28 September 2010

.::.~berbaHaGiaLah ALLAH senTiasa MeNcinTai KiTa~.::.



Pernahkah kita berfikir bahawa sebenarnya Allah mencintai kita? Pertanyaan sederhana ini jarang terlintas dalam hati kita. Rutin kerja sehari-hari yang selalu padat dengan berbagai acara, sering melupakan kita untuk berfikir ke sana. Hidup yang kita jalani dengan kesibukan rutin setiap hari seakan memberikan pada kita pola hidup yang sudah berlalu begitu saja.

Bahawasanya ada sebentuk kurnia yang dihamparkan Allah kepada seluruh makhluknya tanpa membezakan kedudukan keimanannya. Inilah sifat Ar-Rahmaan Allah. Dengan sifat Rahman seluruh makhluk mendapatkan kurniaanNya. Termasuk kepada manusia, apakah mereka itu mahu beriman dan tha'at (taat) kepada aturan Allah (al-Islam), atau mereka yang kafir dan berpaling dari al-Islam, semua diberi kurnia oleh Allah dengan rezeki, harta-benda, anak, kesihatan, dan lain-lain. Bahkan tidak menutup kemungkinan orang kafir akan mendapatkan dunianya lebih banyak daripada orang yang beriman. Ini berjalan sesuai dengan sunnatullah, bergantung usaha masing-masing.


Selanjutnya ada bentuk cinta lain yang khusus diberikan kepada hamba yang beriman saja iaitu sifat Ar-Rahiim. Dengan sifat Rahiim-Nya, hanya orang yang beriman dan taat sajalah yang dicintai Allah dan di akhirat kelak diberi jannah. Sedang orang yang tidak mau Islam, mereka tergolong orang-orang kafir atau musyrik yang akan tinggal di naar (neraka) dalam keadaan hina.


Dengan demikian kita tidak perlu khuatir kekurangan rezeki. Selagi kita mahu berusaha yakinlah bahawa Allah akan memberikan kurniaanNYa. Allah yang memberi hidup, Dia jugalah yang memberi kemampuan untuk melangsungkan kehidupannya. Binatang saja dijamin rezekinya, apalagi manusia yang diberi akal dan fikiran.


Perhatikan firman Allah dalam surah Hud ayat 6, yang ertinya:
"Dan tidak ada suatu binatang melata pun di bumi melainkan Allah-lah yang memberi rezekinya, dan Dia mengetahui tempat berdiam binatang itu dan tempat penyimpanannya. Semuanya tertulis dalam kitab yang nyata (Lohmahfuz)."


Yang harus kita khuatir kalau al-Islam sampai terlepas dari kita. Bererti kita tidak mendapatkan RahimNya, tidak termasuk orang yang dicintai Allah. Na'udzubillahi min dzalik. Perhatikan hadits berikut:
Dari Abdullah bin Mas'ud berkata, bersabda Rasulullah SAW (ertinya):

"Sesungguhnya Allah membagi di antara kalian akan akhlak kalian sebagaimana membagi diantara kalian akan rizqi kalian. Maka sesungguhnya Allah Yang Maha Gagah dan Maha Tinggi memberikan dunia kepada orang yang Dia cintai dan tidak Dia cintai, akan tetapi Dia tidak memberikan agama ini (al-Islam), kecuali kepada orang yang Dia cintai. Maka barang siapa yang Allah berikan padanya agama maka sungguh Allah mencintainya."


Allah tunjukkan kecintaannya kepada kita dengan:
1. diberi iman dalam hati kita kepada Allah dan Rasul-Nya

2. diyakinkannya kita pada kebenaran Al Qur'an

3. diberi petunjuk kepada kita memilih Al Islam sebagai diin (way of life).


Jelas bagi kita bahawa orang yang dicintai Allah bukankah dia yang diberi harta kekayaan, anak cucu yang banyak, jabatan yang tinggi, akan tetapi yang diberikan kefahaman kepada al-Islam, dan tentunya diberikan kemahuan serta kemampuan untuk menjalankannya. Oleh keranaNya, mari kita mantapkan kembali ikrar kita:


"Rodhitu billahi robba wa bil Islaami diina wa bi Muhammadin Nabiyyau wa rasuula."

