22 December 2010

.::.~haRi eSoK~.::.


semoga esok merupakan hari yang sangat indah dalam hidup kita..moga hari-hari yang seterusnya juga akan membawa seribu satu makna dalam hidup kita sebagai seorang hamba dan juga khalifah di bumi ini..Ya ALLAH,berkatikanlah perjalanan hidup kami,semoga hari esok adalah hari yang lebih baik daripada sebelumnya dan jadikanlah perjalanan hari esok adalah perjalanan yang sangat bermakna untuk kami tempuhi..peliharalah agamaku,maruahku Ya Rabb

maksud surah Al-Rahman :

Memohon kepada-Nya (kepada Allah) semua yang di langit dan di bumi. Setiap hari (waktu) Dia (Allah) dalam urusan.
Maka nikmat Rab (Tuhan) kamu yang manakah yang kamu berdua (jin dan manusia) dustakan?
Kami (Allah) akan bertindak terhadap kamu, wahai manusia dan jin!
Maka nikmat Rab (Tuhan) kamu yang manakah yang kamu berdua (jin dan manusia) dustakan?
Wahai golongan jin dan manusia, jika kamu sanggup melintasi penjuru langit dan bumi, maka lintasilah! Kamu tidak dapat melintasinya melainkan dengan kekuatan.
Maka nikmat Rab (Tuhan) kamu yang manakah yang kamu berdua (jin dan manusia) dustakan?
Akan dikirimkan kepada kamu berdua (jin dan manusia) nyalaan api dan cairan tembaga, maka kamu tidak dapat menyelamatkan diri.
Maka nikmat Rab (Tuhan) kamu yang manakah yang kamu berdua (jin dan manusia) dustakan?
Maka apabila langit terbelah, lalu menjadi merah mawar seperti minyak.
Maka nikmat Rab (Tuhan) kamu yang manakah yang kamu berdua (jin dan manusia) dustakan?
Pada hari itu tidak ditanya tentang dosanya manusia dan jin.
Maka nikmat Rab (Tuhan) kamu yang manakah yang kamu berdua (jin dan manusia) dustakan?

(surah al-Rahman:29-40)


(Wa hai yi’ lanaa min amrinaa rashadaa)

Maksudnya: Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)

21 December 2010

.::.~ke maNa ciNta harUSkU LaBuHkan???~.::.


“Cinta yang bermanfaat itu terbagi menjadi tiga, yaitu mahabbatullah (cinta kepada Allah), mahabbah fillah (cinta di jalan Allah) dan mahabbah (cinta) kepada segala sesuatu yang dapat membantu seorang semakin ta’at kepada Allah ta’ala dan menjauhi segala larangannya. Sedangkan cinta yang membahayakan terbagi menjadi tiga pula, mahabbah ma’allah (mencintai sesuatu di samping mencintai Allah), cinta terhadap perkara yang dibenci oeh Allah dan cinta terhadap sesuatu yang dapat memangkas cinta seorang kepada Allah atau menguranginya. Cinta yang dimiliki oleh manusia tidak terlepas dari keenam perkara tersebut. Mahabbatullah merupakan sumber segala cinta yang terpuji, merupakan dasar iman dan tauhid. Sementara dua cinta terpuji yang lain merupakan penyerta cinta jenis ini. Demikian pula, mahabbah ma’allah (mencintai sesuatu di samping mencintai Allah) merupakan sumber kemusyrikan dan merupakan cinta yang tercla. Sementara dua cinta tercela lainnya merupakan penyerta cinta jenis ini.”
Kemana Cinta Harus Dilabuhkan?

Cinta diungkapkan dalam bahasa Arab dengan kata ‘al hubb’ yang berarti sesuatu yang terdalam. Jika kita memberikan sesuatu yang terdalam dan berharga kepada orang yang tepat dan patut mendapatkannya, maka kita akan berbahagia tentunya. Sebaliknya, jika kita memberikannya kepada seorang yang tidak layak, maka hal itu akan menyebabkan kesengsaraan hidup. Oleh kerananya, selayaknya seorang menyerahkan dan melabuhkan cintanya kepada Allah, Zat yang maha sempurna, terbebas dari segala cela, dan Dia-lah yang paling banyak memberikan kebaikan kepada dirinya. Dengan demikian, kecintaan terbesar seorang mukmin adalah ditujukan kepada Allah ta’ala, Zat yang paling pantas untuk dicintai, Zat yang menjadi curahan cinta setiap hamba.
Imam Ibnul Qayyim rahimahullah mengemukakan beberapa alasan untuk mencintai Allah dalam kitabnya Al Jawaab Al Kaafi,diantaranya adalah sebagai berikut: Secara fitrah, hati cenderung mencintai zat yang memberi nikmat dan mencintai zat yang berjasa kepadanya. Oleh karenanya, manusia wajib mendahulukan cinta kepada Allah, karena semua kebaikan dan kenikmatan yang dirasakan hanya berasal dari Allah semata. Allah ta’ala berfirman yang bermaksud:
“Dan apa saja nikmat yang ada pada kamu, maka dari Allah-lah (datangnya).”(An Nahl: 53).

