31 January 2011

.::.~indahNya SyUrGa~.::.


* Nilai dunia dibanding syurga: Firman Allah SWT dalam Surah An-Nisa' : 77 yang ertinya : 'Kesenangan di dunia ini hanya sebentar dan akhirat itu lebih baik untuk orang-orang yang bertaqwa dan kamu tidak akan dianiaya sedikitpun.'

Rasulullah SAW bersabda : 'Tidaklah dunia ini dibanding kenikmatan akhirat kecuali seperti salah seorang diantaramu yang mencelupkan jarinya ke dalam air laut, maka lihatlah berapa banyak air yang ada di jarinya.' (HR. Muslim).

* Keindahannya

Rasulullah SAW pernah menjelaskan keindahan syurga diantaranya adalah : 'Batu batanya dari emas dan perak, perekat (batu-batu) nya berupa misik harum, kerikilnya berupa permata dan yakut dan tanahnya dari za'faran. Barangsiapa memasukinya akan mendapatkan kenikmatan dan tidak pernah celaka, kekal tidak mati, pakaiannya tidak akan usang dan selalu awet muda.' (Hadits shahih riwayat Ahmad, dan Tirmidzi).

* Makanan, minuman dan pakaian penghuninya.

-Firman Allah SWT dalam Surah Al-Waqi'ah : 20 - 21 yang ertinya : 'Dan buah-buahan dari apa yang mereka pilih, dan daging burung dari apa yang mereka inginkan.'

Dalam Surah Al-Insan : 5 yang ertinya : 'Sesungguhnya orang-orang yang berbuat kebajikan minum dari gelas (berisi minuman) yang campurannya adalah air kafur.'

Juga dalam Surah Al-Insan : 21 yang ertinya : 'Mereka memakai pakaian sutera halus yang hijau dan sutera tebal dan dipakaikan kepada mereka gelang terbuat dari perak, dan Rabb memberikan kepada mereka minuman yang bersih.'

* Bidadari

-Firman Allah dalam Surah Ad-Dukhan : 54 yang ertinya : 'Demikianlah. Dan Kami berikan kepada mereka bidadari.'

-Allah SWT, dalam Surah Ar-Rahmaan juga mensifati mereka dengan cantik dan jelita, putih bersih dipingit dalam rumah, dan belum pernah tersentuh oleh jin maupun manusia (ayat 65 - 69).

Rasulullah SAW juga bersabda : 'Jika wanita penghuni syurga turun ke dunia ini, tentu antara langit dan bumi ini akan bersinar, dan bau harumnya akan bersenar memenuhinya dan mahkota di kepalanya lebih baik daripada dunia dan seisinya.' (HR. Bukhari).

30 January 2011

.::.~kiSah Sultan Muhammad Al Fateh~.::.


“Tidaklah kami pernah melihat ataupun mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad al-Fateh sudah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad al-Fateh dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander The Great!”- Ahli Sejarah Byzantine

Sultan Muhamad al-Fateh dilahirkan pada 27 Rajab 835 Hijrah bersamaan 29 Mac 1432 M dan meninggal dunia pada 3 Mei 1481.
Ketika berumur 19 tahun beliau menaiki takhta menggantikan ayahnya Sultan Murad. Baginda menjadikan Adrianopel (Adana) pusat pemerintahan dan ibu kotanya bagi memudahkan cita-citanya menawan Konstantinopel. Dan ketika berusia 21 tahun Sultan Muhamad al Fateh berjaya menakluk Konstantinopel pada 29 Mei 1453 bersamaan 20 jamadil awal 857 hijrah.

Kota Konstantinopel yang kini dinamakan Istanbul (Islam keseluruhannya), terletak di sempadan antara benua Eropah dengan Asia. Ia dihubungkan oleh Selat Bosphorus. Sebelum itu Kota Konstantinopel pernah cuba ditakluk oleh bangsa Gothik, Parsi, Bulgaria dan Rusia tetapi tidak berjaya. Umat Islam berusaha menawan kota tersebut kerana percaya dengan hadis Rasulullah SAW yang mengatakan Konstantinopel akan ditawan oleh orang Islam.