(Aku redha Allah Rabb-ku dan Islam jalan hidupku dan Muhammad Nabi dan RasulNya)

25 September 2010

.::.~memaaFkaN unTuk SyurGa~.::.


Setiap hari di bumi Allah, kita berhubungan dengan makhluk lain ciptaan Allah terutamanya sesama manusia. Jika kita seorang ibu yang bekerjaya, selalunya kita akan berhadapan dengan suami, anak-anak, rakan sekerja dan ramai lagi. Pastinya dalam hubungan itu, kadangkala hati kita disakiti atau muncul perasaan benci kerana berlaku salah faham.


Kadangkala amat sukar untuk kita memaafkan. Apatah lagi melupakan sesuatu yang menyakitkan hati dan perasaan. Kita selalu memberi alasan bahawa iman kita bukanlah sehebat iman seorang Nabi.


Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW duduk bersama sahabat di dalam masjid lalu baginda bersabda dengan ertinya: "Sekarang ini seorang lelaki penghuni syurga akan muncul dari sebelah pintu itu."


Maka muncullah seorang lelaki yang baru sahaja selesai mengambil wuduk. Janggutnya masih basah dan menitiskan air sisa wuduk. Kemudian dia solat sunat dua rakaat dan setelah itu dia duduk.
Pada hari kedua Rasulullah SAW berkata lagi dengan ucapan yang serupa dan begitulah juga pada hari ketiga.


Ibnu Umar RA mengekori lelaki tersebut dan memohon agar dapat tidur di rumahnya. Dia amat hairan kerana lelaki tersebut biasa-biasa sahaja. Seperti orang lain juga yang mendirikan solat, berpuasa, berzikir dan lain-lain.


Lalu Ibnu Umar RA bertanya kepadanya, "Wahai saudara! Demi Allah sebenarnya aku ingin mengetahui cara amalanmu kerana aku mendengar Rasulullah SAW telah bersabda sebanyak tiga kali bahawa kamu termasuk salah seorang penghuni syurga. Amalan apakah yang kamu lakukan sehingga kamu boleh meraih penghargaan yang hebat daripada Rasulullah SAW? Setiap malam aku memerhatikan amalanmu, tetapi solat sunatmu tidaklah terlalu banyak, dan begitu juga dengan amalan lain yang tiada beza dengan kebanyakan orang."


Lelaki itu menjawab,



"Demi Allah, tiada tuhan selain Dia! Sebenarnya amalanku biasa-biasa sahaja. Tiada perkara yang perlu dilebihkan dari kebanyakan orang. Namun apa yang terpenting, iaitu ketika aku ingin tidur pada waktu malam, aku tidak pernah menyimpan rasa dendam, tipu daya, hasad dengki dan iri hati kepada mana-mana orang Muslim. Hanya itulah yang aku lakukan sepanjang hidupku."


Maha Suci Allah, sungguh hebat darjat seorang Muslim yang suci hatinya dari perasaan dendam, hasad dengki dan iri hati terhadap sesama manusia.
Mereka tenang di dunia dan juga bahagia di akhirat.



~wallahu'alam~

.::.~neneK saYanG~.::.

(nenek ana,gambar tyme nak pergi sembahyang raya)

abah bagitaw nenek tak sihat.sekarang abah dan ma ad kat kampung tengok nenek.dan tadi ana call ma tanya macam mana keadaan nenek sekarang,ma cakap nenek tak berselera nak makan. pastu ma bagi ana bercakap dengan nenek..Ya ALLAH,rasa nak menangis jer dengar suara nenek tadi..punyalah lain,ana sendiri pom tak cam 2 suara nenek ana..nenek cakap ma masak bihun sup malam nie nak suruh nenek makan..pastu nenek tanya ana,bila kak etty cuti plak..sedih sangat sebab cuti lambat ag nek.mungkin raya haji baru balik..suara nenek sangat2 lah lain dan tak bermaya..