Cinta akan timbul jika ada dua motivasi, iaitu kemuliaan dan keindahan pada objek yang dicintainya. Allah itu lebih layak dicintai lebih dari segalanya karena Allah memiliki nama dan sifat yang baik dan mulia, dan hati cenderung mencintai dan senang kepada yang baik-baik.

Alangkah meruginya seorang yang menjual dirinya dengan harga yang murah kepada selain kekasih yang pertama (yakni Allah-pen), hanya karena ingin memenuhi nafsu syahwat sementara yang akan berakhir kenikmatannya dan akan terus membawa malapetaka. Alangkah kasihan hati yang di dalamnya terkumpul dua penyesalan, penyesalan karena tidak berjumpa dengan kekasih. tertinggi (Allah) dan surga yang dipenuhi kenikmatan, serta penyesalan disebabkan siksaan adzab yang berkepanjangan


~wallahu'alam~

10 December 2010

.::.~untuk SahaBat~.::.


sahabat,
terima kasih kerana menceriakan hari-hari daku
dengan lakaran pelangi yang begitu indah..
seriously...sangat-sangat gembira ;)
bisakah kita bertemu lagi seperti hari-hari yang sebelumnya???
bolehkah kita duduk berborak,bercerita,berkongsi masalah seperti sebelumnya lagi???
bolehkah??
dan bisakah juga jugak kau akan mengingati saat-saat indah bersama..
hati ku amat terusik bila dan di mana air matamu mengalir
disebabkan sayangnya dirimu terhadap diriku..
air matamu begitu berharga sahabat,
usah menitiskannya kerana daku,
kerana diriku seringkali keliru dengan keadaan..
daku tahu,engkau seringkali mengharapkan yang terbaik untukku..
apa yang daku pilih,maka itulah hidupku..
engkau sering menyokong tindakanku lantaran daku adalah
sahabat yang paling bahagia bertemu dirimu..
usah kau berdukacita kerana hidup ini penuh cabaran dan pilihan,
kerana suatu saat nanti mungkin kita akan berbahagia menemui jalan
kehidupan masing-masing..
daku pernah mengharapkan sesuatu,dan engkau tahu akan itu..
tapi,,mungkin apa yang pernah daku harapkn itu hanya tinggal harapan
kerana daku pasti,yang daku bukan lawannya..
daku sedih untuk itu,
akan tetapi hadirnya dirimu merawat kesedihanku..
lantaran daku berjanji pada diriku
yang keutamaan bagiku hanyalah mencintai pemilik cinta yang sebenar..
itulah yang dapat mendekatkan diriku denganNYA..
sayu untuk berpisah denganmu nanti,
insyaALLAH
pasti kita akan ketemu lagi nanti..
tak akan sesekali untukku melafazkan
selamat tinggal kerana aku yakin
ALLAH akan menemukan kita lagi nanti
berpisah mati kita kerana ALLAH
kerana ukhwah kita juga bertaut keranNYA..
salam ukhwah fillah abadan abada ;)

.::.~sUka - sUki~.::.

(jom manfaatkan masa cuti dengan perkara yang berfaedah)

malam terakhir ana di sini,agak sedih tetapi gembira sebab esok ana akan pulang ke kampung halaman..sungguh penat kerana banyak barang yang akan dibawa pulang nanti(padahal tak ada la banyak sangat)..heeeeee..mungkin masa berblog nanti akan terbatas,maklumla duk kat rumah bukan rajin sangat nak berblog..19hb nanti kena datang ke sini balik untuk pertandingan rekacipta..(agak malas untuk join,tapi.....)