Setelah lebih 800 tahun hadis itu diucapkan oleh Rasulullah SAW barulah menjadi kenyataan. Seorang sahabat Rasulullah SAW bernama Abu Ayyub Al-Anshari RA gugur syahid lalu dikebumikan di sisi benteng Konstantinopel.

Sultan Muhammad al-Fateh sejak dalam buaian lagi sudah diisyaratkan bakal mencipta sejarah oleh seorang alim, Syeikh Syamsuddin Al Wali. Beliau pernah berkata kepada Sultan Murad (ayah kepada Muhammad al-Fateh):

“Wahai Sultan Murad, bukan tuanku yang akan membebaskan kota konstantinopel, tetapi anak yang dalam buaian itu,” sambil menunjuk Muhammad al-Fateh yang masih di dalam buaian.

Sejak itu Muhammad al-Fateh dilatih hidup sederhana, dididik dengan ilmu agama dan ilmu peperangan. Beliau membesar sebagai pemuda yang tampan. Bentuk badannya tegap, kuat dan tinggi. Pipinya putih kemerah-merahan dan hidungnya mancung.

Beliau mula menaiki takhta ketika umurnya 19 tahun. Di kala itu baginda sudah begitu arif dengan tipu helah musuh. Pernah Maharaja Konstantinopel mengirim guru-guru terbaik untuk mendidiknya tentang adab dan adat istiadat kehidupan raja-raja, tetapi beliau menolaknya lalu menyuruh guru-guru tersebut pulang.

Kemudian baginda membina benteng yang dinamakan Rumeli Hisarri yang bermaksud benteng orang-orang Rom. Baginda sendiri membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulama-ulama dan menteri-menteri terpaksa ikut serta.

Sultan Muhamad al-Fateh menukar nama Kota Konstantinopel kepada Istanbul lalu menjadikan ibu kotanya. Kemudian beliau menakluk Serbia pada tahun 1460 dan Bosnia pada tahun 1462. Seterusnya Sultan Muhamad al Fateh menakluk Italia, Hungari, dan Jerman. Ketika berada dikemuncak kegemilangannya, Sultan Muhamad al Fateh memerintah 25 buah negeri. Kemudian dia membuat persiapan menakluk Rhodesia tetapi meninggal dunia kerana diracun oleh seorang Yahudi bernama Maesto Jakopa

Sultan Muhammad Al Fateh yang dilahirkan pada 29 Mac 1432 itu telah meninggal dunia pada 3 Mei 1481 ketika berusia 49 tahun.
~wallahu'alam~

.::.~moGa maTiku SyaHid di JaLanMU~.::.

Sesungguhnya Engkau tahu
bahwa hati ini telah berpadu
berhimpun dalam naungan cintaMu
bertemu dalam ketaatan
bersatu dalam perjuangan
menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
kekalkanlah cintanya
tunjukilah jalan-jalannya
terangilah dengan cahayamu
yang tiada pernah padam
Ya Rabbi bimbinglah kami

Lapangkanlah dada kami
dengan karunia iman
dan indahnya tawakal padaMu
hidupkan dengan ma'rifatMu
matikan dalam syahid di jalan Mu
Engkaulah pelindung dan pembela

.::.~AlhaMduLiLLah~.::.


alhamdulillah,sahabat ana dah selamat sampai ke malaysia dan kelantan..syukur.. walaupun keadaan gentir di kaherah,mesir dan pelajar malaysia dinasihatkan untuk tidak keluar rumah kerana keadaan tidak selamat..alhamdulillah,syukur ALLAH telah memudahkan segala urusan.
seawal jam 3 pagi msg dari sahabat mengatakan beliau telah selamat sampai ke kelantan,rasa bimbang telah berlalu pergi dan diganti rasa syukur,rasa rindu,rasa gembira menguasai diri..insya ALLAH pasti kita bertemu nanti..(nurfadhleen binti nordin)
nota: rasa rindu untuk bertemu sahabat,insya ALLAH moga dipermudahkan..
(adilin,mat leng,nik,fizah,along,nana,sue,shikin,amalina,aisyah,imah,kinah,ayu,jihah,ijat,amnah,mira)
(kak intan,kak arh,as,a'da,waniey,fiza,bie,kak faridah,kak fad,sarah,mai,kak waheed,kak syida,kak mizah,kak arin,kak shaa,kak syah,zafirah)


.::.~AllahuakBar~.::.