YA ALLAH,Ya Rabb...
aku pohon padaMu..Kau sembuhkan lah nenek aku agar dia dapat melakukan amal ibadah pdMU seprti biasa dengan tenang..
aku pohon padaMu,berikanlah kesihatan yang baik kepada nenekku..
aku amat menyanginyanya..semoga apa yang Kau berikan padanya dapat dia atasi dengan sabar kerana ku tahu Ya ALLAH,Kau Maha Mengetahui segala-galanya..
:: ana harap sangat moga nenek cepat sembuh..sahabat sekalian,doakan agar nenek ana cepat sembuh..amin...

24 September 2010

23 September 2010

.::.~haNya Kau yaNg taHu~.::.


(seindah mawar berduri)

entah mengapa hati menjadi keluh kesah..keadaan yang sukar difahami..ALLAHUAKBAR.. benda yang tidak pernah kita jangkakan mungkin akan terjadi,penilaian yang benar-benar tak diduga..sapa tahu..rahsia itu milik ALLAH,sedangkan kita sebagai hamba hanya perlu berdoa dan berdoa agar segala yang bakal kita perolehi dan kecapi nanti menjadi indah..
biar pun cerita Ketika Cinta Bertasbih 1&2 itu telah berulangkali ana tengok,tapi tak pernah rasa bosan menonton..jalan ceritanya sangatlah menarik dan tersentuh hati dengan..indahnya hidup dalam cinta milik ALLAH..segala-galanya indah.

tersentuh dan sukar digambar perasaan hati bila mendengar lagu yang ada dalam cerita itu.salah satu lagu yang ana rasa nak kongsikan bersama sahabat2 ialah lagu yang bertajuk Menanti Cinta nyanyian Kris Dayanti..

Sejak lama aku berdiri

Dalam sepinya rongga hati

Tak satupun guru mampu menjawab

Hanya padaMU ku bertanya

Lewat setiap sujudku ini

Siapakah nanti cinta untukku

Wahai PENILAI HATI lihat batinku

Nyaris bernanah karna luka tersayat

Merana menantikan kisah dan kasih hidupku

Rahasia itu hanya KAU yang tahu

Namun aku tak mau jadi tuna cinta

Tuntun hatiku dalam sabar menanti jodohku

Hanya padaMU ku bertanya

Lewat setiap sujudku ini

Siapakah nanti cinta untukku

Wahai PENILAI HATI lihat batinku

Nyaris bernanah karna luka tersayat

Merana menantikan cinta dan kasih hidupku

Rahasia itu hanya KAU yang tahu

Namun aku tak mau jadi tuna cinta

Tuntun hatiku dalam sabar menanti jodohku

Rahasia itu hanya KAU yang tahu

Namun aku tak mau jadi tuna cinta

Namun harus ku ikhlaskan semua kasih cintaku

padaMU...


segalanya ditangan ALLAH,kerana padanya segala pintu kebaikan..sekadar perkongsian..moga yang tersirat berjaya menjadi yang tersurat..


~wallahu'alam~

.::.~impian saHabat~.::.

beberapa hari lagi dia mahu berangkat..ana ase sangat-sangat sedey mahu berpisah dengannya..ini bermakna tempoh 10 bulan akan datang amat lah lama bagi kami..oh,sahabat sukarnya diri ini mahu lepaskan kau pergi..tapi berpisah untuk mengejar impian masing-masing memang menjadi lumrah kehidupan..

untukmu,fadleen(mat leng)...ase benar-benar terharu dapat cenderahati daripadamu..terasa benar-benar dihargai(koya gn mg jah leng)..kenapa cepat sangat egypt memanggilmu..banyak lagi cerita yang tak sempat ana nak story dengan kamooo..pasni imah kena jd pendengar yang setia la bila kamoo dah jauh..biar pun jasad berjauhan tetapi ukhwah kita biarlah menjadi kasturi yang sentiasa berbau harum tak kira di mana kita berada,bau nya tetap ada menceriakan suasana...diri ini akan sentiasa merinduimu..

moga perjalanan kamoo ke sana selamat..hanya mampu berdoa..