kepada rakan-rakan yang akan ber LI nanti,ana doakan moga kalian dapat menjaga diri dengan sebaik mungkin..cerita tentang LI akan ana cerita kat page seterusnya,agak malas untuk menaip panjang-panjang malam nie,coz agak laa penat dengan banyak hal yang berlaku tadi ;(

perasaan girang untuk pulang esok mengatasi perasaan sedih yang melanda,sahabat selalu cakap ana kuat dan penyabar..padahal ana juga ada tahap kesabaran dan kuat ana pom ada had nyer..hahahah...ayat apakah ini???ana pun tak berapa nak paham...tak pe la,abaikan..yang penting tak sabar dah nak jumpa encik abah dan puan bonda.. ;)

cukup ajer la entry malam ni,mata sangat la mengantuk..badan pun agak la penat..doakan ana selamat sampai esok,insyaALLAH ;)

kepada semua selamat bercuti ana ucapkan,pastikan cuti itu bermanfaat untuk anda..jangan cuba untuk merosakkan diri anda kerana ana yakin yang setiap orang amat lah sayang akan diri masing-masing...so,jagalah amanah dan pinjaman ALLAH ini..(ayat yang mendalam dan mengharapkan pengertian)

09 December 2010

.::.~TeRima kAsiH saHabaT~.::.


balik dari Pauh tadi dekat pukul 5.15 petang baru sampai ke kolej kediaman.. padahal presentation settle dalam pukul 1.30 petang,,masalah bus ke Ulu Pauh adalah perkara yang utama..penat dan letih satu hal,bus pulak tak nak pergi ambik..bila call pakcik bus tu cakap,tunggu pagi esok la,8 pagi esok baru ada bus dan terus pakcik tu letak telefon..di manakah nilai-nilai kemanusiaan anda??
alhmdulillah,ALLAH permudahkan urusan kami di mana salah seorang rakan ana,yang kebetulan mak dia datang ke utara untuk mengambil rakan ana 2( akhir sem barang-barang banyak yang nak kena bawak balik) datang ambik kami..kami berempat(geng perempuan) semuanya sebab budak-budak laki semua balik dengan kenderaan masing-masing..otw balik,parent kawan ana tu bawak kami pergi makan dulu,seharian kami duk berlapar sebab semua kafe kat Pauh tutup..terima kasih acik sebab belanja kami ;)

sampai ke rumah,terus menunaikan solat asar yang dah agak lewat..selepas solat badan meminta untuk berehat,minda juga..tiba-tiba dapat mesej daripada sahabat,ajak pergi dengar kuliah magrib dan ana reply ok..sedar-sedar pukul 7.30 malam,subhanallah..sejak bila aku tertido nie??monolog dalaman mula berlaku..Ya ALLAH,dah janji dengan sahabat..agak lewat untuk pergi seorang diri..selepas ready semuanya dan solat magrib,mengaji kejap sementara menunggu waktu isyak..selepas selesai menunaikan kewajipan,barulah bersemangat untuk mengemas barang-barang..

nada mesej daripada handset berlagu,mesej daripada sahabat..
"salam..jom keluar jap,ada makan-makan cikit..bersiap2 la"..

selepas bersiap terus pergi ke tempat yang dijanjikan..sampai tu tengok sahabat-sahabat ana duk menanti kedatanagn kami..bahagianya,sudah lama tak jumpa kalian..diri ini terlalu sibuk dengan projek,maafkan ana sahabat ;(
dapat surprise lagi rupa-rupanya sahabat meraikan kami (sahabat-sahabat yang akan pergi LI)..
sangat terharu..untuk semua sahabat, ana ucapkan ribuan terima kasih untuk kalian,untuk kakak-kakak tersayang terima kasih untuk segalanya..ana betul-betul gembira,penat yang tadi bersarang dalam diri tiba-tiba hilang..ikatan yang kuat membuatkan perasaan tiba-tiba sebak..
"walaupun di mana kita di campakkan,tegaklah islam di situ " terima kasih kak atas peringatan itu..ana pasti akan merindui kalian bila ber LI nanti,walaupun jarak yang memisahkan, insyaALLAH ukuwah yang terbina kerana ALLAH tak akan terpadam dengan mudahnya.. ana sayang kalian kerana ALLAH dan semoga kasih sayang kita akan terus mekar mewangi selamanya DIHATI.. ;)


~sedetik hati kita bersama,terjalin selamanya~

~wallahu'alam~


.::.~ProJEk FYP~.::.