.::.~keNapa?~.::.

24 January 2011

.::.~kaSiH si IbU~.::.




Assalamualaikum ;)
pagi tadi semasa ana dalam perjalanan ke tempat kerja(erkkk... LI),sempat jugak ana dengar satu tazkirah pagi dalam radio..tazkirah yang ringkas mungkin tapi isinya padat dan berkesan..
insyaALLAH,yang baik itu kita jadikan contoh..
ceritanya begini,
sepasang suami isteri yang dah lama berkahwin dan teringin sangat untuk mempunyai cahaya mata,dan ditakdirkan ALLAH,si isteri telah hamil..apabila di scan,ternyata jantina anak ialah lelaki. apa lagi,bukan main suka dan seronok la pasangan ini. segala persiapan untuk kelahiran bayi mereka telah lengkap diatur dan disusun dengan sempurna. bukan sahaja dari awal kelahiran,malah sehingga bayi tersebut berumur 6 bulan,segala kelengkapan telah siap tersedia. nampak tak sahabat-sahabat betapa mereka benar-benar gembira dan bersyukur dengan kurniaan dan anugerah dari ALLAH untuk mereka. masa yang ditunggu telah tiba,dan alhamdulillah bayi lelaki mereka selamat dilahirkan dengan sempurna. beberapa tahun menyusul jua,dan tingkah laku si anak tadi benar-benar mengecewakan ibubapanya. cuba sahabat-sahabat bayangkan mana tak sakit dan marah hati si ibu apabila setiap kali rumah mereka di kemas,si anak akan cuba untuk menyelerakkan barang-barang dan alatan rumah,bukan itu sahaja malah si anak juga turut menggunting kertas surat khabar atau mana-mana kertas sehingga menjadi longgokan gunung(ibarat). si ibu dan bapa sudah habis berikhtiar agar tingkah laku si anak berubah..tapi ternyata gagal..allahuakbar,betapa sedih dan hiba hati ibubapa itu,cuba sahabat bayang kan sekiranya kita yag berada ditempat mereka..sedih bukan?? suatu hari,tahap kemarahan si ibu sudah mencapai tahap air yang mendidih apabila si anak mengoyakkan gambar-gambar mereka sekeluarga. si ibu naik marah dan secara automatiknya suara itu menyemburkan kata-kata yang sangat tajam dan si anak meluru lari mendapatkan pintu utama rumah mereka. si ibu mengejar anak itu dengan sekuat hati nya,dan sebuah kereta yang laju dari arah depan telah melanggar anak itu. si ibu dapat merasakan titisan darah yang terpecit ke arahnya dan terus mendapatkan anaknya itu.. dengan segera si ibu mengambil kunci kereta dan memandu menuju ke hospital..dalam hatinya tak henti-henti memohon doa pada ALLAH agar nyawa anaknya selamat.. dia benar-benar menyesal akan tindakan sebentar tadi..doktor segera merawat si anak,dan dari luar bilik bedah,si ibu tak henti-henti berdoa agar nyawa si anak dapat diselamatkan.dengan pertolongan ALLAH,si anak akhirnya selamat..lihat,betapa besarnya kebesaran ALLAH dan berkat doa si ibu..

ana harap msg yang kita dapat akan dijadikan tauladan insya ALLAH.. sama-sama berubah dan cuba untuk berubah ;)
p/s:
post nie dah seminggu ana tlis tapi tak sempat nak di post kan..kekanagn masa dan keadaan ;(

......

17 January 2011

.::.~insan isTimewa~.::.

Album : Insan Istimewa
Munsyid : De Hearty
http://liriknasyid.com

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

.::.~isteri sOLeHaH~.::.


Dalam sebuah hadis yang Rasulullah S.A.W bersabda:

"Mahukah kamu aku beritahu dari hal sebaik-baik barang yang perlu disimpan oleh seorang lelaki?" Iaitu isteri yang solehah. Jika suami melihat kepadanya dia akan gembira , jika suaminya menyuruh sesuatu dia akan taati dan jika suami tiada di rumah dia akan menjaga harta suaminya dan memelihara kehormatan dirinya."