"alangkah indahnya iman apabila dihiasi dengan ilmu..betapa indahnya ilmu apabila

dihiasi dengan amal,sangat indah amal itu apabila dihiasi dengan kelembutan dan kasih sayang kerana ALLAH"


“Sepotong roti kering yang engkau makan di kala sihat. Secawan air sejuk yang engkau minum dengan hati bersih. Sebuah rumah sempit yang engkau huni dengan lapang dada, serta sebuah mushaf (Al-Quran) di tangan yang sentiasa engkau telaah lalu diamalkan isinya… Jauh lebih baik daripada tinggal di sebuah istana yang megah, namun setelah itu engkau dicampakkan [...]
Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yangmengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kitake jalan Allah.
Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati...
SAHABAT YANG BAIK ADALAH ORANG YANG BERCAKAP BENAR, DAN
BUKANNYA HANYA MEMBENARKAN KATA-KATA
.

.::.~paNTai iTu bEgitu TeNanG~.::.

(Pantai Melawi,Bachok)

sudah lama rasanya jari jemari ini tidak bergerak pantas untuk menulis blog..apa yang tahu,setiap kali cuti,masa dihabiskan bersama keluarga tercinta..masa ber online mgkin x sampai setengah peratus..yer la,nak online pom satu hal,kena pinjam broadband dulu...

keceriaan syawal bersama keluarga amat2 lah seronok tak terkata..bila dan di mana kami merancang untuk mengadakan hari keluarga,lagi2 la seronok.rayer ke4 lepas family sebelah ma telah mengadakan hari keluarga sesama anggota nyer.bez tahap skala terakhir.ana dan mak cik yang rancang semua.bab2 sponser itu adalah urusan orang2 tua.kami yang muda2 hanya lah tukang angkat barang.memang dah lama ana x pergi ke pantai tersebut sebab tak dan.lau kecik2 dulu,selalu gak abah bawak jalan2..bila usia dah meningkat dewasa perasaan malu menguasai diri untuk keluar berjalan2.masa di rumah amatlah seronok,dan lebih baik duk umah daripada merayap.rasa rindu zaman kecik2 dulu,yer la,tyme budak2 mana nak segan sangat.lagi pulak,zaman 2 penuh dengan warna-warna pelangi.tak de perasaan risau(ma abah yang risaukan kita),tak payah nak fikirkan masalah (kita yang membuat masalah)..

kehidupan dulu dan sekarang mungkin banyak yang telah berubah..mana tak nyer,ana waktu kecik2 dulu suka ikut abang bermain dengan kawan-kawannya..makna nya di sini,diorang tu mestilah kaum adam kan..bila teringat balik zaman dulu-dulu mesti tersengeh sorang-sorang. sebab sekarang nak kawan gan kaum adam pun malu.


(keindahan alam ciptaan Tuhan yang mengasyikan)

subhanallah...sungguh indah dan terpesona akan keindahan yang percuma ALLAH berikan sebagai tatapan penyejuk mata dan pendamai jiwa..betapa tenangnya jiwa disaat ini tanpa sebarang masalah..ALLAHUAKBAR..yang ada hanyalah keseronokan dan kegembiraan..


kereta-kereta telah sedia di parking dibawah pohonan pokok kelapa.7 buah jugak lah kereta yang konvoi ramai-ramai pada hari tu.see,ramai gak la yang pergi..tapi pak su dan ayah wan dah bertolak balik KL dah pd pg 2..tapi tahun ni kak long tak balik berayer sebab bertugas..rayer ke6 baru kak long sampai umah..tak berapa nak bez sangat kak long tak ada tyme 2.

gambar nie sepupu ana (fatin) yang suh snap..katanya gambar kat sini cantik..maka,ana pom ambik la gambar..wah,memang cantik btol..untuk fatin,hadiah gambar itu untuk anda..hehe..wa akhirul kalam,ana syor kan kepada sahabat sekalian,pergi lah ber picnic..tgok lah keindahan alam ciptaan Tuhan,dengan air laut yang tenang,udara yang nyaman dan bebas dari sebarang gangguan,insyaALLAH fikiran yang serabut,emosi yang tak stabil akan tenang setenang air yang mengalir..

