akan selalu bersinar tanpa hujan,kesenangan akan datang tanpa penderitaan..


tetapi ALLAH berjanji bahawa ada kekuatan yang datang setiap hari,istirehat bagi yang bekerja,cahaya bagi yang berjalan di jalanNYA.


kebahagiaan akan datang sesudah banyaknya dugaan dan rintangan,bantuanNYA akan datang secara berterusan. Dia akan terus mengasihi kita tanpa henti. cintaNYA akan kekal abadi.


kita hanya mampu memohon kepada ALLAH supaya DIA mengizinkan kita ketawa,jangan biarkan kita lupa bahawa kita pernah menangis sebelum mendapatkannya. tidak ada satu masalah pun terjadi atas izin ALLAH,semuanya ada dalam genggaman ALLAH

15 April 2011

.::.~Aku ingin MencintaiMu~.::.

" hai jiwa yang tenang,kembalilah kepada Rabbmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya"


(al Fajr : 27-28)


insyaALLAH..semoga perjalanan hidup diredhai ALLAH..


"Barang siapa ingin mendapatkan manisnya iman, maka hendaklah ia

mencintai orang lain kerana ALLAH"


dan ana juga mencintai kalian kerana ALLAH wahai sahabat-sahabtku..


sumber cinta yang datang dari Allah akan meletakkan ALLAh yang paling utama. bila berlaku pertembungan antara cinta ALLAH dengan cinta pada makhluk,maka cinta ALLAH dimenangkan.sungguh hebat bila semuanya adalah kerana ALLAH..dengan sendirinya yang lain menjadi kecil..


cinta yang datang dari ALLAH menyebabkan seseorang cukup takut untuk melanggar perintah ALLAH yang kecil,apalagi yang besar. seseorang yang sudah dapat mencintai ALLAH, cinta yang lain-lain menjadi kecil dan rendah padanya.

~wallahu'alam

14 April 2011

.::.~keRana sakit iTu NikMaT~.::.


Assalamualaikum...


Bismillahirrahmanirrahim..


agak lama tidak menulis diruangan ini..keadaan yang terbatas dan juga faktor kesihatan yang semakin lemah...insyaALLAH,moga kelemahan akan diganti dengan ketabahan.ameen.. dua hari dapat MC kerana tak larat untuk ke tempat praktikal,alhamdulillah ada puan bonda disisi. encik abah ke Besut mengikuti kursus..


semalam sakit kepala yang teramat,sehingga tak sedar air mata mengalir..mungkin sangat tak tahan.seolah-olah macam nak hentak kepala ke dinding..alhamdulillah,bagun subuh pagi tadi rasa lega..biasa tak tidur lepas subuh dan kalut untuk ke tempat praktikal,tapi pagi tadi minta kebenaran dengan puan bonda nak tido sekejap..sekejap la sangat...agak lama la jugak.. tersedar dengan bunyi msg masuk dari sahabat.. nadzimah nadzimuddin... tergelak pun ada bila sahabat ana merajuk kerana tak dapat nak buka blog ana..maaf untuk itu,ana private untuk beberapa ketika..


tengah hari tadi dapat mesej pulak daripada hosmate terchenta,tuan sofia syarmimi.. "awop...awop sy sayang awop"... sangat lucu pulak rasanyer.. terhibur :) saya pun sayang awak jugak.. dalam keadaan badan yang tak sihat,rasa sangat dihargai bila ada yang mengingati..terima kasih jugak kepada adik ana,ewpi dan rina kerana concerned perihal diri ini.


antara petikan yang dapat ana ambil menerusi buku solusi,


sesungguhnya mensyukuri nikmat itu suatu kewajipan ke atas orang yang beriman. manakala kesihatan merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan ALLAH kepada seorang hamba. namun kenikmatan itu hanya dapat diukur oleh orang yang sedang sakit. manusia dapat manilai erti kesihatan hanya apabila nikmat tersebut hilang. bilamana sakit menimpa,maka sakali gus ia telah melenyapkan kebahagiaan.



Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud,


"ada dua nikmat yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia iaitu kesihatan dan masa lapang."


orang yang beriman apabila ditimpa musibah penyakit ia akan tetap berzikir kepada ALLAH,bersyukur,bersabar dan mengharapkan ganjaran pahala.


Rasulullah s.a.w ada bersabda lagi yang bermaksud,


"sungguh ajaib keadaan orang Mukmin. seluruh keadaan pasti menjadi baik. dan ia tidak dimiliki oleh sesiapa pun melainkan orang beriman. apabila ia memperoleh kenikmatan,ia akan bersyukur,maka kesenangan itu akan menjadi kebaikan buat dirinya. apabila ia menimpa musibah,ia akan bersabar dan musibah itu akan menjadi kebaikan buat dirinya."


selain penyakit dapat dapat menghapuskan dosa-dosa,ia juga dapat mengangkat darjat seseorang di sisi ALLAH.


"SESUNGGUHNYA BALASAN PAHALA YANG BESAR DIPEROLEH MELALUI UJIAN YANG BESAR. KALAU ALLAH MENCINTAI SESEORANG,PASTI ALLAH AKAN MEMBERIKAN UJIAN KEPADANYA. SESIAPA YANG REDHA MENERIMA UJIAN ALLAH,MAKA BAGINYA KEREDHAAN-NYA. DAN SESIAPA YANG KECEWA MENERIMANYA,NESCAYA IA AKAN MENERIMA KEMURKAAN-NYA."


~wallahu'alam~