(HR:Ibnu Majah)

Daripada Imam Ahmad dan Imam Muslim, daripada Umar r.a., Rasulullah S.A.W bersabda :
"Bermula dunia ini ialah kesukaan dan keseronokan dan sebaik-baik kesukaan itu ialah perempuan yang solehah."

Isteri yang solehah itu selalu memerhatikan akan tanggungjawabnya sebagai isteri, ia hanya berbuat sesuai dengan ketentuan Allah. Di antara ciri-ciri isteri solehah itu ialah bertanggungjawab terhadap kerja-kerjanya.

Pada dasarnya kewajipan isteri solehah itu ialah:
1. Patuh dan taat kepada suami yang soleh
Rumahtangga bahagia sebenarnya terletak pada isteri yang solehah. Ia taat kepada perintah Allah dan Rasul serta setia kepada suami yang soleh.

"Wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri (tidak berlaku curang serta memelihara rahsia dan harta suaminya) di belakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara mereka..."
(Surah An-Nisa':34)

Isteri yang solehah itu di samping patuh kepada perintah Allah dan Rasulullah S.A.W, ia patuh terhadap suaminya dan menyimpan segala rahsia baik di luar rumah mahupun di dalam rumah. Ia selalu tersenyum dan menunjukkan muka manis terhadap suaminya. Tabiatnya yang baik itu menambah kasih sayang suaminya terhadapnya. Ia tidak pernah membantah kata-kata suaminya yag baik, semuanya dikerjakan dengan patuh kerana Allah.
Isteri yang baik apabila berkata dengan suaminya dengan suara yang lemah lembut dan penuh kesopanan . Begitu pula tidak boleh memerintah kepada suami, kecuali diucapkan dengan suatu yang baik sebagai suatu pertolongan. Walau bagaimanapun, ketaatan isteri terhadap suami tidak dalam semua perkara. Sekiranya perintah suami boleh membawa dosa, maka isteri dibenarkan membantah.

Rasululllah S.A.W bersabda,
"Jika diizinkan seorang manusia sujud kepada manusia,tentu aku akan suruh wanita-wanita sujud kepada suaminya lantaran begitu besar Allah jadikan hak lelaki keatas wanita"

2. Menguruskan rumahtangga
Seorang isteri Muslimah disuruh oleh Allah agar sentiasa berada dirumah dan tidak boleh pergi kemana-mana sesuka hati tanpa izin suami. Duduk di rumah bukan bererti hanya berdiam diri sahaja tetapi mengerjakan tugas sebagai isteri. Hikmah daripada perintah Allah tersebut iaitu, supaya para isteri dapat menjaga dan mendidik anak secara lebih sempurna ketika suami mencari rezeki. Disamping itu isteri dapat melakukan pekerjaan rumah seperti menghias rumah dan sebagainya.Walaupun ianya nampak remeh, tetapi ianya amat bermanfaat untuk menjamin keharmonian keluarga.
3. Berhias untuk suami
Menghias diri merupakan kegemaran wanita. Namun kadangkala wanita yang tidak faham akan kewajipannya,ia berhias diri ketika akan keluar rumah. Tetapi ketika di rumah ia dalam keadaan tidak bersih, kadangkala rambutnya pun tidak terurus. Padahal di dalam Islam menganjurkan supaya isteri berhias hanya untuk suami.
Tujuan isteri berhias ketika di rumah ialah supaya suami terhibur. Jika suami pulang dari tempat kerja dalam keadaan letih dengan melihat isteri dalam keadaan berseri-seri serta pakaian yang bersih, maka ia menjadi penawar kepada suami. Sehingga keletihan dalam mencari rezeki tadi menjadi hilang, dan bertambahlah kasih sayangnya terhadap isteri.
Sabda Rasulullah SAW:
"Dari Jabir ra. Ia berkata: Kami pernah pergi bersama-sama Rasulullah di dalam satu peperangan. Ketika kami sampai ke Madinah, kami ingin masuk ke rumah masing-masing. Maka Rasulullah SAW pun bersabda: Bersabarlah, iaitu masuklah pada waktu malam iaitu selepas Isyak, supaya isteri dapat bersikat rambutnya yang kusut dan supaya ia dapat berhias kerana telah lama telah ditinggalkan suaminya."
(HR:Muttafaqun Alaihi)
Berhias bukan sahaja bagi menyambut kepulangan suami dari tempat kerja tetapi juga ketika suami ada di rumah. Wanita Islam hanya boleh berhias untuk dirinya sendiri dan untuk suaminya. Berhias mestilah dilakukan secara besederhana, kerana tujuan berhias agar ia kelihatan bersih dan senang dilihat oleh suami.
4. Melayani suami
Hubungan seks merupakan penawar kebahagiaan rumahtangga. Ia dipandang sebagai punca keharmonian rumahtangga. Oleh sebab itu isteri hendaklah memberikan layanan yang baik kepada suami dan tidak boleh menolak kemahuan suaminya .
Seorang isteri akan dikutuk oleh malaikat apabila ia menolak kemahuan suaminya sehinggalah suaminya reda kepadanya. Mungkin dalam keadaan tertentu isteri boleh menolak kemahuan suaminya seperti dalam keadaan sakit, atau dalam keadaan yang dilarang oleh syara' untuk melakukan persetubuhan seperti dalam keadaan haid dan sebagainya.
5. Berpakaian menurut ajaran Islam
Isteri yang menutup auratnya merupakan isteri yang solehah, ramai wanita pada zaman sekarang ini yang berpakaian tetapi telanjang kerana ia menutup bahagian tertentu sahaja, kalau menutup semua pun tetapi bentuk badannya tetap nampak jelas.