~wallahu'alam~







03 September 2010

.::.~selamat hari raya~.::.


insyaALLAH malam nanti dah nak nek bus balik kampung da..ase x sabar nak sampai umah..be4 terlupa,ana nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin kepada semua sahabat dan kawan-kawan diluar sana..semoga syawal tahun ini memberi satu titik permulaan yang baru bagi azam dan tekad yang baru selepas sebulan berpuasa...istiqomah kan gerak kerja anda hanya kerana ALLAH...doakan moga perjalanan anda dan seisi penumpang bus yang lain dengan selamat..jemput2 la datang umah...tapi raya nie ana x beraya kat umah..raya 1st kat umah atok sebelah abah..raya ke2 tu dah balik umah dah asenyer...x sabar nak jumpa atok dan nenek..
tapi ase sedih sesangat ble jer tiba syawal,terkenang arwah ayah(datuk ) sebelah ma..pejam celik,bangun tido,dah 5 tahun ayah meninggalkan semua...ana paling rapat dengan arwah sebab arwah x pernah marah ana cam cucu2 dye yang lain..itu yang ana sayang sangat kak arwah..lau kecik2 dlu,tyme abah duk kat ward arwah la yang duk layan karenah ana,menagis tiap2 hari sebab nak g jumpa abah kat hospital..ayah adalah segala-galanya buat ana..tapi kini segala nyer dah berubah,hanya kenangan yang menjadi peneman setia...rindu nak ziarah kubur ayah,dah lama x p sejak stat balik kuliah..untuk semua,sayangilah dan hargai orang yang kita sayang selagi mana kita boleh korban kan ape saja perasaan kita asal orang yang kita sayang bahagia dan senag dengan kita..keluarga adalah segala-galanya buat ana dan mgkin anda jugak..
salam lebaran dan salam kemaafan buat semua...

juadah rayer yang wajib nenek ana buat..ketupat...tapi ketupat kelantan laen cikit daripada gambar diatas...sedap nyer ketupat yang ade serunding didalam nya..marvelous..
untuk pengetahuan semua,ketupat yang orang kelantan buat nie ade macam2 ase..ade jer yang tawar,manis..pas2 yang tawar 2 dicicah pulak dengan gula melaka,alamak aikk..sedap tak terhingga,sehingga menjilat jari..kepada penggemar ketupat 2 anda disarankan untuk makan ketupat banyak2 tapi jangan lar over..makan sekadar makan bukan untuk keyang..hehehe..

p/s:
salam aidilfitri buat semua,maafkan atas segala kekilafan dan kekurangan diri ini,,semoga apa yang ALLAh rancangkan untuk kita pada saat2 berikut nya adalah yang terbaik untuk kita,pastikan hati dan jiwa sentiasa bersama ALLAH barulah iman akn menjadi manis..mencari halawatul iman itu bukan lah susah jika kita beristiqomah dalam setiap pergerakan dan serahkan segala-galanya hanya pada ALLAH..nikmat nya sukar ditafsirkan..
rayer kan hari anda dengan senyuman dan setiap senyuman itu adalah sedekat yang free kita bagi..
salam untuk semua

::selamat hari raya aidilfitri::

.::.~u r in a million~.::.


kamu yang bergelar sahabat dan teman...
kamu
kamu
cik syifa humairah nak mntak maaf sesangat nie..
dah ter ajak dan dah ter paksa kamu..
maaf yer...macam mana la buley penting kan diri sndiri pulak nie..
astagfirullah..maaf sesangat...
terima kasih sebab sedarkan ana yang ter pentingkan diri nie..
kpd sahabat ku yang amat2 ana sayangi,amat penting buat diri ku...
ana betol2 mintak maaf...kamu yang bernama nur____________ binti ______ ana mintak maaf byk2 ea... u r da bez n da only one i have...sayang kamu..

nie lagu untuk kamu,lagu yang saya search lirik...(x bpe nak egt lirik) ::

Kawan bertahun kita bersama
Bagai semalam baru bersua
Kawan dihadapan oh! Indahnya
Kita bersama berkelana

Namun kita jauh di dunia sendiri
Bekalan sendiri(semangat sendiri) Impian sendiri
Meski pun jauh namun kita tetap bersama
Dek ruang yang memisahkan kita