Alhamdulillah,akhirnya segalanya telah selesai ;)
setelah berhempas-pulas selama beberapa bulan akhirnya projek kami telah siap dibentangkan.. Group ana merupakan group yang pertama untuk mempersembahkan hasil kerja kami. setiap kumpulan mempunyai 2 orang ahli.patner ana nurfarhana..seringkali berpatner sesama jantina akan diperlekeh,boleh ker perempuan buat benda-benda macam nie kalau laki tak tolong??haloooo...kami juga boleh buat,dan hasilnya nah..ana benar-benar tak suka bila ada sang lelaki yang akan mempersendakan kaum wanita..kami juga boleh,dan ana akui sesetengah perkara tu kaum hawa bukan lawannya dan memerlukan pertolongan..selagi mampu kami akan cuba sehingga terdaya,betul tak akhwat???

sememangnya kumpulan pertama ini adalah kumpulan yang akan disoal dengan soalan-soalan yang berbisa,biasa la nama lagi group 1st..perasaan takut dan berdebar usah dicerita,serius ana rasa sangat-sangat gementar tadi,maklumlah takut akan disoal dengan soalan-soalan yang agak rumit..(sape suruh tak stdy,ini lah akibatnya).. tapi,alhmdulillah syukur...kami berjaya..sebelum stat presnt tadi,sempat jugak bergayut dengan puan bonda,bila dengar suara puan bonda tersayang dan dengar nasihat daripada beliau rasa keberaniaan itu datang..terima kasih mama ;)
ana nak kongsi dengan sahabat-sahabat sekalian hasil kerja buat kami selama ni,jom kter terjah ::

(ni la dia projek ana dan patner..nampak simple tapi sukar untuk membuat litar,amat-amat memeningkan kepala..ana tak reti betul nak buat lita-litar nie,alhmdulillah segalanya dipermudahkan ;)


(nama projek kami ni "long distance home automation system"..
mesti sahabat-sahabat nak tahu kan fungsi benda nie apa..ok tak pe,ana akan terangkan cikit..
alat ni dicipta untuk memberi kemudahan dan keselesaan kepada pengguna,contohnya semasa kita pergi kerja,kita terlupa untuk menutup switch lampu,dan di sinilah peranannya alat ni..alat ini dapat memberi signal kepada switch lampu tersebut dan telefon bimbit digunakan sebagai remote untuk mengawal.kita dail ke telefon umah,dan tekan pasword kemudian tekan key seterusnya..kemudian lampu akan padam..simple kan??kami menggunakan Basic STAMP(dah la tak terer bab-bab programming nie)terima kasih kepada supervisor kami yang banyak membantu..sahabat,,ayuh beli benda ni satu..cost dalam RM350 sahaja,sangat berpatutan(hehehe,ter promote plak)..


ni hasil kerja rakan-rakan ana yang lain :-




08 December 2010

.::.~BuLaN MuharraM~.::.


Muharram adalah salah satu bulan dalam Islam. Muharram merupakan bulan pertama mengikut kiraan tahun Hijrah. nama-nama bulan dalam Islam wujud sesudah hijrah Rasulullah s.a.w. ke Madinah, kerana sebelum hijrah kiraan bulan atau nama bulan mengikut nama bulan dan tahun Masihi, yang dikira dari lahirnya Nabi Isa a.s. oleh pengikut-pengikut Yahudi dan Nasrani.

Dalam bulan Muharam terdapat kelebihan yang dimasyhurkan dengan hari Asyura. Asyura bererti hari kesepuluh daripada bulan Muharam, sementara hari kesembilan dikenal dengan hari Tasu'a. Barang siapa yang berpuasa sunat di kedua-kedua hari tersebut, diberi pahala yang banyak oleh Allah s.w.t. di akhirat kelak.Di antara kelebihan hari Asyura, Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa barang siapa yang berpuasa pada hari Asyura, Allah akan memberi pahala — 10,000 haji dan umrah dan 10.000 orang syahid. Sunat pula bagi orang yang berpuasa membanyakkan sedekah kepada anak-anak yatim dan tangannya menyapu kepada anak yatim, nescaya Allah mengangkat darjatnya ke syurga kelak.
Pada hari Asyura, Allah menjadikan tujuh petala langit dan bumi, bukit-bukau, bintang-bintang di tangit, Loh dan Qalam, Bapa manusia Adam a.s. dan ibu Hawa serta me-masukkan keduanya di syurga. Nabi Ibrahim a.s. juga diputerakan dan diselamatkan dari dibakar api kekejaman Raja Namrud pada hari itu. Taubat Nabi Adam a.s. diterima dan dibukakan bala bagi Nabi Ayub serta diampun dosa Nabi Daud a.s.,kerajaan Nabi Allah Sulaiman dikembalikan, tenggelamnya Firaun dan terselamatnya bahtera Nabi Noh a.s.Demikianlah keistimewaan dan kelebihan bulan Muharam dan hari Asyura.

Oleh itu kepada umat Islam sekalian, marilah kita beramal semoga beroleh pahala ganjaran sepertimana yang telah diperoleh oleh para Rasul dan nabi-nabi yang lampau.


~wallahu'alam~