Allah SWT berfirman, ertinya:
"Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah sebagai perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat."
(Surah Al-A'raar:26)
Jilbab merupakan satu fesyen pakaian wanta Islam yang menutup tubuh atau sebahagian besar badan wanita di sebelah atas, kecuali muka dan tapak tangan. Jilbab tidak menampakkan tubuh badan. Allah memerintahkan supaya berpakaian demikian supaya dapat membezakan antara wanita beriman dan tidak beriman, ia juga supaya terhindar dari golongan munafik.
Firman Allah yang bermaksud:
"Hai Nabi, katakanlah kepada isteri- isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan Jilbab mereka ke seluruh tubuh mereka."Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Penganmpun lagi Maha Penyayang."
(Surah Al-Ahzab:59)

6. Memberi motivasi terhadap cita-cita suami
Isteri yang solehah adalah isteri yang mahu menjadi teman berunding bagi suami dan menjadi sahabat dalam menyelesaikan pelbagai masalah. Itulah hubungan suami isteri itu diertikan orang sebagai "teman hidup". Jika suami menghadapi masalah untuk mencapai cita-citanya dan cita-cita keluarga maka bermotivasilah kepadanya dan hiburkanlah hatinya. Isteri teladan disamping ia memberi dorongan dan bermotivasi kepada suami ia juga merupakan sumber ilham bagi suami. Ini membuatkan hati suami tenteram apabila bersama isteri dan segala masalah dihadapinya bersama-sama.
Di antara ciri-ciri isteri solehah yang lain ialah:
• Mentaati Allah SWT dan mengerjakan segala perintah suami selagi tidak melanggar perintah Allah.
• Tidak mengkhianati dan berlaku curang terhadapnya ketika ketiadaan suami.
• Bersyukur di atas apa yang disediakan oleh suami.
• Sentiasa menghormati keluarga suami .
• Tidak berpuasa sunat tanpa kebenaran suami.
• Tidak keluar rumah kecuali dengan izin suami.
• Sentiasa menyerahkan diri kepadanya apabila ia memerlukannya.
• Memakai wangi-wangian di hadapan suami.
• Menjaga mulut daripada bau-bauan yang tidak menyenangkan.
• Berdiam diri ketika suami sedang berkata-kata, baru berbicara setelah suami selesai berbicara. • Berdiri tegak sebagai tanda hormat semasa ia datang dan pergi.
• Bersikap malu terhadap suami.