Kawan hidup ini umpama langit yang tidak selalu cerah
Kawan hidup ini umpama awan yang tidak selalu putih
Ingatlah bintang-bintang di langit Takkan terus berkelipan
Ingatlah pelangi yang indah Pasti akan hilang

Kawan jangan biarkan dirimu
Seperti rama-rama
Cantik namun akhirnya menjadi perhiasan di dinding
Kawan jangan biarkan dirimu
Umpama lipan dan kala
Berbisa namun akhirnya menjadi perhiasan di meja tulis

Oh! Kawan jadilah seperti si matahari
Membakar diri demi insan sejagat
Oh! Kawan jadilah seperti bulan purnama
Menerangi malam yang gelap gelita
Menunjukkan jalan demi ummat semesta..

untukmu teman dan sahabat,diri mu adalah keutamaan bagiku...dan takkan sesekali diri ini akan mengkhianati kalian..insyaALLAH..maaf diatas kekurangan dan kekilafan diri ini secara sedar ataupun tidak..sama2 memperbaikai apa yang kurang...mau jadi cam asal,xmooo jd cam robot...but how????ask ur heart...hati adalah raja segalanyer...


.::.~biCaRa RaYer~.::.

tetiba jer cam mengidam nak minum air rebina...al kisah nyer sebab wal reason kat umah ana abah ada tanam pokok rebina...chomey nyer pokok tu bila berbuah dengan warna buah yang merah menyala bak bunga raya...(pepandai jer reka)...tapi xpe,bahasa melayu jiwa bangsa..
kat umah bese nyer lau ana rajin,ana akan petik buah2 tersebut dan buang biji dye 2...nak rebus kena la rebus rekahan bunga dye jer...bila dah pekat dan sebati boley la taruk gula wal manisan dan sedia untuk dihidang...alamakkkk,bez nyer rebina yang fresh nie...da tak sabar mau bikin air diberi nama rebina tersebut...tapi,macam la buah rebina ad sekarang nie,entah2 pokok rebina pom dah mati...tapi senang ajer,xde yang fresh cari la yang dah di proses...ape susah kn..


haa,nie pulak biskut idaman ana..orang mengidamkan nak beli baju baru,kasut baru dan segala yang baru,tapi ana nak bikin biskut nie...esok balik umah nak cari bahan2 dan bikin biskut..x jadi sebijik cam nie pom xpe la,asal ala2 biskut nie pom jadi...ma ana gtaw yang biskut rayer dah di buat,tnggu ana balik nak topup jer..maksd ma 2 nak suh ana la yang buat..tapi guna pendekatan nak topup...hehee..orait ma,gampang ajer,buat bskut pom setahun sekali,alamak nyer buku rspi kena la buka pasni...



i like dis biscuit!!!sebab nie biskut coklat..ape2 yer yang berkaitan dengan nama coklat adalah menjadi sebahagian daripada feveret ana..search biskut almond london,tapi x jmpa,jmpa yang nie jer..sebenarnya suka sesangat kat biskut almond london,coz lam 2 ade buah badam...sedap nyerrrr...kepada yang berpuasa ditegaskan untuk tidak membaca dis page kerana akan menggugat tahap puasa anda...kalian disarankan untuk membaca pada malam hari sahaja..hehhehe...

ini nama nyer kek coklat..lam proses dan dalam senarai untuk membikin dis kek balik nanty..insyaALLAH...nostalgia zaman sekolah menengah menggamit kembali coz ble jer lpas rayer,datang balik asrama kompem akan ade yang bawak kek coklat...untuk mu syarihan
(along) dirimu menjadi bahan ingatan ku kerana suka membuat kek coklat..ore ske make kek hok along wat..sedap dan rindu nak rasa..(kelate pnya bahasa)...
untuk sahabat-sahabt tersayang,kalian dijemput untuk datang beraya di rumah ana di alamt yang telah kalian ketahui..kedatangan kalian amat2 ana nantikan...boley la rasai juadah2 rayer yang ana bikin nanty..hehe..

~selamat pulang ke kampung halaman buat semua~
:: pandu cermat,jiwa selamat..ingatlah orang tersayang ::

~wallahu'alam~