~wallahu'alam~


09 January 2011

.::.~coreTaN~.::.


hati kita hanya satu,yang satu itulah yang harus dijaga dengan sebaik mungkin..mana ada insan yang mahu hati mereka dikotori,tapi malangnya sedar atau tidak manusia itu sendiri yang merosakkan hati mereka dengan mencorak titik hitam keatasnya.maka kesannya membawa kemudharatan kepada manusia itu sendiri..hakikatnya hidup ini sebagai pentas lakonan,para pelakon yang bijak dalam menangani lakonannya maka kesannya amat berguna kepada diri mereka di hari akhirat kelak..pernah ana berbual diskusi bersama sahabat,persoalan ana bagaimana seandainya kita dapat melihat sendiri hati kita yang penuh dengan titik-titik hitam itu secara terang-terangan..maka sahabat ana menjawab,tentu sekali kita cepat-cepat untuk membersihkannya dan cuba untuk menjaga hati dengan sebaik mungkin tanpa ada setitik pun kekotoran yang melekat..


jawapan yang mungkin akan dijawab oleh setiap manusia,tapi untuk melakukannya mat susah bukan??yer,susah seandainya kita yang merumitkan keadaan itu dan menjadi amat-amat senang seandainya kita yang menyenangkannya..insyaALLAH,Allah pasti akan menolong setiap hambanya yang sering memohon dan meminta pertolongan dariNYA..


ana ada terbaca satu artikel menarik ana fikir...artikel itu menyentuh tentang perhubungan dengan ALLAH dan perhubungan sesama manusia..ayat yang menarik minat ana untuk dikongsikan bersama sahabat ialah '' sekiranya hati kita terpaut pada seseorang,maka lepaskanlah perasaan itu,kerana ia sekadar perasaan,jangan lepaskan perasaan cinta dan kasih kepada ALLAH sebab ia akan merugikan kerana cinta kepada ALLAH ialah titik kebahagiaan yang hakiki dan akan membawa kita mengenal cinta yang sempurna "


saat hati mula meronta untuk meminta yang bukan-bukan,maka cubalah untuk mengawal ia sebaik mungkin..mintalah ia supaya tenang..usah berjanji pada yang tak pasti,tapi berjanjilah pada diri agar lebih berusaha untuk menggapai sesuatu matlamat yang menghalalkan cara,bukan matlamat yang tak menghalalkan cara..perbaiki diri,nescaya hidup akan diterangi cahaya..


~wallahu'alam~

05 January 2011

.::.~paKaian WaNiTa~.::.




Ada Apa Pada Pandangan Pertama?

1) Melalui pandang pertama atau pertemuan pertama lazimnya akan melahirkan takrif umum terhadap individu. Jika baik, ia akan kekal selama-lamanya, jika buruk sukar untuk mengikisnya kerana tafsiran sudah dibuat.
2) “First Impression Counts” Berpakaian Untuk K ejayaan ! 1)`Trend’ fesyen tidak perlu menentukan cara anda berpakaian. 2) Prinsip asas berpakaian hendaklah seperti yang dituntut oleh agama.
3) Berpakaian mencerminkan ilmu yang kita miliki.
4) Pilihlah fesyen pakaian yang melambangkan ketinggian ilmu dan budi pekerti.

Cara Berpakaian Di Khalayak Melambangkan :-
1) Tahap ekonomi
2) Tahap pendidikan
3) Kerjaya
4) Tahap sosial
5) Kebolehpercayaan
6) Tingkah laku dan moral
7) Kejayaan masa depan


Etika Berpakaian Menurut Islam :-
Pakaian adalah salah satu diantara tiga keperluan asas dan terpenting yang perlu dimiliki dan dipenuhi oleh setiap manusia dalam menjalani kehidupan seharian. Selain sebagai keperluan asasi, pakaian juga boleh menjadi ekoran keperibadian seseorang, sebagai simbol atau tanda dan lain-lain perlembagaan. Kriteria berpakaian itu tidak memadai hanya berdasarkan ukuran adat, kerana adat boleh berubah. Justeru itu, pakaian juga boleh berubah. Oleh kerana itulah ukuran agama adalah yang paling tepat bagi menentukan etika atau kriteria berpakaian iaitu menutup aurat yang menepati kehendak hukum syarak. Apabila berbicara mengenai pakaian, kita tidak dapat lari dari memperkatakan tentang aurat kerana dalam islam pakaian dan aurat adalah sangat berkait rapat antara satu sama lain. Dari segi bahasa, aurat itu berasal dari perkataan arab yang bererti aib atau sesuatu yang memalukan.Menurut istilah syarak pula, aurat adalah bahagian tubuh manusia yang wajib ditutup dan dilindungi daripada pandangan orang lain. Menutup aurat adalah wajib keatas setiap muslim, tidak kira lelaki atau perempuan. Kewajipan ini berdasarkan kepada dalil-dalil daripada al-quran dan hadis.

Diantaranya firman allah s.w.t :

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka. Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka,atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka,atau anak-anak mereka,atau anak-anak tiri mereka,atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan,atau perempuan-perempuan islam,atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan, dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada allah, wahai orang-orang yang beriman, suapaya kamu berjaya".


Melalui dalil ini, jelaslah bahawa Islam amat mengambil berat terhadap masalah aurat sehingga diterangkan dengan penjelasan yang begitu terperinci sebagaimana disebutkan didalam ayat 31 surah An-Nur tadi, dan lebih daripada itu, kita juga digalakkan untuk menutup aurat dalam keadaan kita berseorangan ,meskipun ditempat yang sunyi dan tertutup. Hukum wajib menutup aurat tidak boleh dipertikaikan lagi dan tidak boleh dimansuhkan dengan hujah akal, walau sehebat mana logoknya hujah itu. Ini kerana hukum itu telah ditetapkan dengan nas yang jelas yang tidak boleh diijtihadkan.Nas yang terang dan jelas mengatasi akal rasional,kerana nas itu adalah wahyu yang nyata maksudnya, tidak memerlukan akal rasional untuk menerangkannya, apa lagi untuk membatalkan konsepnya yang jelas itu. Walau bagaimana pun pintarnya seseorang itu dan cerdiknya seorang pejuang hak wanita, namun mereka tidak akan dapat menentang dan menukar ketetapan Allah yang maha mengetahui lagi maha bijaksana. Malah sikap sebahagian mereka yang memperkecilkan-kecilkan dan mempersenda-sendakan hukum Allah jelas memperlihatkan kejahilan dan kecetekan akal fikiran mereka dalam menganggapi hikmat disebalik larangan-larangan Allah yang pada mereka amat mengongkong kebebasan dan pergerakkan.Sungguh pun begitu, akal rasional boleh meneliti hikmah disebalik kewajipan itu bagi menambah keyakinan terhadap kebenaran hukum yang telah ditetapkan oleh nas. Diantara hikmah kewajipan menutup aurat itu adalah untuk melindungi diri daripada jenayahseks. Sebagaimana yang kita ketahui, jenayah seks adalah diantara jenayah yang sangat berleluasa dan kerap berlaku pada dekad ini. Jenayah-jenayah seperti rogol,sumbang mahram dan khalwat memang sudah tidak asing lagi pada pendengaran kita. Punca yang banyak menyumbang kearah berlakunya perkara ini ialah pendedahan aurat.Kenyataan ini boleh dibuktikan daripada berbagai-bagai sudut kajian dan penipuan.

Konsep Berpakaian Menurut Pespektif Islam

1)Menutup aurat dan sopan
2) Tidak ketat sehingga menampakkan susuk tubuh
3) Sederhana dan tidak terlalu mahal digalakkan
4) Memperlihatkan perbezaan jantina










04 January 2011

.::.~sELAmat ber LI~.::.

Assalamualaikum...

selamat tahun baru..selamat menunaikan azam baru...semoga tahun baru memberi keceriaan dan membuat kita terus bersemangat untuk berjuang dalam medan dakwah... berjuang dalam pelajaran suatu kepastian bukan..tetapi biarlah niat kita itu betul dan tidak terpesong..dan barulah setiap kerja buat kita itu akan mendapat rahmat dari ALLAH...Insya ALLAH,mudah-mudahan..

alhamdulillah,hari ni hari yang kedua ana stat LI..semuanya berjalan sangat lancar..syukur,alhmdulillah..ana mendaftarkan diri di HUSM Kubang Kerian dalam Jabatan Pembangunan,Mekatronik..suasana amat menyelesakan dengan jurutera yang baik,supervisor yang bertanggungjawab,staf yang ceria dan rakan-rakan praktikal yang peramah sehingga ana rasa tak keseorangan..terima kasih Ya Tuhan kerana Engkau telah permudahkan segala urusanku.. ana doakan semoga sahabat-sahabat selamat dalam menjalani LI nanti..selamat ber LI untuk semua..